Showing posts with label Mr. Investigator. Show all posts
Showing posts with label Mr. Investigator. Show all posts

Saturday, 1 February 2014

Menantu Kangkung PM Malaysia


                                                                                                     Berikut adalah kebenaran berkenaan menantu Perdana Menteri Malaysia yang sedang dilindungi oleh keluarga Perdana Menteri . Agak menghairankan bagaimana beliau dirahsiakan sehingga penyisat antarabangsa gagal mengenal pasti lokasi beliau berada.Tidak mungkin Daniyar Nazarbayev hilang begitu sahaja tanpa berada dimana mana negara dan yang pasti kita di Malaysia mengetahui bahawa menantu PM Malaysia iaitu Daniyar Nzarbayev berada di Malaysia bersama keluarga Perdana Menteri. 

Daniyar Nazarbayev di Malaysia  & Nooryana Najib sibuk berkempen untuk Najib Razak

Dokumen rasmi dibawah akan menerangkan segala usaha mencari Daniyar Nazarbayev dan beberapa soalan perlu dijawab oleh PM Malaysia & Isteri dalam perkara ini. Perkara ini mungkin urusan peribadi teapi isu ini tidak terhenti disini kerana isu menantu Daniyar & Ibunya juga ada kaitan rapat dengan isu berlian Rosmah Mansor bernilai jutaan ringgit. Malaysia Crisis juga bakal mendedahkan beberapa dokumen yang akan mengaitkan menantu PM dalam isu berlian 24 juta yang telah dilupakan oleh rakyat Malaysia.

Disertakan dokumen rasmi New York Supreme Court untuk rujukan dan fakta berkenaan Daniayar Nazarbayev. Kroni terbaru Perdana Menteri di Malaysia iaitu Daniar Nazarbayev yang bakal di angkat sebagai usahanwan berjaya di Malaysia dengan usaha kronism Najib Razak & Rosmah Mansor.

Difahamkan Daniyar Nazarbayev telah mula mendaftar syarikat-syarikat di offshore/Malaysia bagi tujuan perniagaan dan sering mengikuti rombongan PM dalam urusan misi mencari pelabur luar negara ke Malaysia. 

Mugnkin agak tepat dilabel Daniyar Nazarvayev sebagai Menantu Kangkung kerana keperibadian dan moral yang terlalu rendah dari apa yang kita kenali beliau. PM Kangkung dan Menantu Kangkung bersama membina Empayar Kangkung mereka dan rakyat Malaysia terus diperbodohkan dengan segala rahsia licik mereka. 

Ada masanya tertanya bisukah PM Malaysia kerana sentiasa berdiam memerap rahsia dari kisah Altantuya yang didapati meletup hancur tanpa pembunuh dan bermenantukan Daniyar Nazarbayev yang terus dicari pihak berkuasa Amerika.   


Disinilah Daniyar Nazarbayev Diperlukan bukan di Malaysia


Dokumen rasmi New York Supreme Court, Amerika












Thursday, 23 January 2014

SERI PERDANA DI INTIP


Kes Mahkamah Daniyar Nazarbayev menyebabkan Seri Perdana Kediaman Rasmi Perdana Menteri Di Intip Pihak Luar Negara.

New York Supreme Court's Document

Daniyar Nazarbayev hilang di Amerika dan di 5 buah negara  dan dilindungi oleh Keluarga Perdana Menteri Malysia itulah kenyataan yang paling tepat bagi menjawab persoalan dokumen rasmi New York Supreme Court, United State of America yang mengesahkan segala usaha mencari Daniyar Nazarbayev gagal memberikan hasil dalam menemukan lelaki misteri yang diperlukan  pihak berkuasa Mahkamah Amerika.

New York Supreme Court's Document

Kita sedia maklum bahawa Daniyar Nazabayev berada di Malaysia dan sering kali menemani Perdana Menteri Malaysia yang terkenal dengan kenyataan kangkung diseluruh dunia  dan wanita yang ingin dikenali sebagai "First Lady of Malaysia-FLOM" iaitu Datin Seri Rosmah Mansor di majlis majlis kerajaan dan majlis keramaian dihadiri PM.

