Thursday 29 November 2012

Selamat Hari Lahir ke 81, Tuanku!

Baru-baru ini sebuah video sambutan hari lahir Sultan Pahang dan puteranya, Tengku Fahad telah tersebar di internet. Walau bagaimanapun ramai yang tidak dapat menonton video bertajuk Royal Soiree: 1881 Celebrations of His Royal Highness Sultan of Pahang and Prince Fahad kerana telah menjadi private disebabkan hak rekacipta pemiliknya, Kat Films yang merupakan sebuah syarikat penerbitan video-video perkahwinan dan majlis-majlis di United Kingdom.

Walau bagaimanapun, video ini masih boleh ditonton disini. Saksikan sendiri bagaimana mewahnya sambutan hari lahir seorang Sultan dan anaknya di sebuah hotel 5 bintang di kota London, The Corinthia London yang terletak di Whitehall Place. 

Segalanya cukup mewah dan sudah semestinya minuman-minuman yang disajikan adalah arak-arak yang cukup mahal dan berkualiti. Tetamu-tetamu mat saleh memenuhi dewan tersebut, diserikan pula dengan pertunjukan fesyen dari Christian Dior dan acara tari-menari (berdisko) di akhir majlis. Cukup hebat majlis sambutan hari lahir ketua agama Islam negeri Pahang ini! 


Izinkan penulis berkongsi kata-kata nasihat daripada Sultan Pahang kepada kita rakyat jelata sebagai pedoman. Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 November 2012 bertajuk Sultan Pahang dukacita dengan kenyataan Nurul Izzah.

"Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap".

"Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini".


Alhamdullilah, tuanku Sultan mahir dalam agama Islam dan boleh bercakap mengenainya. Begitu juga baginda menyanjung tinggi agama Islam dengan sepenuh hati. Persoalannya, adakah ini semua dapat diterjemahkan dengan perlakuan?

Dikesempatan ini penulis dan Malaysia in Crisis mengucapkan selamat hari lahir ke-81 kepada Sultan Pahang dan ke-18 untuk Tengku Fahad. Bagi kami rakyat Malaysia, berbangga juga lah dapat menonton video kemewahan hidup seorang Sultan menyambut hari lahir di kota London dengan sajian arak-arak yang semestinya mahal dan berkualiti tinggi.

Juga tidak ketinggalan ucapan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman dan isteri barunya, Cik Puan Bahiyah yang baru saja melangsungkan perkahwinan mereka minggu lepas. Benda baik seperti mendirikan rumah tangga buat apa nak sorok kan?


Teringat kisah jururawat Filipina,
 

Friday 16 November 2012

Sultan Ululamri


Kita Wajib Taat Kepada Ululamri (Raja & Pemerintah)
Kenyataan pedas and bersifat ululamri seorang Sultan yang berusaha memartabatkan agamanya dan ianya sifat yang harus dipuji abapila berani menegur kesalahan walaupun hakikatnya ianya ditujukan kepada orang politik kerajaan atau pembangkang.



Penulis meneliti video YB Nurul Izzah dan jelas apa yang disebut memang agak kurang menyenangkan sebagai umat Islam untuk kita medengarnya.Walau apapun penjelasan YB Nurul Izzah kita harus dengar dan teliti apa yang disebut walaupun tidak membenarkan murtad tetapi apabila membenarkan hak memilih agama tanpa paksaan bagi orang melayu bermakna kita membenarkan pilihan agama bagi orang melayu dan akhirnya bakal mengundang gejala murtad. Ada masanya pepatah melayu penuh makna bagi setiap kita dan ini juga ungkapan yang terbaik bagi YB Nurul Izzah.

"Terlajak Perahu Boleh Diundur, 
Terlajak Kata Badan Binasa"

Tetapi bersifat Ululamri memerlukan lebih dari hanya mengeluarkan kenyataan dan ianya juga harus digunapakai pada diri kita sendiri dan keluarga dan rakyat jelata. Tetapi adakah kenyataan seperti ini diguna pakai di kalangan kerabat diraja yang kononya selalu dijulang sebagai golongan ululamri yang harus kita taat dan patuh dan tidak menegur mereka kerana mereka itu dikatakan ululamri. Benarkah apa yang diungkapkan sebagai sultan dan raja merupakan golongan ululamri atau Ululamri yang dirujuk dalam Al Quran & Hadis adalah golongan Ululamri yang sebenarnya bukan golongan Ululamri yang bersifat hipokrit dan hanya berucap kerana simbol agama tetapi MUNGKIN tidak pula mempraktikan agamanya dalam kehidupanya atau sifatnya.


"Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama."
Jika ianya mengejutkan bagi seorang ululamri, maka bagaimana pula dengan koleksi bahan tatapan anak sendiri yang jelas jauh memilih kehidupan yang lebih bebas dari agamanya walupun beliau sentiasa ke masjid & surau dalam urusan perasmian sebagai simbol agama islam negeri.Bukankah ini merupakan hak kebebasan memilih walaupun dirinya itu seorang Islam tetapi memilih perkara yang jelas lari dari akidah Islam.Bukankah selaku islam kita tiada pilihn dalam hal hal sedemikian.
Adakah ini juga tidak mengejutkan bagi seorang yang dikatakan ululamri? Antaranya..

