Wednesday 5 December 2012

ISLAM Boneka Politik



Khawarij
Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah Puak Khawarij.
Kelompok ini Nabi s.a.w sifatkan seperti berikut:
“..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka. Puak Khawarij ini mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Saidina ‘Ali bin Abi Talib kepada mereka: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). Dengan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir.

Siapa bercakap benar? Adakah seorang kafir yang sentiasa konsisten dengan pendirianya bagi pihak diri dan partinya atau seorang islam yang senantiasa memaklumkan kepada umat islam bahawa golongan (DAP & PKR) menerima hukum hudud untuk dilaksanakan di Malaysia walaupun hakikatnya mereka jelas menolak dan tidak pernah bersetuju terhadap hasrat tersebut.


Seorang kafir berani mencabar perlaksanaan hudud hanya dengan ungkapan "OVER MY DEAD BODY" namun tidak pula kita mendoakan kehancuran beliau mahupun partinya yang jelas menolak Hudud.Tetapi sebaliknya kita katakan kita faham kenapa mereka menolak? Adakah benar zaman rasullulah kita guna undnag undag islam kepada umat islam dan undang undanglain untuk nukan islam?


Benarkah rasuah hanya di UMNO? Bukankah rasuah itu tidak kira bangsa, agama dan tidak kenal sesiapa.Memang tidak dinafikan rasuah dan sikap pemimpin UMNO adalah satu isu yang perlu diperbetulkan dan bukan semua pemimpin UMNO itu buruk dan tidak semua pemimpin PAS itu baik.Begitu juga tidak semua pemimpin PAS  itu buruk dan tidak semua pemimpin UMNO itu baik.

Malaysia tidak mungkin akan berubah selagi rakyat bersifat kepartian dalam memilih ADUN/MP. Seharusya kita memilih orang yang baik tidak kira parti mana dan ianya akan menyebabkan kerajaan campuran atau mungkin akan memihak kepada mereka (parti) yang memiliki calon-calon yang baik yang dikenali masyarakat setempat.

PKR sebagai contoh, sejak 2008 ke 2012 dan mampu memiliki kenderaan sebegitu banyak oleh Ketua Wanita PKR  amat menghairankan penulis jika benar. 


Seperti yang dikatakan, rasuah tidak kenal parti sebaliknya kebanyakan ahli politik beranggapan bidang politik sebagai bidang perniagaan skim cepat kaya bagi mereka. 




Rasuah ini adalah perkara yang agak sukar di tangkap ada kalanya.andai kita menerima rasuah tidak mungkin kita yang akan menerima sudah tentunya mereka memiliki cara dan modus operandi mereka untuk memastikan mereka tidak terlibat. 

Begitu juga, pengistiharaan harta oleh ahli politik sebenarnya tidak memberi sebarang makna kerana tidak ada ahli politik yang menyimpan harta dan wang ringgit atas nama atau keluarga mereka kerana mereka tahu modus operandi SPRM.Agak pelik bila kita lantang meminta mereka istihar harta tetapi tidakkah kita tahu bahawa ahli politik ini akan memperbodohkan kita juga akhirnya.



Apa pekerjaan Azmin Ali sepanjang Anwar Ibrahim dipenjarakan? Bagaimana beliau hidup mewah tanpa sebarang masalah kewangan sepanjang tidak bekerja dan hanya hidup dengan berceramah reformasi? Fikirlah.

“Telah zahir golongan ahli ibadat, zuhud dan nussak (penumpu penuh ibadah). Kejahilan dan kebodohan mereka telah membawa mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam fadhilat-fadhilat amal, fadhilat surah-surah al-Quran dan solat-solat sunat, untuk menggalakkan orang ramai beramal. Seperti juga mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam menakut orang ramai terhadap maksiat. Mereka menyangka mereka telah membela Islam. Golongan yang jahil ini tidak tahu bahawa pendustaan ke atas RasululLah s.a.w boleh menurunkan mereka ke dalam tingkatan-tingkatan yang paling bawah dalam neraka jahannam” (Hammam `Abd al-Rahim Sa`id, Al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, m.s. 140, Jordan: Dar al-Furqan).

