"Apabila Raja-Raja itu menghendaki baik anak-anak perempuan atau barang suatu benda raayat-nya, di-ambil-nya sahaja dengan tiada menjadi sa-suatu kesusahan atau takut kepada Allah’… ‘Jikalau anak (Raja) itu lagi kechil, di-carikan-nya anak-anak perempuan yang kechil menjadi kawan-nya bermain, dan tatkala sudah besar anak (Raja) itu di-sediakan-nya gundek, dan di-beri-nya keris akan dia, maka orang-orang negeri pun memberi hormat dan takut akan-nya sebab anak Raja, maka barang kehendak-nya di-perbuat-nya-lah ke-atas raayat, maka sekalian raayat itu pun tiada-lah menegah-nya. Maka bapa-nya itu pun melawan anak-nya bermain judi dan menyabong; maka ia tiada wang, di-beri-nya wang."
Abdullah Munshi, Hikayat Abdullah (Vol. II) ms. 345
Sejarah menceritakan Raja dan judi tidak dapat dipisahkan. Sejarah juga menceritakan bagaimana Sultan Terengganu pada ketika itu, Sultan Mansur Riayat Shah (Marhum Berjanggut, 1733–1793) pernah kehilangan sebahagian besar daerah jajahannya akibat gila berjudi menyabung ayam.
Siapa Pak Kadok sebenarnya? Misteri Maharaja Lambor |
Begitu juga kisah Sultan Perak dan Pak Kadok menceritakan perkara yang sama - judi. Kisah Sultan Perak-Pak Kadok ini setelah sekian lama dilihat sebagai satu lawak jenaka dan dikategorikan sebagai kisah lucu. Pak Kadok digambarkan dengan watak "bodoh-lurus bendul". Pada hakikatnya, ramai tidak ketahui mengenai al-kisah disebalik Mahajara Lambor yang dikenali sebagai Pak Kadok dan Sultan Muzaffar Shah (Sultan Perak yang pertama, 1528–1549) dan hubung-kait dengan Tok Temong.
Kita tinggalkan kisah-kisah di atas. Apa yang ingin disampaikan ialah bagaimana sejak zaman-berzaman Sultan dan Raja-raja Melayu terlibat dengan perjudian dan telah menjadi darah daging mereka.
Kasino Bakal dibuka di Johor?
Baru-baru ini KiniBiz melalui artikel A second casino for Malaysia in Johor? bertarikh 19 Disember 2013 mendakwa sebuah lagi kasino di Malaysia akan ditubuhkan dan lokasinya adalah di Johor.
Sebelum itu, agensi akhbar Reuters melaporkan anak syarikat Kumpulan Berjaya iaitu Berjaya Assets bercadang untuk membuka kompleks resort hiburan di Johor Bahru (rujuk Berjaya Assets plans entertainment resort in southern Malaysia, 13 Disember 2013). Dipetik dari akhbar reuters tersebut:
"The plan is not expected to face much resistance from the state authorities. The issue could be the federal government," an unidentified source said.
"Berjaya Assets may be looking to transform its Johor waterfront property into a huge entertainment resort," the source said.
Secara terang-terangan sumber Berjaya Assets memaklumkan mereka menjangkakan tiada masalah untuk membuka kompleks resort hiburan di Johor. Sebagai rekod, Sultan Johor, Sultan Ibrahim membeli 20% saham Berjaya Times Square yang merupakan satu unit di bawah Berjaya Assets. Ini menunjukkan ada hubungan perniagaan yang erat antara Sultan Ibrahim dan tokoh judi, Vincent Tan.
Kita tinggalkan isu ini buat sementara waktu. Menteri Besar Johor, Datuk Khaled Nordin juga telah membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak akan menyokong jika permohonan penubuhan kasino dibuat.
Johore "Monte Carlo"
Blog entry kali ini penulis ingin membawa pembaca ke zaman semasa negeri Johor terkenal sebagai kota perjudian dan manjadi salah satu sumber pendapatan terpenting bagi negeri ini selain daripada candu dan arak.
Johor pernah dikenali sebagai "Monte Carlo" merujuk kepada kota perjudian Eropah, Monte Carlo. Petikan daripada akhbar Auckland Star bertarikh 1 Mac 1906 (muka surat 2) menggunakan istilah "Malayan Monte Carlo" untuk merujuk kepada bandar Johor Bahru yang aktif dengan perjujian.
Petikan Akhbar Auckland Star bertajuk "Malayan Monte Carlo" bertarikh 1 Mac 1906 |
Sebuah akhbar lagi, San Francisco Call menbayangkan kehebatan Johor sebagai "Monte Carlo" di Timur seperti mana yang tertulis dalam akhbar tersebut bertarikh 19 Ogos 1906. Diceritakan juga bagaimana sumber kekayaan Sultan Johor dan negeri Johor adalah daripada industri perjudiaan dan penjualan candu.
Artikel daripada akhbar San Francisco Call bertarikh 19 Ogos 1906 ini menceritakan kehebatan Johor sebagai kota perjudiaan berbanding kota Monte Carlo |
Akhbar The Sunday Times, 22 April 1934 |
Lahirnya Johor sebagai kota perjudiaan berpunca daripada sistem kangcu yang diperkenalkan oleh Temenggung Daeng Ibrahim. Ladang-ladang yang asalnya mengusahakan gambir dan lada hitam telah berkembang dengan industri perjudian, candu, arak dan pelacuran. Tuan-tuan tanah yang kaya-raya ini mengusahakan kasino dan dikenali sebagai "gambling farm" di Johor.
Gambaran Johor sebagai kota perjudian ala-Monte Carlo boleh dilihat pada poskad-poskad yang dijual pada zaman itu.
Deskripsi bangunan di poskad itu adalah Johore Montecarlo |
Penutup
Penulis tinggalkan pembaca dengan petikan daripada buku British Malaya tulisan Sir Frank Swettenham. Apabila Raja-raja Melayu sendiri yang menghalalkan perjudian atas alasan adat yang diwarisi zaman-berzaman, maka tidak hairan lah perjudian menjadi salah satu aktiviti kegemaran golongan yang dikatakan "bayangan Tuhan" ini.
"The Malay Rulers and Chiefs strongly objected to the introduction of measures to make public gambling illegal; they said it was an old-established custom, they knew the evils which would certainly follow its nominal suppression, and they declined to sacrifice the revenue which was derived from sanctioning the practice under strict control. Therefore the gambling farm has been continued."
Sir Frak Swettenham dalam British Malaya, ms. 256