Showing posts with label History. Show all posts
Showing posts with label History. Show all posts

Friday, 7 February 2014

Raja Samseng

Ramai yang telah mengetahui keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (atau FAM) memihak kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dengan kemenangan 3-0. Ini adalah kerana pasukan T-Team didakwa menarik diri tanpa "alasan yang kukuh" - satu keputusan yang langsung tidak mengejutkan dari sebuah persatuan bola sepak bertaraf dunia ketiga!

Sekadar selingan keratan akhbar New Straits Times bertarikh 30 Julai 1999 yang mensasarkan Malaysia di Piala Dunia pada tahun ini.

Kita tinggalkan kisah itu. Blog entry kali ini ingin mengulas mengenai sifat samseng. Pada 4 Disember 2014 yang lalu, bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali sebagai Dr. Maza mengeluarkan satu artikel pendek di facebook beliau dengan tajuk Bangsawan Samseng. Tulisan Dr. Maza itu adalah secara umum dan tidak merujuk kepada mana-mana individu; tetapi ramai pembaca boleh mengaggak ianya berkaitan dengan kesamsengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Idris Ismail atau kini lebih mesra dipanggil "Jaguh Dalam Terowong"(JDT)

Memang benar apa yang dikatakan oleh Dr. Maza, sejarah menunjukkan runtuhnya kebanyakan institusi beraja adalah disebabkan oleh sikap kesamsengan mereka sendiri terhadap rakyat-jelata.


Raja-raja Melayu yang lain juga sedar akan perkara ini. Yang tidak sedar-sedar diri adalah Sultan Johor dan anak-beranaknya yang merasakan diri mereka umpama tuhan yang boleh berbuat apa saja sesuka hati mereka. 

Dipetik titah ucapan Sultan Azlan Shah yang pernah disiarkan di dalam blog entry Penghinaan Terhadap Raja Bahagian II.

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Petikan titah ucapan Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980

Pro-Canselor UTHM tanpa kelayakan akademik
Tunku "Jaguh Dalam Terowong" (JDT) kita ini agak kurang taraf pendidikan dan kecerdikannya berbanding dengan kebanyakan bakal-bakal Sultan di negeri-negeri lain. Sebagai contoh Raja Muda Perak berkelulusan Ph.D dan Ijazah Sarjana dari Universiti Harvard serta Ijazah pertama daripada University Oxford. Tidak kurang hebatnya Tengku Mahkota Kelantan yang juga berkelulusan Ph.D dari Universiti College London. Pewaris takhta Negeri Sembilan, Tunku Besar Ali Redhauddin pula berkelulusan Ijazah Sarjana dari Universiti Harvard dan Ijazah pertama daripada Universiti Cambridge - beliau adalah penerima biasiswa Cambridge Commonwealth Trust Fellowship. Anak-anak raja pewaris takhta ini dihormati rakyat dan tidak kedengaran kontroversi yang mencacatkan institusi beraja di negeri-negeri tersebut.

Seperti dinyatakan, Tunku JDT ini agak kurang cerdik. Sudah pastinya kurang membaca sejarah dan tidak pernah mengambil ikhtibar daripada sejarah-sejarah terdahulu. Jadi, penulis Cicit Daeng mengambil inisiatif untuk membuat blog entry khusus mengenai sejarah Raja-raja Samseng yang merosakkan institusi beraja. Ironinya, yang merosakkan institusi beraja itu datangnya daripada negeri Johor.

Kisah Raja Samseng bukan ingin membuka aib sesiapa. Tetapi ini adalah peringatan kepada anak Raja mentah, Si Teak yang tidak pernah memandang ke belakang dan melihat sejarah asal keturunan, dan semua salah laku yang pernah dilakukan oleh Bah dan Abahnya!

Nota: Teak adalah nama timangan Jaguh Dalam Terowong (JDT), Bah adalah datuknya, Abah adalah bapanya.

Kes-kes yang melibatkan Sultan Mahood Iskandar:

1. Kes tahun 1961
The Straits Times, 13 August 1961
Kisah bagaimana Tunku Mahmood Iskandar dilucutkan jawatan Tunku Mahkota Johor dan diserahkan kepada adiknya Tunku Abdul Rahman bukan hanya bualan kosong atau gosip. Penulis pernah menyentuh serba ringkas mengenai perkara ini dalam blog entry Dinasti Azlan Shah Bahagian II.

Begitu juga kes pada tahun 1961 di mana 2 orang anggota polis dikurung di rumah anjing oleh Tunku Mahmood Iskandar bukan hanya kisah dongeng. Kekejaman ini banyak diceritakan dalam jurnal dan buku-buku sistem monarki dan politik di seluruh dunia. Sebagai contoh, rujuk buku  Monarchy in South-East Asia: The Faces of Tradition in Transition karya Roger Kershaw yang diterbitkan pada tahun 2001 jelas menceritakan kes anggota polis yang dikurung itu di muka surat 103 buku tersebut.

Kes ini adalah antara sebab mengapa Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Ismail melucutkan jawatan Tunku Mahkota Johor daripada Tunku Mahmood Iskandar dan diserahkan kepada adiknya. Beberapa tahun selepas itu, Sultan Ismail melantik Tunku Mahmood Iskandar sebagai Raja Muda Johor - satu jawatan yang baru diwujudkan.

2. Kes-kes pukul, rujuk Public Prosecutor v. Tengku Mahmood Iskandar [1973] 1 MLJ 128 

Antara dua darjat anak Raja - seorang Ketua Hakim Negara dan seorang lagi penjenayah
Terdapat beberapa kes jenayah yang melibatkan  Tunku Mahmood Iskandar (ketika itu Raja Muda Johor setelah dilucutkan jawatan Tunku Mahkota Johor) yang berlaku sekitar tahun 1972 dan dibicarakan pada tahun berikutnya.


Dalam pertuduhan pertama, Tunku Mahmood Iskandar dikatakan telah membelasah 2 lelaki India bernama Francis Joseph Puthucheary dan Puthenpurakai Joseph Verghese yang memotong keretanya. Kejadian ini berlaku pada 5 Mac 1972.