Umum kita ketahui, kebanyakkan ahli politik hidup dengan pendapatan sebagai ahli politik dan rata-ratanya hidup mewah dan ini juga kita lihat jelas samadi pihak kerajaan atau pun pembangkang kerana inilah skim cepat kaya mereka. Jika kaji semula kebanyakkan ahli politik mereka ini hidup hanya dengan wang rakyat tetapi mewah kehidupan mereka.


Contoh terbaik adalah Ketua Umum PKR sendiri atau bakal Perdana Menteri Malaysia yang hidup mewah dan anak beranak semuanya hidup mewah. Bagaimana keluarga ini hidup tanpa pekerjaan tetap dan tiada pejana eknomi keluarga sejak 1998? Bagaiman mereka terus hidup mewah tanpa ada masalah kewangan

Dalam isu Ketua Pemuda PAS, bank mana yang akan memberikan pinjaman kenderaan jika ansuran bulanan kenderaan RM 1,400  sebulan dengan hanya berpendapatan RM 2,800 sebulan? Dengan menolak ansuran rumah beliau 530 beranikah bank memberikan pinjaman yang  memerlukan ansuran bulanan RM 1400 sebulan kepda beliau? Begitu juga, bila kita congak pendapatan dan ansuran kereta, ansuran 2 buah rumah, dan perbelanjaan isi keluarga dengan 6 orang anak mampukah mereka hidup hanya dengan pendapatan pada kadar tersebut dan tidak termasuk perbelanjaan lain yang tidak ketahui. Jika taksub maka kita percaya dengan hasil RM 2,800 boleh menjelajah seluruh negara duduk di hotel, kos perjalanan ke seluruh aktiviti PAS dan kesana-kemari tetapi jika kita fikir secara logik maka keraguan pasti akan timbul.bukan sahaja isu Ketua Pemuda PAS tetapi pada kesemua ahli politik di Malaysia.

Rakyat perlu menerima hakikat bukan perubahan parti politik yang menjamin perubahan kehidupan mereka tetapi perubahan syarat & peraturan dan undang undang yang lebih tegas terhadap para ahli politik yang Malaysia amat diperlukan. Kita memerlukan ketetapan pendapatan yang asas untuk mereka bukan kemewahan yang kita berikan dengan menjadi ahli politik . Contohnya beberapa ketetapan dan perubahan yang harus parlimen lakukan dan percayalah tiada ahli politik tidak kira pembangkang dan kerajaan akan berani melakukannya kecuali mereka itu benar ikhlas ingin berjunag untuk rakyat.


Berbalik kepada isu doa kehancuran,bayangkan, jika Gereja, Kuil mula mendoakan kehancuran kerajaan & umat islam semata-semata kerana PAS berani melakukan doa sebegitu rupa terhadap rakan islam. Berdoa untuk meminta ditunjukkan dan diturunkan hidayah adalah ajaran islam tetapi memhon kehancuran penulis merasakan ianya agak melampau apabila melibatkan doa kehancuran sesama umat islam. Jika doa kehancuran dibenarkan bila dizalimi, bukankah mereka-mereka (rakyat)  ini juga bakal mendoakan kehancuran PR/PAS?

Jika benar UMNO itu muratad dan seharusnya didoakan kehancuran, maka beranikah PAS medoakan kehancuran Istana & Sistem Diraja yang jelas jauh terpesong dari akidah islam dan  lagi teruk mereka ini juga bertopengkan sebagai Ketua Agama Islam negeri. 



Beranikah PAs mendoakan kehancuran kerana rakyat dizalimi dengan penipuan oleh seorang Ketua Agama Islam?

Bagaimana pula gambar dibawah ini yang jelas menunjukkan sikap seorang anak pemimpim pembangkan yang bakal juga manjadi perdana menteri?Kenapa sepi dirinya dari arena politik tanah air dan kemana arah tuju anak lelaki beliau? 


