Friday, 21 February 2014

Johor Darul Judi Bahagian II

Tan Sri Vincent Tan bersama Jaguh Dalam Terowong (JDT)
Hubungan akrab antara Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan tokey judi besar bernama Tan Sri Vincent Tan tidak dapat dinafikan. Sebelum ini ada ura-ura kasino kedua di Malaysia akan dibuka di Johor seperti mana yang dilaporkan oleh portal Inside Asian Gaming bertarikh 17 Disember 2013 (rujuk Malaysia Resort Could Include Casino) diikuti oleh Kinibiz dengan artikel bertarikh 19 Disember 2013 (rujuk A second casino for Malaysia in Johor?). 

Penulis percaya rancangan membina kasino ini sememangnya benar dan bukan hanya satu gosip liar memandangkan hubungan antara Sultan Johor-Vincent Tan. Begitu juga dengan pemilikan 20% saham Berjaya Assets oleh Sultan Johor menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Blog entry Johor Darul Judi menceritakan serba ringkas sejarah negeri Johor sebagai pusat perjudian terkemuka dunia menjadikan ianya dikenali sebagai "Monte Carlo" di Timur. 

Terbaru, tokey judi bernama Vincent Tan itu menjual pula 15% pegangan saham syarikat miliknya, MOL AccessPortal Sdn Bhd bernilai US$120 juta (atau kira-kira RM396 juta) kepada Sultan Johor.

Mari kita lihat syarikat bernama MOL AccessPortal milik Vincent Tan ini. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan pembayaran online dalam bentuk e-mata wang yang dikenali sebagai MOL Points yang boleh digunakan dalam membeli kredit permainan online. MOL bermaksud "Money Online Global". Buat masa ini MOL Points telah berada di 12 buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Singapura, Australia, New Zealand, Taiwan, Turki dan Brazil. 

MOL Points adalah satu bentuk e-mata wang yang kebiasaannya dibeli oleh peminat permainan online yang terdapat di facebook dan media sosial yang lain. Di Malaysia, membeli dan menambah-nilai MOL Points adalah amat mudah. Ianya boleh dibeli di rangkaian 7-eleven, dibeli dengan menggunakan kredit telefon bimbit seperti Celcom, DIGI dan Maxis; serta cara-cara lain seperti menggunakan mesin ATM dan sebagainya. Selain daripda itu, terdapat agen-agen top-up MOL Points yang beroperasi sama seperti agen-agen top-up kredit telefon bimbit.  

Dengan adanya MOL Points ini dapat memudahkan anak-anak yang masih bersekolah (mereka tidak mempunyai kad kredit atau kad debit) untuk membeli MOL Points yang seterusnya boleh digunakan sebagai kredit dalam beratus-ratus permainan online.

MOL Points ini boleh diguanakan dalam beratus-ratus permainan online termasuk permainan perjudian poker, mahjong, slot dan bemacam-macam lagi
Walaupun MOL Points ini boleh digunakan sebagai kredit dalam permainan online yang lain seperti CityVille, FarmVille, Mafia Wars dan sebagainya, tetapi tidak dinafikan permainan perjudian online menjadi tarikan utama - antaranya Texas Hold'em Poker, Goodgame Poker, Boyaa Texas Poker, Let's Vegas Casino-Slot Roulette, Mahjong 3P dan Mahjong Master.

Gambling News bertarikh 3 Ogos 2011 melaporkan 60 hingga 70% penjualan MOL Points di Singapura digunakan untuk membeli chip dalam permainan Zynga Poker.

"Money Online Global (MOL), a Malaysian-based company that sells a virtual currency (MOLPoints) used to purchase social network game credits, sold US $600m worth of game cards in Southeast Asia in 2010. MOL says its customers in Singapore spend more than customers in India, Indonesia, Malaysia, Thailand and the Philippines, and that 60-70% of all prepaid game cards sold to Singaporean gamers are used to purchase virtual chips in Zynga Poker" - Gambling News

Gambling 911 pula melaporkan penjualan MOL Points ini majoritinya melibatkan mereka yang berumur antara 13 hingga 25 tahun (rujuk Gambling 911). Menurut laporan portal itu juga, antara negara yang banyak menggunakan MOL Points dalam permainan perjudian adalah India, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina.