Daniyar Nazarbayev  Di Malaysia?
Gambar PM & Isteri bersama Daniyar di Malaysia - Gambar dari Blog AnakSungaiDerhaka.

Dimanakah Daniyar sebenarnya? Benarkah beliau di Malaysia atau di Amerika? 
Jika dilihat dari semua bukti jelas menunjukan bahawa Daniyar masih berada di Malaysia bersam keluarga PM Malaysia. Sekali lagi gambar Majlis Rumah Terbuka Hari Raya ini menjadi bukti Daniyar berada di Malaysia.

Majlis Sambutan Aidilfitri Pekan, Pahang 


Dokumen rasmi Mahkamah New York Supreme Court.

Persoalan ini timbul berdasarkan dokumen rasmi yang telah difailkan di mahkamah yang menyatakan Daniyar Nazabayev tidak diketahui lokasi beliau berada sekarang. Kenyataan dibawah ini adalah petikan dari dokumen rasmi komunikasi antara Pihak Guaman John H Snyder PLLC dan Hon.Eileen Bransten, Supreme Court , New York County.


New York Supreme Court's Document
 Bukti Mahkamah New York Supreme Court Menyatakan Daniar Nazarbayev Tidak Ditemui Di 5 Buah Negara


Kenyataan diatas dengan jelas membuktikan bahawa segala usaha mencari Daniyar Nazabayev di 5 negara tidak berjaya. Namun hakikatnya jelas bahawa Daniar hidup dibawah naungan Perdana Menteri Malaysia dan Isterinya kerana kelibat beliau di Malaysia yang selalu dilihat menemani isterinya Nooryana Najib di Malaysia dan keluarga Perdana Menteri.

Adakah Daniyar Warga Negara Malaysia?





Apakah status Daniyar di Malaysia? Adakah beliau seorang warga Kazakstan atau warga Malaysia? Semakan di Jabatan Pendaftaran Negara membuktikan bahawa terdapat usaha menyimpan rahsia dengan jawapan diterima :-

" JPN dan Kerajaan Malaysia berhak memberi kerakyatan kepada mana mana pihak yang memenuhi syarat  kerakyatan"




Adakah jawapan sebegini memberikan kita gambaran jelas bahwa Daniyar Nazarbayev kini rakyat Malaysia? Jabatan Pendaftaran Negara perlu didesak memberi kebenaran dalam perihal ini jelas mampu memberikan tamparan hebat kepada krediiliti Jabatan Pendaftaran Negara dan Perdana Malaysia jika benar Daniyar Nazarbayev diberikan kerakyatan Malaysia. 


Daniyar Nazarbayev Tidak Wujud di Sandhust Military College,United Kingdom


Sandhust Royal Military Academy


Adakah juga Daniyar di Sandhust Military College seperti yang didakwa ramai pihak atau beliau juga sedang menghadiri sessi fotografi bagi tujuan membersihkan imej penipu beliau di Kem Tentera Port Dickson?Terdapat juga pelbagai kenyataan yang megesahkan bahawa Daniyar Nazarbayev sedang mengikuti kursus ketenteraan di Sandhust  Royal Military Academy. 

The Malaysian Insider's Article
 
Walaupun artikel diatas ini memetik sumber keluarga memaklumkan Daniyar Nazarbayev berada di Sandhust Royal Military Academy , United Kingdom. Tetapi berdasarkan siasatan pihak guaman yang menyiasat kebenaran ini mendapati Daniyar Nazarbayev tidak wujud di Sandhust Royal Military Academy. Petikan kenyataan yang difailkan di mahkamah New York Sureme Court menjelaskan kebenaran bahawa Daniyar Nazarbayev tidak wujud di Sanhust Military College.

New York Supreme Court's Document
Bukti New York Supreme Counrt Menyatakan Daniar Nazarbayev Tiada di Sandhust Military College, United Kingdom


Seri Perdana, Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia Di Intip 

Seri Perdana, Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia
Seri Perdana akhirnya menjadi tempat disyaki Daniyar Nazabayev disembunyikan. Kita rakyat sedia maklum , Daniyar Nazabayev sering bersama isteri dan kelaurga Perdana Menteri dan beliau juga beberapa kali dilihat disekitar Kuala Lumpur KLCC bersama Noryana Najib iaitu anak perempuan kepada PM.

