Showing posts with label Royalty around the World. Show all posts
Showing posts with label Royalty around the World. Show all posts

Monday, 5 November 2012

Penghinaan terhadap Raja

Negara digemparkan lagi dengan kes penghinaan kepada Raja. Kali ini seorang lelaki berumur 27 tahun bernama Ahmad Abd Jalil ditahan untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Sekali lagi kes penghinaan ini melibatkan Sultan Johor. Persoalannya, mengapa asyik Sultan Johor dan kerabatnya sahaja yang menerima penghinaan? Selain daripada mencari salah orang lain, mungkin kerabat di-Raja Johor juga perlu melihat diri sendiri mengapa terdapat rakyat membenci mereka, bukan hanya satu kes, bukan dua, dan bukannya tiga!

Desas-desus mengatakan kes ini berkaitan dengan facebook seorang yang bernama Zul Yahya tetapi tidak dapat dipastikan kebenarannya. Untuk kes seperti Zul Yahya ini memang patut dihukum kerana ini adalah suatu bentuk penghinaan terlampau. 

Begitu juga dengan kes Aduka Taruna, walau pun sesetengah penyokong Pakatan Rakyat menganggap pemuda ini sebagai hero, penulis tetap mengatakan tulisannya yang menghina kemangkatan Almarhum Sultan Johor adalah suatu bentuk penghinaan terlampau.


Negara-negara maju yang mengamalkan sistem beraja dan kebebasan bersuara seperti di Netherlands juga mempunyai kanun keseksaan Crimen laesae-Majestatis yang boleh mendakwa mana-mana individu yang menghina ratu atau pasangannya. Pada tahun 2007, seorang lelaki bernama Regilio Amelo dikenakan denda €400 kerana menghina Ratu Beatrix dengan berkata "I hate your Queen, she is a whore". Dalam tahun yang sama, seorang wanita muda yang juga merupakan seorang wartawan ditangkap kerana memakai t-shirt yang tertulis "Beatrix is a whore".

Contoh-contoh di atas adalah penghinaan yang sememangnya layak untuk dihukum. Penulis dan Malaysian in Crisis juga sama sekali tidak bersetuju dengan pelakuan yang tidak melambangkan ketemadunan manusia seperti penghinaan dengan menggunakan bahasa yang menjijikkan kepada Raja-raja Melayu dan pemimpin. Selain daripada contoh penghinaan terlampau terhadap Raja-raja seperti di atas, kes memijak gambar YAB Perdana Menteri, kencing gambar YAB Menteri Besar Kelantan dan kes-kes seumpamanya juga tidak boleh diterima. Tanpa mengira ideologi politik, ini adalah sifat-sifat yang memalukan dan tiada langsung melambangkan sikap Melayu yang bersopan santun, padahal ke hulu ke hilir bercakap pasal perjuangan Melayu - tidak kira UMNO, PAS atau PKR!

Tetapi adakah komen Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai pembaziran membeli sekeping plat kenderaan bernombor WWW1 adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah siri-siri pembongkaran salah-laku Sultan Johor dan kerabatnya beserta bukti-bukti yang diberikan oleh Uncleseekers adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah pendedahan Peguam Kamal Hisham dalam blognya mengenai penipuan dalam pemberian harta pusaka Almarhum Sultan Iskandar oleh Sultan Ibrahim adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah pendedahan oleh Malaysia in Crisis mengenai salah-laku yang tidak mencerminkan kelakuan bakal seorang Ketua Agama Islam negeri Selangor adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah komen Dr. Asri seperti di bawah juga dianggap satu penghinaan kepada institusi beraja?



Jika jawapan anda adalah YA kepada persoalan-persoalan yang diajukan di atas, kemungkinan besar anda adalah manusia berjiwa feudal yang berfikiran ke belakang, jauh ke belakang dari pemikiran orang-orang Melayu yang hidup sebelum merdeka lagi.