Salah seorang peminat permainan perjudian Zynga Poker dari Malaysia yang menggunakan MOL Points untuk tujuan perjudian online
Kesimpulan
MOL AccessPortal Sdn Bhd adalah syarikat milik Tan Sri Vincent Tan yang kini sahamnya sebanyak 15% telah dipegang oleh Sultan Johor. Syarikat ini menawarkan sistem e-pembayaran dalam bentuk e-mata wang yang dinamakan MOL Points. Ianya boleh digunakan dalam membeli kredit permainan online termasuk membeli chip di virtual kasino yang melibatkan permainan perjudian seperti poker, mahjong dan roulette.

Secara tidak langsung syarikat ini terlibat dalam perjudian online di mana sebahagian besar e-mata wang MOL Points digunakan dalam membeli chip perjudian. Sebagai contoh, Singapura menjadi negara paling banyak menggunakan MOL Points dalam perjudian online iaitu sebanyak 60-70% hanya untuk permainan Zynga Poker. Peratusan itu hanya untuk satu permainan perjudian Zynger Poker sahaja dan tidak termasuk permainan perjudian yang lain. Jadi, boleh disimpulkan kebanyakan penjualan MOL Points ini digunakan untuk tujuan perjudian online.

Secara tidak langsung, tidak keterlaluan dikatakan Sultan Johor kini terlibat dalam perniagaan perjudian moden. Tahniah diucapkan kerana mengulangi sejarah kegemilangan negeri Johor Darul Judi.


Raja dan judi tidak dapat dipisahkan,

Friday, 7 February 2014

Raja Samseng

Ramai yang telah mengetahui keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (atau FAM) memihak kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dengan kemenangan 3-0. Ini adalah kerana pasukan T-Team didakwa menarik diri tanpa "alasan yang kukuh" - satu keputusan yang langsung tidak mengejutkan dari sebuah persatuan bola sepak bertaraf dunia ketiga!

Sekadar selingan keratan akhbar New Straits Times bertarikh 30 Julai 1999 yang mensasarkan Malaysia di Piala Dunia pada tahun ini.

Kita tinggalkan kisah itu. Blog entry kali ini ingin mengulas mengenai sifat samseng. Pada 4 Disember 2014 yang lalu, bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali sebagai Dr. Maza mengeluarkan satu artikel pendek di facebook beliau dengan tajuk Bangsawan Samseng. Tulisan Dr. Maza itu adalah secara umum dan tidak merujuk kepada mana-mana individu; tetapi ramai pembaca boleh mengaggak ianya berkaitan dengan kesamsengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Idris Ismail atau kini lebih mesra dipanggil "Jaguh Dalam Terowong"(JDT)

Memang benar apa yang dikatakan oleh Dr. Maza, sejarah menunjukkan runtuhnya kebanyakan institusi beraja adalah disebabkan oleh sikap kesamsengan mereka sendiri terhadap rakyat-jelata.


Raja-raja Melayu yang lain juga sedar akan perkara ini. Yang tidak sedar-sedar diri adalah Sultan Johor dan anak-beranaknya yang merasakan diri mereka umpama tuhan yang boleh berbuat apa saja sesuka hati mereka. 

Dipetik titah ucapan Sultan Azlan Shah yang pernah disiarkan di dalam blog entry Penghinaan Terhadap Raja Bahagian II.