Apa bila kita menghukum yang lain maka kita tidak menghukum diri kita kerana kita mempergunakan islam demi kepentingan diri dan lupa bahawa Islam itu maha adil dan bukan islam berlandaskan ketaksuban politik.

Jika kerana Islam maka seharusnya mereka mendoakan kehancuran kumpulan ini juga tetapi jika berjuang kerana kuasa maka hanya UMNO/BN perlu didoakan kehancuranya dan bukan yang lain lebih jeals murtad, menolak islam, terpesong akidahnya. Mengapa pula mereka mendoakan taufik & hidayah kepada sistem diraja dan kehancuran kepada umno? Ini jelas menunjukkan islam dijadikan boneka dan mainan percaturan politik.

ISLAM terlalu mulia untuk dipolitikan tetapi Islam seharusnya menjadi landasan kepada semua parti politik. Malangnya bila keinginan kuasa politik terlalu melampau maka tergadailah kesucian islam demi hawa nafsu yang sentiasa di jiwa manusia berjiwa poltiik.



Inilah masalah kebanyakkan ustaz & ustzah dalam masyarakat islam kita yang selalu merasakan diri mereka terlalu mulia dan mereka itu suci dari segala kesalahan dan dosa. Sifat inilah yang terus diperkatakan dalam alquran dan hadis iaitu RIAK yang bakal mengundang diri bila kita rakyat memperagungkan manusia tanpa ada batasan dan tidak berpandukan Alquran & Hadis.  


 "Dari Ibni Abas Radiallahu Anhuma katanya: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam bersabda: Siapa yang dengan amalnya mencari kemasyhuran untuk diperlihatkan kepada manusia, Allah akan menyiarkan keinginannya di hari kiamat, dan siapa yang memperlihatkan amalannya, Allah akan memperlihatkan kecelaannya" (Riwayat Al-Imam Muslim)
Islam tidak membenarkan kita memhon kehancuran tidak kira apa ianya selagi ianya diwakili seorang yang beragama islam? Seperti mana doa Himpunan Muktamar Pas di Kota Baru yang mendoakan kehancuran UMNO / BN.

Jika ini benar maka sudah pasti leabih banyak doa orang umno mendoakan kehancuran PAS dari doa orang Pas untuk menghancurkan UMNO. Kerana keahlian UMNO jelas menunjukkan lebih ramai ahli berbanding PAS. Ada juga yang mungkin mengatakan "is not quantity but quality" tetapi benarkah mereka betul-betul berkualiti dalam urusan agama jika kesucian islam tergdai demi agenda politik.

What come first for PAS? Will they sacrifice Islam for Political Power or PAS will fight and willing to lose political power? Or their answer will be, "let us get the power first than we will uphold Islam as a goverment."
"Annonymous"

Penulis menghormati sifat UMNO yang setakat ini tidak pernah mendoakan kehancuran PAS/PKR dalam majlis keagamaan ataupun solat mereka walaupun hakikatnya mereka sedar parti PAS/PKR semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Bagi penulis, ramai rakyat yang beragama islam tersentak dengan doa yang sedemikian rupa dan seharusnya ianya bukan sahaja UMNO tetapi ramai juga dizalimi oleh kerajaan PAS di Kelantan & Kedah.

Adakah dibenarkan untuk kita mendoakan keluarga Islam lain keran mereka pernah menganiaya kita?Jika ini dibenarkan islam maka ramai orang islam akan mendoakan kehancuran keluarga islam sesama mereka. 

Apakah mereka akan terus berceramah siang & malam jika tiada bayaran?
Selain itu, gak menghairankan apabila, semua yang masuk PAS dijadikan Ustaz & Ustazah walaupun mereka baru bermula tanpa ilmu didada. Bukan menghina atau mencaci tetapi mampukah saya dan anda memanggil orang seperti Abby Abadi & Bob Lukman sebagai Ustaz & Ustazah bila kita berdepan dengan mereka? Bagi saya tidak mungkin saya mampu memanggil mereka sebagai ustzah mahupun ustaz kerana bagi saya darjat seorang guru agama yang dirujuk sebagai (ustaz &Ustazah) adalah tinggi dan bukan jawatan "bidan terjun"

 “Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).




