Tuesday 31 July 2012

Konspirasi Satria Neo WWW1 kemalangan?

Warga internet kecoh lagi dengan kisah Kesultanan Johor, kali ini apabila sebuah kereta Satria Neo yang didakwa bernombor WWW1 terlibat dalam kemalangan. Ada yang mendakwa itu hanyalah taktik untuk menukar nombor WWW1 ke kereta mewah milik Sultan Johor yang lain. 

Warga internet rata-rata tidak mempercayai WWW1 itu sebenarnya memang dikhaskan untuk kereta Satria Neo tersebut. Hanya apabila kes ini menjadi hangat dan Datuk Seri Nizar seakan-akan mempertikaikan adakah sekeping nombor plat yang berharga RM520 ribu akan diletakkan di sebuah kereta Proton, maka akhirnya nombor plat tersebut di letak pada sebuah kereta nasional.


"Mahal tali dari lembu" - mungkin itu pepatah Melayu yang sesuai. Dalam konteks ini, penulis sebenarnya tidak kisah langsung dengan pembaziran yang dibuat, pendek kata duit dia, dia punya pasal lah nak buat apa dan nak beli apa! Tidak perlu lah rakyat Malaysia mempertikaikan mengenai RM520 ribu yang dibelanjakan untuk sekeping nombor plat itu. Tetapi yang perlu dipertikaikan adalah perjuangan juak-juak lembu UMNO yang bermatian memperjuangkan sekeping nombor plat sehingga sanggup mengadakan Himpunan Menjunjung Taat Setia Pemuda Umno Johor pada 10 Jun 2012 yang lalu. Banyak lagi masalah negara yang perlu diberi perhatian.

Walau bagaimanapun, sikap double-standard pihak berkuasa memang amat jelas. Sebagai contoh, akhbar KOSMO! yang merupakan milik Utusan Melayu (Malaysia) Berhad secara jelas memerli tindakan Sultan Johor yang membida nombor plat berharga RM520 ribu melalui 2 karikatur bertajuk "Plat berharga RM500,000” pada 28 Mei dan "WWW1 paling mahal" pada 30 Mei 2012, tetapi tiada apa-apa tindakan diambil. Dan yang paling kartun kerana dungu-dungu Pemuda UMNO Johor tidak langsung berani bersuara. Sudah jelas lagi bersuluh, isu nombor plat WWW1 ini sememangnya bersifat politik.

Berbalik kepada kisah kereta Satria Neo bernombor WWW1 yang didakwa oleh warga internet terlibat dalam kemalangan ini dijawab oleh Tunku Mahkota Johor yang mengatakan kereta yang terlibat dengan kemalangan itu bernombor JUS1 dan bukannya WWW1.

Walaupun TMJ telah menafikan kereta Satria Neo yang terlibat dengan kemalangan tempohari adalah bernombor WWW1, tetapi ramai warga internet yang masih yakin itu lah kereta yang terlibat dengan kemalangan. Hinggakan timbul cerita konspirasi nombor plat WWW1 dialihkan ke sebuah lagi Satria Neo milik Sultan Johor. Dikatakan Sultan dan kerabatnya mempunyai beberapa buah kereta Satria Neo.

Seorang warga internet mendakwa saudaranya berada di termpat kejadian semasa kemalangan berlaku
Antara kenyataan yang diberikan oleh warga internet walaupun TMJ telah memberikan kenyataan menolak dakwaan tersebut
Warga maya yang juga mengatakan berlakunya perlumbaan haram semasa kejadian



Itu antara komen-komen yang diberikan oleh warga internet di forum-forum popular tanah air. Walau bagaimanapun kesahihan perkara ini tidak dapat dipastikan.  

Jika betul WWW1 yang terlibat dengan kemalangan, mengaku saja lah. Mengapa perlu dinafikan dan sorok fakta sebenar? Takut rakyat akan mengata Sultan Johor kena tulah Datuk Seri Nizar ke? Bukan apa, jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Tak kan lah orang pertama yang melaporkan kemalangan tersebut seorang yang buta huruf, tidak tahu membaca antara WWW1 dan JUS1! 

Walau bagaimanapun bagi penulis, sama ada benar atau tidak kereta Satria Neo WWW1 terlibat dengan kemalangan, itu tidak penting. Buat apa membuat spekulasi bagi perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada negara?
 
Yang lebih penting untuk dibincangkan ialah mengenai sistem tender nombor kenderaan yang dijalankan oleh Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) yang nampaknya carca-merba dan tidak mempunyai prosedur tertentu yang melibatkan bidaan para kenamaan.

WWW15 yang penuh kontroversi
Umum mengetahui rekod nombor plat yang paling mahal dalam sejarah Malaysia ialah WWW1 dengan harga RM520,000. Tidak diketahui apa sebab nombor bermula dengan WWW ini menjadi tarikan. Lain lah kalau Tim Berners-Lee yang merupakan inventor world wide web yang beli kerana nombor plat itu berkaitan dengan hidupnya. Ini kalau setakat pandai ketuk-ketuk keyboard ber-tweet atau ber-facebook, nombor berharga ratusan ribu tiada membawa apa-apa erti, falsafahnya kosong.

Berbeza dengan nombor plat MCA yang menjadi tarikan kerana ianya acronym kepada parti Malaysian Chinese Association (MCA), jadi tidak menghairankan nombor plat MCA1 bernilai RM300,100. 

Begitu juga nombor plat SAB4H yang menjadi tarikan bagi rakyat negeri Sabah. Walaupun terdapat 4 orang yang membida nombor tersebut, tetapi akhirnya apabila diminta oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, semua wang pembida dipulangkan dan nombor SAB4H tersebut diberikan secara percuma kepada  TYT Yang di-Pertua.