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Petikan titah ucapan Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980

Pro-Canselor UTHM tanpa kelayakan akademik
Tunku "Jaguh Dalam Terowong" (JDT) kita ini agak kurang taraf pendidikan dan kecerdikannya berbanding dengan kebanyakan bakal-bakal Sultan di negeri-negeri lain. Sebagai contoh Raja Muda Perak berkelulusan Ph.D dan Ijazah Sarjana dari Universiti Harvard serta Ijazah pertama daripada University Oxford. Tidak kurang hebatnya Tengku Mahkota Kelantan yang juga berkelulusan Ph.D dari Universiti College London. Pewaris takhta Negeri Sembilan, Tunku Besar Ali Redhauddin pula berkelulusan Ijazah Sarjana dari Universiti Harvard dan Ijazah pertama daripada Universiti Cambridge - beliau adalah penerima biasiswa Cambridge Commonwealth Trust Fellowship. Anak-anak raja pewaris takhta ini dihormati rakyat dan tidak kedengaran kontroversi yang mencacatkan institusi beraja di negeri-negeri tersebut.

Seperti dinyatakan, Tunku JDT ini agak kurang cerdik. Sudah pastinya kurang membaca sejarah dan tidak pernah mengambil ikhtibar daripada sejarah-sejarah terdahulu. Jadi, penulis Cicit Daeng mengambil inisiatif untuk membuat blog entry khusus mengenai sejarah Raja-raja Samseng yang merosakkan institusi beraja. Ironinya, yang merosakkan institusi beraja itu datangnya daripada negeri Johor.

Kisah Raja Samseng bukan ingin membuka aib sesiapa. Tetapi ini adalah peringatan kepada anak Raja mentah, Si Teak yang tidak pernah memandang ke belakang dan melihat sejarah asal keturunan, dan semua salah laku yang pernah dilakukan oleh Bah dan Abahnya!

Nota: Teak adalah nama timangan Jaguh Dalam Terowong (JDT), Bah adalah datuknya, Abah adalah bapanya.

Kes-kes yang melibatkan Sultan Mahood Iskandar:

1. Kes tahun 1961
The Straits Times, 13 August 1961
Kisah bagaimana Tunku Mahmood Iskandar dilucutkan jawatan Tunku Mahkota Johor dan diserahkan kepada adiknya Tunku Abdul Rahman bukan hanya bualan kosong atau gosip. Penulis pernah menyentuh serba ringkas mengenai perkara ini dalam blog entry Dinasti Azlan Shah Bahagian II.

Begitu juga kes pada tahun 1961 di mana 2 orang anggota polis dikurung di rumah anjing oleh Tunku Mahmood Iskandar bukan hanya kisah dongeng. Kekejaman ini banyak diceritakan dalam jurnal dan buku-buku sistem monarki dan politik di seluruh dunia. Sebagai contoh, rujuk buku  Monarchy in South-East Asia: The Faces of Tradition in Transition karya Roger Kershaw yang diterbitkan pada tahun 2001 jelas menceritakan kes anggota polis yang dikurung itu di muka surat 103 buku tersebut.

Kes ini adalah antara sebab mengapa Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Ismail melucutkan jawatan Tunku Mahkota Johor daripada Tunku Mahmood Iskandar dan diserahkan kepada adiknya. Beberapa tahun selepas itu, Sultan Ismail melantik Tunku Mahmood Iskandar sebagai Raja Muda Johor - satu jawatan yang baru diwujudkan.

2. Kes-kes pukul, rujuk Public Prosecutor v. Tengku Mahmood Iskandar [1973] 1 MLJ 128 

Antara dua darjat anak Raja - seorang Ketua Hakim Negara dan seorang lagi penjenayah
Terdapat beberapa kes jenayah yang melibatkan  Tunku Mahmood Iskandar (ketika itu Raja Muda Johor setelah dilucutkan jawatan Tunku Mahkota Johor) yang berlaku sekitar tahun 1972 dan dibicarakan pada tahun berikutnya.


Dalam pertuduhan pertama, Tunku Mahmood Iskandar dikatakan telah membelasah 2 lelaki India bernama Francis Joseph Puthucheary dan Puthenpurakai Joseph Verghese yang memotong keretanya. Kejadian ini berlaku pada 5 Mac 1972.