Arak & Pergaulan Tanpa Batasan Seorang Ululamri?
Berjiwa Ululamri?
Ululamri sedang menajmu arak?
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.

Apa pula komen terhadap kebebasan memilih yang ditunjukkan oleh anak sendiri lebih jauh terpeeong akidahnya dan lebih memalukan tangan tangan inilah yang merasmikan masjid masjid dan surau surau. Tidakah seharusnya sikap lebih tegas ditunjukkan dalam isu seperti ini jika benar Sultan itu bersifat ululamri dan rakyat akan hormat dan patuh kepada sultan yang berani menegur dan menghukum mereka yang bersalah tidak kira kerabat diraja atau rakyat. Jangan pula rakyat dihukum dan diri mereka terlepas dari segala hukuman.

 
"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa."

Tepat sekali MAIS dalam menyebut peranan mereka, tetapi apa pula peranan yang dimainkan mereka dalam isu melibatkan keluarga diraja yang jelas terlibat dengan pelbagai isu yang melanggar akidah islam terutamanya RMS dengan bahan bukti yang jelas didepan mata. Bukankah ini yang kita kata, Islam dipergunakan demi kepentingan diri dan bukan kerana Allah SWT. Jika benar kerana Allah SWT maka harussnya berani menegur mereka yang bersalah tidak kira siapa demi menjaga kesucian Islam.

Begitu persoalan yang penulis ingin lemparkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor & Timbalanya yang jelas penuh tekad untuk meneruskan perjuangan Islam selaras dengan prinsip partinya. Tetapi sejauh mana mereka menjalankan peranan dan tugas selaku pemimpin dalam isu membabitkan keluarga diraja. Isu ni bukan berkaitan UMNO memandangkan ianya merupakan Sultan negeri yang mereka perintah. Jika UMNO itu buruk buktikan bahawa PAS itu mulia dan berjuang untuk Islam.Tetapi, agak sedih bila kita baca komen-komen pembaca yang jelas menulis sifat pemimpin mereka. Mungkin komen ini benar atau tidak tetapi adakah PAS berani menegur?

Komen Wakil PAS
UMNO pernah menegur & menghabuskan beberapa keistimewaan diraja apabila mereka lihat isntitusi diraja mula bersifat tidak adil kepada rakyat.Tetapi beranikah PAS menderhaka kepada Sultan kerana memperjuangkan Islam?


Berbalik kepada isu menegur rakyat..kita perlu bersifat adil dan seorang sultan itu perlu berani mengakui kesilapan dan menegur anaknya.Teringat kepada Chez Wan & Chez Riz. Bagaimana sifat seorang bapa bukanya seorang ululamri berani menegur anak dan mengakui anaknya melakukan kesilapan.Inilah sifat rakyat yang harus dipuji dan juga dijadikan contoh olah kerabat diraja, pemimpin dan masyarakat secara amnya.



Rakyat berani mengaku bila bersalah tetapi rakyat akan terus memperjuangkan kebenaran jika ianya salah dan mereka rasa teraniaya. Jangan pula mencari salah rakyat kerana kesilapan diri sendiri dan terus menghukum rakyat kerana mereka lemah dan bagi menutup kebenaran.




Begitu berani Chez Wan mengakui kesilapan anaknya tanpa segan silu. Inilah sifat yang harus dipuji walaupun ianya memalukan maruah keluarga mereka. Sifat begini juga harus dipupuk oleh pemimpin dan institusi diraja dimana berani mengakui kesilapan tidak kira siapa walaupun ianya anak kandung sendiri.

Teguran Sultan bagi memartabatkan Islam harus dipuji tetapi tidak harus bersifat selektif dalam menghukum dan ianya hanya dilakukakan kepada mereka yang lemah yakni rakyat jelata.

Jelas terpampang kelemahan diri dan harus mereka (kerabat diraja) harus ditegur secara berani dan MAIS yang pada masa ini kebanyakan mereka adalah perlantikan dari kumpulan yang ahli politik yang mendabik dada berjuang demi rakyat tidak seharusnya bersifat hipokrit dalam isu-isu membabitkan kerabat diraja.Diam tak terkata dan terucap kerana takut hialng kuasa dan hilang perkenan bila tiba ketika untuk dilantik bagi jawatan jawatan diperingkat negeri dan jangan pula Islam digadai untuk kuasa politik dan jangan mudah menolak isu ("sweep under the carpet") yang tidak membawa kepentingan politik kepada mereka.

Bagi institusi diraja,haruslah bersifat jujur terhadap islam dan memiliki keperibadian sebagai umat islam yang mulia. Nescaya rakyat akan menghormati mereka tanpa diminta dan dipaksa. Pujian akan datang bergunug dan hilang segala cacian. Tetapi jika terus lupa kepada Islam dan rakyat diperbodohkan maka akan tiba ketikanya bila isntitusi raja itu mula dipersoalkan kepentingannya.

Benarkah ululamri itu raja & sultan? Fikirkanlah dan barbaliklah kepada Hadis & Al-Quran. Benarkah khalifah pemimpin kita berjiwa Islam atau nafsu keinginan kuasa politik melampaui keberanian dan kemahuan mereka memuliakan Islam di muka bumi ini. Sama-sama kita fikirkan dan kita lihat setiap isu dan bagaimana mereka berjuang untuk rakyat..