Kenyataan rasmi dibawah  ini difailkan di New York Supreme Court, Amerika yang secara tidak langsung menjejaskan nama baik negara dan terutamanya membabitkan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri .


New Your Supreme Court's Document

Dimanakah sebenarnya Daniyar Nazabayev bersembunyi? Umum kita ketahui beliau di Malaysia bersama anak perempuan Perdana Menteri. Agak memalukan apabila Seri Perdana di intip pihak luar dalam usaha menjejaki Daniyar Nazarbayev dan Perdana Menteri Malaysia & Isteri berbangga dengan membawa Daniyar Nazarbayev ke hulu hilir sedangkan pihak berkuasa masih mencari beliau bagi pelbagai kes tuduhan pecah amanah membabitkan jutaan dollar Amerika. 



Apakah peranan PM & Isteri dalam menyembunyikan Daniyar Nazarbayev di Malaysia? Adakah segala usaha dilakukan bagi memastikan beliau sentiasa dilindungi di Malaysia dan apa pula status Daniyar dan bagaimana beliau menetap di Malaysia? 

PM & Isteri seharusnya didesak dalam memberi penjelasan kerana dokumen yang difailkan di New York Supreme Court jelas membuktikan intipan telah dilakukan di Seri Perdana, Kediaman Rasmi Perdana menteri Malaysia. 



Mana hilang maruah dan harga diri Malaysia sebagai negara berdaulat dan akhirnya Seri Perdana dibiarkan diintip oleh pihak luar. Kebenaran yang tertulis jelas dalam dokumen New York Supreme Court ini harus menjadi pendesak kepada PM memberi jawapan yang ikhlas akan perihal sebenar kedudukan Daniyar Nazarbayev di Malaysia dan kaitan PM & Isteri dalam menyembunyikan beliau di Malaysia. 

Malaysiacrisis mendesak mana mana ahli parlimen membawa isu  ini ke Dewan Rakyat bagi memastikan isu ini dijelaskan memandang nama baik negara dan Seri Perdana dengan jelas dirujuk dalam dokument rasmi mahkamah New York Supreme Court yang mana PM harus menjawab persoalan ini kerana membabitkan nama negara dan kediaman rasmi dalam perihal keluarga beliau dan kemungkinan menjadikan Seri Perdana atau mana mana lokasi di Malaysia tempat persembunyian Daniyar Nazarbaev.

Sudah sampai masanya PM & Isteri menjawab persoalan ini dan mengapa harus terus berselindung akan kebenaran berhubung Daniyar Nazarbayev.







Wednesday, 8 January 2014

Menteri Gangster Bayar 3 Juta kepada Mangsa Tumbuk

Menteri Gangster

Menteri Gangster Malaysia adalah rujukan terbaik bagi seorang menteri yang dikatakan cukup tegas dan berani dalam memperjuangkan hak kementerianya. Manakan tidak kerana beliau telah berjaya menawan kementerian yang memiliki segala kuasa pendakwaan di Malaysia yang akan menyediakan kertas siasatan dan dengan itu beliau adalah kebal dari segala pertuduhan atau mana berani PDRM membuka kertas siasatan terhadapnya.

Kes tumbuk dan kes mahkamah juga tidak mampu diteruskan kerana menteri ini memiliki kuasa luar biasa dalam memastikan kes ditarik semula dan memastikan orang yang ditumbuk olehnya meminta maaf. 
 


Tidakah lucu untuk kita fikir orang yang menanggung sakit akibat ditumbuk meminta maaf dari orang yang menumbuknya? Dimanakah logik akal fikiran pihak pendakwa dan mana mana pihak berkuasa yang bersetuju dengan penyelesaian ini. 

Kenapa Amir Bazli Meminta Maaf? Adakah beliau dibayar oleh Menteri?