Persoalan yang perlu diajukan kepada JPJ:
1. Dalam kes nombor plat WWW, Sultan Johor berjaya membida WWW1 dengan harga RM520,000, begitu juga Yang di-Pertuan Agong menang bidaaan WWW5 dengan harga RM220,000. Antara kenamaan lain yang menang bidaaan ialah Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan nombor plat WWW15. Nombor plat WWW yang tidak mempunyai apa-apa makna ini menjadi kecoh apabila Datuk Seri Liow mengatakan nombor pendaftaran tersebut adalah percuma untuknya sebagai seorang Menteri walaupun selepas dikritik hebat akhirnya beliau melepaskan nombor tersebut. 

Di dalam persidangan Dewan Negara pada 9 Julai 2012 pula, Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat berkata mereka yang layak menerima nombor plat percuma ialah Sultan dan yang di-Pertua Negeri, Raja Muda/Tengku Mahkota, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Persekutuan serta Menteri Besar/Ketua Menteri. Persoalannya jika benar golongan kenamaan ini layak menerima nombor plat secara percuma, mengapa perlu mereka membida? Jika Menteri pun boleh terima secara percuma, tak kan Agong dan Sultan pula kena bayar? Atau adakah di akhir episod ini sebenarnya kesemua watak-watak kenamaan di atas pulang dengan nombor pendaftaran percuma dan senarai bidaaan yang dikeluarkan hanya untuk mengaburi mata rakyat?
2. JPJ pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan golongan kenamaan hanya layak mendapat nombor plat percuma hanya bagi 'nombor bukan panas' (sila rujuk Malaysiakini 6 Jun, China Press 6 Jun). Mungkin WWW15 tidak dikira panas seperti WWW1, tetapi bagaimana SAB4H yang sememangnya nombor paling panas di Sabah? Dapat saja surat dari Istana, berpeluh-peluh pegawai JPJ hingga terus memulangkan wang yang telah dibida oleh orang lain. Persoalannya adakah JPJ mempunyai tatacara sistem bidaan nombor pendaftaran? Dan apakah yang dimaksudkan 'nombor bukan panas'? Kalau dikirakan semua nombor plat single-digit adalah nombor panas kecuali nombor 4!

“Kami telah menerima surat dari Istana Negeri, jadi nombor pendaftaran akan diberikan kepada Yang di-Pertua Negeri,” Pengarah JPJ Negeri Sabah Mohd Shuhaili Mohd Taufek, Daily Express 2 Disember 2011

3. Merujuk kepada kenyataan TMJ mengenai isu Satria Neo yang terlibat dengan kemalangan, kereta tersebut bernombor JUS1. Jika dilihat dalam portal rasmi JPJ, setakat hari ini jam 12.35pm, nombor pendaftaran terbaru bagi negeri Johor ialah JNT5210. Ini bermakna nombor JUS1 masih jauh di hadapan! 

Jika dilihat kereta-kereta yang dimiliki oleh Sultan Johor dan kerabatnya juga banyak merupakan nombor-nombor kenderaan yang masih jauh di hadapan, sebagai contoh kereta Mercedes-Benz SLR yang dipandu TMJ bernombor JUX1 masih jauh di hadapan tetapi berjaya dimiliki lebih awal. Begitu juga kereta Jaguar XKR yang bernombor JUC1 juga masih jauh di hadapan nombornya. 

Nombor plat JUX1 yang masih jauh di hadapan
Persoalannya bagaimana JPJ meluluskan bidaan nombor pendaftaran yang masih jauh di hadapan? Adakah ini bermakn JPJ tidak membuka tender bagi 'nombor-nombor masa hadapan' yang telah diambil oleh Sultan Johor dan kerabatnya? Adakah ini adil kepada rakyat yang mungkin ingin membeli nombor-nombor tersebut tetapi tidak langsung dibuka kepada orang awam?

Perlu diingat nombor-nombor single-digit ini mempunyai harga. Jika semua 'nombor masa hadapan' diberikan oleh JPJ (sama ada percuma atau dibayar) tanpa membuka tender, dikhuatiri ini boleh manjadi satu bentuk perniagaan menjual nombor plat kepada mereka yang tidak bertanggungjawab! Bukan susah sangat, beli saja semua nombor-nombor yang belum keluar, bila sampai waktunya jual kepada orang lain pula. Mudah dan senang kan perniagaan ini?




Antara jual nombor dan jual maruah,

Monday 30 July 2012

HINDRAF adalah PERKASA



HINDRAF & PERKASA adalah dua entiti yang memiliki kesamaan dalam dasar perjuangan organisasi mereka. Kesimpulan boleh dikatakan:-

Pelanduk Dua Serupa
HINDRAF adalah  "PERKASA"

Kepulangan Pengerusi HINDRAF dijangka akan merancakkan lagi politik negara. Pemimpin HINDRAF yang hidup sebagai assylum di Britain sejak Mac 2008 akhirnya dijangka akan pulang ke Malaysia sebagai seoranrg "Hero" untuk masyarakat India. MIC akan malu kepada perjuangan HINDRAF kerana mereka menuntut hak bukan menagih perkongsian kuasa sebaliknya HINDRAF meminta hak mereka sebagai warganegara. Perkara ini akan menyebabkan kerajaan pening kepala kerana secara dasarnya Malaysia tidak mengamalkan Hak Demokrasi sebenar kerana Demokrasi yang diguna pakai di Malaysia lebih kepada "We Talk But We Don't Practice". Kekecohan selalu tercetus apabila ianya berkaitan HINDRAF dan tidak pula apabila ianya berkaitan PERKASA. Sedangkan dasar perjuangan mereka adalah serupa.

Perjuangan Perkasa:-


Perjuangan HINDRAF


Relevankah perjuangan HINDRAF di Malaysia?
Adakah salah apabila hak mereka kaum India di perjuangkan untuk masa depan mereka yang mana perlembagaan telah menjamin hak setiap warganegara Malaysia? Atau relevankah perjuangan PERKASA untuk bangsa Melayu? Jika HINDRAF tidak relevan maka PERKASA juga tidak relevan berdasarkan prinsip perjuangan mereka yang memiliki kesamaan iaitu perjuangan untuk bangsa tidak bersandarkan politik.

