Sunday 9 December 2012

Allahu Akhbar !! PAS & Musuh Islam




Sejarah tertulis secara rasmi laman web DAP untuk tatapan ahli-ahli PAS & umat islam yang seharusnya akur pada hukum hudud sebagai undang-undang islam.Kepada mereka yang berjuang bersama DAP sedarlah Islam & PAS itu tiada tempat di sanubari DAP sama sekali. 

Buktinya jelas didepan mata yang menentang Islam & PAS sama sekali dilaman rasmi DAP itu sendiri.


                   HISTORY OF DAP (Partnership with PAS)

In the 1999 general election, DAP teamed up with Parti Islam SaMalaya (PAS), Parti Keadilan Nasional (Keadilan) and Parti Rakyat Malaysia (PRM) to form the Barisan Alternative (BA) in an attempt to shatter the BN political hegemony, attributed to its undisrupted two-thirds parliamentary majority – the root cause of the BN’s political arrogance, undemocratic rule and repression of the fundamental rights of Malaysians. 
 
Unfortunately, however, subsequent events that transpired, especially the insistence of PAS in forming an Islamic State – an idea deemed incompatible with the pluralistic nature of a Malaysian nation cherished by DAP – forced DAP to pull-out from the coalition two years later. 

DAP remains unswerving in its commitment that Malaysia shall remain as a democratic, secular and multi-religious nation. DAP’s co-operation with the other three opposition parties was based on the BA common manifesto, “Towards A Just Malaysia” in order to break the BN’s political hegemony and smash the chains of repression fettering the rights and freedom of Malaysians and undermining justice, freedom, democracy and good governance.  
Once the common objectives of the BA coalition had been tainted by one component party's insistence that the secular nature of this country should replaced with an Islamic one, it was no longer tenable for DAP to continue in the BA.

 www.dapmalaysia.org



Benarkah DAP menyokong Perlaksanaan Hudud atau akan membenarkan PAS terus menguasai politik tanah air? 

Kenapa DAP menolak Presiden PAS untuk menjadi PM dan dengan segera membuat kenyataan media bahawa Anwar Ibrahim adalah bakal PM sejurus perwakilan PAS menyebut Presiden PAS seharusnya lebih layak untuk jawatan PM



Melihat kepada keberanian DAP dengn jelas menolak dan menghukum PAS memberikan kita mesej jelas bahawa Hudud atau PAS sebagai PM tidak mungkin akan berlaku kerana DAP tidak akan merestuinya. Ini jelas dengan sikap tegas DAP yang mengeluarkan kenyataan media sejurus selepas Presiden PAS diseru menjadi PM oleh perwakilanya.



Apakah erti bagi ahli pas dalam mengibarkan bendera DAP?

Jika DAP berani menghina perjuangan islam PAS dan dengan rasmi menolak kemahuan PAS melaksanakan Islam sebagai cara hidup maka jelas DAP itu menolak islam. Mereka berani mengatakanya secara rasmi di laman web mereka akan perihal PAS dan bagaimana pada masa ini mereka bersatu dengan PAS? atas dasar untuk mempergunakan PAS?

DAP sememangnya konsisten dengan perjuangan mereka demi mempergunakan hak perlembagaan demi bangsa mereka dan dengan itu perjuangan mereka nampak kearah demokrasi tetapi sebenarnya perjuangan bangsa yang ekstrim.


"Karpal turut melabelkan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan negeri itu sebagai bentuk undang-undang yang paling rendah, tidak bertamadun walaupun ia dibuat oleh pihak exco dan mereka yang mentadbir kerajaan tempatan."

Hukum Islam dikatakan oleh DAP rendah martabatnya dan tidak bertamadun?


Dimana keuntungan jika Islam dipersendakan dan denagn jelas kenyataan Karpal Singh mengatkan Undang Undang Islam yang dilaksanakan TIDAK BERTAMADUN dan RENDAH MARTABATNYA merujuk kepada undang undang berlandaskan islam yang cuba diguna pakai di Kelantan.

Tidak ada salahnya PAS menang pilihanraya berbanding UMNO tetapi tidak kita mahu dengan kemenangan PAS akan juga memperkasakan bangsa yang kita kenal tahap racism yang terlalu tinggi dalam jati diri mereka iaitu bangsa cina dan tergadai hak dan kelebihan Islam sebagai agama suci di Malaysia dengan kemahuan hak sama rata yang terus diperjuangkan oleh DAP sejak ianya mula ditubuhkan. 