Satu lagi kes yang dibicarakan di mahkamah melibatkan mangsa bernama Narendran Manickam yang dibelasah pada 13 Mac 1972, iaitu kira-kira 8 hari selepas kejadian pertama berlaku. Kes ini turut melibatkan seorang pegawai atasan Johor Military Force (JMF) bernama Lt. Hussain Othman yang didakwa membekal alat-alatan seperti gas canisters yang kemudiannya digunakan oleh Tunku Mahmood Iskandar dalam membelasah dan menyiksa mangsanya. Walaupun Lt. Hussain tidak terlibat secara langsung dalam pelakuan jenayah itu, tetapi beliau tetap dijatuhkan hukuman kerana bersubahat. Mangsa juga bukan saja dibelasah, tetapi dikatakan telah diseksa dengan kejam - Hakim menggunakan perkataan "torture chamber" merujuk kepada tempat penyiksaan mangsa.

Raja Azlan Shah (kini Sultan Azlan Shah) yang pada itu adalah Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru membicarakan kes-kes  ini. Petikan penghakiman oleh Hakim Raja Azlan Shah berbunyi,

" The record, to my mind, reads more like pages torn from some medieval time than a record made within the confines of a modern civilization. The keynote of this whole case can be epitomised by two words - sadistic brutality - every corner of the case from beginning to the end, devoid of relief or palliation. I have searched diligently amongst the evidence, in an attempt to discover some mitigating factor in the conduct of the respondent, which would elevate the case from the level of pure horror and bestiality and ennoble it at least upon the plane of tragedy. I must confess, I have failed."
 Hakim Raja Azlan Shah, Mahkamah Tinggi Johor Bahru, 2 Januari 1973

Bagi kes-kes ini, Tunku Mahmood Iskandar dijatuhkan hukuman penjara 11 bulan dan denda berjumlah $2,500.

  3. Kes bunuh (manslaughter), rujuk Public Prosecutor v. Tunku Mahmood Iskandar [1977] 1 MLJ 128
Akhbar Berita Harian, 18 April 1977
Sekali lagi, Raja Azlan Shah menjadi hakim dalam kes rayuan dalam perbicaraan kes bunuh oleh Tunku Mahmood Iskandar. Pihak pendakwaan pada ketika itu ialah Mohammed Salleh Abbas yang telah dilucutkan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara semasa krisis perlembagaan dan ketika Sultan Mahmood Iskandar masih menjadi Yang Dipertuan Agong.

Berbalik kepada kes bunuh ini. Mengikut fakta kes, pada 15 Oktober 1976 Tunku Mahmood Iskandar sedang memandu kapal terbang Cessna dari Johor Bahru ke Seletar bersama pemandu kedua, Tunku Osman. Kira-kira jam 3.30 petang mereka ternampak sebuah bot yang penuh dengan barang-barang bergerak laju menuju ke satu tempat di tebing Sungai Tebrau dimana terdapat 3 buah kereta sedang menunggu. Mengesyaki itu adalah bot penyeludup, Tunku Mahmood Iskandar mengelilingi bot itu dari jarak 500 kaki dari udara. 

Kemudian, Tunku Mahmood mendaratkan kapal terbang di padang polo berhampiran dan berkejar ke arah keretanya yang terketak di sana.  Tunku Mahmood terus bergegas ke tebing sungai tadi di mana ketiga-tiga buah kereta telah pun mula bergerak. Tunku Mahmood Iskandar berteriak mengarahkan mereka berhenti. Kereta pertama dan kedua tidak berhenti tetapi kereta ketiga berhenti dan pemandunya keluar daripada kereta. Pada ketika inilah Tunku Mahmood Iskandar melepaskan tembakan mengenai kepala dan bahu kiri mangsa yang dikenali sebagai Teo Ah Bah. Mangsa mati di tempat kejadian.

Mahkamah mendapati Tunku Mahmood Iskandar bersalah dan dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara dan denda $6,000.  Walau bagaimanapun, sama seperti kes yang berlaku pada tahun 1973, Tunku Mahmood Iskandar terlepas daripada hukuman apabila diampun oleh bapanya, Sultan Ismail.
 
Sedikit infomasi, dalam istilah undang-undang, "manslaughter" dianggap sebagai kurang berat berbanding pembunuhan tanpa niat. Itu sebabnya walaupun Tunku Mahmood Iskandar didapati bersalah dalam kes pembunuhan tersebut, tetapi hanya dikenakan hukuman yang tidak begitu berat.