Saturday 10 November 2012

Sultan Hina Rakyat



Isu menghina raja adalah isu panas di Malaysia pada masa ini dan sesiapa menghina sultan diperlakukan seperti satu kesalahan jenayah. 

DITANGKAP MENGHINA SULTAN
Digari, ditangkap,dikurung, didera mental dan rakyat kena merasai kehidupan di lokap hanya kerana menegur atau mengatakan sesuatu terhadap mereka.Jika terlepas satu tuduhan maka dituduh pula denagn tuduhan yang lain.

DITANGKAP MENGHINA SULTAN

Siapa pula selepas ini?


Adakah komen Dr Maza diatas boleh dikatakan menghasut rakyat bangkit menentang raja?

Kenapa harus ditangkap seperti seorang penjenayah, bukankah undang-undnag membenarkan mereka untuk saman malu dan tidak perlu bersusah payah meminta pengakuan bersalah dari orang yang ditangkap kerana mahkamah akan memutuskan jika benar berlaku penghinaan dan akhirnya perlu membayar ganti rugi dan sebagainya kepada orang yang kena hina.

Sultan Johor & TMJ


Agak menghairankan, bila tuan empunya badan (Sultan & pihak istana) tidak membuat laporan polis rasa terhina  tetapi yang membuat laporan polis adalah mereka rakyat yang merasakan dirinya berdarah raja. Seharusnya jika benar sultan itu rasa terhina, seharusnya dia sendiri yang membuat laporan polis.
 





Adakah dikatakan menghina sultan apabila kita katakan bahawa sultan dan kerabat hidup dengan subsidi rakyat?


Hakikatnya, memang benar Sultan & kerabatnya hidup dengan hasil kekayaan negeri tanpa perlu berusaha keras seperti rakyat. Bukan penulis cemburu terhadap sultan tetapi kenapa pula harus anak bini mereka juga diajar dengan sifat hidup dengan subsidi kerajaan yang mana ianya duit rakyat? 
 
Berapa banyak hasil balak, cukai , projek kerajaan, dan apa jua kekayaan yang mereka perolehi hanya dengan gelaran sebagai sultan, Ini tidak termasuk kaum kerabat dan suku sakat mereka. Jika dipersoalkan, mereka katakan diri mereka kaya sejak dulu lagi tetapi masih juga mahukan elaun bulanan, mahukan subsidi kerajaan, mahukan projek kerajaan untuk kaum kerabat dan seterunya.

Projek Kerajaan Untuk Kaum Kerabat Istana
Berbalik kepada tajuk artikel kali ini Sultan Hina Rakyat, jika kita ungkapkan persoalan diatas maka dengan pantas kita dikatakan mempersoalkan hak raja, mempertikaikan perlembagaan dan tidak kurang parti politik kerajaan dan pembangkang mengambil kesempatan demi kepentingan politik dengan menunjukkan sokongan mereka kepada raja.

Penulis tertarik dengan ucapan Sultan Terengganu baru-baru ini yang jelas ditujukan kepada rakyat jelata tidak kira samaada rakyat Negeri Terengganu atau Malaysia secara amnya.



Artikel ini memperlekehkan tuntutan rakyat terhadap hak mereka, mungkin boleh juga kita katakan ianya menghina perjuangan rakyat dalam mendapatkan hak mereka.Sedangkan kita mengetahui yang meminta adalah mereka (istana) untuk konsesi balak, projek kerajaan, subsidi kehidupan untuk mereka dan kaum kerabat dan akhirnya segala bentuk projek kerajaan yang mampu mereka perolehi melalui syarikat-syariakt yang ada kaitan secara lngsung atau tidak denagn mereka. 

Sidang DUN Selangor – Ucapan Perbahasan Enakmen Perbekalan Tambahan 2012

13. Peruntukan tambahan sejumlah RM 772,779.00 adalah wajar untuk tujuan emolumen dalam Peruntukan Di Raja. Kakitangan istana perlu diberikan pengiktirafan kerana khidmat mereka menjaga dan memuliakan institusi terpenting di Negeri Selangor iaitu Institusi Raja. Kita perlu mendukung sebarang usaha untuk mempertahankan kedaulatan Raja – Raja Melayu. Kita tidak mengambil daulat Raja seperti yang dilakukan oleh UMNO. Malahan kita mengharapkan Raja – Raja kita berdaulat dan terus menjadi payung keharmonian dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Negeri Selangor.
Pinang bulat di atas para,
Mengkuang disisir tidak akan layu,
Hilang daulat ke mana Raja,
Hilang Raja ke mana Melayu.
Ucapan Menteri Besar Selangor 

Budget yang diberikan masih tidak mencukupi dan diberikan tambahan lagi. Bukankah ini juga sikap meminta minta oleh pihak istana?
 
Tetapi tidak pula mereka rasa bersalah bila rakyat ditegur sedemikian sedangkan itu hak rakyat untuk menuntut dan meminta demi kebajikan mereka denagn sumabngan cukai yang dibayar bukan sekadar meminta tanpa sebarang sumbangan cukai.

Tidakah kita rakyat rasa tersinggung dengan ungkapan seperti ini?

Tetapi siaplah kita untuk mengarahkan seorang sultan ditangkap kerana menghina kehendak rakyat. Bukankah subsidi dan bantuan adalah tangungajwab kerajaan dalam mentadbir urus negara dan menjamin kebajikan rakyatnya. 