PERKASA
 Tidak sedikit pun di perlembagaan menyebut hak Melayu, Hak Cina, Hak India dan Hak Bangsa lain. Ini adalah formula poltik yang telah dipersetujui dan bukan dasar kepada perlembagaan negara? Ini kita lihat bagaimana hak seoarnag rakyat akhirnya melayakkan beliau Pengerusi HINDRAF mendapatkan paspot Malaysia beliau. Beliau dengan lantang menolak tawaran dokumen perjalanan sehala untuk kembali ke Malaysia. Tidak malukah Kerajaan Malaysia terutamanya Jabatan Imigresen Malaysia dalam membuat tawaran "Dokumen Perjalanan Sehala" pada mulanya dan akhirnya terpaksa juga mengeluarkan Paspot Malaysia kepada beliau.?


HINDRAF


Adakah sikap perjuangan HINDRAF lebih cenderung kepada  hak perlembagaan bukan formula politik yang mana amat ekstrem kepada bangsanya?  PERKASA juga amat ekstrem memperjuangkan bangsa Melayu berdasarkan perlembagaan.

Ini jelas menunjukkan Perkasa & Hindraf memiliki persamaan dalam apa yang diperjuangkan kecuali bezanya hanya Hindraf untuk kaum India & Perkasa untuk Kaum Melayu.




HINDRAF berjuang atas dasar platfom hak mereka sebagai kaum India yang mempunyai kewarganegaraan sebagai rakyat Malaysia dan hak mereka mengikut perlembagaan negara.Manakala Perkasa juga mempertahankan hak mengikut perlembagaan negara.Dimanakah perbezaan antara Hindraf & Perkasa kecuali pada etik perkauman sahaja.

Siapa pula memperjuangkan Bangsa Cina? Jika Melayu diwakili oleh ekstrem Melayunya oleh PERKASA dan India diwakili oleh ekstrem Indianya oleh HINDRAF. Yang jelas adalah DAP mewakili kaun Cina dalam perjuangan ekstremnya. Tetapi agak pelik apabila Melayu & India mampu bersama DAP dalam memperjuangkan hak kaum Cina dan membiarkan Perkasa & Hindraf keseorangan tanpa bantuan kaum Cina dalam orgnanisasi mereka.Fikir-fikirkanlah!!!

Jelas kita lihat Malaysia masih mempunyai sikap perkauman yang agak serius walau sejauh mana kita nafikan tetapi itulah hakikatnya.




 








Sunday 29 July 2012

Terkini!! 3 Bulan Bonus Raya Untuk Kakitangan Awam

Permainan pembayaran bonus raya kepada kakitangan awam menghancurkan harapan rakyat terhadap parti poltik dalam membentuk kerajaan yang bertangungjawab. Ahli politik hanya mementingkan diri sendiri dan hawa nafsu parti politik dan survival politik mereka melebihi menjaga keharmonian sistem pentadbiran kerajaan. Mereka lupa diri bila berkuasa dan menagih undi bila tidak berkuasa.

Duit Hak Milik Rakyat Untuk Ahli Politik Bermain Politik & Rakyat Terus Sengsara
a)Kenapa bonus raya Selangor bayar dua bonus?
b)Kenapa pula Pulau Pinang bayar bonus minimum RM 600?
c)Berapa pula Bonus Raya di Kedah & Kelantan?
Adakah benar Kerajaan Pakatan Rakyat atau sebenarnya rakyat telah memilih Kerajan DAP, Kerajaan PKR & Kerajaan PAS? 
Blog malaysiacrisis.blogspot.com meminta penjelasan pihak yang menamakan diri mereka sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat menjelaskan isu ini dan memperjelaskan ideologi dan sistem kerja yang berbeza dalam pengurusan isu Bonus Raya di Selangor, Penang, Kedah & Kelantan
Harap jangan mengeluarkan kenyataan tidak professional  seperti ianya mengikut kemampuan kerajaan dan sebagainya kerana ketahuilah rakyat Malaysia bukan bodoh seperti yang disangka oleh semua ahli politik di Malaysia

Masing -masing ingin menjadi jaguh dalam apa yang ditawarkan namun ini bukan mainan "My Sweet Sixteen Birthday Party Bash" dan masing-masing berlumba siapa yang  lebih hebat.

Kerajaan Pakatan Rakyat, jangan terlalu yakin dengan mandat Pilihanraya 2008 dan jangan ingat pengumuman bonus memabuat anda semua dilihat lebih hebat dari kerajaaan persekutuan. Sebenarnya, memperlihatkan negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat adalah bukan Kerajaan Pakatan Rakyat tetapi sebenarnya Kerajaan PKR, Kerajaan DAP dan Kerajaan PAS.
You make a mistake in not making a standard bonus payment to all your state government employees governed by DAP , PKR & PAS.
2008 rakyat meletakan HARAPAN untuk melihat samaada HARAPAN rakyat di fahami oleh parti yang dipilih namun akhirnya ahli politk semuanya sama sahaja.

Lebih baik Malaysia mengadaptasikan Sistem Kerajaan Tentera dari terus membenarkan ahli-ahli poltik jalanan di Malaysia terus bermain poltik walaupun setelah dipilih mentadbir kerajaan.