Penulis bukan ahli agama mahupun pakar dalam bidang hukum, namun perspektif ini ditulis berdasarkan pandangan seorang pemerhati yang berugama islam.

Jelas kelihatan Hudud ditolak oleh DAP & PKR kecuali ada pendapat dan pengakuan berani dari Presiden Parti PKR atau DAP mengatakan mereka bersetuju untuk melaksanakan hudud jika PAS mendapat majoriti.
Jika tidak, seharusnya doa kehancuran juga harus didoakan untuk PKR & DAP mengikut tafsiran yang diberikan oleh Nik Abdul Aziz. 


Islam sebenarnya dipergunakan demi politik bukan islam itu diguna pakai sebagai perjuangan politik dan kerana itulah juga agama lain semakin berani menghina Islam dan mempersoalkan Islam secara terbuka.


Sebagai anak muda islam, pasto ramai tertanya kenapa laranagn laungan azan ini hanya digunapakai di Penang dan bukan di negeri negeri laian. Bukankah jika salah mengikut hukum syarak seharusnya semua masjid mengikut tatacara yang sama.Apakah mesej cuba kita yang mengaku memperjuangkan islam dan ingin menegakkan negara islam tidak mampu memperjuangkan hak laungan kalimah Allah Akhbar di bumi Malasia kerana takut hilang kuasa didunia.

Marilah bersama kita fikirkan apa yang terbaik untuk islam sebelum memikirkan apa yang terbaik untuk parti politik di Malaysia atau invidu tertentu. 

 



24 comments:

  1. best....sad..but true.....

    ReplyDelete
  2. Hapuskan kesemua parti politik ini dan gantikan dengan yang baru.

    ReplyDelete
  3. marilah kita bersama2 mengundi dan menyokong parti otak bersatu

    ReplyDelete
  4. inilah masalah sebenar kami juga..rakyat jelata terus ipermainkan,kami berusaha kuatkan jemaah tapi yang sibuk dul nak jadi pm orang lain..buat apa kami nak kerja. dah terbukti masa jadi tpm x da apa pun dia dok buat untuk rakyat ni pun..bnila hilang jawatan bar nak reformasi umpana penagih dadah yang dah kena tangkap tapi mengaku tak hisap dadah..itulah citernya..pas pun dah penat dah sebenarnya hal anwar ni..dah x da hala tuju kecualai putrajaya je..kalau x sembahyang pun x pe janji putrjaya dapat dulu..keahlian pas pun dari samseng,pelacur semau cukup dan x perlu tapis...janji masuk putrajaya..

    ReplyDelete
  5. Si lalang noob ade je..terbaik malaysia in crisis, pencacai pkr mesti bebulu dgn artikel yg ini..mereka kn buta hati..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..jawabla woi pencacai pkr? senyap je bila kena batang hidung sendiri.terkedu ke atau terasa penampar dimuka..?baguslah blog ni adail dan saksama kerja dia orang..aku ingatkan hentak kerajaan je. orang pas dan pkr? x de rumah ke diam sunyi je..

    ReplyDelete
  7. Noob nak kejar trafik lar tu

    ReplyDelete
  8. terlalu simple. ceduk sana sikit, sini sikit, lepas tu tulis artikel tentang hasrat hati tanpa analisis yang menyeluruh. hanya untuk bacaan orang rendah IQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang rendah IQ tu untuk penyokong politik yang bangang je..

      BOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!

      Delete
    2. Pak dubur anwar..main ckp ikut hasrat hati x pakai otak apa citer pencacai pr? X ke lagi bodoh ckp ikut sedap dubur dia je..rasa orgasm je dia ckp lepas apa apa dia suka..tanpa analisis and tanpa tau apa pun..kepala dia lah penuh dgn perkara keji dan jgn harap ada analisis..ini kes meroyan nak jadi pm je..sanggup gadai apa saja untuk dia jadi pm..kau org pun akan kena gadai juga x lama lagi..tunggu masa je..habis pru dia lari ke luar negara and kau org pas pkr and dap bergaduh lah..buat demo jalan raya tuduh menuduh..saatnya semakin hampir untuk kamu..allah tidak pernah bantu org yang riak and pr memang riak pada masa ini...lupa diri and akidah agama and segalanya digadai..