Satu lagi kes yang dibicarakan di mahkamah melibatkan mangsa bernama Narendran Manickam yang dibelasah pada 13 Mac 1972, iaitu kira-kira 8 hari selepas kejadian pertama berlaku. Kes ini turut melibatkan seorang pegawai atasan Johor Military Force (JMF) bernama Lt. Hussain Othman yang didakwa membekal alat-alatan seperti gas canisters yang kemudiannya digunakan oleh Tunku Mahmood Iskandar dalam membelasah dan menyiksa mangsanya. Walaupun Lt. Hussain tidak terlibat secara langsung dalam pelakuan jenayah itu, tetapi beliau tetap dijatuhkan hukuman kerana bersubahat. Mangsa juga bukan saja dibelasah, tetapi dikatakan telah diseksa dengan kejam - Hakim menggunakan perkataan "torture chamber" merujuk kepada tempat penyiksaan mangsa.

Raja Azlan Shah (kini Sultan Azlan Shah) yang pada itu adalah Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru membicarakan kes-kes  ini. Petikan penghakiman oleh Hakim Raja Azlan Shah berbunyi,

" The record, to my mind, reads more like pages torn from some medieval time than a record made within the confines of a modern civilization. The keynote of this whole case can be epitomised by two words - sadistic brutality - every corner of the case from beginning to the end, devoid of relief or palliation. I have searched diligently amongst the evidence, in an attempt to discover some mitigating factor in the conduct of the respondent, which would elevate the case from the level of pure horror and bestiality and ennoble it at least upon the plane of tragedy. I must confess, I have failed."
 Hakim Raja Azlan Shah, Mahkamah Tinggi Johor Bahru, 2 Januari 1973

Bagi kes-kes ini, Tunku Mahmood Iskandar dijatuhkan hukuman penjara 11 bulan dan denda berjumlah $2,500.

  3. Kes bunuh (manslaughter), rujuk Public Prosecutor v. Tunku Mahmood Iskandar [1977] 1 MLJ 128
Akhbar Berita Harian, 18 April 1977
Sekali lagi, Raja Azlan Shah menjadi hakim dalam kes rayuan dalam perbicaraan kes bunuh oleh Tunku Mahmood Iskandar. Pihak pendakwaan pada ketika itu ialah Mohammed Salleh Abbas yang telah dilucutkan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara semasa krisis perlembagaan dan ketika Sultan Mahmood Iskandar masih menjadi Yang Dipertuan Agong.

Berbalik kepada kes bunuh ini. Mengikut fakta kes, pada 15 Oktober 1976 Tunku Mahmood Iskandar sedang memandu kapal terbang Cessna dari Johor Bahru ke Seletar bersama pemandu kedua, Tunku Osman. Kira-kira jam 3.30 petang mereka ternampak sebuah bot yang penuh dengan barang-barang bergerak laju menuju ke satu tempat di tebing Sungai Tebrau dimana terdapat 3 buah kereta sedang menunggu. Mengesyaki itu adalah bot penyeludup, Tunku Mahmood Iskandar mengelilingi bot itu dari jarak 500 kaki dari udara. 

Kemudian, Tunku Mahmood mendaratkan kapal terbang di padang polo berhampiran dan berkejar ke arah keretanya yang terketak di sana.  Tunku Mahmood terus bergegas ke tebing sungai tadi di mana ketiga-tiga buah kereta telah pun mula bergerak. Tunku Mahmood Iskandar berteriak mengarahkan mereka berhenti. Kereta pertama dan kedua tidak berhenti tetapi kereta ketiga berhenti dan pemandunya keluar daripada kereta. Pada ketika inilah Tunku Mahmood Iskandar melepaskan tembakan mengenai kepala dan bahu kiri mangsa yang dikenali sebagai Teo Ah Bah. Mangsa mati di tempat kejadian.

Mahkamah mendapati Tunku Mahmood Iskandar bersalah dan dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara dan denda $6,000.  Walau bagaimanapun, sama seperti kes yang berlaku pada tahun 1973, Tunku Mahmood Iskandar terlepas daripada hukuman apabila diampun oleh bapanya, Sultan Ismail.
 
Sedikit infomasi, dalam istilah undang-undang, "manslaughter" dianggap sebagai kurang berat berbanding pembunuhan tanpa niat. Itu sebabnya walaupun Tunku Mahmood Iskandar didapati bersalah dalam kes pembunuhan tersebut, tetapi hanya dikenakan hukuman yang tidak begitu berat.

Kes pembunuhan yang berlaku pada tahun 1977 ini heboh diperkatakan seluruh dunia sehinggakan semasa pertabalan Sultan Iskandar sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-8, akhbar The New York Times turut menceritakan mengenai kes ini. Sesuatu yang agak memalukan sebenarnya.

Mungkin ramai yang masih berhingus lagi pada ketika itu, atau sumber agak terhad, ketahuilah seluruh dunia menyambut pertabalan Sultan Mahmood Iskandar sebagai Yang Dipertuan Agong dengan gelaran "killer". Selain daripada contoh keratan akhbar daripada The New York Times, akhbar di Australia, Sydney Morning Herald melaporkan pertabalan ini dengan tajuk "Malaysia’s killer king".


Petikan daripada akhbar the New York Times bertarikh 26 April 1984 bersempena pertabalan Sultan Iskandar sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-8
4. Kes  Daeng Baha Ismail v. Tunku Mahmood Iskandar [1987]
Mengikut fakta kes, pada 4 Jun 1986 kira-kira jam 10.15 malam, Daeng Baha Ismail Bin Daeng Ahmad telah diheret ke istana dalam keadaan bergari dan kemudiannya dibelasah oleh Sultan Johor yang pada ketika itu adalah Yang Dipertuan Agong. Kejadian berlaku di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail dan kerabat-kerabat diraja yang lain. Agak malang kerana kes ini tidak boleh dibicarakan kerana pada ketika itu raja-raja mempunyai imuniti iaitu kebal dari segi undang-undang.

5.  Amukan Prebet Adam, 1987
Kes yang berlaku pada tahun 1987 ini diketahui ramai. Bahkan pengarah Amir Muhammad telah memfilemkan kisah ini dalam judul The Big Durian yang diterbitkan pada tahun 2003 dan turut ditayangkan di Sundance Film Festival. Kepada yang tidak pernah menonton filem bercorak docu-drama ini boleh menonton di youtube (klik di sini).