 

 

Wednesday 5 December 2012

ISLAM Boneka Politik



Khawarij
Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah Puak Khawarij.
Kelompok ini Nabi s.a.w sifatkan seperti berikut:
“..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka. Puak Khawarij ini mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Saidina ‘Ali bin Abi Talib kepada mereka: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). Dengan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir.

Siapa bercakap benar? Adakah seorang kafir yang sentiasa konsisten dengan pendirianya bagi pihak diri dan partinya atau seorang islam yang senantiasa memaklumkan kepada umat islam bahawa golongan (DAP & PKR) menerima hukum hudud untuk dilaksanakan di Malaysia walaupun hakikatnya mereka jelas menolak dan tidak pernah bersetuju terhadap hasrat tersebut.


Seorang kafir berani mencabar perlaksanaan hudud hanya dengan ungkapan "OVER MY DEAD BODY" namun tidak pula kita mendoakan kehancuran beliau mahupun partinya yang jelas menolak Hudud.Tetapi sebaliknya kita katakan kita faham kenapa mereka menolak? Adakah benar zaman rasullulah kita guna undnag undag islam kepada umat islam dan undang undanglain untuk nukan islam?


Benarkah rasuah hanya di UMNO? Bukankah rasuah itu tidak kira bangsa, agama dan tidak kenal sesiapa.Memang tidak dinafikan rasuah dan sikap pemimpin UMNO adalah satu isu yang perlu diperbetulkan dan bukan semua pemimpin UMNO itu buruk dan tidak semua pemimpin PAS itu baik.Begitu juga tidak semua pemimpin PAS  itu buruk dan tidak semua pemimpin UMNO itu baik.

Malaysia tidak mungkin akan berubah selagi rakyat bersifat kepartian dalam memilih ADUN/MP. Seharusya kita memilih orang yang baik tidak kira parti mana dan ianya akan menyebabkan kerajaan campuran atau mungkin akan memihak kepada mereka (parti) yang memiliki calon-calon yang baik yang dikenali masyarakat setempat.

PKR sebagai contoh, sejak 2008 ke 2012 dan mampu memiliki kenderaan sebegitu banyak oleh Ketua Wanita PKR  amat menghairankan penulis jika benar. 


Seperti yang dikatakan, rasuah tidak kenal parti sebaliknya kebanyakan ahli politik beranggapan bidang politik sebagai bidang perniagaan skim cepat kaya bagi mereka. 




Rasuah ini adalah perkara yang agak sukar di tangkap ada kalanya.andai kita menerima rasuah tidak mungkin kita yang akan menerima sudah tentunya mereka memiliki cara dan modus operandi mereka untuk memastikan mereka tidak terlibat. 

Begitu juga, pengistiharaan harta oleh ahli politik sebenarnya tidak memberi sebarang makna kerana tidak ada ahli politik yang menyimpan harta dan wang ringgit atas nama atau keluarga mereka kerana mereka tahu modus operandi SPRM.Agak pelik bila kita lantang meminta mereka istihar harta tetapi tidakkah kita tahu bahawa ahli politik ini akan memperbodohkan kita juga akhirnya.



Apa pekerjaan Azmin Ali sepanjang Anwar Ibrahim dipenjarakan? Bagaimana beliau hidup mewah tanpa sebarang masalah kewangan sepanjang tidak bekerja dan hanya hidup dengan berceramah reformasi? Fikirlah.

“Telah zahir golongan ahli ibadat, zuhud dan nussak (penumpu penuh ibadah). Kejahilan dan kebodohan mereka telah membawa mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam fadhilat-fadhilat amal, fadhilat surah-surah al-Quran dan solat-solat sunat, untuk menggalakkan orang ramai beramal. Seperti juga mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam menakut orang ramai terhadap maksiat. Mereka menyangka mereka telah membela Islam. Golongan yang jahil ini tidak tahu bahawa pendustaan ke atas RasululLah s.a.w boleh menurunkan mereka ke dalam tingkatan-tingkatan yang paling bawah dalam neraka jahannam” (Hammam `Abd al-Rahim Sa`id, Al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, m.s. 140, Jordan: Dar al-Furqan).

Umum kita ketahui, kebanyakkan ahli politik hidup dengan pendapatan sebagai ahli politik dan rata-ratanya hidup mewah dan ini juga kita lihat jelas samadi pihak kerajaan atau pun pembangkang kerana inilah skim cepat kaya mereka. Jika kaji semula kebanyakkan ahli politik mereka ini hidup hanya dengan wang rakyat tetapi mewah kehidupan mereka.


