Wednesday 29 January 2014

Johor Darul Judi

Mukadimah

"Apabila Raja-Raja itu menghendaki baik anak-anak perempuan atau barang suatu benda raayat-nya, di-ambil-nya sahaja dengan tiada menjadi sa-suatu kesusahan atau takut kepada Allah’… ‘Jikalau anak (Raja) itu lagi kechil, di-carikan-nya anak-anak perempuan yang kechil menjadi kawan-nya bermain, dan tatkala sudah besar anak (Raja) itu di-sediakan-nya gundek, dan di-beri-nya keris akan dia, maka orang-orang negeri pun memberi hormat dan takut akan-nya sebab anak Raja, maka barang kehendak-nya di-perbuat-nya-lah ke-atas raayat, maka sekalian raayat itu pun tiada-lah menegah-nya. Maka bapa-nya itu pun melawan anak-nya bermain judi dan menyabong; maka ia tiada wang, di-beri-nya wang."

Abdullah Munshi, Hikayat Abdullah (Vol. II) ms. 345

Sejarah menceritakan Raja dan judi tidak dapat dipisahkan. Sejarah juga menceritakan bagaimana Sultan Terengganu pada ketika itu, Sultan Mansur Riayat Shah (Marhum Berjanggut, 1733–1793) pernah kehilangan sebahagian besar daerah jajahannya akibat gila berjudi menyabung ayam.
Siapa Pak Kadok sebenarnya? Misteri Maharaja Lambor

Begitu juga kisah Sultan Perak dan Pak Kadok menceritakan perkara yang sama - judi. Kisah Sultan Perak-Pak Kadok ini setelah sekian lama dilihat sebagai satu lawak jenaka dan dikategorikan sebagai kisah lucu. Pak Kadok digambarkan dengan watak "bodoh-lurus bendul". Pada hakikatnya, ramai tidak ketahui mengenai al-kisah disebalik Mahajara Lambor yang dikenali sebagai Pak Kadok dan Sultan Muzaffar Shah (Sultan Perak yang pertama, 1528–1549) dan hubung-kait dengan Tok Temong.

Kita tinggalkan kisah-kisah di atas. Apa yang ingin disampaikan ialah bagaimana sejak zaman-berzaman Sultan dan Raja-raja Melayu terlibat dengan perjudian dan telah menjadi darah daging mereka.

Kasino Bakal dibuka di Johor?

Baru-baru ini KiniBiz melalui artikel A second casino for Malaysia in Johor? bertarikh 19 Disember 2013 mendakwa sebuah lagi kasino di Malaysia akan ditubuhkan dan lokasinya adalah di Johor.

Sebelum itu, agensi akhbar Reuters melaporkan anak syarikat Kumpulan Berjaya iaitu Berjaya Assets bercadang untuk membuka kompleks resort hiburan di Johor Bahru (rujuk Berjaya Assets plans entertainment resort in southern Malaysia, 13 Disember 2013). Dipetik dari akhbar reuters tersebut:

"The plan is not expected to face much resistance from the state authorities. The issue could be the federal government," an unidentified source said.

 "Berjaya Assets may be looking to transform its Johor waterfront property into a huge entertainment resort," the source said.


Secara terang-terangan sumber Berjaya Assets memaklumkan mereka menjangkakan tiada masalah untuk membuka kompleks resort hiburan di Johor. Sebagai rekod, Sultan Johor, Sultan Ibrahim membeli 20% saham Berjaya Times Square yang merupakan satu unit di bawah Berjaya Assets. Ini menunjukkan ada hubungan perniagaan yang erat antara Sultan Ibrahim dan tokoh judi, Vincent Tan.

Kita tinggalkan isu ini buat sementara waktu. Menteri Besar Johor, Datuk Khaled Nordin juga telah membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak akan menyokong jika permohonan penubuhan kasino dibuat.

Johore "Monte Carlo"

Blog entry kali ini penulis ingin membawa pembaca ke zaman semasa negeri Johor terkenal sebagai kota perjudian dan manjadi salah satu sumber pendapatan terpenting bagi negeri ini selain daripada candu dan arak. 

Johor pernah dikenali sebagai "Monte Carlo" merujuk kepada kota perjudian Eropah, Monte Carlo. Petikan daripada akhbar Auckland Star bertarikh 1 Mac 1906 (muka surat 2) menggunakan istilah "Malayan Monte Carlo" untuk merujuk kepada bandar Johor Bahru yang aktif dengan perjujian. 

Petikan Akhbar Auckland Star bertajuk "Malayan Monte Carlo" bertarikh 1 Mac 1906

Sebuah akhbar lagi, San Francisco Call menbayangkan kehebatan Johor sebagai "Monte Carlo" di Timur seperti mana yang tertulis dalam akhbar tersebut bertarikh 19 Ogos 1906. Diceritakan juga bagaimana sumber kekayaan Sultan Johor dan negeri Johor adalah daripada industri perjudiaan dan penjualan candu. 