 Kes mahkamah yang berjalan lancar selama ini berubah apabila Mentri berkanaan dilantik sebagai Menteri KDN . Bukankah ianya jelas menunjukkan salah guna kuasa untuk menakutkan mangsa dan seterusnya menyebabkan beliau (mangsa) meminta maaf. Adakah mungkin beliau ditakutkan dengan pelbagai tuduhan lain yang mungkin akan dituduh bagi menakutkan beliau. Manakan  tidak jika KDN dalam tangan beiau segalanya mampu dilakukan oleh menteri tersebut.





Benarkah Amir Bazli meminta maaf?


Jika benar Amir Bazli meminta maaf kenapa pula harus direkodkan dengan jelas bahawa pampasan akan dibuat tanpa campur tangan oleh pihak guaman atau mana mana pihak lain? 



Pernahkah kita dengar penyelesaian luar mahkamah tanpa campur tangan peguam yang membela mereka dan ini sekali membuktikan ketakutan dan bayang bayang jahat yang cuba dipadamkan atau dilihat oleh pihak guaman terumatanya Karpal Singh yang juga berpihak kepada pihak pembangkang di parlimen. Sekiranya beliau terlibat dalam proses penyelesaian bayaran pampasan ada kemungkinan menteri berkenaan berada di kerusi panas di Parlimen untuk menjawab penyelesain kewangan tersebut.


" Datuk Shamsul Ibrahim, a member of Ahmad Zahid's legal team, disclosed later that compensation was to be decided without the intervention of lawyers.
Amir Bazli also confirmed that the matter was settled amicably but was not in a position to comment by order of the mediator."
Petikan Artikel Malaysian Insider

Dengan jelas Datuk Shamsul Ibrahim mengakui ada bayaran pampasan akan dbuat menikut kenyatan diatas yang jelas.


Majlis Harijadi RM 300,000



Baru baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan perbelanjaan hari jadi yang dikatakan RM 120 ribu tetapi sebaliknya pengakuan tersbut jauh tersasar dari jumlah sebenar yang dibayar oleh menteri berkenaan yang menaja hanpir seribu orang hadirin ke mjalis terebut. Dikatakan kos keseluruhan majlis tersebut mencecah RM 300 ribu dan bukan RM 120 seperti yang disebut sebelum ini. Kos ini termasuk kos kos lain yang tidak disebut bagi menaja segala persiapan dan kehadiran seribu hadirian ke mjalis tersebut yang jelas dianjurkan bagi menunjuk kekuatan pengaruh menteri tersebut bagi membuktikan beliau diterima ramai bagi memastikan jawatan Perdana Menteri yang akan datang adalah untuk dirinya. 

Jelas perbelanjaan majlis harijadi beliau membuktikan kemampuan luar biasa menteri tersebut dalam berbelanja dan kes ini juga hampir sama dengan kes majlis pertunanggan Yana Najib yang menelan belanja hampir 400 ribu bagi jumlah hadirin yang sama dan dihotel bertaraf lima bintang.

Kekayaan Luar Biasa Menteri Gangster

Adalah tidak dapat dinafikan kekayaan luar biasa menteri berkenaan yang mampu menaja penggunaan khidmat "Outriders" bagi kegunaan peribadi dan mengaji "Bodyguard" tamabahan dari peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan. Dari manakah sumber pendapatan menteri berkenaan yang mampu terus hidup bermewah tanpa segan silu. Tidak dapat kita nafikan menteri tersebut mampu menjana pendapatan lebih dengan dilantik menjadi menteri di KDN.

Menteri Gangster Buat Duit


Menteri tersbut bangga dalam melancarkan Ops Cantas yang dan akhirnya menyebabkan beliau sendiri mengarahkan semua Balai Polis diseluruh Malaysia untuk mempamerkan kain rentang yang kononnya "Rakyat Malaysia Menyokong Ops Cantas" dan rakyat berterima kasih kepada beliau. Ini adalah contoh terbaik bagaimana menteri berkenaan menjana pendapatan dengan mewajibkan banner di pamerkan disetiap balai polis seluruh negara dan projek sedemikian diperuntukkan kepada rakan rakan beliau dan kaki kaki motor beliau yang kebanyakan mereka rakan sekolah beliau dari Malay College Kuala Kangsar. Manakan tidak dengan menjana pendapatan seperti ini memampukan beliau berbelanjan mewah bagi Majlis Harijadi beliau. 