Kes pembunuhan yang berlaku pada tahun 1977 ini heboh diperkatakan seluruh dunia sehinggakan semasa pertabalan Sultan Iskandar sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-8, akhbar The New York Times turut menceritakan mengenai kes ini. Sesuatu yang agak memalukan sebenarnya.

Mungkin ramai yang masih berhingus lagi pada ketika itu, atau sumber agak terhad, ketahuilah seluruh dunia menyambut pertabalan Sultan Mahmood Iskandar sebagai Yang Dipertuan Agong dengan gelaran "killer". Selain daripada contoh keratan akhbar daripada The New York Times, akhbar di Australia, Sydney Morning Herald melaporkan pertabalan ini dengan tajuk "Malaysia’s killer king".


Petikan daripada akhbar the New York Times bertarikh 26 April 1984 bersempena pertabalan Sultan Iskandar sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-8
4. Kes  Daeng Baha Ismail v. Tunku Mahmood Iskandar [1987]
Mengikut fakta kes, pada 4 Jun 1986 kira-kira jam 10.15 malam, Daeng Baha Ismail Bin Daeng Ahmad telah diheret ke istana dalam keadaan bergari dan kemudiannya dibelasah oleh Sultan Johor yang pada ketika itu adalah Yang Dipertuan Agong. Kejadian berlaku di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail dan kerabat-kerabat diraja yang lain. Agak malang kerana kes ini tidak boleh dibicarakan kerana pada ketika itu raja-raja mempunyai imuniti iaitu kebal dari segi undang-undang.

5.  Amukan Prebet Adam, 1987
Kes yang berlaku pada tahun 1987 ini diketahui ramai. Bahkan pengarah Amir Muhammad telah memfilemkan kisah ini dalam judul The Big Durian yang diterbitkan pada tahun 2003 dan turut ditayangkan di Sundance Film Festival. Kepada yang tidak pernah menonton filem bercorak docu-drama ini boleh menonton di youtube (klik di sini).

Mengimbau kisah menyayat hati ini berlaku semasa Sultan Mahmood Iskandar menjadi Yang Dipertuan Agong. Kisah bermula apabila adik kepada Prebet Adam yang merupakan seorang caddy tertawa kecil apabila bola golf yang cuba dipukul oleh Sultan Mahmood Iskandar tidak masuk ke dalam lubang walaupun jaraknya terlalu dekat. Mendengar tawaan kecil itu, Sultan Mahmood Iskandar tanpa sebarang perasaan belas kasihan terus menghayunkan kayu golfnya kepeada caddy tersebut. Dia mati di tempat kejadian.

Pada ketika itu, Raja-raja mempunyai imuniti iaitu kebal dari segi undang-undang. Sultan tidak boleh didakwa di mahkamah. Ini bermakna keluarga caddy yang terbunuh itu tidak dapat membela kematiannya. 


Pada malam 18 Oktober 1987, Prebet Adam yang begitu kecewa dengan kematian adiknya telah pergi ke Jalan Chow Kit dan mengamuk serta melepaskan tembakan ala-rambo ke arah orang awam. Beberapa orang awam tercedera dan polis memburu Prebet Adam yang menyembunyikan diri di Kampung Baru. Akhirnya dia menyerahkan diri kepada 2 orang jeneral yang berjaya memujuknya. Dikatakan Prebet Adam tidak didakwa atas alasan kurang siuman - mungkin satu cara untuk melepaskannya daripada disabitkan kesalahan menyerang orang awam, termasuk seorang terbunuh dalam amukan itu.

Peristiwa amukan Prebet Adam ini perlu dilihat dari konteks betapa bencinya rakyat yang tidak berdosa terhadap kesamsengan Raja-raja, tetapi tidak terdaya untuk berbuat apa-apa kerana kuasa yang ada pada mereka.

6. Peristiwa Gomez, 1992 
Boleh dikatakan peristiwa Gomez adalah kes paling signifikan yang membawa kepada pemindaan Perlembagaan Malaysia mengenai imuniti Raja-raja Melayu.