Artikel daripada akhbar San Francisco Call bertarikh 19 Ogos 1906 ini menceritakan kehebatan Johor sebagai kota perjudiaan berbanding kota Monte Carlo


Akhbar The Sunday Times, 22 April 1934
Sama ada kita sedar atau tidak (atau berterusan dalam keadaan "in denial"), Johor pernah menjadi kota perjudian yang hebat di Timur setanding dengan Monte Carlo. Jika dilihat satu artikel dalam akhbar The Sunday Times bertarikh 22 April 1934 (di sebelah), Johor dirujuk sebagai "Monte Carlo of the East"! Ini lah kehebatan Johor di bawah pentadiran Temenggung-temeggung Johor yang menabalkan diri sendiri menjadi Sultan Johor dan berkuasa hingga ke hari ini.


Lahirnya Johor sebagai kota perjudiaan berpunca daripada sistem kangcu yang diperkenalkan oleh Temenggung Daeng Ibrahim. Ladang-ladang yang asalnya mengusahakan gambir dan lada hitam telah berkembang dengan industri perjudian, candu, arak dan pelacuran. Tuan-tuan tanah yang kaya-raya ini mengusahakan kasino dan dikenali sebagai "gambling farm" di Johor.

Gambaran Johor sebagai kota perjudian ala-Monte Carlo boleh dilihat pada poskad-poskad yang dijual pada zaman itu.


Deskripsi bangunan di poskad itu adalah Johore Montecarlo

Satu lagi poskad yang telah berusia 100 tahun menunjukkan deretan gambling farm sekaligus menggambarkan kehebatan Johor sebagai kota perjudian di Timur.




Penutup


Penulis tinggalkan pembaca dengan petikan daripada buku British Malaya tulisan Sir Frank Swettenham. Apabila Raja-raja Melayu sendiri yang menghalalkan perjudian atas alasan adat yang diwarisi zaman-berzaman, maka tidak hairan lah perjudian menjadi salah satu aktiviti kegemaran golongan yang dikatakan "bayangan Tuhan" ini.


"The Malay Rulers and Chiefs strongly objected to the introduction of measures to make public gambling illegal; they said it was an old-established custom, they knew the evils which would certainly follow its nominal suppression, and they declined to sacrifice the revenue which was derived from sanctioning the practice under strict control. Therefore the gambling farm has been continued."


Sir Frak Swettenham dalam British Malaya, ms. 256






Teringat kisah tokey judi bola sepak yang tidak mahu turun takhta,

Saturday 25 January 2014

Dinasti Azlan Shah Bahagian Akhir

Setelah agak lama blog Malaysia in Crisis menyepi, kini kami kembali menghangatkan dunia siber dengan lebih banyak pendedahan dan ulasan isu-isu semasa. 

Untuk blog entry ini, penulis akan membayar "hutang" yang lama tertangguh iaitu melengkapkan kisah Dinasti Azlan Shah. Sementa lah, setelah sekian lama, akhirnya gambar terbaru baginda disiarkan oleh akhbar tempatan. Tidak kira lah seseorang itu Raja atau hanya rakyat biasa papa kedana, penulis tetap mendoakan kesejahteraan dan kesihatan  Tuanku Sultan Azlan Shah.

Berbalik kepada kisah Dinasti Azlan Shah, disertakan semula pautan ke tulisan-tulisan yang terdahulu:


Seperti yang kita sedia maklum, sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak adalah unik dan mengikut sistem kenaikan tangga demi tangga Raja-raja Bergelar yang merupakan pewaris takhta.

1. Raja Muda: Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah (58 tahun)
2. Raja Di-Hilir: Raja Jaafar ibni Raja Musa Ibni Sultan Abdul Aziz (73 tahun)
3. Raja Kecil Besar: Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Sultan Idris (dianggarkan sekitar 57 tahun)
4. Raja Kecil Sulong
5. Raja Kecil Tengah: Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Ibni Raja Ashman (20 tahun)
6. Raja Kecil Bongsu

Melihat kepada susunan Raja-raja Bergelar ini, apabila Raja Nazrin Shah naik menjadi Sultan Perak ke-35 kelak, sudah semesti anaknya, Raja Azlan Muzaffar Shah (kini berumur 5 tahun) bakal dijadikan salah seorang Raja Bergelar. Jika ditakdirkan umur Raja Nazrin Shah panjang, melihat kepada umur Raja Di-Hilir dan Raja Kecil Besar, maka peluang kedua-dua mereka untuk menduduki takhta Kesultanan Perak adalah nipis sekali.
Raja Azlan Muzaffar Shah Ibni Raja Nazrin Shah
Ini memberi peluang kepada Raja Kecil Tengah, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah yang kini masih berumur 20 tahun untuk menjadi Sultan Perak yang berikutnya selepas Raja Nazrin Shah.  