Zaman sebelum merdeka lagi telah ada ramai rakyat yang menentang Raja-raja Melayu atas tindakan mereka yang membelakangkan kepentingan orang Melayu sendiri dan salah-laku yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Raja. Antara blog entry Cicit Daeng yang pernah menyentuh perkara ini ialah seperti Istana Johor sebenarnya menolak kemerdekaan! bertarikh 31 Ogos 2012, Merdeka vs Hidup Melayu bertarikh 27 Julai 2012, Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi'i bertarikh 23 Julai 2012 dan Klon Uncleseekers bertarikh 12 Julai 2012.

Diberikan petikan akhbar Kenchana bertarikh 1 Februari 1947 bertajuk 'Rakyat Jelata Melayu Jangan Dibodohkan Terus'. Rakyat kelas bawahan pada zaman tersebut telah menentang Raja melalui penulisan. Apa yang Raja salah, rakyat tegur. Adakah itu satu bentuk penghinaan? Tidak! Ini bukan satu penghinaan tapi perjuangan!  

Tetapi manusia zaman millenium ini berfikiran ke belakang. Jika memberi sebarang komen mengenai Raja, itu dikira satu penghinaan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan. Terdapat golongan rakyat terutamanya juak-juak di facebook Kesultanan Johor yang seakan bertuhankan Sultan. Pada mereka, Tuhan dan Nabi dihina tidak mengapa, jangan Sultan yang dihina!



"Kerajaan Inggeris, Raja-Raja Melayu dan orang-orang Besar Melayu patut sedar yang Rakyat Jelata Melayu masa ini bukan boleh disamakan seperti masa sebelum perang yang baharu lepas ini atau seperti orang Melayu zaman dahulu kala hanya menyerahkan nasibnya dan jiwa raganya kepada Raja-rajanya..." - petikan daripada Akhbar Kenchana bertarikh 1 Februari 1947


Akhbar Majlis, 9 Februari 1948

Bukan hanya rakyat kelas bawahan sahaja yang menentang Raja disebabkan kesalahan yang mereka lakukan, tetapi golongan elit yang menubuhkan UMNO juga menentang Raja-raja hingga lahirlah ungkapan "Raja itu Rakyat, Rakyat itu Raja"! 

Itu yang berlaku kira-kira 65 tahun dahulu. Rakyat pada zaman itu telah tahu apa sebenarnya maksud penghinaan. 20 tahun sebelum itu, Dato' Onn Jaafar telah menentang Sultan Sir Ibrahim kerana tindakan-tindakan baginda, antaranya mempergunakan askar Johor Military Force (JMF) sebagai buruh paksa untuk membina padang lumba kuda dan bekerja di ladang milik Sultan. Askar-askar ini dikerah menanam getah rambong kerana dikatakan harganya lebih mahal. Kemudian, apabila Sultan mendapat berita getah para adalah lebih mahal harganya, maka getah-getah rambong yang sedang tumbuh diminta cabut dan ditanam pula dengan benih getah para. Bukan sahaja berlaku kerahan tenaga malah ini adalah merupakan satu pembaziran. Jadi, adakah tindakan Dato' Onn Jaafar yang menentang tindakan Sultan Sir Ibrahim ini satu penghinaan?

Penentangan terhadap salah-laku Raja-raja Melayu terus berlaku selepas kemerdekaan dan antara penentangan terbesar ialah Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Imuniti Raja-raja. Walaupun media alternatif pro-Pakatan Rakyat mengatakan ini adalah penderhakaan terbesar UMNO kepada Raja-raja Melayu, tetapi sebenarnya itu hanya untuk mendapatkan mileage politik. Politik masa kini Malaysia dilihat sebagai politik yang tidak matang

Kekebalan atau imuniti Raja-raja dihapuskan adalah bersebab. Tetapi kerana ianya dipelopori oleh UMNO, maka ianya dilihat sebagai penderhakaan oleh pihak pembangkang. Di pihak UMNO pula terutama lembu-lembu Pemuda UMNO Johor, perkara sekecil tweet Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai bidaan plat bernombor WWW1 membawa kepada satu himpunan besar-besaran 'Menjunjung Kasih dan Taat Setia kepada Sultan Johor'. Tidak kira UMNO, PAS ataupun PKR, semuanya derhaka sana, derhaka sini tanpa melihat kepada isu sebenar.