Bayangkan menggelar diri sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat dan dengan jelas tidak mencerminkan "PAKATAN" dalam isu pembayaran bonus

Sudahlah rakyat bosan dengan Barisan Nasional dan ini makin menyampah melihat Kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas mencerminkan mereka bukan pakatan tetapi adalah kerajaan mengikut parti masing-masing. Satu tamparan untuk Kerajaan DAP, PAS & PKR dan sememangnya telah mempermainkan harapan rakyat yang dimandatkan kepada mereka pada pilihanraya 2008

Adakah anda masih ingin memperbodohkan rakyat dengan tiada keseragaman dalam isu pembayaran bonus dan apakah dasar & alasan yang membenarkan membayar lebih bonus kepada kakitangan awam negeri? Dan kenapa pula PKNS sampai dua bulan bonus? Tidakkah tersinggung kakitangan awam negeri Selangor dan anak syarikat lain.? Sedangkan PKNS hidup dengan tanah kunria dan tanah pembangunan milik rakyat Selangor dan bukannya sebuah badan perniagaan yang boleh dikatakan hebat. Jika tiada Kerajaan Selangor PKNS mungkin dah lama lingkupOrganisasi seperti ini yang kita bayar 2 bulan bonus raya?
 
Harap tidak kedengaran jawapan seperti MB Selangor ambil alih Exco Agama dengan alasan yang diberi seperti keputusan bersandarkan perkembangan poltik dan pilhanraya yang hampir.
Wake up or Be Thrown Away in Coming Election. 

Mereka berjanji untuk berjuang untuk rakyat dan  akhirnya bermain dengan duit rakyat suka hati nak bagi lebih dari yang minimum. Adakah apa-apa asas kenapa perlu bayar lebih?
Ini bukan persoalan politik tetapi adalah persoalan LOGIK bagi menjamin keseragaman sistem kerja sektor kakitangan awam dan mengelakkan duit rakyat dengan mudah dipergunakan dan rakyat akhirnya tidak mendapat faedah apa-apa dari usaha pembayaran bonus ini.

Apa kata CEUPACS bertegas kepada kerajaan negeri dan persekutuan masing untuk bonus 3 bulan. Buat piket dan anjurkan perhimpunan tengok kerajaan mana yang nak jadi jaguh membayar 3 bulan bonus. Adakah CEUPACS bersetuju dengan permainan parti politik yang akhirnya akan menghancurkan peranan CEUPACS itu sendiri sebagai payung untuk kakitangan awam. CEUPACS pula jangan asyik berterima kasih sahaja bila dapat lebih dan tidak mampukah CEUPACS berfikir kesan kepada keseluruhan Sektor Kakitangan Awam?


Masih ternanti pula pengumuman Kerajaan PAS di Kedah mengumumkan pembayaran bonus. Mungkin 3 bulan adalah yang terbaik dari memberikan seratus atau dua ratus lebih baik bagi terus 3 bulan dan biar semua kerajaan dan parti politik berlumba lagi bagi bonus lebih banyak.


Perlukah ada perbezaan bayaran bonus di sektor Kakitangan Awam tidak kira berkerja di peringkat negeri atau persekutuan? Sekarang Malaysia dilanda krisis semangat kenegerian pulak dibuatnya, dah tak cukup dengan krisis perkauman yang ada , krisis politik, krisis ekonomi, krisis kos sara hidup yang tinggi dan ditambah pula krisis jiwa kenegerian yang sedang dipupuk dikalangan masyarakat setiap negeri. 
Bukankah yang berkhidmat di sektor awam itu tak kira peringkat negeri dan persekutuan adalah rakyat dari seluruh Malaysia? Perlukah sikap dan sentimen seperti ini diteruskan dalam memancing undi di kalangan rakyat Malaysia dan akhirnya sikap kenegerian dan membangga negeri masing-masing bermula dan ini akhirnya akan menghancurkan perpaduan sistem pentadbiran  kerajaan di Malaysia. Akhirnya rakyat juga yang akan menanggung sengsara.

Berpolitik biarlah berpada jangan sampai memperlihatkan kebodohn diri sendiri dan kemakmuran  negara tidak dipermainkan dan kami rakyat Malaysia tidak rela diperbodohkan dengan mainan para ahli politik yang semuanya adalah jenis "RECYLCE"

 
Sudah tiba masanya untuk "Third Force" yang benar-benar dianggotai oleh para professional dan berpendidikan dan rakyat berjiwa mulia untuk menampilkan diri dan memjaga amanah rakyat dengan penuh tanggungjawab dan jangan kita biarkan ahli politik terus bermain politik dalam segaal hal kerana mereka semua adaah jens  "RECYLE". 

 Yang buruk dikitar semula dan diperlihatkan sebagai terbaik di mata rakyat!! 
Wake up Malaysia!!

 

Friday 27 July 2012

Merdeka vs Hidup Melayu


"Janji Ditepati" - itu lah tema yang paling bangang dalam sejarah 55 tahun Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan. Logo yang hodoh seperti dibuat oleh pelajar yang baru berjinak-jinak dengan aplikasi Photoshop ini pula menjadi pelengkap kepada kurangnya daya intelek kepimpinan Malaysia. Ditambah pula dengan lagu yang tidak langsung membawa mesej kemerdekaan. Apabila dilihat logo, tema dan lagunya, penulis tertanya-tanya ini adalah untuk sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia atau untuk sambutan ulang tahun UMNO? 

Kita tinggalkan perihal logo, tema dan lagu tersebut. Siapa yang komen lebih-lebih, itu dikira minda tertutup dan keras hati bak kata Datuk Seri Rais Yatim.


 Siri Kemerdekaan 1: "Merdeka" vs. "Hidup Melayu"


UMNO Lama Dato' Onn Jaafar yang telah terkubur
UMNO yang ditubuhkan oleh Dato' Onn bin Jaafar bukan untuk mencapai kemerdekaan tetapi bertujuan untuk menentang Malayan Union. Ini adalah fakta. Seperti yang dititahkan oleh Almarhum Sultan Sir Ibrahim semasa penubuhan UMNO di Istana Besar pada 11 Mei 1946 - "Umno tidak dilahirkan di tepi jalan tetapi di istana". Walaupun bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo pernah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO sebenarnya di lahirkan di Selangor. Mungkin anak Toyo ini keliru antara sedang mengandung (cadangan penubuhan di Kelab Sultan Sulaiman, Selangor) atau telah dilahirkan (UMNO ditubuhkan secara rasmi). Kecoh UMNO Johor termasuk Datuk Shahrir Samad menghentam anak Toyo.