Samseng Johor tak tahu main hoki!
Kes ini bermula pada 10 Julai 1992 apabila Tunku Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid tidak berpuas hati dalam perlawanan hoki antara Johor-Perak yang memihak kepada Perak dengan pukulan penalti. Tunku ABdul Majid menyerang penjaga gol Perak, Mohamed Jaafar Selvaraj di dalam bilik persalinan - ditampar dan ditendang. 
 
Mohammed Jaafar membuat laporan polis dan menyebabkan Persatuan Hoki Malaysia melarang Tunku Abdul Majid daripada menghadiri mana-mana perlawanan selama 5 tahun. Tunku Abdul Majid kemudiannya disabitkan kesalahan menyerang  dan oleh itu dikenakan hukuman perjara satu tahun dan denda sebanyak RM2,000. Walau bagaimanapun semua tuduhan-tuduhan ini digugurkan atas sebab kekebalan yang masih ada pada Raja-raja Melayu pada ketika itu.
  
Daripada kejadian itu, Sultan Mahmood Iskandar yang tidak berpuas hati telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk tidak membenarkan mana-mana sekolah menyertai pertandingan hoki di peringkat nasional.

Douglaz Gomez adalah jurulatih hoki Maktab Sultan Abu Bakar. Pasukannya layak ke peringkat separuh akhir Pertandingan Hoki Sekolah-sekolah anjuran Persatuan Hoki Malaysia dan Milo. Pertandingan yang dijadualkan berlangsung pada 25 November 1992 diarah untuk dibatalkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Johor hanya beberapa jam sebelum pertandingan bermula. Douglas Gomez mengkritik tindakan ini dan meminta pegawai-pegawai Persatuan Hoki Johor untuk meletakkan jawatan kerana telah merosakkan sukan hoki dan masa depan sukan itu di negeri Johor. Kritikan yang diberikan tiada kena mengena dengan Sultan Johor pun - kritikan diberikan kepada Persatuan Hoki Johor!

Walau bagaimanapun pada 30 November, Douglas Gomez diarahkan ke Istana Bukit Serena. Diceritakan pada jam pertama di Istana, beliau diberi taklimat mengenai etika di Istana.

Kemudian, Sultan  Mahmood Iskandar hadir bersama 6 orang lelaki yang memakai t-shirt dan berseluar jeans, serta antara 10 hingga 12 orang askar-askar balaci JMF. Douglas Gomez dibelasah oleh Sultan Mahmood Iskandar dan mengalami kecedaraan. Beliau kemudiannya membuat laporan polis. Walau bagaimanapun tiada apa-apa tindakan boleh dikenakan kepada Raja-raja Melayu kerana imuniti yang ada pada mereka. Rentetan daripada kes-kes ini lah maka Perlembagaan Malaysia dipinda bagi menarik semula imuniti Raja-raja Melayu - satu sumbangan besar Tun Mahathir Mohamad.
 

Penutup Bahagian I
Kes-kes di atas hanya sebahagian kecil daripada kes-kes jenayah yang melibatkan Raja-raja Samseng Johor dan kaum kerabatnya. Terdapat banyak lagi salah laku mereka. Mengikut perbahasan di Parlimen seperti mana yang didedahkan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim, dari tahun 1972- 1993 keluarga Sultan Johor bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata termasuk memukul, mencedera dan merogol.


Bersambung...



Yang Membenci Samseng,





Monday, 3 February 2014

Peristiwa Gomez II (Evaldo Convalves)

Sejak Tengku Mahkota Johor, Tunku Idris Ismail mula terlibat dalam arena bola sepak tanah air sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan mengemudi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), bermacam-macam kontroversi berlaku. 

JDT membawa askar-askar ke stadium pada tahun lalu
Sebelum ini kita pernah dengar bagaimana si katik TMJ membawa askar-askar yang bersenjata ke Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada 15 Januari tahun lalu. 