Mengimbau kisah menyayat hati ini berlaku semasa Sultan Mahmood Iskandar menjadi Yang Dipertuan Agong. Kisah bermula apabila adik kepada Prebet Adam yang merupakan seorang caddy tertawa kecil apabila bola golf yang cuba dipukul oleh Sultan Mahmood Iskandar tidak masuk ke dalam lubang walaupun jaraknya terlalu dekat. Mendengar tawaan kecil itu, Sultan Mahmood Iskandar tanpa sebarang perasaan belas kasihan terus menghayunkan kayu golfnya kepeada caddy tersebut. Dia mati di tempat kejadian.

Pada ketika itu, Raja-raja mempunyai imuniti iaitu kebal dari segi undang-undang. Sultan tidak boleh didakwa di mahkamah. Ini bermakna keluarga caddy yang terbunuh itu tidak dapat membela kematiannya. 


Pada malam 18 Oktober 1987, Prebet Adam yang begitu kecewa dengan kematian adiknya telah pergi ke Jalan Chow Kit dan mengamuk serta melepaskan tembakan ala-rambo ke arah orang awam. Beberapa orang awam tercedera dan polis memburu Prebet Adam yang menyembunyikan diri di Kampung Baru. Akhirnya dia menyerahkan diri kepada 2 orang jeneral yang berjaya memujuknya. Dikatakan Prebet Adam tidak didakwa atas alasan kurang siuman - mungkin satu cara untuk melepaskannya daripada disabitkan kesalahan menyerang orang awam, termasuk seorang terbunuh dalam amukan itu.

Peristiwa amukan Prebet Adam ini perlu dilihat dari konteks betapa bencinya rakyat yang tidak berdosa terhadap kesamsengan Raja-raja, tetapi tidak terdaya untuk berbuat apa-apa kerana kuasa yang ada pada mereka.

6. Peristiwa Gomez, 1992 
Boleh dikatakan peristiwa Gomez adalah kes paling signifikan yang membawa kepada pemindaan Perlembagaan Malaysia mengenai imuniti Raja-raja Melayu.

Samseng Johor tak tahu main hoki!
Kes ini bermula pada 10 Julai 1992 apabila Tunku Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid tidak berpuas hati dalam perlawanan hoki antara Johor-Perak yang memihak kepada Perak dengan pukulan penalti. Tunku ABdul Majid menyerang penjaga gol Perak, Mohamed Jaafar Selvaraj di dalam bilik persalinan - ditampar dan ditendang. 
 
Mohammed Jaafar membuat laporan polis dan menyebabkan Persatuan Hoki Malaysia melarang Tunku Abdul Majid daripada menghadiri mana-mana perlawanan selama 5 tahun. Tunku Abdul Majid kemudiannya disabitkan kesalahan menyerang  dan oleh itu dikenakan hukuman perjara satu tahun dan denda sebanyak RM2,000. Walau bagaimanapun semua tuduhan-tuduhan ini digugurkan atas sebab kekebalan yang masih ada pada Raja-raja Melayu pada ketika itu.
  
Daripada kejadian itu, Sultan Mahmood Iskandar yang tidak berpuas hati telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk tidak membenarkan mana-mana sekolah menyertai pertandingan hoki di peringkat nasional.

Douglaz Gomez adalah jurulatih hoki Maktab Sultan Abu Bakar. Pasukannya layak ke peringkat separuh akhir Pertandingan Hoki Sekolah-sekolah anjuran Persatuan Hoki Malaysia dan Milo. Pertandingan yang dijadualkan berlangsung pada 25 November 1992 diarah untuk dibatalkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Johor hanya beberapa jam sebelum pertandingan bermula. Douglas Gomez mengkritik tindakan ini dan meminta pegawai-pegawai Persatuan Hoki Johor untuk meletakkan jawatan kerana telah merosakkan sukan hoki dan masa depan sukan itu di negeri Johor. Kritikan yang diberikan tiada kena mengena dengan Sultan Johor pun - kritikan diberikan kepada Persatuan Hoki Johor!

Walau bagaimanapun pada 30 November, Douglas Gomez diarahkan ke Istana Bukit Serena. Diceritakan pada jam pertama di Istana, beliau diberi taklimat mengenai etika di Istana.

Kemudian, Sultan  Mahmood Iskandar hadir bersama 6 orang lelaki yang memakai t-shirt dan berseluar jeans, serta antara 10 hingga 12 orang askar-askar balaci JMF. Douglas Gomez dibelasah oleh Sultan Mahmood Iskandar dan mengalami kecedaraan. Beliau kemudiannya membuat laporan polis. Walau bagaimanapun tiada apa-apa tindakan boleh dikenakan kepada Raja-raja Melayu kerana imuniti yang ada pada mereka. Rentetan daripada kes-kes ini lah maka Perlembagaan Malaysia dipinda bagi menarik semula imuniti Raja-raja Melayu - satu sumbangan besar Tun Mahathir Mohamad.
 

Penutup Bahagian I
Kes-kes di atas hanya sebahagian kecil daripada kes-kes jenayah yang melibatkan Raja-raja Samseng Johor dan kaum kerabatnya. Terdapat banyak lagi salah laku mereka. Mengikut perbahasan di Parlimen seperti mana yang didedahkan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim, dari tahun 1972- 1993 keluarga Sultan Johor bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata termasuk memukul, mencedera dan merogol.


Bersambung...



Yang Membenci Samseng,





Wednesday, 29 January 2014

Johor Darul Judi

Mukadimah

"Apabila Raja-Raja itu menghendaki baik anak-anak perempuan atau barang suatu benda raayat-nya, di-ambil-nya sahaja dengan tiada menjadi sa-suatu kesusahan atau takut kepada Allah’… ‘Jikalau anak (Raja) itu lagi kechil, di-carikan-nya anak-anak perempuan yang kechil menjadi kawan-nya bermain, dan tatkala sudah besar anak (Raja) itu di-sediakan-nya gundek, dan di-beri-nya keris akan dia, maka orang-orang negeri pun memberi hormat dan takut akan-nya sebab anak Raja, maka barang kehendak-nya di-perbuat-nya-lah ke-atas raayat, maka sekalian raayat itu pun tiada-lah menegah-nya. Maka bapa-nya itu pun melawan anak-nya bermain judi dan menyabong; maka ia tiada wang, di-beri-nya wang."