Sultan Terengganu

"Baginda bertitah untuk rakyat berubah dan berusaha gigih dan jangan mengharap bantuan semata-mata"


Soalan Rakyat 1
Apa akan terjadi kepada seorang rakyat marhaen yang mungkin dengan niat yang baik menulis di facebook atau blog  agar Sultan & pihak  istana berubah dan berusaha gigih dan jangan mengharap bantuan kerajaan dalam menampung perbelanjaan mereka

Soalan Rakyat 2
Atau seorang rakyat marhaen meminta Sultan & Istana agar tidak terus dengan mentaliti meminta dan minda subsidi tetapi meminta pihak Sultan & Istana berdikari sendiri denagn kadar peruntukkan hanya diberikan kepada seorang sultan sahaja dan tiadanya subsidi untuk kaum kerabat dan segala kemewahan yang lain. 
Apa akan terjadi kepada mereka yang menulis ungkapan seperti ini di laman facebook atau blog mereka. Adakah mereka bakal diambil tindakan menghina sultan dan memepertikaikan hak raja-raja melayu?

Jika ini dikatakan menghina maka dengan jelas Sultan Terengganu juga telah menghina rakyat dengan ucapan yang sedemikian rupa. Adakah pihak polis dan pihak berkuasa berani mengambil tindakan seperti mana rakyat diperlakukan apabila dituduh menghina sultan?

Pihak kerajaan harus berwaspada kerana yang salah diberikan perlindungan dan yang benar dihukum. Jika ini krisis yang berterusan maka akan hilang rasa hormat dan sayang pada raja oleh rakyatnya kerana sifat dan sikap mereka membuatkan rakyat membencinya.

Mampukah pihak berkuasa menghukum setiap rakyat yang berkata dan menghina sultan disetiap ceruk kampung, kedai kopi, pejabat dan sebagainya? Jangan kerana ketaatan membuta tuli dan sifat raja yang angkuh dan tidak mencerminkan keperibadian yang baik akhirnya bakal meruntuhkan institusi diraja di Malaysia. 


 




 

Tuesday 6 November 2012

Penghinaan terhadap Raja Bahagian II

Kes penahanan semula Ahmad Abd Jalil atas dakwaan menghina Sultan Johor menarik perhatian penulis, kali ini di bawah Akta Multimedia. Saudara Ahmad hanya pemuda biasa, tidak dikenali langsung sebelum ini, berbeza dengan kes penahanan Uncleseekers yang sememangnya dikenali umum dan datang dari keluarga yang dihormati. Walaupun masih tidak diketahui apa sebenarnya yang ditulis oleh saudara Ahmad di dalam facebook sehingga dikatakan sebagai satu penghinaan, tetapi bagaimana kes ini berjalan begitu menarik perhatian

1. Ahmad Abd Jalil tidak langsung dikenali umum. Sokongan yang diberikan oleh ahli keluarganya dengan melancarkan kempen "Bebaskan Ahmad" secara besar-besaran melalui facebook, disambut pula dengan sokongan yang diberikan oleh kumpulan facebook lain seperti Kita Semua Uncleseekers dan sebagainya menjadikan kes ini adalah "Kes Besar". Rakyat ternanti-nanti perkembangan kes Ahmad. Apabila menjadi kes besar, penulis yakin saudara Ahmad tidak akan di-apa-apa kan, baik daripada pasukan Polis Johor mahupun dari dalam Istana. Tetapi perkara sebaliknya mungkin berlaku jika kes ini tidak dihebohkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Laporan Malaysiakini bertarikh 4 November 2012 bertajuk "Facebook hina Sultan Johor - lebih ramai akan ditahan?" memberi gambaran lebih ramai rakyat akan ditahan atas kes menghina Sultan Johor. Jika berlaku lagi tangkapan, dinasihatkan keluarga dan rakan-rakan mangsa untuk mencontohi apa yang dibuat oleh keluarga Ahmad Abd Jalil supaya kes itu menjadi kes besar. Sebarkan juga berita itu ke media antarabangsa untuk mendapat liputan yang lebih besar. Berita penahanan Ahmad tersebar di Channel News Asia, Gulf News, Bangkok Post, Zee News India dan lain-lain media dunia (boleh lihat berita-berita dunia mengenai Ahmad Abd Jalil disini).

2. Portal berita Malaysia Kini hari ini melaporkan Polis Johor telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Kini dan Malaysian Insider yang menyiarkan berita-berita berkaitan penyiasatan dan penahanan saudara Ahmad Abd Jalil. Jika dilihat kembali laporan-laporan berita yang disiarkan, kebanyakannya adalah laporan daripada peguam Ahmad dan komen daripada ahli keluarganya. Adakah pihak Polis Johor ingin menjadikan kes ini kes terpencil yang tidak diketahui umum? 

Rata-rata rakyat yang membuat komen mengenai isu ini di portal Malaysia Kini mentertawakan apa yang dibuat oleh pihak Polis Johor - buat laporan polis sendiri dan kemudiannya menjalankan siasatan sendiri dan pendakwaan sendiri.