      Delete
  9. copy and paste..

    ReplyDelete
  10. Bila kena batang hidup sendiri mula tuduh bukan bukan pada blogger..terimalah hakikat jangan buta hati..kalau bab hentam kerajaan kau semua iq lagi rendah and tahap x da iq langsung..jangan sedap ckp pada org tapi kena diri sendir terus defensive..tu namanya bodoh x leh diajar sama..

    ReplyDelete
  11. penulis ni pun x kurang gak dgn ape yg dia tulis mempergunakan al quran dn hadis itu menghalalkan tipu daya yg mgkin dia sendiri x perasan, kalau dikaji dn di fahami tulisan ni x dinafikan ada pro dn kontra...tetapi...klau kita nk rungkai satu persatu dlm isu doa tu misalnya penulis hanya tau salahkan si pembaca doa saja tanpa selidik intipati doa yg dibaca dn punca kenapa doa tu dibaca...dh terang penulis ni x pula sentuh tentang penindasa dn kezaliman umno pd org2 kelantan disaat semua usaha sudah dibuat termasuk melalui perundangan tp smpai skg klau dh namanya kuasa apa yg dorg blh buat....ok dlm kekayaan luar biasa tu kita x pasti sgt sumber wang yg dorg ni dpt akn tetapi jika ikut lojik akal pun rasanya semua yg membaca blog ni sekali pun klau dh namanya musuh politik mna mungkin umno bn tu akan berdiam diri sedangkan kes rasuah yg pd hemat org umno ini wujud blh direka meski tanpa bukti yg kuat inikan pula yg ada bukti...korang rasa umno tu akan lpskan x? anwar yg penulis ni nyatakan jika kita ingat isu 3 bilion yg dimainkan oleh umno terutama muhyidin tp endingnya cmne? psl zuraidah tu mgkin penulis ni x cukup sumber agaknya.....zuraidah dlm membalas blk dakwaan umno psl isu kereta tu dia dh siap alu2kan lg sprm utk siasat bro...azmin tu aku x pasti sgt tp yg aku tau sedikit sblm ni dia pernah ada jawatan dlm beberapa sykt cuma x jelas sgt sykt pe....walaubagaimanapun di saat kuasa berada di tangan melalui agensi kerajaan sprm ke pdrm ke amat la mudah bg umno utk menyerang jika peluru sudah diisi dlm senapang....jd korang fikir la....sedikit nasihat dan panduan utk kita bersama terutama buat penulis yg bijaksana jgn kita terlalu cepat menghukum org tanpa usul dan periksa mereka dgn mengatakan khuwarij pd mereka sedangkan sikap dan kenyataan dr sebelah pihak tanpa perlu diterjemah cukup dgn akal waras yg kita ada bersandarkan kalam Allah dgn kitab Nya dan sunnah Rasulullah dgn hadis2 baginda cuma utk menjaga akidah kita semua maka ia perlu dinyatakan....bkn la mereka yg penulis ni maksudkan terdiir dr golongan yg jahil dan membawa kesesatan sedangkan dlm masa yg sma tidak ramai yg tahu berapa ramai pula ulama2 guru2 pondok yg punya keramah bertaraf wali yg menyokong perjuangan parti pas ini....cuma sedih sgt jika kita memilih utk tdk bersama membantu agama kita sebaliknya kita pula yg menentangnya....fahami la saudara seagama ku tanpa mengira fahaman politik pun sudah 55 thn mereka berkuasa jika mereka mengkehendaki islam tertegak dgn tiangnya di bumi malaysia ini tiada siapa pun yg akan menghalangnya....kuasa ada di tangan mereka...hanya perlu laksana saja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bernas bro...wa respect sama lu.