Abdullah Munshi, Hikayat Abdullah (Vol. II) ms. 345

Sejarah menceritakan Raja dan judi tidak dapat dipisahkan. Sejarah juga menceritakan bagaimana Sultan Terengganu pada ketika itu, Sultan Mansur Riayat Shah (Marhum Berjanggut, 1733–1793) pernah kehilangan sebahagian besar daerah jajahannya akibat gila berjudi menyabung ayam.
Siapa Pak Kadok sebenarnya? Misteri Maharaja Lambor

Begitu juga kisah Sultan Perak dan Pak Kadok menceritakan perkara yang sama - judi. Kisah Sultan Perak-Pak Kadok ini setelah sekian lama dilihat sebagai satu lawak jenaka dan dikategorikan sebagai kisah lucu. Pak Kadok digambarkan dengan watak "bodoh-lurus bendul". Pada hakikatnya, ramai tidak ketahui mengenai al-kisah disebalik Mahajara Lambor yang dikenali sebagai Pak Kadok dan Sultan Muzaffar Shah (Sultan Perak yang pertama, 1528–1549) dan hubung-kait dengan Tok Temong.

Kita tinggalkan kisah-kisah di atas. Apa yang ingin disampaikan ialah bagaimana sejak zaman-berzaman Sultan dan Raja-raja Melayu terlibat dengan perjudian dan telah menjadi darah daging mereka.

Kasino Bakal dibuka di Johor?

Baru-baru ini KiniBiz melalui artikel A second casino for Malaysia in Johor? bertarikh 19 Disember 2013 mendakwa sebuah lagi kasino di Malaysia akan ditubuhkan dan lokasinya adalah di Johor.

Sebelum itu, agensi akhbar Reuters melaporkan anak syarikat Kumpulan Berjaya iaitu Berjaya Assets bercadang untuk membuka kompleks resort hiburan di Johor Bahru (rujuk Berjaya Assets plans entertainment resort in southern Malaysia, 13 Disember 2013). Dipetik dari akhbar reuters tersebut:

"The plan is not expected to face much resistance from the state authorities. The issue could be the federal government," an unidentified source said.

 "Berjaya Assets may be looking to transform its Johor waterfront property into a huge entertainment resort," the source said.


Secara terang-terangan sumber Berjaya Assets memaklumkan mereka menjangkakan tiada masalah untuk membuka kompleks resort hiburan di Johor. Sebagai rekod, Sultan Johor, Sultan Ibrahim membeli 20% saham Berjaya Times Square yang merupakan satu unit di bawah Berjaya Assets. Ini menunjukkan ada hubungan perniagaan yang erat antara Sultan Ibrahim dan tokoh judi, Vincent Tan.

Kita tinggalkan isu ini buat sementara waktu. Menteri Besar Johor, Datuk Khaled Nordin juga telah membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak akan menyokong jika permohonan penubuhan kasino dibuat.

Johore "Monte Carlo"

Blog entry kali ini penulis ingin membawa pembaca ke zaman semasa negeri Johor terkenal sebagai kota perjudian dan manjadi salah satu sumber pendapatan terpenting bagi negeri ini selain daripada candu dan arak. 

Johor pernah dikenali sebagai "Monte Carlo" merujuk kepada kota perjudian Eropah, Monte Carlo. Petikan daripada akhbar Auckland Star bertarikh 1 Mac 1906 (muka surat 2) menggunakan istilah "Malayan Monte Carlo" untuk merujuk kepada bandar Johor Bahru yang aktif dengan perjujian. 

Petikan Akhbar Auckland Star bertajuk "Malayan Monte Carlo" bertarikh 1 Mac 1906

Sebuah akhbar lagi, San Francisco Call menbayangkan kehebatan Johor sebagai "Monte Carlo" di Timur seperti mana yang tertulis dalam akhbar tersebut bertarikh 19 Ogos 1906. Diceritakan juga bagaimana sumber kekayaan Sultan Johor dan negeri Johor adalah daripada industri perjudiaan dan penjualan candu. 

Artikel daripada akhbar San Francisco Call bertarikh 19 Ogos 1906 ini menceritakan kehebatan Johor sebagai kota perjudiaan berbanding kota Monte Carlo


Akhbar The Sunday Times, 22 April 1934
Sama ada kita sedar atau tidak (atau berterusan dalam keadaan "in denial"), Johor pernah menjadi kota perjudian yang hebat di Timur setanding dengan Monte Carlo. Jika dilihat satu artikel dalam akhbar The Sunday Times bertarikh 22 April 1934 (di sebelah), Johor dirujuk sebagai "Monte Carlo of the East"! Ini lah kehebatan Johor di bawah pentadiran Temenggung-temeggung Johor yang menabalkan diri sendiri menjadi Sultan Johor dan berkuasa hingga ke hari ini.


Lahirnya Johor sebagai kota perjudiaan berpunca daripada sistem kangcu yang diperkenalkan oleh Temenggung Daeng Ibrahim. Ladang-ladang yang asalnya mengusahakan gambir dan lada hitam telah berkembang dengan industri perjudian, candu, arak dan pelacuran. Tuan-tuan tanah yang kaya-raya ini mengusahakan kasino dan dikenali sebagai "gambling farm" di Johor.

Gambaran Johor sebagai kota perjudian ala-Monte Carlo boleh dilihat pada poskad-poskad yang dijual pada zaman itu.


Deskripsi bangunan di poskad itu adalah Johore Montecarlo

Satu lagi poskad yang telah berusia 100 tahun menunjukkan deretan gambling farm sekaligus menggambarkan kehebatan Johor sebagai kota perjudian di Timur.




Penutup


Penulis tinggalkan pembaca dengan petikan daripada buku British Malaya tulisan Sir Frank Swettenham. Apabila Raja-raja Melayu sendiri yang menghalalkan perjudian atas alasan adat yang diwarisi zaman-berzaman, maka tidak hairan lah perjudian menjadi salah satu aktiviti kegemaran golongan yang dikatakan "bayangan Tuhan" ini.


"The Malay Rulers and Chiefs strongly objected to the introduction of measures to make public gambling illegal; they said it was an old-established custom, they knew the evils which would certainly follow its nominal suppression, and they declined to sacrifice the revenue which was derived from sanctioning the practice under strict control. Therefore the gambling farm has been continued."