Kemudiannya, apabila sepupunya, Raja Azlan Muzaffar Shah memasuki senarai Raja Bergelar, maka ini akan melengkapkan Dinasti Azlan Shah dalam pewarisan takhta negeri Perak dan seterusnya bakal menamatkan cabang-cabang lain seperti cabang Sultan Idris Shah (Sultan Perak ke-33) dan Sultan Abdul Aziz (Sultan Perak ke-31).

Jika ini berlaku dimana Raja Nazrin bakal menjadi Sultan Perak ke-35, kemudiannya mungkin diikuti oleh Raja Ahmad Nazim Azlan Shah dan/atau Raja Azlan Muzaffar Shah, dan seterusnya takhta Kesultanan Perak akan terus diwarisi oleh cucu-cicit-piut Sultan Azlan Shah. Ini yang dimaksudkan Dinasti Azlan Shah, di mana dijangkakan Kesultanan Perak akan terus kekal diwarisi oleh cabang Sultan Azlan Shah. Mungkin kerabat di-Raja dari cabang Sultan-sultan Perak yang terdahulu tidak berpuas hati dan akan menuntut takhta. Ini adalah perkara biasa bagi Kesultanan Perak yang tidak pernah sepi dengan perang saudara dan tuntutan takhta.

Sebelum kita maneruskan perbincangan, mari kita berkenalan dengan Raja Kecil Tengah, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Ibni Allahyarham Raja Ashman Shah.

Raja Ahmad Nazim Azlan Shah atau panggilan "Ahmad", kini sedang menuntut di University of Cambridge. Sebelum itu beliau mendapat pendidikan di peringkat A-level di Marlborough College dan bersekolah di sekolah antarabangsa elit di Kuala Lumpur iaitu Garden International School.
 
Ahmad (dua dari kiri) terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah pelajar terbaik di Malaysia untuk Cambridge International Examination (CIE) High Achievers Award pada tahun 2011

Kecerdikan beliau tidak dipersoalkan. Keluarga Sultan Azlan Shah memang diketahui umum mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Bapanya, Allahyarham Raja Ashman Shah juga merupakan graduan University of Cambridge, begitu juga sepupu-sepupunya seperti Azlin Salleh dan Nurlin Salleh (anak-anak Raja Azureen) yang merupakan graduan University of Cambridge. Untuk diterima masuk ke University of Cambridge bukannya mudah, kena betul-betul cemerlang baru boleh diterima masuk.

Hasrat Putera William untuk mengambil kursus jangka-pendek di University of Cambridge mendapat tentangan. Keputusan A-level beliau yang tidak mencapai gred kelayakan kemasukan ke universiti berkenaan walaupun sekadar menghadiri kursus jangka pendek dikatakan sebagai suatu penghinaan ke atas universiti terbaik United Kingdom dan ketiga terbaik dunia itu.

Namun jika di Malaysia, terdapat "budi bicara" syarat kemasukan ke universiti yang melibatkan anak-anak VIP!
Ahmad yang mempunya wajah mat saleh
Berbalik kepada kisah Ahmad tadi, rupa paras seperti mat saleh tidak menjadi persoalan. Sultan Johor juga berdarah Inggeris, begitu juga bakal Sultan Selangor dan pewaris takhta Pahang juga mempunyai darah Inggeris.

Yang lebih menjadi persoalan adakah pewaris takhta yang merupakan bakal-bakal Sultan ini mempunyai jiwa Melayu? Dalam konteks ini penulis melemparkan persoalan bukan sahaja kepada pewaris takhta Kesultanan Perak, tetapi kepada semua institusi beraja di Malaysia.

Kita juga sibuk bercakap mengenai Raja-raja sebagai benteng terakhir Melayu dan agama Islam. Sedangkan pendedahan Malaysia in Crisis sebelum ini menunjukkan pewaris takhta sebagai contohnya Raja Muda Selangor bersikap tidak seperti seorang Melayu beragama Islam. Menjadi "Melayu" dan "Islam" bukan hanya apabila memakai baju Melayu bersampin atau bertengkolok. Sedangkan hidup bergelumang dengan arak dan maksiat. 

Adakah boleh dikatakan mereka ini benteng terakhir Melayu dan agama Islam? Dan "Melayu" kah jiwa mereka?

Penulis cuba mencari jawapan kepada persoalan ini.

Sistem Pendidikan dan Circle of Friends
Sultan-sultan yang menduduki takhta pada hari ini kebanyakannya mendapat pendidikan awal di tanahair. Sultan Azlan Shah mendapat pendidikan awal di Government English School, Batu Gajah (kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf). Raja Nazrin pula bersekolah di Sekolah Menengah St. John dan dikenali sebagai "Naz" di kalangan rakan-rakan sekelas.