Lebih memelikkan apa sahaja yang berkaitan dengan penghinaan terhadap Sultan Johor, polis akan bertindak dengan begitu cepat sekali! Mungkin kah kerana termakan budi dengan pemberian kereta-kereta mewah dan motorsikal Harley Davidson? Kenyataan media yang dibuat oleh Peguam Kamal Hisham hari ini memberikan contoh-contoh berkaitan Polis Johor, sila lihat di bawah.

3. Adakah dengan penangkapan rakyat yang dikatakan menghina Sultan Johor akan menjadikan rakyat terus takut dan diam? Percaturan Polis Johor dan pihak Istana adalah salah. Kes-kes seperti ini akan menjadikan lebih ramai rakyat bangkit menentang kezaliman. 

Kenyataan akhbar hari ini yang dibuat oleh Peguam Kamal Hisham di Dubai mengenai isu penahanan semula Ahmad Abd Jalil menceritakan pengalaman beliau yang pernah bertugas dengan Sultan Johor dan menyuarakan kebimbangan beliau atas campurtangan pihak Istana dalam mengendalikan kes ini.

Bukan itu sahaja, SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), Malaysian Civil Liberties Movement, Lawyers For Liberty juga telah bersuara. Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang juga telah membuat kenyataan media. Candlelight Vigil in Solidarity with Ahmad Abd Jalil juga akan dianjurkan esok hari Rabu 7 November 2012 di Dataran Merdeka. 

Petikan daripada Kenyataan Media Peguam Kamal Hisham mengenai kes Ahmad Abd Jalil
4. Kebanyakan rakyat sekarang ini bukan bodoh. Bukan setakat rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia melihat bagaimana kes ini berjalan. Sehingga kini masih tidak dapat dipastikan atas kesalahan apa dan apakah kenyataan Ahmad Abd Jalil yang dikatakan satu penghinaan. 

Kes ini tidak mendiamkan rakyat. Di media-media elektronik sama ada di facebook, twitter mahu pun di forum-forum, rakyat berbincang secara terbuka menceritakan salah-laku Sultan Johor. Lebih banyak pendedahan dikeluarkan. Adakah rakyat Malaysia takut selepas berlakunya penangkapan Uncleseekers dan saudara Ahmad? Nampaknya tidak, malahan rakyat semakin berani bersuara!

Dilampirkan beberapa komen di dalam facebook untuk dikongsi dengan pembaca Malaysian in Crisis. Ini hanya sebahagian kecil sahaja, rakyat semakin berani bersuara! Untuk menghormati tuan empunya post, penulis padam nama-nama facebook mereka. Adakah semuanya bakal ditangkap dan memenuhkan lokap Johor?

Kisah yang biasa kita dengar apabila berlakunya Kembara Mahkota Johor
Umum mengetahui banyak kes-kes yang telah digelapkan kerana takut kepada pihak tertentu. Penulis percaya, jika sampai ke satu tahap dan rakyat bersatu, mungkin apa yang diungkapkan oleh Sultan Azlan Shah menjadi kenyataan

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Petikan titah ucapan Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980

Apa akan jadi jika dikumpulkan semua kes-kes ini? Sedangkan kes seorang wanita bernama Yasmin Mohd Yassin tidak mendapat pembelaan, ini kan kes rakyat pendalaman
Uncleseekers pernah menceritakan hal ini



Teringat Kisah-kisah Mafia,

Monday 5 November 2012

Penghinaan terhadap Raja

Negara digemparkan lagi dengan kes penghinaan kepada Raja. Kali ini seorang lelaki berumur 27 tahun bernama Ahmad Abd Jalil ditahan untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Sekali lagi kes penghinaan ini melibatkan Sultan Johor. Persoalannya, mengapa asyik Sultan Johor dan kerabatnya sahaja yang menerima penghinaan? Selain daripada mencari salah orang lain, mungkin kerabat di-Raja Johor juga perlu melihat diri sendiri mengapa terdapat rakyat membenci mereka, bukan hanya satu kes, bukan dua, dan bukannya tiga!

Desas-desus mengatakan kes ini berkaitan dengan facebook seorang yang bernama Zul Yahya tetapi tidak dapat dipastikan kebenarannya. Untuk kes seperti Zul Yahya ini memang patut dihukum kerana ini adalah suatu bentuk penghinaan terlampau. 

Begitu juga dengan kes Aduka Taruna, walau pun sesetengah penyokong Pakatan Rakyat menganggap pemuda ini sebagai hero, penulis tetap mengatakan tulisannya yang menghina kemangkatan Almarhum Sultan Johor adalah suatu bentuk penghinaan terlampau.


Negara-negara maju yang mengamalkan sistem beraja dan kebebasan bersuara seperti di Netherlands juga mempunyai kanun keseksaan Crimen laesae-Majestatis yang boleh mendakwa mana-mana individu yang menghina ratu atau pasangannya. Pada tahun 2007, seorang lelaki bernama Regilio Amelo dikenakan denda €400 kerana menghina Ratu Beatrix dengan berkata "I hate your Queen, she is a whore". Dalam tahun yang sama, seorang wanita muda yang juga merupakan seorang wartawan ditangkap kerana memakai t-shirt yang tertulis "Beatrix is a whore".