Sir Frak Swettenham dalam British Malaya, ms. 256






Teringat kisah tokey judi bola sepak yang tidak mahu turun takhta,

Saturday, 2 February 2013

"Allah" Tidak Diperjuangkan, Putrajaya Segalanya

 
PAS & DAP sering saling menuduh dan yang pastinya kita pengundi dapat lihat dengan jelas bahawa DAP konsisten dengan ungkapan dan polisi meeka. Contoh terbaik adalah kalimah Allah.

Anwar Ibrahim pula dengan mainan pidatonya. Lain ditanya lain yang selalu dijawab dan kita hanya akan rasa "climax" sekejap mendengar apa yang diperkatakannya tetapi jelas ini adalah taktik "Divert & Run" yang selalu diguna pakai oleh beliau dalam semua isu.Beliau juga terus degil dengan berpegang kepada kenyataan Presiden Pas pada 8hb Januari 2013 sedangkan kenyataan terkini PAS (selepas keputusan Majlis Syura) adalah jelas dan beliau dengan pantas terus mengatakan isu ini selesai dan dipebesarkan oleh media.

Adakah DAP & PKR menghormati PAS dan pendirian perjuangan Islam? dengan jelas jawapanya tidak sama sekali untuk PAS mengharap pada DAP & PKR untuk agenda dakwah dan perjuangan Islam ataupun menjadikan Islam sebagai cara hidup di Malaysia.
 


Sudah pasti DAP & PKR jelas melihat telatah orang-orang beragama dalam PAS yang lebih cenderung kepada kuasa politik dan tunduk kepada kemahuan politik lebih daripada perjuangan islam yang mereka harus perjuangkan. Tidakah PAS malu untuk diperlakukan sedemikian rupa? Agak malu untuk kita lihat sebuah Parti Islam yang gah satu masa dulu dengan perjuangan yang begitu jelas hilang arah kerana nafsu politik dan mimpi indah yang dijanjikan oleh sekutu mereka (DAP & PKR). 

 
Sehingga hari ini DAP tidak pernah mengubah kenyataan  mereka dan Lim Guang Eng lebih bijak dengan hanya berdiam kerana beliau tahu PRU 13 semakin hampir. Namun isu ini timbul semula apabila lawatan tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang yang dilihat bagi menjernihkan keadaan tetapi sebaliknya  yang berlaku. Semakin kelam kabut PAS dibuatnya dengan kenyataan terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh yang jelas meminta PAS mengubah pendirian mereka.

Tambah pula dengan kedegilan PKR yang terus meletakkan tekanan kepada Presiden PAS. Mereka seolah-olah tidak dapat membezakan kenyataan terkini anatara tarikh 8hb January 2013 dan kenyataan tahun 2010 yang dibuat oleh PAS dengan ketetapan terkini oleh Majlis Syura (selepas tarikh 8hb Januari 2013) yang harus dipatuhi oleh Presiden PAS & semua ahli PAS.

"Why they  (PKR) can be so stupid? Is this the type of leader we want who hide a crystal clear issue in front of them and prefer to be in "DENIAL SYNDROME".They are known to be in denial for every mistakes they make personally or as a party. PKR at times can sound as stupid as they can be and we,the citizen shall not listen to such leader if not indeeed we are stupid just like them!!" Anonymous
 


Adakah PAS akan terus menyokong DAP yang jelas mahukan kalimah Allah dipermainkan dengan memberi kebenaran untuk Kristian menggunakan kalimah Allah? Begitu juga dengan kenyataan PKR yang jelas tidak mengiktiraf keputusan Majlis Syura tetapi sebaliknya dengan jelas meletakkan beban kepada Presiden Pas terhadap apa yang diungkapkan olehnya pada sidang akhbar 8hb January 2013 yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Kepada ahli PAS, mereka kenal Presiden PAS tidak pernah membuat kenyataan akhbar dengan membaca teks kerana itu bukan sifat Abdul hadi Awang. Tetapi pada 8hb Januari 2013 beliau membaca teks ucapan keratan akhbar yang telah disiapkan dan diletakkan beban kapadanya untuk membaca kerana mereka (DAP & PKR) mahukan PAS terperangkap dengan mainan politik ini demi kuasa.Kerana itu juga mereka terus mendesak Presiden PAS mengambil tanggungjawab penuh dan mereka (DAP & PKR) telah berjaya mempermainkan PAS dalam hasrat mereka untuk mendapatkan sokongan gereja terhadap perjuangan politik mereka.

Semakin hari hari jelas Islam itu dinodai dengan sifat manusia yang jelas gilakan kuasa dan lupa adap bercakap benar dan dalam hal isu kalimah Allah ini siapakah yang sebenarnya menipu?



Presiden Parti Islam mengatakan DAP telah menerima penjelasan Nik Aziz dan Pengerusi DAP Karpal Singh jelas mengatakan mereka tidak sama sekali menyentuh isu kalimah Allah?

Kita pasti dengan jawapan yang bakal kita terima dari semua pihak terutamanya PAS & PKR bahawa kenyataan diputar belit.  

Sesekali diputar belit mungkin juga tetapi kalau dah selalu mengatakan orang putar belit kenyataan maka ianya jelas menunjukkan tuan punya badan itulah yang selalu putar belit!



Jika tidak dibincangkan kenapa pula pemimpin yang diangkat sebagai ulamak ini semua membuat kenyataan yang boleh dikatakan menipu? Yang jelas DAP tegas dan konsisten dalam percakapan mereka dan ramai orang  Islam juga lebih percaya apa yang diungkapkan Karpal Singh daripada Presiden PAS kerana beliau konsisten jarang menuduh media putar belit kenyataanya!.

Semakin hari Islam hilang serinya disebabkan sifat ulamak-ulamak yang mengejar kuasa politik..Bayangkan pandangan umum terhadap agama yang seharusnya mulia dan orang islam tidak harus berputar belit dalam percakapannya tetapi demi politi, islam entah kemana tetapi nafsu mengiringi mereka pada setiap percakapan mereka.

Pelik dengan apa yang sedang berlaku di PAS dan semakin kelam kabut pemimpin PAS untuk memastikan terus dilihat bersatu hati dengan DAP..retak menanti belah antara PAS & DAP..mungkin? 