Contoh terbaik adalah Ketua Umum PKR sendiri atau bakal Perdana Menteri Malaysia yang hidup mewah dan anak beranak semuanya hidup mewah. Bagaimana keluarga ini hidup tanpa pekerjaan tetap dan tiada pejana eknomi keluarga sejak 1998? Bagaiman mereka terus hidup mewah tanpa ada masalah kewangan

Dalam isu Ketua Pemuda PAS, bank mana yang akan memberikan pinjaman kenderaan jika ansuran bulanan kenderaan RM 1,400  sebulan dengan hanya berpendapatan RM 2,800 sebulan? Dengan menolak ansuran rumah beliau 530 beranikah bank memberikan pinjaman yang  memerlukan ansuran bulanan RM 1400 sebulan kepda beliau? Begitu juga, bila kita congak pendapatan dan ansuran kereta, ansuran 2 buah rumah, dan perbelanjaan isi keluarga dengan 6 orang anak mampukah mereka hidup hanya dengan pendapatan pada kadar tersebut dan tidak termasuk perbelanjaan lain yang tidak ketahui. Jika taksub maka kita percaya dengan hasil RM 2,800 boleh menjelajah seluruh negara duduk di hotel, kos perjalanan ke seluruh aktiviti PAS dan kesana-kemari tetapi jika kita fikir secara logik maka keraguan pasti akan timbul.bukan sahaja isu Ketua Pemuda PAS tetapi pada kesemua ahli politik di Malaysia.

Rakyat perlu menerima hakikat bukan perubahan parti politik yang menjamin perubahan kehidupan mereka tetapi perubahan syarat & peraturan dan undang undang yang lebih tegas terhadap para ahli politik yang Malaysia amat diperlukan. Kita memerlukan ketetapan pendapatan yang asas untuk mereka bukan kemewahan yang kita berikan dengan menjadi ahli politik . Contohnya beberapa ketetapan dan perubahan yang harus parlimen lakukan dan percayalah tiada ahli politik tidak kira pembangkang dan kerajaan akan berani melakukannya kecuali mereka itu benar ikhlas ingin berjunag untuk rakyat.


Berbalik kepada isu doa kehancuran,bayangkan, jika Gereja, Kuil mula mendoakan kehancuran kerajaan & umat islam semata-semata kerana PAS berani melakukan doa sebegitu rupa terhadap rakan islam. Berdoa untuk meminta ditunjukkan dan diturunkan hidayah adalah ajaran islam tetapi memhon kehancuran penulis merasakan ianya agak melampau apabila melibatkan doa kehancuran sesama umat islam. Jika doa kehancuran dibenarkan bila dizalimi, bukankah mereka-mereka (rakyat)  ini juga bakal mendoakan kehancuran PR/PAS?

Jika benar UMNO itu muratad dan seharusnya didoakan kehancuran, maka beranikah PAS medoakan kehancuran Istana & Sistem Diraja yang jelas jauh terpesong dari akidah islam dan  lagi teruk mereka ini juga bertopengkan sebagai Ketua Agama Islam negeri. 



Beranikah PAs mendoakan kehancuran kerana rakyat dizalimi dengan penipuan oleh seorang Ketua Agama Islam?

Bagaimana pula gambar dibawah ini yang jelas menunjukkan sikap seorang anak pemimpim pembangkan yang bakal juga manjadi perdana menteri?Kenapa sepi dirinya dari arena politik tanah air dan kemana arah tuju anak lelaki beliau? 


Apa bila kita menghukum yang lain maka kita tidak menghukum diri kita kerana kita mempergunakan islam demi kepentingan diri dan lupa bahawa Islam itu maha adil dan bukan islam berlandaskan ketaksuban politik.

Jika kerana Islam maka seharusnya mereka mendoakan kehancuran kumpulan ini juga tetapi jika berjuang kerana kuasa maka hanya UMNO/BN perlu didoakan kehancuranya dan bukan yang lain lebih jeals murtad, menolak islam, terpesong akidahnya. Mengapa pula mereka mendoakan taufik & hidayah kepada sistem diraja dan kehancuran kepada umno? Ini jelas menunjukkan islam dijadikan boneka dan mainan percaturan politik.

ISLAM terlalu mulia untuk dipolitikan tetapi Islam seharusnya menjadi landasan kepada semua parti politik. Malangnya bila keinginan kuasa politik terlalu melampau maka tergadailah kesucian islam demi hawa nafsu yang sentiasa di jiwa manusia berjiwa poltiik.