Begitu juga Sultan Terengganu, Sultan Mizan yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah Sultan Sulaiman. Kemudiannya baginda melanjutkan pelajar ke Geelong Grammar School, iaitu sebuah sekolah berasrama termahal di Australia. Tamat persekolahan, baginda melanjutkan pengajian Ijazah di London iaitu di United States International University (kini Alliant International University) - sebuah universiti kecil, tidak terkenal, dan kadar penerimaan kemasukan yang tinggi. Bermakna, siapa saja boleh masuk ke universiti ini asalkan ada wang. Keputusan peperiksaan di peringkat sekolah tidak menjadi ukuran, yang menjadi ukuran adalah kemampuan membayar yuran pengajian. Dalam ayat lain boleh dikatakan Baginda mungkin tidak berapa cerdik dari segi pelajaran untuk diterima masuk ke universiti ternama. 

Keputusan peperiksaan kerabat di Raja Britain dinanti-nantikan oleh rakyat
Tidak mengapalah Tuanku Mizan, universiti tidak ternama pun tetapi masih boleh menuntut ilmu. Si Mail Katik di negeri Selatan tanah air tu rasanya lagi kurang cerdiknya, itu setakat masuk jadi askar! Sama lah macam Prince Harry yang tak berapa cerdik hanya masuk kolej militari Sandhurst!

Berbalik kepada sistem pendidikan itu tadi, apa yang ingin disampaikan ialah Raja-raja pada hari ini masih ramai yang bersekolah biasa di tanah air dan bercampur dengan rakyat jelata. 

Tetapi generasi baru pewaris takhta Raja-raja Melayu pada hari ini nampaknya sejak kecil lagi telah dihantar untuk belajar di sekolah-sekolah antarabangsa seperti Alice Smith School dan Garden International School di Kuala Lumpur. Ada juga anak-anak Raja pewaris takhta ini yang terus dihantar belajar ke luar negara. Mengikut temubual akhbar Utusan Malaysia bersama Tengku Puan Pahang (rujuk artikel disini), salah satu sebab mengapa mereka memilih menghantar anak-anak bersekolah di luar negara adalah kerana tiada siapa yang tahu latar belakang mereka. 

Tengku Hassanal Ibrahim Shah (kiri)
Belajar di luar negara itu bukannya sekolah biasa, tetapi belajar di sekolah elit! Dah sah lah cikgu-cikgu sekolah elit tersebut tahu latar belakang pelajar yang memasuki sekolah tersebut mestinya anak-anak orang kenamaan seluruh dunia! 

Bermakna, circle of friends anak-anak ini juga adalah dari golongan elit seluruh dunia. Masakan apabila menjadi Raja kelak menjiwai kesusahan rakyat?

Contohnya pewaris takhta Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Shah bersekolah di Sherborne School, United Kingdom yang menjadi pilihan kerabat di-Raja dan anak orang kenamaan seluruh dunia termasuk King Mswati III dari Swaziland dan Raja Qatar.  Orang kebanyakan tidak mampu untuk menghantar anak ke sekolah-sekolah elit ini.

Tengku Amalin menuntut di UIA
Sebenarnya, masih ada lagi anak-anak Raja yang lain bersekolah biasa bersama rakyat jelata yang lain, begitu juga di peringkat universiti. Terpulang kepada individu itu sendiri untuk membawa dirinya apabila bercampur dengan rakyat.    

Bagaimana pun apabila bercakap mengenai pendidikan, ini terpulang kepada individu. Apabila orang kenamaan menghantar anak-anak bersekolah di luar negara, ini bermakna sistem di Malaysia tidak menjadi pilihan mereka walaupun Menteri UMNO kata pendidikan Malaysia adalah yang ke-14 terbaik di dunia!

Petikan daripada laporan akhbar The Star bertarikh 31 Mac 2012 bertajuk Muhyiddin: Our education system better than advanced nations.

KUALA LUMPUR: Malaysian children received better education than those in advanced countries based on the World Economic Forum's global competitiveness report, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

He said the report ranked Malaysia 14th among 142 countries in quality of education and second in the ASEAN region.

Maaf lah Tan Sri, walaupun sistem pendidikan Malaysia dikatakan berada di tangga ke-14, itu masih tidak mampu untuk meyakinkan sebilangan besar para kenaamaan negara kita untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di Malaysia! Sebaliknya mereka terus memilih untuk menghantar anak-anak belajar di sekolah antarabangsa atau ke sekolah-sekolah di luar negara.