Keratan akhbar The Argus bertarikh 10 Disember 1945
Memang benar rakyat Johor berbangga UMNO di lahirkan di dalam istana. Tetapi faktanya adalah kerana Sultan Sir Ibrahim adalah merupakan Raja Melayu pertama yang menandatangani persetujuan Malayan Union tanpa sebarang tentangan di hadapan Sir Harold MacMichael pada 20 Oktober 1945. Mengikut Christopher Bayly dan Tim Harper di dalam buku Forgotten Wars - "The Sultan quickly consented to MacMichael's proposal scheme, which was motivated by his strong desire to visit England at the end of the year." Bermakna disini tiada tentangan dibuat. Dan memang benar, pada akhir tahun 1945, Sultan Sir Ibrahim dan Sultanah Marcella berangkat ke London.


Adakah Sultan Sir Ibrahim terlepas pandang perkara pertama yang amat penting itu atau sememangnya tidak kisah?
Penentangan Malayan Union di Perak diketuai Raja Perempuan Kelsom
Sejarah menunjukkan hanya 2 orang Raja Melayu sahaja yang menentang Malayan Union secara terang iaitu Sultan Kedah, Sultan Badlishah dan Sultan Perak, Sultan Abdul Aziz. Semasa MacMichael mengadap Sultan Badlishah pada 29 November 1945, beliau mengggunakan nama Sultan Sir Ibrahim yang lebih awal bersetuju dengan Malayan Union. Sultan Badlishah menyawab, "Tidak semestinya Kedah mengikut apa yang dibuat oleh Johor!". Satu jawapan yang berani dan mengejutkan MacMichael. Walau bagaimanapun akhirnya kedua-dua Sultan Kedah dan Sultan Perak terpaksa juga untuk menandatangani persetujuan Malayan Union. 

Sultan Terengganu, Sultan Ali yang anti-British awal-awal lagi telah di terajang turun takhta dengan cara yang paling hina sekali. Bukan itu saja, baginda dituduh mengahwini seorang pelacur dan menghidapi penyakit sifilis. Rujuk artikel jurnal bertajuk Tengku Ali, British dan Takhta Terengganu tulisan Nik Anuar Nik Mahmud. Dan nampaknya Kesultanan Terengganu hari ini turut mempunyai fahaman British dengan tidak mengikhtiraf Sultan Ali sebagai Sultan Terengganu. Nama Sultan Ali tiada dalam senarai nama Sultan Terengganu di Muzium Terengganu dan di laman web Sultan Terengganu hanya ditulis sebagai Tengku Ali. Bermakna Kesultanan Terengganu tidak mengikhtiraf Sultan Ali pernah menjadi Sultan Terengganu! Mungkin pada fahaman mereka seseorang Sultan itu hanya sah jika ditabalkan oleh British! Atau ingin menyembunyikan fakta tertentu?

Dari laman web http://www.istana.terengganu.gov.my

Kita tinggalkan Kesultanan Terengganu. Kita teruskan dengan Malayan Union.

Sejarah penentangan Dato' Onn Jaafar tidak banyak yang menulis kenyataan amarah beliau kepada Sultan Sir Ibrahim yang berbunyi "rakyat telah menjadi raja, dan raja telah menjadi rakyat" (the rakyat have become the raja, the raja have become the rakyat). Rujuk The End of Empire and the Making of Malaya. T. N. Harper (1999) muka surat 85 dan Malaysia: Islam, Society and Politics muka surat 172. Buku-buku sejarah berbahasa Melayu tidak melaporkan kenyataan Dato' Onn Jaafar tersebut, mungkin berbunyi sebagai penderhaka? Apa yang ingin disembunyikan, Dato' Onn Jaafar telah lama menjadi Hang Jebat. Derhakanya mempunyai sebab, derhakanya mempunyai martabat.


Mengikut kajian Noorita Abdul Hamid (2005) bertajuk Politik Melayu daripada Perspektif Warta Negara 1946 untuk thesis Sarjana Sastera Sejarah Universiti Malaya, akhbar Warta Negara bertarikh 7 Februari 1946 memetik kenyataan Mufti Johor, Haji Hassan Yunus seperti berikut, 

 "Kerajaan dan bumi ini bukanlah Sultan yang empunya bahkan rakyat negeri, dan Sultan hanya menjadi ketua."

Di dalam akhbar yang sama, Menteri Besar Johor pada ketika itu, Ungku Abdul Aziz Abdul Majid mendakwa Sultan Ibrahim tidak langsung berbincang dengan beliau atau menteri dan pegawai yang lain sebelum menandatangani persetujuan Malayan Union. Warta Negara bertarikh 15 Februari 1946 pula menyatakan Ungku Aziz dengan lantang dan berani menuntut supaya orang Melayu Johor tidak lagi menumpahkan taat setia mereka kepada Sultan Sir Ibrahim kerana perbuatan itu melanggar amanah yang diberikan oleh rakyat. 

Selain daripada itu, mengikut Biografi Tun Dr. Ismail: Kejora Timur Yang Mengerdip tulisan Thajunnisa Mohamed di muka surat 18 menceritakan bapa Tun Dr. Ismail iaitu Dato' Abdul Rahman Mohd Yassin bersama-sama "Orang Tujuh" dari Muar termasuk Datuk Kosai Mohd  Salleh dan Mufti Haji Hassan Yunus, juga pernah menuntut Sultan Sir Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor.
Ahli UMNO Baru yang tidak faham erti derhaka

Persoalannya, adakah nama-nama ini adalah penderhaka kepada Raja? Datuk Kosai Mohd Salleh pernah menerima biasiswa Sultan Sir Ibrahim menuntut di Universiti Oxford juga menentang Sultan. Penderhaka kah beliau dan orang yang tidak mengenang budi? Hanya ahli-ahli 'UMNO Baru' yang buta sejarah dan buta hati saja yang hanya nampak derhaka-derhaka-derhaka dan berjuang demi sekeping plat bernombor WWW1.