Kesimpulan
Di negara kita pada zaman ini, apabila berlakunya pendedahan salah-laku Raja-raja, maka ianya dilihat sebagai satu bentuk penghinaan dan penderhakaan. Apabila laporan polis dibuat, sepantas kilat pasukan polis akan menyiasat dan menahan suspek. Keadaan yang berlaku hari ini adalah lebih teruk daripada apa yang berlaku di zaman 1990an di mana salah-laku Raja-raja dibincang secara terbuka di akhbar-akhbar tempatan dan kesalahan mereka juga ditegur. Walaupun penulis Cicit Daeng bukanlah menyokong sepenuhnya kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun beliau menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia, tetapi tindakan beliau dalam menghapuskan imuniti raja-raja disokong sepenuhnya. Perlu diingat, sebelum pindaan perlembagaan dibuat, Artikel 181(2) menyebut "no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity". Maka, terjadilah kes-kes pembunuhan dan memukul rakyat sesuka hati.

Filem kisah pembunuhan kedi oleh Sultan Johor dan Prebet Adam
Terdapat juga suara-suara untuk mengembalikan imuniti Raja-raja Melayu. Apa perlunya imuniti ini dikembalikan? Adakah supaya Raja-raja ini tidak boleh didakwa di Mahkamah Khas atas kesalahan peribadi? Adakah supaya Raja-raja ini boleh memberi pengampunan kepada diri sendiri atau kaum kerabatnya yang melakukan kesalahan jenayah? Dalam sejarah pernah berlaku kes pembunuhan oleh Tunku Mahkota Johor pada ketika itu, Tunku Mahmood Iskandar dan kemudiannya diampunkan oleh ayahandanya Sultan Ismail. Begitu juga kes pada tahun 1980an yang melibatkan Tunku Mahkota yang menembak mati seorang lelaki selepas bergaduh di kelab malam dan kemudiannya diampunkan oleh ayahandanya yang merupakan seorang Sultan. 

Adakah dengan mengembalikan imuniti Raja-raja maka rakyat akan menghormati kepada institusi beraja di negara ini? Persatuan Kerabat Diraja Kedah mendakwa dengan adanya imuniti maka isu persenda Raja-Raja Melayu tak mungkin timbul. Majlis Perundingan Melayu pula mendakwa jika imuniti raja-raja dikembalikan maka institusi beraja akan terus dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.

Suka penulis ingatkan, institusi beraja itu memang dihormati oleh rakyat. Itu antara prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Hormat yang dimaksudkan ialah selagi Raja itu menghormati rakyat, selagi itu rakyat akan menghormati Raja. Kerana hormat itu juga lah rakyat menegur salah-laku yang dibuat oleh Raja-raja supaya institusi beraja itu terus dihormati. Pendedahan Malaysia in Crisis mengenai kehidupan bebas dengan bergelumang arak oleh Raja Muda Selangor juga adalah supaya bakal Ketua Agama Islam negeri Selangor itu sedar tanggungjawab yang bakal dipikul olehnya suatu hari nanti. Segala teguran diberikan mungkin sesetengah manusia berjiwa feudal dan berfikiran berpuluh tahun ke belakang anggap ianya suatu penghinaan, tetapi hakikatnya supaya Raja-raja dan bakal Raja yang lain sedar dan seterusnya untuk menjadikan institusi beraja itu dihormati.



