Wednesday 30 January 2013

CINCIN & PERMATA ROSMAH MANSOR






Akhirnya mengaku jua Datin Seri Rosmah Mansor bahawa wujudnya cincin berlian 24 juta. Mungkin kita terlupa hakikat kebenaran ini yang kita ragui sebelum ini. 

Adakah benar cincin 24 juta itu wujud?

Kita seharusnya berterima kasih kerana belaiu akhirnya mengakui dan bersumpah bahawa wujud cincin berlian 24 juta tersebut. Bermakna "shipment" cincin tersebut telah memasuki Malaysia atas nama Datin Seri Rosmah Mansor dan ini adalah kenyataan yang mungkin tidak boleh diputar belit lagi. Terima kasih Datin Seri atas pengakuan ini..

Siapa penganjur "PAMERAN SULIT" atau pameran itu hanya untuk Datin Seri Rosmah Mansor?

Persoalanya, adakah Rosmah Mansor ini saudagar cincin berlian? jawapanya sudah pasti bukan kerana beliau sekadar isteri kepada PM. 



Akhirnya bila Datin Seri Rosmah Mansor sendiri berusmpah dan memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa cincin 24 juta memang wujud.

Pengakuan ini bukannya memberi penyelesaian dan melepaskan Rosmah Mansor dari isu cincin berlian 24 juta ini. Sebaliknya mengukuhkan kebenaran bahawa wujud cincin 24 juta untuknya. Kenapa harus dia sebagai isteri perdana menteri sibuk untuk pameran sulit cincin berlian? Tidak pernah wujud pameran sulit di Malaysia tetapi rosmah yang menyatakan wujud pameran sulit untuk cincin berlian 24 juta tersebut..apakah itu pameran sulit? dimana berlangsung pameran sulit tersebut? Siapa biaya pameran sulit tersebut? Mungkinkah pameran sulit tersebut di rumah mereka?

Memang sumpah beliau itu benar tiada ditangan dia (pada waktu sumpah itu dibuat) kerana tidak memakainya tetapi mungkinkah juga cincin berlian ini disimpan tempat rahsia?Dimanakah agaknya cincin tersebut disorokkan kerana memang tidak akan berani Rosmah Mansor memakainya sebelum PRU 13.


Penyimpan Cincin Berlian 24 Juta Bagi Rosmah Mansor!! Maria Nazarbayev...?
Andai BN menang besar majoriti 2/3 maka pada ketika itu akan wujud semula cincin berlian 24juta itu dijarinya.

Dimanakah tersembunyi cincin 24 juta tersebut? Rakyat harus jelas mengetahui  bahawa UTUSAN MALAYSIA pernah mengesahkan melalui artikel dibawah bahawa cincin tersebut telah dipesan oleh Besan Isteri Perdana Menteri.

Petikan akhbar Utusan Malaysia:-



"CINCIN YANG DIMAKSUDKAN ITU TELAH DIPESAN OLEH BAKAL BESAN PERDANA MENTERI , MARIA NAZABAYEZ.."

.Inilah yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia. Jadi benarlah, cincin itu memang ada kaitan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan cuma dimanakah cincin tu? Adakah disimpan dan dijaga oleh Maria Nazabayev..




Gaya Datin Seri Rosmah Mansor yang tiada duit..lihat berlian dan gelang di tangan yang bernilai ratusan ribu ringgit. Tidakkah dia merasa malu dengan sumpahnya dan mengatakan dia tidak berduit..

Rosmah Mansor mungkin boleh merasa lega dengan sumpahnya tetapi beliau lupa bahawa sumpahnya itu bakal memakan diri sendiri kerana tiada sebab beliau perlu menguruskan kemasukkan berlian tersebut ke Malaysia kerana dia bukan saudagar berlian atau penganjur pameran. 

Bila Datin Seri Rosmah Mansor datang ke majlis keramainan, perhatikan barang perhiasan beliau dan tanya dia berapa harganya? Jangan sekadar salam tapi tanyalah sekali berapa harga cincin di tangan, berapa harga handbag, berapa harga baju, berapa kos jam , berapa harga rantai dileher dan yang pasti Rosmah akan cabut lari dari majlis anda..

Saksikan berlian ditangan Rosmah Mansor selepas PRU 13!!



6 comments:

  1. kak ros kita ni memang buat lawak dengan bersumpah..ha ha .

    ReplyDelete
  2. aku pun dah lama terfikir sejak dia start bersumpah. dia sumpah cincin tu takde kat dia, bermakna wujudlah cincin mahal tu

    ReplyDelete
  3. bro...bkn ribuan ringgit tapi jutaan ringgit...beza byk tuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  4. Look at her jewellry, and her face, and her stiff and daring warrior's eye-brows....A humble, kind, virtuous lady who loves and cares for the welfare of her people? or one out to fight and grab billions?

    ReplyDelete
  5. betul lar tu - "saya berani bersumpah..wallah..saya tak ada cincin itu di tangan saya..langsung"

    masa moment yg dia tgh bersumpah tu betul lar cincin tu takde di tangan dia.
    hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenape tak persoal anuwar langsung tak berani sumpah? Dah terbalik..siapa bersumpah dputar belit jadi bersalah dan siapa tak bersumpah adalah suci dan bersih dari dosa n kesalahan.. Lepas ni senang la buat jahat, takyah sumpah dah boleh lepas dari semua dosa..gitu??

      Delete