Berita mengenai penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union dan terhadap Sultan Sir Ibrahim akhirnya sampai ke pengetahuan baginda pada 22 Februari 1946 yang ketika itu menetap di Grosvenor House London. Akhirnya Sultan pulang ke Johor. Malayan Union diisytiharkan juga pada 1 April 1946 dengan Edward Gent merupakan Gabernor yang pertama dipulaukan oleh Raja-raja Melayu dan orang-orang Melayu terus menentang. Dan ini akhirnya membawa kepada penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946.

Itu kisah UMNO Lama yang telah terkubur. Tujuan penubuhannya adalah untuk menghimpunkan semua orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Jadi, slogan "Hidup Melayu" memang releven dengan perjuangan UMNO pada ketika itu.

Itu kisah UMNO dan Malayan Union. 

Lebih awal daripada UMNO, telah lahir Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai sebuah pertubuhan berunsur politik pada tahun 1937. KMM yang ditubuhkan secara sulit ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran kemerdekaan orang-orang Melayu, disamping melancarkan perjuangan anti-British. Di zaman pendudukan Jepun, KMM pernah meminta kemerdekaan Tanah Melayu dengan rasminya daripada Jepun walaupun ditolak. Fakta disini ialah KMM adalah badan politik yang pertama berbuat demikian, bukan UMNO! Walaupun KMM bukanlah pro-Jepun tetapi cuba mengambil kesempatan dari keadaan politik dunia masa itu untuk menuntut kemerdekaan seperti yang dilakukan oleh Sukarno di Indonesia dan Subhas Chandra Bose di India.

Rumah Merdeka versi UMNO kini diambil alih oleh Arkib Negara
KMM menjana penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).  

Dalam kongres kebangsaan di Rumah Merdeka, PKMM telah meluluskan laungan "Merdeka" sebagai slogan dan matlamat perjuangannya. 

Rumah Merdeka yang terletak di Kampung Baru itu adalah merupakan markas PKMM. Berkenaan Rumah Merdeka, dalam Memoir Abdullah C.D. ditulis, 

"Nama Rumah Merdeka yang diberikan oleh Pak Sutan Djenain kepada kediaman kami di Kampung Bahru itu memang sesuai. Ia satu nama yang penuh bersemangat dan mencerminkan semangat dan cita-cita kami. Dari Rumah Merdeka inilah kami melancarkan perjuangan menuntut kemerdekaan. Rumah Merdeka selalu dikunjungi orang. Mereka yang mahu berhubungan dengan PKMM kebanyakannya datang ke sini. Ada seorang pemuda (tak ingat namanya) selalu datang ke sini untuk membaca buku. Yang menarik perhatian saya ialah semua buku di situ dibacanya. Dia menjadi salah seorang anasir cergas PKMM." - Abdullah C.D.

Bukan hanya slogan "Merdeka" digunakan, hingga ke nama rumah atau markas PKMM juga dipanggil "Rumah Merdeka". Itu lah sebenarnya diperjuangkan oleh ahli-ahli PKMM. Matlamat mereka hanya satu iaitu mencapai kemerdekaan tanah air.


Kesimpulan
Siapa kata slogan tidak penting? Slogan adalah penting bagi mencerminkan apa yang diperjuangkan.  Berbalik semula kepada slogan kemerdekaan ke-55 berbunyi "Janji Ditepati", ini bermakna tiada apa  lagi yang ingin diperjuangkan oleh kerajaan kerana semua janji yang ditaburkan oleh mereka telah dipenuhi.

Sekali lagi ditekankan slogan bukan hanya sepatah dua perkataan yang tidak membawa apa-apa maksud. Slogan mempunyai makna yang begitu besar. Slogan PKMM adalah "Merdeka", bermakna perjuangan mereka adalah untuk memerdekakan tanah air dengan apa-apa cara sekali pun termasuk menumpahkan darah. Slogan "Hidup Melayu" UMNO pula adalah untuk mengumpukan umat-umat Melayu pada ketika itu untuk bangun menentang Malayan Union. 


Anak Merdeka,




Rosmah FLOM melampaui Queen Elizabeth II


First Lady of Malaysia (FLOM) vs Queen Elizabeth II

Membandingkan antara First Lady of Malaysia (FLOM), Datin Seri Rosmah Mansor dengan Queen Elizabeth II umpama langit dan bumi. Setahu kita jauh jaraknya bumi dan langit dan mungkin kita boleh menilai berapa tinggi dan rendah kedudukan antara mereka. Jika nak dibandingkan dengan Raja Permaisuri Agung pun dah tidak boleh kerana dia gelarkan dirinya First Lady of Malaysia. Kenapa disebut dia menggelarkan dirinya sebagai First Lady of Malaysia? Sebenarnya Datin Seri Rosmah Mansor ini kedudukan dia hanya sebagai ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA. Tiada perkataan First Lady of Malaysia dalam perlembagaan Malaysia atau mana-mana undang-undang yang yang mengiktirafkan jawatan tersebut. Bandingkan handbag seorang Isteri Perdana Menteri dengan Seorang Raja Permaisuri England.