_________________

Berbalik semula kepada kisah Tengku Mahkota Pahang dan anak-anak yang bersekolah di luar negara. Bila bercakap mengenai sekolah elit, sudah semestinya kita tertanya-tanya berapakah kos bersekolah di luar negara seperti di United Kingdom. 
  1. Sebagai contoh, yuran persekolan di Sherborne School di mana Tengku Hassanal Ibrahim Shah bersekolah adalah lebih daripada £10,000 (kira-kira RM55,000) untuk satu term (terdapat 3 term dalam satu tahun). Ini bermakna yuran persekolahan sahaja (tidak termasuk kos lain) adalah kira-kira RM165,000 untuk satu tahun. Campur duit aktiviti sekolah yang lain, duit makan-minum, duit balik Malaysia bercuti setiap cuti sekolah, campur tolak itu ini kita anggarkan kos tahunan adalah kira-kira RM200,000.   
  2. Anak kedua pula belajar di Harrow School, United Kingdom juga dengan yuran persekolahan lebih kurang £10,000 untuk satu term (atau £30,000 untuk satu tahun iaitu RM165,000 dalam Ringgit Malaysia). Seperti perkiraan di atas, campur tolak perbelanjaan seorang lagi anak, sekolah sahaja menelan belanja sebanyak RM200,000 satu tahun.
  3. Anak ketiga pula belajar di Caldicott School, United Kingdom dengan yuran pengajian juga dalam £10,000 untuk satu term (atau £30,000 untuk satu tahun). Campur-tolak, dianggarkan perbelanjaan bersekolah di United Kingdom memerlukan kira-kira RM200,000 satu tahun.
  4. Contoh di atas hanya perkiraan kasar bagi 3 orang anak lelaki Tengku Mahkota Pahang yang bersekolah di United Kingdom, tidak termasuk 2 lagi anak perempuan yang sedang bersekolah. 
  5. Campur pulak ketiga-tiga puteri cun Tengku Mahkota Pahang dan Julia Rais yang sememangnya tinggal di United Kingdom! Seorang belajar Downe House School, ada yang sudah masuk universiti dan sebagainya. Sudah semestinya jumlah perbelanjaan persekolahan bagi ketiga-tiga puteri cun ini melebihi berjuta ringgit!
Seorang puteri  Tengku Mahkota Pahang (yang sedang menjulang botol) sedang berpesta bersama rakan-rakan

Kesimpulan:
Apa yang ingin disampaikan oleh penulis ialah tiada istilah "Raja dan kerabatnya Berjiwa Rakyat" kerana sistem pendidikan yang dipilih iaitu bersekolah di sekolah antarabangsa dan menghantar putera-puteri bersekolah ke luar negara menjadikan circle of friends mereka adalah dari kalangan golongan elit juga. Mereka tidak tahu pahit-jerihnya anak sebaya mereka yang terpaksa mengharungi sungai untuk ke sekolah atau berjalan berbatu-batu untuk menuntut ilmu.

Di sini juga ditegaskan tiada istilah "Raja menjadi benteng terakhir Melayu dan agama Islam". Jangankan untuk bercakap mengenai Islam, tidak nampak langsung sifat ke-Melayuan di dalam diri mereka. Mereka lebih selesa berbual dalam Bahasa Inggeris - jadi relevankah  slogan "bahasa jiwa bangsa"?

Baik lah, penulis meninggalkan entry ini dengan nasihat kepada Raja Kecil Tengah Perak, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah supaya menjadi seperti bapanya, Allahyarham Raja Ashman Shah. Sesungguhnya rakyat menyanjungi sifat dan ketinggian ilmu agama Allahyarham.


Ahmad (dalam bulatan) sedang berparty bersama rakan-rakan di sebuah kelab malam Ballare di Cambridge pada 22 Januari 2014 yang lalu. Pesanan kepada Ahmad, tinggallah perkara-perkara yang melalaikan, tumpukan kepada pelajaran dan persiapkan diri menjadi seorang Raja yang disanjungi rakyat jelata.


Cicit Daeng kini kembali,

Thursday 23 January 2014

SERI PERDANA DI INTIP


Kes Mahkamah Daniyar Nazarbayev menyebabkan Seri Perdana Kediaman Rasmi Perdana Menteri Di Intip Pihak Luar Negara.

New York Supreme Court's Document

Daniyar Nazarbayev hilang di Amerika dan di 5 buah negara  dan dilindungi oleh Keluarga Perdana Menteri Malysia itulah kenyataan yang paling tepat bagi menjawab persoalan dokumen rasmi New York Supreme Court, United State of America yang mengesahkan segala usaha mencari Daniyar Nazarbayev gagal memberikan hasil dalam menemukan lelaki misteri yang diperlukan  pihak berkuasa Mahkamah Amerika.