      Delete
  12. Maaf mencelah apa yg disuaraka, saya sendir ahli pas tidak menyokong doa seperti itu. Kalau nak ikut ditindas dah alam org cina tindas melayu dlm hal ekonomi kerja semua..tak pun kita doakan kehancuran? Israel, ada dalam masjid and kat rumah lepas sembahyang kau doakan kehancuran dia org?maaf lah mencelah tetai biarlah kita bukan buta hati bila main ikut je apa yg dikatakan walaupun itu parti kita..pas sendiri perlu fikirkan semula apa yg dikatakan..kita makin jauh dari matlamat asal..dah 25 tahun menjadi ahli pas sekarang semakin sedih tengok perjuangan pas..tidak macam dulu..maaf andai apa yg disuarakan tidak disenangi kawan kawan pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benarkah ko ni ahli pas?

      kalau ahli, tentu dah faham, tahu...yang didoakan itu UMNO, sebuah parti, bukan orang..

      salah ke doa spy parti umno KO?

      apa maksud KO kalu ikut konteks ayat yg doa tu? kalau tak faham, bertanya la pada ahli yang paham, jgn bodoh sombong..pegi tanya ustaz

      memang kita dilarang berdoa keburukan utk orang tetapi kalau orang tu zalim, waima dia islam pon boleh kita doa...umno zalim ke tak?cari sendiri jawapan, ada akal fikir, ada internet, rajin2 mencari.kalu malas, dok diam2.

      john labu

      Delete
    2. akibat kebalikan doa, si-tukang doa sekarang ni dlm keadaan sakit tenat nak mampos...padan muka situa kutuk tu...doa puak munafik terkutuk tidak akan dimakbulkan oleh Allah SWT malah doa kehancuran tersebut akan memakan diri mereka sendiri...senjata makan tuan...kerana mulut badan binasa...padan muka!

      Delete
    3. oh ye ke? info dari utuseks ke? ooooooooooooooooooooo......

      "kami dipanggil lembu" orang no2 wanita umno.....wakakakakaka

      Delete
  13. maaf juga dihulur saudara dn sy juga org yg sma anon 23:00 di atas...utk pengetahuan saudara sy bkn la ahli pas dn bkn juga ahli mana2 parti pun tp sy memandangnya dr sudut pandangan sendiri, dlm hal ini tidak perlu saudara nyatakan kekesalan yg membelenggu saudara tu tp pandang la dr sudut kekuatan yg mereka ada...cuba la saudara fikirkan jika rumah saudara dimasuki perompak yg saudara kenal sbg seorg islam sedangkan saudara tdk ada sebarang senjata utk mempertahankan diri, kerana tidak ada pilihan lain saudara juga mendoakan kehancuran utk perompak tersebut....situasinya hmpir sma....jika berbagai cara sudah dibuat maka jln terakhir adalah doa org mukmin sptmana yg dinyatakan dlm hadis Nabi SAW doa adalah senjata terakhir yg kita ada...seperkara lg suka sy kongsikan spt yg pernah kita dengar antara org kafir dgn org islam yg berpura2 islam yg paling bahaya siapa saudara? bkn la bermaksud sy nk tuduh org2 umno ni memusuhi islam namun apa guna kita ada pegangan islam yg kita anuti ini dn apa gunanya kita ada akal jika dgn segala mcm bentuk kerosakkan akhlak ank2 muda kita ini tanpa penguatkuasaan hukum islam tu sendiri kita buat x nmpak malahan yg lbh teruk lg dgn angkuhnya mereka menidakkan hukum Allah mengikut kesesuaian nafsu politik mereka, di mana akal waras kita? di mana pegangan kita yg konon kita inginkan islam itu menjadi tulang belakang sisitem perundangan kita? apa saudara sudah lupakah dgn peritiwa di memali? saudara lupakah bagaimana saudara seagama kita dibunuh dgn kejam pdhal tdk ada pun ancaman dr mereka....jauh sekali nk kata mereka sesat klau dibandingkan dgn al arqam yg dh difatwakan sesat itu kenapa pula tdk diserang?.....mmg la jd hak kita utk menentukan pilihan kita dan jd kewajipan juga utk kita mencari kebenaran dan keredhaan Allah.....klau saudara rasa isu doa tu sesuatu yg salah waima tiada pun satu nas dn hadis yg sy pernah dgr menyebut ia dilarang dn jauh sekali haram, saudara buat la apa yg patut....setakat hari ini meski sy bkn ahli pas, x pernah lg sy lihat yg dikata sesat itu ada dlm pas bandingkan juga dgn umno yg seringkali berlagak hero dlm soal islam tp mereka juga yg berkata hukum islam itu x sesuai konon di malaysia....