Contoh-contoh di atas adalah penghinaan yang sememangnya layak untuk dihukum. Penulis dan Malaysian in Crisis juga sama sekali tidak bersetuju dengan pelakuan yang tidak melambangkan ketemadunan manusia seperti penghinaan dengan menggunakan bahasa yang menjijikkan kepada Raja-raja Melayu dan pemimpin. Selain daripada contoh penghinaan terlampau terhadap Raja-raja seperti di atas, kes memijak gambar YAB Perdana Menteri, kencing gambar YAB Menteri Besar Kelantan dan kes-kes seumpamanya juga tidak boleh diterima. Tanpa mengira ideologi politik, ini adalah sifat-sifat yang memalukan dan tiada langsung melambangkan sikap Melayu yang bersopan santun, padahal ke hulu ke hilir bercakap pasal perjuangan Melayu - tidak kira UMNO, PAS atau PKR!

Tetapi adakah komen Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai pembaziran membeli sekeping plat kenderaan bernombor WWW1 adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah siri-siri pembongkaran salah-laku Sultan Johor dan kerabatnya beserta bukti-bukti yang diberikan oleh Uncleseekers adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah pendedahan Peguam Kamal Hisham dalam blognya mengenai penipuan dalam pemberian harta pusaka Almarhum Sultan Iskandar oleh Sultan Ibrahim adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah pendedahan oleh Malaysia in Crisis mengenai salah-laku yang tidak mencerminkan kelakuan bakal seorang Ketua Agama Islam negeri Selangor adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah komen Dr. Asri seperti di bawah juga dianggap satu penghinaan kepada institusi beraja?



Jika jawapan anda adalah YA kepada persoalan-persoalan yang diajukan di atas, kemungkinan besar anda adalah manusia berjiwa feudal yang berfikiran ke belakang, jauh ke belakang dari pemikiran orang-orang Melayu yang hidup sebelum merdeka lagi.

Zaman sebelum merdeka lagi telah ada ramai rakyat yang menentang Raja-raja Melayu atas tindakan mereka yang membelakangkan kepentingan orang Melayu sendiri dan salah-laku yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Raja. Antara blog entry Cicit Daeng yang pernah menyentuh perkara ini ialah seperti Istana Johor sebenarnya menolak kemerdekaan! bertarikh 31 Ogos 2012, Merdeka vs Hidup Melayu bertarikh 27 Julai 2012, Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi'i bertarikh 23 Julai 2012 dan Klon Uncleseekers bertarikh 12 Julai 2012.

Diberikan petikan akhbar Kenchana bertarikh 1 Februari 1947 bertajuk 'Rakyat Jelata Melayu Jangan Dibodohkan Terus'. Rakyat kelas bawahan pada zaman tersebut telah menentang Raja melalui penulisan. Apa yang Raja salah, rakyat tegur. Adakah itu satu bentuk penghinaan? Tidak! Ini bukan satu penghinaan tapi perjuangan!  

Tetapi manusia zaman millenium ini berfikiran ke belakang. Jika memberi sebarang komen mengenai Raja, itu dikira satu penghinaan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan. Terdapat golongan rakyat terutamanya juak-juak di facebook Kesultanan Johor yang seakan bertuhankan Sultan. Pada mereka, Tuhan dan Nabi dihina tidak mengapa, jangan Sultan yang dihina!



"Kerajaan Inggeris, Raja-Raja Melayu dan orang-orang Besar Melayu patut sedar yang Rakyat Jelata Melayu masa ini bukan boleh disamakan seperti masa sebelum perang yang baharu lepas ini atau seperti orang Melayu zaman dahulu kala hanya menyerahkan nasibnya dan jiwa raganya kepada Raja-rajanya..." - petikan daripada Akhbar Kenchana bertarikh 1 Februari 1947


Akhbar Majlis, 9 Februari 1948

Bukan hanya rakyat kelas bawahan sahaja yang menentang Raja disebabkan kesalahan yang mereka lakukan, tetapi golongan elit yang menubuhkan UMNO juga menentang Raja-raja hingga lahirlah ungkapan "Raja itu Rakyat, Rakyat itu Raja"! 

Itu yang berlaku kira-kira 65 tahun dahulu. Rakyat pada zaman itu telah tahu apa sebenarnya maksud penghinaan. 20 tahun sebelum itu, Dato' Onn Jaafar telah menentang Sultan Sir Ibrahim kerana tindakan-tindakan baginda, antaranya mempergunakan askar Johor Military Force (JMF) sebagai buruh paksa untuk membina padang lumba kuda dan bekerja di ladang milik Sultan. Askar-askar ini dikerah menanam getah rambong kerana dikatakan harganya lebih mahal. Kemudian, apabila Sultan mendapat berita getah para adalah lebih mahal harganya, maka getah-getah rambong yang sedang tumbuh diminta cabut dan ditanam pula dengan benih getah para. Bukan sahaja berlaku kerahan tenaga malah ini adalah merupakan satu pembaziran. Jadi, adakah tindakan Dato' Onn Jaafar yang menentang tindakan Sultan Sir Ibrahim ini satu penghinaan?