Bayangkan siapakah yang menjana duit dengan Projek Banner ini yang diwajibkan dipasang di setiap balai polis seluruh malaysia.


RM 3 juta untuk Mangsa Tumbuk

Dari sumber terdekat yang mengenali Amir Bazli mengesahkan beliau menerima bayaran berjumlah RM 3 juta bagi kes beliau dan memastikan kes tersebut ditarik balik kerana sekiranya ianya diteruskan maka menteri berkenaan berdepan risiko hiang kelayakan selaku ahli parlimen. 



RM 3 juta mungkin sesuatu yang tidak besar bagi mereka di UMNO dan bagi menteri ini pelbagai projek bakal mejana pendapatan beliau dan kroni-kroni yang jelas semuanya bermotor besar. 

Meneri tersebut bersetuju membayar RM3 juta bagi meastikan beliau terus kekal sebagai ahli parlimen dan dengan jelas ini membuktikan Malaysia negara serba boleh selagi pemimpim seperti menteri ini terus dijunjung kasih oleh rakyat jelata yang buta hati dan mata dalam menilai pemimpin mereka. 

Haruskan Malaysia memiliki menteri sedemikian dalam menerajui Kemeterian yang terlalu penting dalam menajga hal ehwal keselamatan Malaysia? Sejurnya Malaysia bakal tergadai dengan pemimpin yang hanya berniat memenuhi hawa nafsu dan ego kekayaan mereka. Yang kaya dan berkuasa terus kaya dan yang miskin dan tertidas terus menjadi mangsa selamanya dibumi Malaysia serba boleh. 







Monday, 28 January 2013

Datin UMNO,Pengkhianat Ahli UMNO"

Ahli UMNO tetapi ditipu dan dipermainkan oleh pemimpin UMNO sendiri

Mereka berkata dengan penuh kemanisan tetapi disebalik setiap ungkapan mereka adalah penipuan terhadap rakyat dan terutamanya ahli UMNO itu sendiri yang ditipu.


WAJAH "DATIN" UMNO PENIPU WAKIL PEMIMPIN UMNO 


Artikel kali ini berkisahkan pengakuan seorang ahli/penyokong kuat UMNO yang diipu sendiri oleh pemimpin UMNO yang begelar datin yang diperkenalkan kepadanya oleh seorang SU Politik Menteri. Pelbagai surat dikeluarkan oleh setiausaha politik menteri dan kementerian dan juga pejabat menteri.Blog ini masih menunggu kisah pengakuan ini dari pihak mereka dan nantikan cerita yang harus menjadi pengajaran bagi rakyat Malaysia dan PRU 13 harus dijadikan medan menghukum mereka di UMNO yang menipu rakyat dengan mencuri hasil dan duit rakyat.

Mereka telah diberi tempoh 48 jam dari 28hb Januari 2013  untuk memulangkan duit berjumlah RM 50 ribu yang telah diambil dari ahli umno tersebut.

Kerja tidak mereka buat dan mereka sekadar menipu ahli umno tersebut.Kisah ini akan terus dipaparkan dengan segala maklumat dan bukti andai mereka gagal membayar semula wang RM 50,000 yang telah mereka selewangkan dengan menipu ahli umno tersebut tanpa menjalankan kerja mereka. Kerana tidak menjalankan urusan tersbut, ahli umno tersebut juga rugi hampir 300 ribu akibat kegagalan pihak datin tersebut menguruskan urusan yang dijanjikan dan segala pelaburan milik ahli umno tersebut bernilai 300 ribu hangus begitu sahaja..

Inilah modus operandi pemimpin UMNO dengan diwkaili oleh gundik-gundik mereka untuk mengumpul harta dan wang ringgit dengan menipu rakyat..masih ingin terus menjadi ahli umno?anda akan terus dikhinati...


KEMENTERIAN & YB  mana  yang bakal panas punggung? nantikan...