Tiada apa-apa tindakan kepada JDT dikenakan. Si katik TMJ mendakwa askar-askar tersebut adalah merupakan askar komando Rejimen 21 Grup Gerak Khas  Angkatan Tentera Malaysia dimana Sultan Johor adalah Kolonel Komandan GGK. Oleh kerana Sultan Johor dikatakan akan mencemar duli untuk menonton bola sepak di Stadium Sultan Muhammad IV, maka askar-askar tersebut ditempatkan di stadium berkenaan. Persoalannya tidak selamatkan Malaysia ini sehinggakan ke stadium pun perlu di bawa bersama askar-askar komando CGK?

Peristiwa si katik TMJ memarahi pengadil semasa perlawanan JDT-Felda United
Tidak perlu diceritakan kisah-kisah pergaduhan yang melibatkan penyokong-penyokong JDT "since 2013" yang baru mengenal sukan bola sepak setahun dua ini.

Di dalam artikel ini, kita cuba lihat tindak-tanduk ketuanya iaitu si katik TMJ yang penuh kontroversi semenjak berjinak-jinak dalam sukan bola sepak tanah air. Di musim lalu kesamsengan TMJ terserlah dengan bertindak tidak profesional dengan turun ke padang bersama balaci-balacinya dan menyerang pengadil dalam perlawanan JDT-Felda United, kontroversi duduk di bangku pemain simpanan JDT walaupun berada dalam tempoh digantung daripada terlibat dalam aktiviti sukan bola sepak selama 6 bulan (seolah-olah menguji keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia), dan terpalit dengan bermacam-macam kontroversi lagi. Boleh dikatakan kesemua kontroversi ini menampakkan tidak matangnya anak Raja ini sebagai orang penting pasukan bola sepak.

Terbaru, TMJ didakwa memukul pemain import T-team, Evaldo Convalves di Stadium Larkin dalam perlawanan Piala FA malam tadi. Nampaknya T-team tidak hanya mendiamkan diri. Tindakan mereka menarik diri daripada meneruskan perlawanan adalah satu langkah yang wajar.  T-Team juga perlu membawa perkara ini ke atas dan tidak hanya mendiamkan diri - anak Raja itu perlu diajar!

Laporan polis yang telah dibuat. Jika diperhatikan tarikhnya salah iaitu pada 1 January 2014


Satu lagi laporan polis yang telah dibuat. Indah betut bahasa anak Raja yang berkata "Fuck you Brazil, I'll kill you. This is my county"

Semua media hanya berani melaporkan pemain T-Team, Evaldo Convalves dipukul oleh "pengurusan tertinggi JDT". Mengapa tiada yang berani melaporkan terus-terang ianya dilakukan oleh anak bayangan Tuhan bernama Tunku Ismail Idris Bin Sultan Ibrahim Ismail?

Adakah kisah Gomez akan berulang kembali? 

Perlu diingat peristiwa Gomez yang berlaku pada tahun 1992 adalah salah satu kes yang membawa kepada terhapusnya imuniti Raja-raja Melayu. Keberanian Douglas Gomez sebagai jurulatih pasukan hoki yang dipukul oleh Sultan Johor pada ketika itu perlu dicontohi.

Penulis barharap T-team dan mangsa kejadian ini, Evaldo Convalves membawa kes ini ke muka pengadilan dan tidak membiarkan TMJ meneruskan sikap samsengnya dan membuat sesuka hati kepada rakyat biasa termasuk orang luar seperti Evaldo Convalves.

Printscreen dari satu video yang dirakam malam tadi
Jangan kerana "anak Raja", maka semua pihak di Malaysia hanya memejamkan mata dan membiarkan sahaja. 

Begitu juga kepada pasukan polis yang berada di stadium pada ketika itu, mengapa takut untuk bertindak hanya kerana pelakunya adalah anak Raja?

Tidak dinafikan memang terdapat manusia-manusia bodoh yang buta mata dan hati dengan mengatakan tindakan TMJ ini tidak menyalahi undang-undang dan apa sahaja yang dibuatnya adalah baik hanya kerana merupakan anak kepada Raja yang dianggap "bayangan Tuhan" itu.