Penentangan terhadap salah-laku Raja-raja Melayu terus berlaku selepas kemerdekaan dan antara penentangan terbesar ialah Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Imuniti Raja-raja. Walaupun media alternatif pro-Pakatan Rakyat mengatakan ini adalah penderhakaan terbesar UMNO kepada Raja-raja Melayu, tetapi sebenarnya itu hanya untuk mendapatkan mileage politik. Politik masa kini Malaysia dilihat sebagai politik yang tidak matang

Kekebalan atau imuniti Raja-raja dihapuskan adalah bersebab. Tetapi kerana ianya dipelopori oleh UMNO, maka ianya dilihat sebagai penderhakaan oleh pihak pembangkang. Di pihak UMNO pula terutama lembu-lembu Pemuda UMNO Johor, perkara sekecil tweet Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai bidaan plat bernombor WWW1 membawa kepada satu himpunan besar-besaran 'Menjunjung Kasih dan Taat Setia kepada Sultan Johor'. Tidak kira UMNO, PAS ataupun PKR, semuanya derhaka sana, derhaka sini tanpa melihat kepada isu sebenar.

Kesimpulan
Di negara kita pada zaman ini, apabila berlakunya pendedahan salah-laku Raja-raja, maka ianya dilihat sebagai satu bentuk penghinaan dan penderhakaan. Apabila laporan polis dibuat, sepantas kilat pasukan polis akan menyiasat dan menahan suspek. Keadaan yang berlaku hari ini adalah lebih teruk daripada apa yang berlaku di zaman 1990an di mana salah-laku Raja-raja dibincang secara terbuka di akhbar-akhbar tempatan dan kesalahan mereka juga ditegur. Walaupun penulis Cicit Daeng bukanlah menyokong sepenuhnya kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun beliau menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia, tetapi tindakan beliau dalam menghapuskan imuniti raja-raja disokong sepenuhnya. Perlu diingat, sebelum pindaan perlembagaan dibuat, Artikel 181(2) menyebut "no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity". Maka, terjadilah kes-kes pembunuhan dan memukul rakyat sesuka hati.

Filem kisah pembunuhan kedi oleh Sultan Johor dan Prebet Adam
Terdapat juga suara-suara untuk mengembalikan imuniti Raja-raja Melayu. Apa perlunya imuniti ini dikembalikan? Adakah supaya Raja-raja ini tidak boleh didakwa di Mahkamah Khas atas kesalahan peribadi? Adakah supaya Raja-raja ini boleh memberi pengampunan kepada diri sendiri atau kaum kerabatnya yang melakukan kesalahan jenayah? Dalam sejarah pernah berlaku kes pembunuhan oleh Tunku Mahkota Johor pada ketika itu, Tunku Mahmood Iskandar dan kemudiannya diampunkan oleh ayahandanya Sultan Ismail. Begitu juga kes pada tahun 1980an yang melibatkan Tunku Mahkota yang menembak mati seorang lelaki selepas bergaduh di kelab malam dan kemudiannya diampunkan oleh ayahandanya yang merupakan seorang Sultan. 

Adakah dengan mengembalikan imuniti Raja-raja maka rakyat akan menghormati kepada institusi beraja di negara ini? Persatuan Kerabat Diraja Kedah mendakwa dengan adanya imuniti maka isu persenda Raja-Raja Melayu tak mungkin timbul. Majlis Perundingan Melayu pula mendakwa jika imuniti raja-raja dikembalikan maka institusi beraja akan terus dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.

Suka penulis ingatkan, institusi beraja itu memang dihormati oleh rakyat. Itu antara prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Hormat yang dimaksudkan ialah selagi Raja itu menghormati rakyat, selagi itu rakyat akan menghormati Raja. Kerana hormat itu juga lah rakyat menegur salah-laku yang dibuat oleh Raja-raja supaya institusi beraja itu terus dihormati. Pendedahan Malaysia in Crisis mengenai kehidupan bebas dengan bergelumang arak oleh Raja Muda Selangor juga adalah supaya bakal Ketua Agama Islam negeri Selangor itu sedar tanggungjawab yang bakal dipikul olehnya suatu hari nanti. Segala teguran diberikan mungkin sesetengah manusia berjiwa feudal dan berfikiran berpuluh tahun ke belakang anggap ianya suatu penghinaan, tetapi hakikatnya supaya Raja-raja dan bakal Raja yang lain sedar dan seterusnya untuk menjadikan institusi beraja itu dihormati.



Izinkan penulis berkongsi komen seorang pembaca. Terima kasih diucapkan atas komen tersebut, penulis amat menghargainya. Dan izinkan penulis melontarkan satu persoalan. Adakah begitu mudah untuk terus menasihati Raja-raja Melayu ini atau dengan menggunakan wakil? Pernah berlaku peristiwa seorang wanita bernama Yasmin Mohd Yasin yang merupakan kekasih seorang Tunku Mahkota dipukul kerana mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Kepada siapa untuk mengadu nasib? Tiada satu pun balai polis di Johor yang sudi menerima laporan polis daripada mangsa. Kepada siapa lagi rakyat boleh mengadu jika polis pun tidak boleh diharap?



Menegur untuk Kemulian Sistem Beraja,




Friday 2 November 2012

Pajakan Sabah



Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya raya. namun hakikatnya kehidupan kebanyakaan masyarakat disana tidak melambangkan kekayaan Sabah yang kaya dengan sumber aslinya.  

Jika kita bandingkan Brunei & Sabah atau Sarawak, sememangnya kehidupan rakyat di Sabah, Sarawak jauh bezanya. Kenapa Sabah , Sarawak dibandingkan dengan Brunei? Borneo merupakan kepulauan yang kaya dengan hasil minyak dan sebagainya. Ini tidak dapat dinafikan  dan kita rakyat Malaysia juga sedia maklum kekayaan sumber petroleum Sabah & Sarawak yang memainkan peranan penting dalam urusan ekonomi negara Malaysia.