Wajah Datin Penipu adalah gambar sebenar "Datin" ynag juga proksi kepada seorang YB & sentiasa keluar masuk kementerian. Apa kaitan Datin ini dengan Kementerian dan para ahli politik?Benarkah beliau seorang Datin & siapakah suami beliau. Adakah beliau ini juga proksi kepada kementerian tersebut dan keluar masuk pejabat kementerian bagaikan Hotel miliknya.

Nantikan pendedahan yang bakal membuktikan permainan ahli poitik UMNO yang senantiasa menipu ahli mereka sendiri.

Kisah ini bakal membuka mata bagaimana ahli politik dan pemimpin umno yang didewakan ahlinya akhirnya ditipu dianiaya dan disabitkan. Namun mereka mengkhianti ahli umno mereka dengan penipuan selepas mengambil duit mereka dan menanggung kesusahan.Hanya janji palsu yang terus diberikan kepada ahli umno tersebut..

Cerita yang bakal memberi tamparan baru kepada golongan umno dari pemimpin dan agen pemimpin umno yang berkeliaran diseluruh Malaysia.

Adakah rakyat Malaysia akan terus diperbodohkan oleh UMNO? jika ahli Umno sendiri diperbodohkan mereka dengan janji manis , bayangkan apa pula nasib kita yang bukan ahli Umno?.

PEMIMPIN UMNO & AGEN MEREKA PERLU DIAJAR..nantikan pendedahan ini seterusnya..


Sunday, 9 September 2012

Degree for sale


Mr Investigator, the Guest Columnist of Malaysia in Crisis reported...

The fiasco of faked university once again appeared to be more serious than anyone ever thought. Article published by New Strait Times recently shall be viewed seriously by all Malaysian and can one imagine if we are graduated or supervised by a "PhD Doctor" who is using the faked qualification to employ as lecturer. 




University students have to work hard towards achieving their degree scroll and yet there are some who easily purchase their university degree without having to study and sit for an exam.
UiTM and UTM which are Malaysia Public University is the new target by irresponsible traders who offering degree for sale at a price of RM 5,800 for a Diploma, RM 7,800 for a Degree and RM 9,800 for a Master Degree.

The question is why such activities still exist and do they  fear of any action against them? Or the demand makes them earn easy money that leads them to continue producing fake degrees for their customers.

Sample degree of UTM

malaysiacrisis.blogspot.com recently discovered another fake degree scandal involving UiTM and UTM University. The below email exchange is self explanatory to reveal the communication and how they operate the scam.

UiTM and UTM become a new target for fake degrees and is time for universities to look at the security features for their degree scroll which is unique and not merely a print with serial number.

Online advertisement offering Malaysia University Degree For Sale is easily available online for any serious buyer.

Online advertisement degree at RM 3,500
The university shall be proactive to investigate and monitor such activities online as its involve their university reputation and credibility of their degree. Can one imagine what will happen if a "Doctor" with fake degree qualification  prescribe you with a medicine or "Civil Engineer" building a high rise building building with a fake degree qualification? 


Inquiry Made by malaysiacrisis. blogspot as a "buyer" known as Mohd Zainal Hamid and transaction of email exchange as below describe  how easy to purchase degree online and mode of operation by the seller.


The seller identified himself as "Deen Mat" can be contacted at his mobile number given. We have contacted him Mr Deen Mat several times to purchase Degree from UTM and Master Degree from UiTM and lead to the revelation of his  bank account details which clearly stated in the email exchanges.

However, the final disclosure reveals the beneficiary to receive payment for this transaction is YONG PICK ...... with account no:  (Alliance Bank)



malaysiacrisis.blogspot.com reveal how online Malaysia University Degree can be purchased without the hassle to attend class and sit for an exam. Instant graduate with Public University Accreditation. Below is the exchange of communication of "willing buyer acted as Mohd Zainal" with online seller.

The above email clearly shows the easiest way for one to obtain a university degree without having to sit for an exam or the needs to wait for years prior graduation. How many Malaysians out there actually using fake degree?
It is beyond doubt such business only exist when there is great demand from buyer and this proved in several cases involving a fake degree even to various well known person like Tan Sri , Datuk and others.

The authority shall investigate who is responsible and  to trace the account holder and asses the link to the seller.