Harga handbag Queen Elizabeth II untuk Royal Wedding dianggarkan antara RM 3,000-RM5,000. Itu handbag seorang Raja Permaisuri dan memiliki harta berzaman dari zaman penjajahan lagi dan mereka juga terikat kepada pelbagai suara rakyat yang berhak menyoal pebelanjaan istana dan ini membuatkan mereka lebih berjaga dalam membelanjakan duit rakyat.
Berapa pula harga handbag First Lady of Malaysia dekat ebay? ebay adalah antara harga termurah sebagai rujukan dan inilah kebenaran harga handbag First Lady of Malaysia.Bersandarkan bukti dan realiti yang jelas di mata rakyat, FLOM memiliki koleksi pelbagai warna handbag Hermes Birkins. Antara yang pernah digayakan oleh FLOM dengan tiada rasa malu kepada rakyat adalah:


Harga handbag  First Lady of Malaysia, USD 94,950.00 bersamaan dengan RM 360,810.00
Gaji Perdana Menteri sebulan RM 23,000 sebulan bersamaan RM 276,000.00 setahun
 Gaji Perdana Menteri  setahun pun masih tak cukup nak belikan isteri handbag Hermes Birkin idaman First Lady of Malaysia @ Isteri Perdana Menteri 
Itu perbandingan dengan Queen Eizabeth II dan belum lagi dengan DYMM Raja Permaisuri Agong. Takut malu pula DYMM Raja Permaisuri Agong apabila First Lady of Malaysia melampaui DYMM Raja Permaisuri Agong.Sudahlah mahkota First Lady of Malaysia dikebas dari DYMM Raja Permaisuri Agong  dan jangan Hermes Birkins pun dia yang lebih. Mungkin DYMM Raja Permaisuri Agong ada Hermes Birkins tetapi mungkin tidak sebanyak First Lady of Malaysia.

First Lady of Malaysia (FLOM) vs Princess of Duchess


First Lady of Malaysia melampaui Princess of Duchess.  Harga handbag Princess of Duchess Kate hanya dalam lingkungan RM 4,500-RM 5,500 sahaja.
Tahniah First Lady of Malaysia!!
Rakyat Britain agak berbangga dan mula bercerita dan bersangka baik terhadap Princess of Duchess hanya kerana keperibadian beliau yang nampak berbelanja dengan penuh adap mengetahui hakikat bahawa rakyat melihat mereka dan menyedari mereka hidup dengan duit rakyat. Mengapa pula di Malaysia pelbagai fitnah, tuduhan, gossip dan tomahan  tiada kesudahan berkenaan First Lady of Malaysia?

Teringat ungkapan azimat Farid Ismeth Emir iaitu "FIKIR FIRKIRLAH..."
 
Mampukah rakyat berdiam untuk melihat kerakusan seorang isteri pemimpim politik berdepan dengan rakyat tanpa rasa malu dan mempamerkan kemewahan diri hasil dari duit rakyat. Sungguhpun Queen Elizabeth II & Princess of Duchess mampu membeli Hermes Birkins namum pilihan mereka adalah rasa malu & hormat berdepan dengan rakyat jelata yang melihat mereka.

Adakah perbandingan ini juga akan digelar fitnah oleh blogger upahan walaupun fakta depan mata? Mampukah ada pengakuan & penafian panas berhubung Hermes Birkins milik FLOM atau hanya sandiwara bahawa " Saya beli handbag dengan hasil duit saya menabung sendiri". Jangan gunakan pembelaan ini kerana ianya amat memperbodokan minda rakyat Malaysia dan jangan malukan Perdana Menteri Malaysia yang sedang bekerja keras untuk Malaysia.

Sememangnya First Lady of Malaysia (FLOM) melampaui Queen Elizabeth II dan mungkin juga melampaui DYMM Raja Permaisuri Agong Malaysia
 
WUJUDKAH GELARAN FIRST LADY OF MALAYSIA? Perlukah Datin Seri Rosmah Mansor dirujuk sebagai First Lady of Malaysia atau hanya Isteri Perdana Menteri?

" Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak mengamalkan konsep Raja mutlak, iaitu satu konsep yang memberikan Raja menggarap hasil kekayaan negaranya dan mengagihkan hasil kekayaan kepada rakyat jelata melalui kuasa penuh pentadbiran yang ada digenggamannya. Namun di Malaysia sebenarnya hanyalah mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan di mana Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan Raja hanya memainkan peranan sebagai simbol negara yang berdaulat. Berbalik kepada isu penggunaan gelaran "Wanita Pertama", Artikel 32 (2) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa isteri Yang di-Pertuan Agong ialah hanya yang kedua kepada Yang di-Pertuan Agong itu sendiri. Maka, oleh itu dapatlah ditafsirkan bahawa Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah orang yang layak memegang gelaran "Wanita Pertama" mengikut tafsiran Perlembagaan Persekutuan Malaysia"
"Rosmah had caused controversy over the title of "First Lady of Malaysia". During the premiership of her husband, Najib Tun Razak Rosmah Mansor widely used the title of "First Lady". Many quarters either argue that it is reserved for the Raja Permaisuri Agong, or that it should never be used at all due to Malaysia not being a republic. A new unit was established within the Prime Minister's Department with the acronym F.L.O.M (First Lady of Malaysia) Unit. Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod was the Special Officer for the unit."   
Gambar disebelah menggambarkan protokol majlis rasmi negara.
Siapakah yang di saf pertama,saf kedua dan saf ketiga? Mungkin susunan saf ini tersilap protokol.
Mungkin protokol sebenarnya adalah  First Lady of Malaysia (FLOM) dikedudukan DYMM Raja Permaisuri Agong dan DYMM Raja Permaisuri Agong berdiri disebelah Perdana Menteri memandangkan First Lady of Malaysia nampak taklah First Lady dalam protokol majlis negara ini.
Macam "Second Lady" pulak jadinya..