Inilah masalah kebanyakkan ustaz & ustzah dalam masyarakat islam kita yang selalu merasakan diri mereka terlalu mulia dan mereka itu suci dari segala kesalahan dan dosa. Sifat inilah yang terus diperkatakan dalam alquran dan hadis iaitu RIAK yang bakal mengundang diri bila kita rakyat memperagungkan manusia tanpa ada batasan dan tidak berpandukan Alquran & Hadis.  


 "Dari Ibni Abas Radiallahu Anhuma katanya: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam bersabda: Siapa yang dengan amalnya mencari kemasyhuran untuk diperlihatkan kepada manusia, Allah akan menyiarkan keinginannya di hari kiamat, dan siapa yang memperlihatkan amalannya, Allah akan memperlihatkan kecelaannya" (Riwayat Al-Imam Muslim)
Islam tidak membenarkan kita memhon kehancuran tidak kira apa ianya selagi ianya diwakili seorang yang beragama islam? Seperti mana doa Himpunan Muktamar Pas di Kota Baru yang mendoakan kehancuran UMNO / BN.

Jika ini benar maka sudah pasti leabih banyak doa orang umno mendoakan kehancuran PAS dari doa orang Pas untuk menghancurkan UMNO. Kerana keahlian UMNO jelas menunjukkan lebih ramai ahli berbanding PAS. Ada juga yang mungkin mengatakan "is not quantity but quality" tetapi benarkah mereka betul-betul berkualiti dalam urusan agama jika kesucian islam tergdai demi agenda politik.

What come first for PAS? Will they sacrifice Islam for Political Power or PAS will fight and willing to lose political power? Or their answer will be, "let us get the power first than we will uphold Islam as a goverment."
"Annonymous"

Penulis menghormati sifat UMNO yang setakat ini tidak pernah mendoakan kehancuran PAS/PKR dalam majlis keagamaan ataupun solat mereka walaupun hakikatnya mereka sedar parti PAS/PKR semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Bagi penulis, ramai rakyat yang beragama islam tersentak dengan doa yang sedemikian rupa dan seharusnya ianya bukan sahaja UMNO tetapi ramai juga dizalimi oleh kerajaan PAS di Kelantan & Kedah.

Adakah dibenarkan untuk kita mendoakan keluarga Islam lain keran mereka pernah menganiaya kita?Jika ini dibenarkan islam maka ramai orang islam akan mendoakan kehancuran keluarga islam sesama mereka. 

Apakah mereka akan terus berceramah siang & malam jika tiada bayaran?
Selain itu, gak menghairankan apabila, semua yang masuk PAS dijadikan Ustaz & Ustazah walaupun mereka baru bermula tanpa ilmu didada. Bukan menghina atau mencaci tetapi mampukah saya dan anda memanggil orang seperti Abby Abadi & Bob Lukman sebagai Ustaz & Ustazah bila kita berdepan dengan mereka? Bagi saya tidak mungkin saya mampu memanggil mereka sebagai ustzah mahupun ustaz kerana bagi saya darjat seorang guru agama yang dirujuk sebagai (ustaz &Ustazah) adalah tinggi dan bukan jawatan "bidan terjun"

 “Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).




Penulis bukan ahli agama mahupun pakar dalam bidang hukum, namun perspektif ini ditulis berdasarkan pandangan seorang pemerhati yang berugama islam.

Jelas kelihatan Hudud ditolak oleh DAP & PKR kecuali ada pendapat dan pengakuan berani dari Presiden Parti PKR atau DAP mengatakan mereka bersetuju untuk melaksanakan hudud jika PAS mendapat majoriti.
Jika tidak, seharusnya doa kehancuran juga harus didoakan untuk PKR & DAP mengikut tafsiran yang diberikan oleh Nik Abdul Aziz. 


Islam sebenarnya dipergunakan demi politik bukan islam itu diguna pakai sebagai perjuangan politik dan kerana itulah juga agama lain semakin berani menghina Islam dan mempersoalkan Islam secara terbuka.


Sebagai anak muda islam, pasto ramai tertanya kenapa laranagn laungan azan ini hanya digunapakai di Penang dan bukan di negeri negeri laian. Bukankah jika salah mengikut hukum syarak seharusnya semua masjid mengikut tatacara yang sama.Apakah mesej cuba kita yang mengaku memperjuangkan islam dan ingin menegakkan negara islam tidak mampu memperjuangkan hak laungan kalimah Allah Akhbar di bumi Malasia kerana takut hilang kuasa didunia.

Marilah bersama kita fikirkan apa yang terbaik untuk islam sebelum memikirkan apa yang terbaik untuk parti politik di Malaysia atau invidu tertentu.