Semakin berbelit belit setiap ungkapan pemimpin Islam kita seolah-olah Islam itu tidak akan berjaya didakwahkan tanpa sokongan politik orang bukan islam.!! Yang lebih padahnya bila terpaksa akur kepada kafir yang jelas menetang Islam dan kita pula mengatakan mereka menyokong Islam. Adakah kita pekak atau telah buta hati dalam minda kita dan lupa kepada Allah kerana kuasa politk dan nikmat dunia sebagai orang politik.

PAS perlu berjuang sendiri dan bukan denagn DAP & PKR. PAS akan lebih dihormati dan mampu menjadi alternatif terbaik bagi rakyat Malaysia dan dneagn tidak bersma DAP & PKT maka kuranglah juga putar belit dan lebih fokus kepada dakwah islam untuk rakyat Malaysia melalui perjuangan politiknya.  


Monday, 5 November 2012

Penghinaan terhadap Raja

Negara digemparkan lagi dengan kes penghinaan kepada Raja. Kali ini seorang lelaki berumur 27 tahun bernama Ahmad Abd Jalil ditahan untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Sekali lagi kes penghinaan ini melibatkan Sultan Johor. Persoalannya, mengapa asyik Sultan Johor dan kerabatnya sahaja yang menerima penghinaan? Selain daripada mencari salah orang lain, mungkin kerabat di-Raja Johor juga perlu melihat diri sendiri mengapa terdapat rakyat membenci mereka, bukan hanya satu kes, bukan dua, dan bukannya tiga!

Desas-desus mengatakan kes ini berkaitan dengan facebook seorang yang bernama Zul Yahya tetapi tidak dapat dipastikan kebenarannya. Untuk kes seperti Zul Yahya ini memang patut dihukum kerana ini adalah suatu bentuk penghinaan terlampau. 

Begitu juga dengan kes Aduka Taruna, walau pun sesetengah penyokong Pakatan Rakyat menganggap pemuda ini sebagai hero, penulis tetap mengatakan tulisannya yang menghina kemangkatan Almarhum Sultan Johor adalah suatu bentuk penghinaan terlampau.


Negara-negara maju yang mengamalkan sistem beraja dan kebebasan bersuara seperti di Netherlands juga mempunyai kanun keseksaan Crimen laesae-Majestatis yang boleh mendakwa mana-mana individu yang menghina ratu atau pasangannya. Pada tahun 2007, seorang lelaki bernama Regilio Amelo dikenakan denda €400 kerana menghina Ratu Beatrix dengan berkata "I hate your Queen, she is a whore". Dalam tahun yang sama, seorang wanita muda yang juga merupakan seorang wartawan ditangkap kerana memakai t-shirt yang tertulis "Beatrix is a whore".

Contoh-contoh di atas adalah penghinaan yang sememangnya layak untuk dihukum. Penulis dan Malaysian in Crisis juga sama sekali tidak bersetuju dengan pelakuan yang tidak melambangkan ketemadunan manusia seperti penghinaan dengan menggunakan bahasa yang menjijikkan kepada Raja-raja Melayu dan pemimpin. Selain daripada contoh penghinaan terlampau terhadap Raja-raja seperti di atas, kes memijak gambar YAB Perdana Menteri, kencing gambar YAB Menteri Besar Kelantan dan kes-kes seumpamanya juga tidak boleh diterima. Tanpa mengira ideologi politik, ini adalah sifat-sifat yang memalukan dan tiada langsung melambangkan sikap Melayu yang bersopan santun, padahal ke hulu ke hilir bercakap pasal perjuangan Melayu - tidak kira UMNO, PAS atau PKR!

Tetapi adakah komen Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai pembaziran membeli sekeping plat kenderaan bernombor WWW1 adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah siri-siri pembongkaran salah-laku Sultan Johor dan kerabatnya beserta bukti-bukti yang diberikan oleh Uncleseekers adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah pendedahan Peguam Kamal Hisham dalam blognya mengenai penipuan dalam pemberian harta pusaka Almarhum Sultan Iskandar oleh Sultan Ibrahim adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah pendedahan oleh Malaysia in Crisis mengenai salah-laku yang tidak mencerminkan kelakuan bakal seorang Ketua Agama Islam negeri Selangor adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah komen Dr. Asri seperti di bawah juga dianggap satu penghinaan kepada institusi beraja?



Jika jawapan anda adalah YA kepada persoalan-persoalan yang diajukan di atas, kemungkinan besar anda adalah manusia berjiwa feudal yang berfikiran ke belakang, jauh ke belakang dari pemikiran orang-orang Melayu yang hidup sebelum merdeka lagi.

Zaman sebelum merdeka lagi telah ada ramai rakyat yang menentang Raja-raja Melayu atas tindakan mereka yang membelakangkan kepentingan orang Melayu sendiri dan salah-laku yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Raja. Antara blog entry Cicit Daeng yang pernah menyentuh perkara ini ialah seperti Istana Johor sebenarnya menolak kemerdekaan! bertarikh 31 Ogos 2012, Merdeka vs Hidup Melayu bertarikh 27 Julai 2012, Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi'i bertarikh 23 Julai 2012 dan Klon Uncleseekers bertarikh 12 Julai 2012.

Diberikan petikan akhbar Kenchana bertarikh 1 Februari 1947 bertajuk 'Rakyat Jelata Melayu Jangan Dibodohkan Terus'. Rakyat kelas bawahan pada zaman tersebut telah menentang Raja melalui penulisan. Apa yang Raja salah, rakyat tegur. Adakah itu satu bentuk penghinaan? Tidak! Ini bukan satu penghinaan tapi perjuangan!  

Tetapi manusia zaman millenium ini berfikiran ke belakang. Jika memberi sebarang komen mengenai Raja, itu dikira satu penghinaan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan. Terdapat golongan rakyat terutamanya juak-juak di facebook Kesultanan Johor yang seakan bertuhankan Sultan. Pada mereka, Tuhan dan Nabi dihina tidak mengapa, jangan Sultan yang dihina!