    ReplyDelete
  14. tambahan sedikit saudara....dh byk kali kita dgr pelbagai kata nista dan tuduhan yg dilemparkan pd ulama2 pas ni dr yg sesat, kafir smpai la khawarij ni tp bila ada pula org kata umno itu sesat, murtad smpai la isu doa kehancuran ini semuanya buat pekak saja....cuma tanyakan diri kita sendiri apakah kita pilih hendak tegakkan syariat islam atau kita pilih utk menentangnya....kita renung dan fikirkan bersama...

    ReplyDelete
  15. Salam saudara..bagi dir saya yg masih ahli pas tidak bersetuju dgn doa. Zalim and kejam apa dia anak muda? Dari dulu undi umno menang hak majoriti rakyat..nak kata pilihanraya tipy x masuk akal..kerana kita ada menang dan mereka juga kalah..kita perlu sedar bahawa bukan semua harus kita politikan dan jgn sampai kita yg mendukung and memperjuangkan islam akhirnya menghancurkan negara..saya sendiri tidak setuju dan ramai rakan pun tidak setuju..pas adalah baik sepanjang tidak dgn pkr and dap..kita dgn dap pasal pkr kalau tidak tdk mungkin kita dgn dap..pas lebih gah islamnya dan pendiriannya bila kita berdiri atas kaki sendiri dari mengharap yg lain..maaflah saudara..saya ini sebenarnya ustaz di sekolah pondok dan anak didik pas dari kecill.tapi saya tidak boleh buta hati kerana niat saya islam bukan putrajaya atau kehancuran saudara islam..jika pencuri masuk rumah dan dia islam maka kena juga kita tahu kenapa dia mencuri? Walaupun islam kita tidak disuruh bunuh dia tetapi sekadar memotong tanganya..maaflah mencelah tetapi biarlah kita perbetulkan apa silap kita di pas pada masa ni..jauh kita dari matlamat asal dan tergadai kita islamnya kerana kuasa..allah kita ketepikan dan kuasa kita mahukan..saya berdoa semoga kita dapat hidayah dan petunjuk allah..satu lagi, adalah dosa besar untuk kita mendoakan kehancuran kerana ada kemungkiran kehancuran itu akan allah makbulkan pada diri kita..selidik dan kaji al quran bukan dikaji untuk menyokong apa yg dikata untuk dilihat betul dari segi islam..allahuakahbar allahuakhbar allahuakhbar..

    ReplyDelete
  16. maaf cakap. alang2 dah sampai di rumah (banglo) tu. wat lah temubual eksklusif dengan empunya rumah. Bancilah pendapatan tuan empunya rumah tu. Takan hanya bergegas ke situ nak tangkap gambar jah ataupun sbb ada majlis makan minum.

    Bak kata Luqman al-Hakim: "saya belajar adab dari orang yang tidak beradab." Bukan bermaksud mencadangkan orang lain supaya menjadikan orang yang kembali kepada jahiliyah tu sebagai guru yek. Bukan sama sekali. Sendiri dah banyak amal ibadah. Jd, secara tak langsung dah dianugerahkan matahati. Ya, penulis mmg ada kerajinan.

    wassalam

    ReplyDelete
  17. Penulis tahu ke maksud 'musnah' dan 'hancur' yang didoakan tu mcmane? Xuba paham lorat kelantan dulu sebelum menghentam...

    ReplyDelete