Tidak pernah wujud Unit First Lady of Malaysia  dengan sejarah 5 Perdana Menteri sebelum ini kerana isteri mereka sedar mereka adalah isteri kepada Perdana Menteri sahaja dan tidak ada jawatan dalam parti politik atau kerajaan dan mereka berbangga dengan mahkota sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri. Mereka berbakti melalui pelbagai program anjuran BAKTI dan tiada riuh-rendah cerita dan publisiti terhadap mereka.Tiada pun cerita yang kita dengar seperti makan dalam polisterine, mengaji dalam bulan puasa, keluar negara menjalankan urusan rasmi, berjumpa para menteri dari negara luar, handbag beratus ribu, gelang berjuta, berpuaka dan sebagainya.  Tenang kehidupan suami mereka sebagai Perdana Menteri Malaysia dan tidak perlu fikir krisis melanda isteri mereka dan pentadbiran kerajaan pun terjaga dengan baik.

Jika FLOM adalah mahkota atau jawatan yang patut digelar sudah tentu tidak perlu ada kontroversi dan sudah lama kita dengar gelaran FLOM nama diberi kepada semua isteri Perdana Menteri sebelum ini. Jika kita rujuk website rasmi Prime Minister Office sendiri pun hanya meggunakan pengiktirafan sebagai Isteri Perdana Menteri Malaysia. Rujuk www.pmo.gov.my

   
Website rasmi Pejabat Perdana Menteri pun tidak mengiktiraf "First Lady of Malaysia" hanya sebagai Isteri Perdana Menteri pengiktirafan yang diberikan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Untuk para blogger upahan, buka minda dan hati dan jiwa anda dalam menulis artikel berkaitan isteri Perdana Menteri terutamanya Papa Gomo dan kuncu-kuncunya,. Lebih banyak usaha menulis kebaikan First Lady of Malaysia lebih teruk beban Perdana Menteri menanggung parahnya. Inilah krisis sebenar Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Buatlah transformasi kepada First Lady of Malaysia dan segala transformasi akan berjaya dan rakyat akan menyolong Perdana Menteri jika dia mampu mengubah dan memadamkan bayangan isteri beliau dalam perjalanan karier poltik seorang Perdana Menteri.atau jatuh rebah tersungkur kerana gagal memahami kebenaran dan hakikat yang jelas di lihat oleh rakyat Malaysia dan First Lady of Malaysia (FLOM) adalah mainan hawa nafsu dan kemahuan darjat dan mahkota oleh seorang Isteri Perdana Menteri.

Pemimpin UMNO, Pemimpin Barisan Nasional dan segala yang berpayung dibawah Barisan Nasional pasti teruja dan bersetuju dengan ulasan ini. Kerana semua pihak dah penat mempertahankan seorang wanita yang tidak ada jawatan parti,bukan ahli parlimen,senator mahupun adun  dan hanya seorang isteri tetapi penuh dengan kontroversi yang tiada kesudahannya.Atau ada pemimpin Barisan Nasional yang berani mempertahankan isu ini demi memperlihatkan diri menyokong dan membela First Lady of Malaysia?

  Oleh yang demikian, persoalan disini bukan Perdana Menteri tetapi Isteri Perdana Menteri dan artikel ini bertujuan mengejutkan Perdana Menteri dari terus hanyut dengan pelbagai tohmahan terhadap kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri kerana seorang wanita yang menggelarkan dirinya First Lady of Malaysia.













Thursday 26 July 2012

Pengakuan Farid Ismeth Emir Dipersoal

Betulke lelaki & perempuan seronok
bila dirinya digossip dengan "Public Figure"?



Pengakuan Farid Ismeth Emir dalam satu video wawancara menjadi perbualan hangat masa ini. Semua seronok dengan sorakkan kegembiraan dan kononnya berjaya menepis gossip yang berusia lebih 10 tahun usianya. Inilah dikatakan "Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama".

Selain itu dikatakan kononnya blogger "mimpisenja" bertanggungjawab terhadap pendedahan Cerita Madu 3 juga adalah satu lagi andaian kerana cerita itu bukan berasal dari blog tersebut. Inilah yang dikatakan, blogger upahan cepat berteriak untuk mendapat nama dan takhta di mata pemimpin yang membayar mereka dan lupa kepada fakta dan cerita sebenar disebalik terbitan cerita Madu 3.



Hampir sepuluh tahun menaggung malu, tertekan dan sebagainya dan ini membuat pelbagai persoalan wujud pada cerita pengakuan ini..

Pengakuan Farid Ismeth Emir:-



Provokasi malaysiacrisis.blgspot.com akhirnya membawa pengakuan  disebalik gosip berusia hampir sepuluh tahun. Agak pelik apabila saya lihat cerita ini telah lama wujud dan selalu dirujuk oleh pelbagai pihak sebelumi ini namum tiada penafian atau pengakuan dibuat oleh mana-mana pihak samaada si lelaki atau si perempuan. Juga tiada usaha blogger upahan dalam meneutralkan kontroversi ini yang sememangnya menyebabkan "Krisis Imej"  kepada First Lady of Malaysia.  Pengakuan ini juga menimbulkan pelbagai tanda tanya antaranya:-

1) Mengapakah selama 10 tahun gosip ini diwar-warkan di seluruh Malaysia tiada penafian?
2) Mengapa pengakuan ini hanya dibuat sekarang menghampiri saat-saat PRU 13?
3) Mengapa tidak boleh keluar membuat penafian sebelum ini (rujuk kenyataan akhbar)?
4) Mengapa sekarang boleh keluar membuat penafian?
5) Pelbagai tohmahan dan gosip telah tersiar lama dan mereka mengetahui akan perihal ini dan
    mampu terus berdiam dri selama 10 tahun?

Pengakuan ini membuat lebih banyak tanda tanya dan memberi kesan kontroversi yang lebih kepada cerita ini dan mungkin sudah sampai masa " Sumpah Laknat Di Masjid" perlu diadakan seperti mana desakan-desakan yang selalu dibuat pelbagai pihak bagi cerita-cerita kontroversi sebelum ini bagi membersihkan diri.

Nantikan isu "Rosmah Melampaui......................." tidak lama-lama lagi.