"Kerajaan Inggeris, Raja-Raja Melayu dan orang-orang Besar Melayu patut sedar yang Rakyat Jelata Melayu masa ini bukan boleh disamakan seperti masa sebelum perang yang baharu lepas ini atau seperti orang Melayu zaman dahulu kala hanya menyerahkan nasibnya dan jiwa raganya kepada Raja-rajanya..." - petikan daripada Akhbar Kenchana bertarikh 1 Februari 1947


Akhbar Majlis, 9 Februari 1948

Bukan hanya rakyat kelas bawahan sahaja yang menentang Raja disebabkan kesalahan yang mereka lakukan, tetapi golongan elit yang menubuhkan UMNO juga menentang Raja-raja hingga lahirlah ungkapan "Raja itu Rakyat, Rakyat itu Raja"! 

Itu yang berlaku kira-kira 65 tahun dahulu. Rakyat pada zaman itu telah tahu apa sebenarnya maksud penghinaan. 20 tahun sebelum itu, Dato' Onn Jaafar telah menentang Sultan Sir Ibrahim kerana tindakan-tindakan baginda, antaranya mempergunakan askar Johor Military Force (JMF) sebagai buruh paksa untuk membina padang lumba kuda dan bekerja di ladang milik Sultan. Askar-askar ini dikerah menanam getah rambong kerana dikatakan harganya lebih mahal. Kemudian, apabila Sultan mendapat berita getah para adalah lebih mahal harganya, maka getah-getah rambong yang sedang tumbuh diminta cabut dan ditanam pula dengan benih getah para. Bukan sahaja berlaku kerahan tenaga malah ini adalah merupakan satu pembaziran. Jadi, adakah tindakan Dato' Onn Jaafar yang menentang tindakan Sultan Sir Ibrahim ini satu penghinaan?

Penentangan terhadap salah-laku Raja-raja Melayu terus berlaku selepas kemerdekaan dan antara penentangan terbesar ialah Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Imuniti Raja-raja. Walaupun media alternatif pro-Pakatan Rakyat mengatakan ini adalah penderhakaan terbesar UMNO kepada Raja-raja Melayu, tetapi sebenarnya itu hanya untuk mendapatkan mileage politik. Politik masa kini Malaysia dilihat sebagai politik yang tidak matang

Kekebalan atau imuniti Raja-raja dihapuskan adalah bersebab. Tetapi kerana ianya dipelopori oleh UMNO, maka ianya dilihat sebagai penderhakaan oleh pihak pembangkang. Di pihak UMNO pula terutama lembu-lembu Pemuda UMNO Johor, perkara sekecil tweet Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai bidaan plat bernombor WWW1 membawa kepada satu himpunan besar-besaran 'Menjunjung Kasih dan Taat Setia kepada Sultan Johor'. Tidak kira UMNO, PAS ataupun PKR, semuanya derhaka sana, derhaka sini tanpa melihat kepada isu sebenar.

Kesimpulan
Di negara kita pada zaman ini, apabila berlakunya pendedahan salah-laku Raja-raja, maka ianya dilihat sebagai satu bentuk penghinaan dan penderhakaan. Apabila laporan polis dibuat, sepantas kilat pasukan polis akan menyiasat dan menahan suspek. Keadaan yang berlaku hari ini adalah lebih teruk daripada apa yang berlaku di zaman 1990an di mana salah-laku Raja-raja dibincang secara terbuka di akhbar-akhbar tempatan dan kesalahan mereka juga ditegur. Walaupun penulis Cicit Daeng bukanlah menyokong sepenuhnya kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun beliau menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia, tetapi tindakan beliau dalam menghapuskan imuniti raja-raja disokong sepenuhnya. Perlu diingat, sebelum pindaan perlembagaan dibuat, Artikel 181(2) menyebut "no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity". Maka, terjadilah kes-kes pembunuhan dan memukul rakyat sesuka hati.

Filem kisah pembunuhan kedi oleh Sultan Johor dan Prebet Adam
Terdapat juga suara-suara untuk mengembalikan imuniti Raja-raja Melayu. Apa perlunya imuniti ini dikembalikan? Adakah supaya Raja-raja ini tidak boleh didakwa di Mahkamah Khas atas kesalahan peribadi? Adakah supaya Raja-raja ini boleh memberi pengampunan kepada diri sendiri atau kaum kerabatnya yang melakukan kesalahan jenayah? Dalam sejarah pernah berlaku kes pembunuhan oleh Tunku Mahkota Johor pada ketika itu, Tunku Mahmood Iskandar dan kemudiannya diampunkan oleh ayahandanya Sultan Ismail. Begitu juga kes pada tahun 1980an yang melibatkan Tunku Mahkota yang menembak mati seorang lelaki selepas bergaduh di kelab malam dan kemudiannya diampunkan oleh ayahandanya yang merupakan seorang Sultan. 

Adakah dengan mengembalikan imuniti Raja-raja maka rakyat akan menghormati kepada institusi beraja di negara ini? Persatuan Kerabat Diraja Kedah mendakwa dengan adanya imuniti maka isu persenda Raja-Raja Melayu tak mungkin timbul. Majlis Perundingan Melayu pula mendakwa jika imuniti raja-raja dikembalikan maka institusi beraja akan terus dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.

Suka penulis ingatkan, institusi beraja itu memang dihormati oleh rakyat. Itu antara prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Hormat yang dimaksudkan ialah selagi Raja itu menghormati rakyat, selagi itu rakyat akan menghormati Raja. Kerana hormat itu juga lah rakyat menegur salah-laku yang dibuat oleh Raja-raja supaya institusi beraja itu terus dihormati. Pendedahan Malaysia in Crisis mengenai kehidupan bebas dengan bergelumang arak oleh Raja Muda Selangor juga adalah supaya bakal Ketua Agama Islam negeri Selangor itu sedar tanggungjawab yang bakal dipikul olehnya suatu hari nanti. Segala teguran diberikan mungkin sesetengah manusia berjiwa feudal dan berfikiran berpuluh tahun ke belakang anggap ianya suatu penghinaan, tetapi hakikatnya supaya Raja-raja dan bakal Raja yang lain sedar dan seterusnya untuk menjadikan institusi beraja itu dihormati.