New York Supreme Court's Document

Kita sedia maklum bahawa Daniyar Nazabayev berada di Malaysia dan sering kali menemani Perdana Menteri Malaysia yang terkenal dengan kenyataan kangkung diseluruh dunia  dan wanita yang ingin dikenali sebagai "First Lady of Malaysia-FLOM" iaitu Datin Seri Rosmah Mansor di majlis majlis kerajaan dan majlis keramaian dihadiri PM.

Daniyar Nazarbayev  Di Malaysia?
Gambar PM & Isteri bersama Daniyar di Malaysia - Gambar dari Blog AnakSungaiDerhaka.

Dimanakah Daniyar sebenarnya? Benarkah beliau di Malaysia atau di Amerika? 
Jika dilihat dari semua bukti jelas menunjukan bahawa Daniyar masih berada di Malaysia bersam keluarga PM Malaysia. Sekali lagi gambar Majlis Rumah Terbuka Hari Raya ini menjadi bukti Daniyar berada di Malaysia.

Majlis Sambutan Aidilfitri Pekan, Pahang 


Dokumen rasmi Mahkamah New York Supreme Court.

Persoalan ini timbul berdasarkan dokumen rasmi yang telah difailkan di mahkamah yang menyatakan Daniyar Nazabayev tidak diketahui lokasi beliau berada sekarang. Kenyataan dibawah ini adalah petikan dari dokumen rasmi komunikasi antara Pihak Guaman John H Snyder PLLC dan Hon.Eileen Bransten, Supreme Court , New York County.


New York Supreme Court's Document
 Bukti Mahkamah New York Supreme Court Menyatakan Daniar Nazarbayev Tidak Ditemui Di 5 Buah Negara


Kenyataan diatas dengan jelas membuktikan bahawa segala usaha mencari Daniyar Nazabayev di 5 negara tidak berjaya. Namun hakikatnya jelas bahawa Daniar hidup dibawah naungan Perdana Menteri Malaysia dan Isterinya kerana kelibat beliau di Malaysia yang selalu dilihat menemani isterinya Nooryana Najib di Malaysia dan keluarga Perdana Menteri.

Adakah Daniyar Warga Negara Malaysia?





Apakah status Daniyar di Malaysia? Adakah beliau seorang warga Kazakstan atau warga Malaysia? Semakan di Jabatan Pendaftaran Negara membuktikan bahawa terdapat usaha menyimpan rahsia dengan jawapan diterima :-

" JPN dan Kerajaan Malaysia berhak memberi kerakyatan kepada mana mana pihak yang memenuhi syarat  kerakyatan"




Adakah jawapan sebegini memberikan kita gambaran jelas bahwa Daniyar Nazarbayev kini rakyat Malaysia? Jabatan Pendaftaran Negara perlu didesak memberi kebenaran dalam perihal ini jelas mampu memberikan tamparan hebat kepada krediiliti Jabatan Pendaftaran Negara dan Perdana Malaysia jika benar Daniyar Nazarbayev diberikan kerakyatan Malaysia. 


Daniyar Nazarbayev Tidak Wujud di Sandhust Military College,United Kingdom


Sandhust Royal Military Academy


Adakah juga Daniyar di Sandhust Military College seperti yang didakwa ramai pihak atau beliau juga sedang menghadiri sessi fotografi bagi tujuan membersihkan imej penipu beliau di Kem Tentera Port Dickson?Terdapat juga pelbagai kenyataan yang megesahkan bahawa Daniyar Nazarbayev sedang mengikuti kursus ketenteraan di Sandhust  Royal Military Academy. 

The Malaysian Insider's Article
 
Walaupun artikel diatas ini memetik sumber keluarga memaklumkan Daniyar Nazarbayev berada di Sandhust Royal Military Academy , United Kingdom. Tetapi berdasarkan siasatan pihak guaman yang menyiasat kebenaran ini mendapati Daniyar Nazarbayev tidak wujud di Sandhust Royal Military Academy. Petikan kenyataan yang difailkan di mahkamah New York Sureme Court menjelaskan kebenaran bahawa Daniyar Nazarbayev tidak wujud di Sanhust Military College.

New York Supreme Court's Document
Bukti New York Supreme Counrt Menyatakan Daniar Nazarbayev Tiada di Sandhust Military College, United Kingdom


Seri Perdana, Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia Di Intip 

Seri Perdana, Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia
Seri Perdana akhirnya menjadi tempat disyaki Daniyar Nazabayev disembunyikan. Kita rakyat sedia maklum , Daniyar Nazabayev sering bersama isteri dan kelaurga Perdana Menteri dan beliau juga beberapa kali dilihat disekitar Kuala Lumpur KLCC bersama Noryana Najib iaitu anak perempuan kepada PM.

Kenyataan rasmi dibawah  ini difailkan di New York Supreme Court, Amerika yang secara tidak langsung menjejaskan nama baik negara dan terutamanya membabitkan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri .


New Your Supreme Court's Document

Dimanakah sebenarnya Daniyar Nazabayev bersembunyi? Umum kita ketahui beliau di Malaysia bersama anak perempuan Perdana Menteri. Agak memalukan apabila Seri Perdana di intip pihak luar dalam usaha menjejaki Daniyar Nazarbayev dan Perdana Menteri Malaysia & Isteri berbangga dengan membawa Daniyar Nazarbayev ke hulu hilir sedangkan pihak berkuasa masih mencari beliau bagi pelbagai kes tuduhan pecah amanah membabitkan jutaan dollar Amerika. 



Apakah peranan PM & Isteri dalam menyembunyikan Daniyar Nazarbayev di Malaysia? Adakah segala usaha dilakukan bagi memastikan beliau sentiasa dilindungi di Malaysia dan apa pula status Daniyar dan bagaimana beliau menetap di Malaysia? 

PM & Isteri seharusnya didesak dalam memberi penjelasan kerana dokumen yang difailkan di New York Supreme Court jelas membuktikan intipan telah dilakukan di Seri Perdana, Kediaman Rasmi Perdana menteri Malaysia. 



Mana hilang maruah dan harga diri Malaysia sebagai negara berdaulat dan akhirnya Seri Perdana dibiarkan diintip oleh pihak luar. Kebenaran yang tertulis jelas dalam dokumen New York Supreme Court ini harus menjadi pendesak kepada PM memberi jawapan yang ikhlas akan perihal sebenar kedudukan Daniyar Nazarbayev di Malaysia dan kaitan PM & Isteri dalam menyembunyikan beliau di Malaysia. 

Malaysiacrisis mendesak mana mana ahli parlimen membawa isu  ini ke Dewan Rakyat bagi memastikan isu ini dijelaskan memandang nama baik negara dan Seri Perdana dengan jelas dirujuk dalam dokument rasmi mahkamah New York Supreme Court yang mana PM harus menjawab persoalan ini kerana membabitkan nama negara dan kediaman rasmi dalam perihal keluarga beliau dan kemungkinan menjadikan Seri Perdana atau mana mana lokasi di Malaysia tempat persembunyian Daniyar Nazarbaev.

Sudah sampai masanya PM & Isteri menjawab persoalan ini dan mengapa harus terus berselindung akan kebenaran berhubung Daniyar Nazarbayev.







Wednesday 8 January 2014

Menteri Gangster Bayar 3 Juta kepada Mangsa Tumbuk

Menteri Gangster

Menteri Gangster Malaysia adalah rujukan terbaik bagi seorang menteri yang dikatakan cukup tegas dan berani dalam memperjuangkan hak kementerianya. Manakan tidak kerana beliau telah berjaya menawan kementerian yang memiliki segala kuasa pendakwaan di Malaysia yang akan menyediakan kertas siasatan dan dengan itu beliau adalah kebal dari segala pertuduhan atau mana berani PDRM membuka kertas siasatan terhadapnya.

Kes tumbuk dan kes mahkamah juga tidak mampu diteruskan kerana menteri ini memiliki kuasa luar biasa dalam memastikan kes ditarik semula dan memastikan orang yang ditumbuk olehnya meminta maaf. 
 


Tidakah lucu untuk kita fikir orang yang menanggung sakit akibat ditumbuk meminta maaf dari orang yang menumbuknya? Dimanakah logik akal fikiran pihak pendakwa dan mana mana pihak berkuasa yang bersetuju dengan penyelesaian ini. 

Kenapa Amir Bazli Meminta Maaf? Adakah beliau dibayar oleh Menteri?

 Kes mahkamah yang berjalan lancar selama ini berubah apabila Mentri berkanaan dilantik sebagai Menteri KDN . Bukankah ianya jelas menunjukkan salah guna kuasa untuk menakutkan mangsa dan seterusnya menyebabkan beliau (mangsa) meminta maaf. Adakah mungkin beliau ditakutkan dengan pelbagai tuduhan lain yang mungkin akan dituduh bagi menakutkan beliau. Manakan  tidak jika KDN dalam tangan beiau segalanya mampu dilakukan oleh menteri tersebut.





Benarkah Amir Bazli meminta maaf?


Jika benar Amir Bazli meminta maaf kenapa pula harus direkodkan dengan jelas bahawa pampasan akan dibuat tanpa campur tangan oleh pihak guaman atau mana mana pihak lain? 



Pernahkah kita dengar penyelesaian luar mahkamah tanpa campur tangan peguam yang membela mereka dan ini sekali membuktikan ketakutan dan bayang bayang jahat yang cuba dipadamkan atau dilihat oleh pihak guaman terumatanya Karpal Singh yang juga berpihak kepada pihak pembangkang di parlimen. Sekiranya beliau terlibat dalam proses penyelesaian bayaran pampasan ada kemungkinan menteri berkenaan berada di kerusi panas di Parlimen untuk menjawab penyelesain kewangan tersebut.