Tetapi benarkah apa yang kita miliki dari Sabah adalah sebenarnya milik Malaysia?

Banyak pertikaian dan pendapat yang menunjukkan pelbagai pihak telah menuntut Sabah dari Malaysia. Dan ini mewujudkan tanda tanya kenapa ianya berlaku? Mudah jawapanya kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil petroleum.



Adakah sebenarnya Sabah itu milik Malaysia? Jika benar kenapa pula Kedutaan Malaysia harus membuat bayaran kepada Kesultanan Sulu? Beberapa bahan bukti yang wujud yang menunjukkan kebenaran pembayaran kepada kesultanan sulu adalah seperti berikut:-


Jika dokumen bayaran diatas & dibawah adalah benar, maka Sabah bukan milik Malaysia dan membuktikan wujudnya pemilik yang sah terhadap Sabah.


Adakah selama ini hasil bumi Sabah yang diambil oleh Malaysia tidak sah? atau sebenarnya ianya merupakan penjajahan terhadap mereka yang lemah dan tidak mampu bertindak dan dengan itu hak mereka terus dinafikan.



Apakah jawapan Kedutaan Besar Malaysia di Philipines terhadap dokumen-dokumen ini? Adakah benar Sabah sebuah negeri yang boleh dikatakan dipajak dan bukanya milik Malaysia.

Tiada bezanya kisah penjajahan British pada zaman sebelum kemerdekaan, dimana raja-raja melayu diberikan bayaran dan hasil bumi Malaysia dikeluarkanoleh British bagi membangunkan negara mereka.



Jika benar kedutaan masih terus membayar "fees" kepada Kesultanan Sulu maka sememangnya Malaysia juga merupakan negara penjajah yang sedang menjajah Sabah.Kenyataan ini mungkin agak berat tetapi adalah realiti jika kita Malaysia benar membuat bayaran kepada Kesultanan Sulu sehingga hari ini.

Jika rujuk kenyataan Kesultanan Sulu jelas menunjukkan sejarah yang tersurat dan bagaimana Sabah jatuh ke tangan Malaysia.

SABAH IS AN ISSUE BETWEEN LESSOR LANDLORD
(THE SULTAN OF SULU)
AND ILLEGAL TENANT (MALAYSIA)




Sabah or North Borneo and the island of Palawan including Spratly islands were bestowed as gifts eternal to the Sultan of Sulu by the Sultan of Brunei in 1658 in gratitude for the military assistance of the Sultan of Sulu to avert a civil war in Borneo. Thus, since that time, Sabah became a property of the Sultan of Sulu and the Sultanate of Sulu. Sabah's problem is that illegal Tenant Squatter (Malaysia) squatted on the property and sovereign patrimony of the Sultan of Sulu the original Owner of Sabah since 1658 to this day

In 1878, HM Sultan Jamalul Ahlam Kiram (The Sultan of Sulu & The Sultan of Sabah), as the legitimate owner, leased Sabah to a British company of Gustavus Baron de Overbeck and Alfred Dent for their use and their heirs for an amount of 5,000 Mexican dollars or 5,000 pieces of 8 in gold per year (which is equivalent to over US$20 million today per year) but this Perpetual Lease prohibits the transfer of Sabah to any nation, company or individual without the consent of His Majesty's Government (“Government of the Sultan of Sulu”). The transfer of Sabah by Great Britain to Malaysia in 1963 constituted a “breach” of the provisions of the 1878 Lease as the Government of the Sultan of Sulu did not consent to the transfer to Malaysia. As a point in law, Sabah must and should be returned to the Lessor or owners; i.e., the Sultan of Sulu and the Sultanate of Sulu.

”Perpetual Lease” means that the lease or rental agreement was not eternal but it was only “perpetual” or continuous to the original lessees or renters for as long as the Original Lessees were alive but de Overbeck and the 2 Dent Brothers were long dead so this Perpetual Lease no longer existed thus Sabah should revert and should be returned to the Sultan of Sulu as Lessor Landlord Owner and should NOT be illegally occupied by Malaysia.

Jika kita lihat apa yang berlaku kpada Pulau Batu Putih yang akhirnya diserahkan kepada Singapura, maka tidak mustahil jika suatu hari nanti Sabah pula menjadi satu peristiwa sejarah untuk dukembalikan kepada pemilik dan rakyat Sabah demi memerdekakan mereka jika benar Malaysia mengambil segala hasil bumi dan kekayaan Sabah milik rakyatnya dengan hanya membayar kadar "fees" yang dinyatakan dalam surat kedutaan Malaysia.

Tragedi Pulau Batu Putih masih segar dalam ingatan kita dan akhirnya Malaysia berputih mata melihat hilanganya Pulau Batu Putih dari Peta Malaysia.

Adakah Malaysia juga akan akhirnya hilang pemilikan Sabah dan terkeluar Sabah dari peta Malaysia.?


Pada saat diumumkan Sabah bukan milik Malaysia, adakah Menteri atau wakil kerajaan bakal mengeluarkan kenyataan yang sama seperti isu Pulau Batu Putih:-

"Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim 
menyifatkan keputusan itu sebagai "menang-memang"