Contoh penyokong Raja-raja Melayu yang semuanya baik di mata mereka seolah-olah mereka adalah golongan maksum yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan

Satu lagi contoh penyokong JDT since 2013 yang baru belajar apa itu bola sepak. Jika ditakdirkan ibunya atau saudara-mara perempuannya dirogol golongan "bayangan tuhan", ketika itu baru tahu langit tinggi atau rendah! Manusia yang tidak pernah belajar sejarah, mungkin langsung tidak mengenali siapa itu Prebet Adam!
Satu lagi ulasan penyokong bangang JDT since 2013 yang inginkan Johor keluar daripada Malaysia kerana bola sepak. Isu sebenarnya tidak dilihat, tetapi pasukan lain pula dilihat dengki dengan pasukan JDT. Berapa banyak piala yang dimenangi oleh JDT sehinggakan pasukan lain dengki dengan mereka?
Kepada TMJ, kalau tidak tahu bermain bola sepak yang merupakan sukan rakyat jelata, janganlah cuba menyebukkan diri. Main sajalah polo! Jangan porak-perandakan lagi sukan bola sepak Malaysia.


Tersenyum melihat anak raja bimbo,

Saturday, 1 February 2014

Menantu Kangkung PM Malaysia


                                                                                                     Berikut adalah kebenaran berkenaan menantu Perdana Menteri Malaysia yang sedang dilindungi oleh keluarga Perdana Menteri . Agak menghairankan bagaimana beliau dirahsiakan sehingga penyisat antarabangsa gagal mengenal pasti lokasi beliau berada.Tidak mungkin Daniyar Nazarbayev hilang begitu sahaja tanpa berada dimana mana negara dan yang pasti kita di Malaysia mengetahui bahawa menantu PM Malaysia iaitu Daniyar Nzarbayev berada di Malaysia bersama keluarga Perdana Menteri. 

Daniyar Nazarbayev di Malaysia  & Nooryana Najib sibuk berkempen untuk Najib Razak

Dokumen rasmi dibawah akan menerangkan segala usaha mencari Daniyar Nazarbayev dan beberapa soalan perlu dijawab oleh PM Malaysia & Isteri dalam perkara ini. Perkara ini mungkin urusan peribadi teapi isu ini tidak terhenti disini kerana isu menantu Daniyar & Ibunya juga ada kaitan rapat dengan isu berlian Rosmah Mansor bernilai jutaan ringgit. Malaysia Crisis juga bakal mendedahkan beberapa dokumen yang akan mengaitkan menantu PM dalam isu berlian 24 juta yang telah dilupakan oleh rakyat Malaysia.

Disertakan dokumen rasmi New York Supreme Court untuk rujukan dan fakta berkenaan Daniayar Nazarbayev. Kroni terbaru Perdana Menteri di Malaysia iaitu Daniar Nazarbayev yang bakal di angkat sebagai usahanwan berjaya di Malaysia dengan usaha kronism Najib Razak & Rosmah Mansor.

Difahamkan Daniyar Nazarbayev telah mula mendaftar syarikat-syarikat di offshore/Malaysia bagi tujuan perniagaan dan sering mengikuti rombongan PM dalam urusan misi mencari pelabur luar negara ke Malaysia. 

Mugnkin agak tepat dilabel Daniyar Nazarvayev sebagai Menantu Kangkung kerana keperibadian dan moral yang terlalu rendah dari apa yang kita kenali beliau. PM Kangkung dan Menantu Kangkung bersama membina Empayar Kangkung mereka dan rakyat Malaysia terus diperbodohkan dengan segala rahsia licik mereka. 

Ada masanya tertanya bisukah PM Malaysia kerana sentiasa berdiam memerap rahsia dari kisah Altantuya yang didapati meletup hancur tanpa pembunuh dan bermenantukan Daniyar Nazarbayev yang terus dicari pihak berkuasa Amerika.   


Disinilah Daniyar Nazarbayev Diperlukan bukan di Malaysia


Dokumen rasmi New York Supreme Court, Amerika