Izinkan penulis berkongsi komen seorang pembaca. Terima kasih diucapkan atas komen tersebut, penulis amat menghargainya. Dan izinkan penulis melontarkan satu persoalan. Adakah begitu mudah untuk terus menasihati Raja-raja Melayu ini atau dengan menggunakan wakil? Pernah berlaku peristiwa seorang wanita bernama Yasmin Mohd Yasin yang merupakan kekasih seorang Tunku Mahkota dipukul kerana mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Kepada siapa untuk mengadu nasib? Tiada satu pun balai polis di Johor yang sudi menerima laporan polis daripada mangsa. Kepada siapa lagi rakyat boleh mengadu jika polis pun tidak boleh diharap?



Menegur untuk Kemulian Sistem Beraja,




Friday, 2 November 2012

Pajakan Sabah



Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya raya. namun hakikatnya kehidupan kebanyakaan masyarakat disana tidak melambangkan kekayaan Sabah yang kaya dengan sumber aslinya.  

Jika kita bandingkan Brunei & Sabah atau Sarawak, sememangnya kehidupan rakyat di Sabah, Sarawak jauh bezanya. Kenapa Sabah , Sarawak dibandingkan dengan Brunei? Borneo merupakan kepulauan yang kaya dengan hasil minyak dan sebagainya. Ini tidak dapat dinafikan  dan kita rakyat Malaysia juga sedia maklum kekayaan sumber petroleum Sabah & Sarawak yang memainkan peranan penting dalam urusan ekonomi negara Malaysia.

Tetapi benarkah apa yang kita miliki dari Sabah adalah sebenarnya milik Malaysia?

Banyak pertikaian dan pendapat yang menunjukkan pelbagai pihak telah menuntut Sabah dari Malaysia. Dan ini mewujudkan tanda tanya kenapa ianya berlaku? Mudah jawapanya kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil petroleum.



Adakah sebenarnya Sabah itu milik Malaysia? Jika benar kenapa pula Kedutaan Malaysia harus membuat bayaran kepada Kesultanan Sulu? Beberapa bahan bukti yang wujud yang menunjukkan kebenaran pembayaran kepada kesultanan sulu adalah seperti berikut:-


Jika dokumen bayaran diatas & dibawah adalah benar, maka Sabah bukan milik Malaysia dan membuktikan wujudnya pemilik yang sah terhadap Sabah.


Adakah selama ini hasil bumi Sabah yang diambil oleh Malaysia tidak sah? atau sebenarnya ianya merupakan penjajahan terhadap mereka yang lemah dan tidak mampu bertindak dan dengan itu hak mereka terus dinafikan.



Apakah jawapan Kedutaan Besar Malaysia di Philipines terhadap dokumen-dokumen ini? Adakah benar Sabah sebuah negeri yang boleh dikatakan dipajak dan bukanya milik Malaysia.

Tiada bezanya kisah penjajahan British pada zaman sebelum kemerdekaan, dimana raja-raja melayu diberikan bayaran dan hasil bumi Malaysia dikeluarkanoleh British bagi membangunkan negara mereka.



Jika benar kedutaan masih terus membayar "fees" kepada Kesultanan Sulu maka sememangnya Malaysia juga merupakan negara penjajah yang sedang menjajah Sabah.Kenyataan ini mungkin agak berat tetapi adalah realiti jika kita Malaysia benar membuat bayaran kepada Kesultanan Sulu sehingga hari ini.

Jika rujuk kenyataan Kesultanan Sulu jelas menunjukkan sejarah yang tersurat dan bagaimana Sabah jatuh ke tangan Malaysia.

SABAH IS AN ISSUE BETWEEN LESSOR LANDLORD
(THE SULTAN OF SULU)
AND ILLEGAL TENANT (MALAYSIA)




Sabah or North Borneo and the island of Palawan including Spratly islands were bestowed as gifts eternal to the Sultan of Sulu by the Sultan of Brunei in 1658 in gratitude for the military assistance of the Sultan of Sulu to avert a civil war in Borneo. Thus, since that time, Sabah became a property of the Sultan of Sulu and the Sultanate of Sulu. Sabah's problem is that illegal Tenant Squatter (Malaysia) squatted on the property and sovereign patrimony of the Sultan of Sulu the original Owner of Sabah since 1658 to this day

In 1878, HM Sultan Jamalul Ahlam Kiram (The Sultan of Sulu & The Sultan of Sabah), as the legitimate owner, leased Sabah to a British company of Gustavus Baron de Overbeck and Alfred Dent for their use and their heirs for an amount of 5,000 Mexican dollars or 5,000 pieces of 8 in gold per year (which is equivalent to over US$20 million today per year) but this Perpetual Lease prohibits the transfer of Sabah to any nation, company or individual without the consent of His Majesty's Government (“Government of the Sultan of Sulu”). The transfer of Sabah by Great Britain to Malaysia in 1963 constituted a “breach” of the provisions of the 1878 Lease as the Government of the Sultan of Sulu did not consent to the transfer to Malaysia. As a point in law, Sabah must and should be returned to the Lessor or owners; i.e., the Sultan of Sulu and the Sultanate of Sulu.

”Perpetual Lease” means that the lease or rental agreement was not eternal but it was only “perpetual” or continuous to the original lessees or renters for as long as the Original Lessees were alive but de Overbeck and the 2 Dent Brothers were long dead so this Perpetual Lease no longer existed thus Sabah should revert and should be returned to the Sultan of Sulu as Lessor Landlord Owner and should NOT be illegally occupied by Malaysia.

Jika kita lihat apa yang berlaku kpada Pulau Batu Putih yang akhirnya diserahkan kepada Singapura, maka tidak mustahil jika suatu hari nanti Sabah pula menjadi satu peristiwa sejarah untuk dukembalikan kepada pemilik dan rakyat Sabah demi memerdekakan mereka jika benar Malaysia mengambil segala hasil bumi dan kekayaan Sabah milik rakyatnya dengan hanya membayar kadar "fees" yang dinyatakan dalam surat kedutaan Malaysia.

Tragedi Pulau Batu Putih masih segar dalam ingatan kita dan akhirnya Malaysia berputih mata melihat hilanganya Pulau Batu Putih dari Peta Malaysia.

Adakah Malaysia juga akan akhirnya hilang pemilikan Sabah dan terkeluar Sabah dari peta Malaysia.?


Pada saat diumumkan Sabah bukan milik Malaysia, adakah Menteri atau wakil kerajaan bakal mengeluarkan kenyataan yang sama seperti isu Pulau Batu Putih:-

"Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim 
menyifatkan keputusan itu sebagai "menang-memang"