" Datuk Shamsul Ibrahim, a member of Ahmad Zahid's legal team, disclosed later that compensation was to be decided without the intervention of lawyers.
Amir Bazli also confirmed that the matter was settled amicably but was not in a position to comment by order of the mediator."
Petikan Artikel Malaysian Insider

Dengan jelas Datuk Shamsul Ibrahim mengakui ada bayaran pampasan akan dbuat menikut kenyatan diatas yang jelas.


Majlis Harijadi RM 300,000



Baru baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan perbelanjaan hari jadi yang dikatakan RM 120 ribu tetapi sebaliknya pengakuan tersbut jauh tersasar dari jumlah sebenar yang dibayar oleh menteri berkenaan yang menaja hanpir seribu orang hadirin ke mjalis terebut. Dikatakan kos keseluruhan majlis tersebut mencecah RM 300 ribu dan bukan RM 120 seperti yang disebut sebelum ini. Kos ini termasuk kos kos lain yang tidak disebut bagi menaja segala persiapan dan kehadiran seribu hadirian ke mjalis tersebut yang jelas dianjurkan bagi menunjuk kekuatan pengaruh menteri tersebut bagi membuktikan beliau diterima ramai bagi memastikan jawatan Perdana Menteri yang akan datang adalah untuk dirinya. 

Jelas perbelanjaan majlis harijadi beliau membuktikan kemampuan luar biasa menteri tersebut dalam berbelanja dan kes ini juga hampir sama dengan kes majlis pertunanggan Yana Najib yang menelan belanja hampir 400 ribu bagi jumlah hadirin yang sama dan dihotel bertaraf lima bintang.

Kekayaan Luar Biasa Menteri Gangster

Adalah tidak dapat dinafikan kekayaan luar biasa menteri berkenaan yang mampu menaja penggunaan khidmat "Outriders" bagi kegunaan peribadi dan mengaji "Bodyguard" tamabahan dari peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan. Dari manakah sumber pendapatan menteri berkenaan yang mampu terus hidup bermewah tanpa segan silu. Tidak dapat kita nafikan menteri tersebut mampu menjana pendapatan lebih dengan dilantik menjadi menteri di KDN.

Menteri Gangster Buat Duit


Menteri tersbut bangga dalam melancarkan Ops Cantas yang dan akhirnya menyebabkan beliau sendiri mengarahkan semua Balai Polis diseluruh Malaysia untuk mempamerkan kain rentang yang kononnya "Rakyat Malaysia Menyokong Ops Cantas" dan rakyat berterima kasih kepada beliau. Ini adalah contoh terbaik bagaimana menteri berkenaan menjana pendapatan dengan mewajibkan banner di pamerkan disetiap balai polis seluruh negara dan projek sedemikian diperuntukkan kepada rakan rakan beliau dan kaki kaki motor beliau yang kebanyakan mereka rakan sekolah beliau dari Malay College Kuala Kangsar. Manakan tidak dengan menjana pendapatan seperti ini memampukan beliau berbelanjan mewah bagi Majlis Harijadi beliau. 

Bayangkan siapakah yang menjana duit dengan Projek Banner ini yang diwajibkan dipasang di setiap balai polis seluruh malaysia.


RM 3 juta untuk Mangsa Tumbuk

Dari sumber terdekat yang mengenali Amir Bazli mengesahkan beliau menerima bayaran berjumlah RM 3 juta bagi kes beliau dan memastikan kes tersebut ditarik balik kerana sekiranya ianya diteruskan maka menteri berkenaan berdepan risiko hiang kelayakan selaku ahli parlimen. 



RM 3 juta mungkin sesuatu yang tidak besar bagi mereka di UMNO dan bagi menteri ini pelbagai projek bakal mejana pendapatan beliau dan kroni-kroni yang jelas semuanya bermotor besar. 

Meneri tersebut bersetuju membayar RM3 juta bagi meastikan beliau terus kekal sebagai ahli parlimen dan dengan jelas ini membuktikan Malaysia negara serba boleh selagi pemimpim seperti menteri ini terus dijunjung kasih oleh rakyat jelata yang buta hati dan mata dalam menilai pemimpin mereka. 

Haruskan Malaysia memiliki menteri sedemikian dalam menerajui Kemeterian yang terlalu penting dalam menajga hal ehwal keselamatan Malaysia? Sejurnya Malaysia bakal tergadai dengan pemimpin yang hanya berniat memenuhi hawa nafsu dan ego kekayaan mereka. Yang kaya dan berkuasa terus kaya dan yang miskin dan tertidas terus menjadi mangsa selamanya dibumi Malaysia serba boleh.