Izinkan penulis berkongsi komen seorang pembaca. Terima kasih diucapkan atas komen tersebut, penulis amat menghargainya. Dan izinkan penulis melontarkan satu persoalan. Adakah begitu mudah untuk terus menasihati Raja-raja Melayu ini atau dengan menggunakan wakil? Pernah berlaku peristiwa seorang wanita bernama Yasmin Mohd Yasin yang merupakan kekasih seorang Tunku Mahkota dipukul kerana mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Kepada siapa untuk mengadu nasib? Tiada satu pun balai polis di Johor yang sudi menerima laporan polis daripada mangsa. Kepada siapa lagi rakyat boleh mengadu jika polis pun tidak boleh diharap?



Menegur untuk Kemulian Sistem Beraja,




Monday, 15 October 2012

Sultan TEGUR Anakanda


Untukmu duhai anakanda...

  
Jika ini peringatan untuk seorang ahli politik, bagaimana pula peringatan yang harus diterima seorang yang mengkhianati rakyat yang mempercayanya untuk melindungi Agama Islam & Masyarakat Melayu?

 "Daun tetap di atas dulang,
  Anak udang mati dituba,
Dalam kitab ada terlarang,
  Perbuatan haram jangan dicuba"

"Anak ayam turun sembilan,
  Mati seekor tinggal lapan,
Duduk berdoa kepada Tuhan,
  Minta jalan kebenaran"


Mari kita sama-sama menilai setiap ungkapan teguran Sultan Selangor dalam titahnya dan mungkin ditujukan khas buat anakanda baginda . Setiap yang dikatakan tepat kena ke muka Raja Muda Selangor tetapi sayang segalanya disembur ke muka anak-anak yang tidak berdosa tetapi terus ditegur kerana angin perubahan desakan rakyat dalam memastikan pemimpin mendahulukan Agama Islam & Rakyat.

TITAH DIRAJA

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya tidak terpengaruh dengan tuntutan kebebasan bersuara yang diperjuangkan segolongan pihak yang hanya mementingkan ideologi politik.

Persoalan Rakyat
Bagaimana pula dengan kebebasan hidup dua alam & siang malam dengan arak dan maksiat? Apakah politik menyuruh kita bersifat demikian atau politk pada era ini menuntut pemimpin bersikap lebih pro-rakyat dan memastikan keperluan dan kemahuan rakyat diberikan perhatian bukan kepentingan diri mereka. Bukankah segala yang telah didedahkan (banyak lagi yang masih belum didedahkan)  ini juga terpengaruh dengan kebebasan memilih antara yang baik dan buruk. Bila nak ditegur dan minta permohonan maaf kepada rakyat kerana mengkhianati kepercayaan rakyat. Agak pelik juga kenapa berjuta manusia mendoakan mereka tetapi masih melakukan hal sedemikian rupa.

Tertulis dengan jelas, tidakkah ini jijik mengikut  nilai-nilai masyarakat Islam & Melayu?

Andai segalanya didedahkan,maka hilang lah segala keunikan Institusi Diraja. Ianya bukan terhenti disini kerana sudah sampai masa untuk rakyat menilai dan rakyat dinilai kesetiaanya kepada sistem diraja. Tetapi masanya telah tiba untuk rakyat menilai kesetiaan sistem diraja terhadap rakyatnya.

TITAH DIRAJA

"Beta berharap ilmu yang dipelajari dijadikan panduan dan pedoman untuk berjaya dengan cemerlang tanpa mengorbankan nilai-nilai yang menjadi teras masyarakat di negara ini," titah baginda pada majlis Konvokesyen UPM ke-36 di Serdang hari ini.

 Persoalan Rakyat
Nilai jati diri dan akidah islam dikorbankan sama sekali. Berani melakukan pelbagai perbuatan yang jelas menyalahi hukum agama dan apatah lagi nilai-nilai yang menjadi teras masyarkat Islam dan Melayu Malaysia.Belajar hingga keluarga negara dan akhinrya segala nilai diri tergadai dan di Malaysia juga bersifat sedemikian rupa di Hard Rock Cafe yang mereka milikinya. Tidak adakah perasan malu apabila menyedari diri itu sebagai Ketua Agama Islam dan rakyat melihat dan menjunjung tinggi diri mereka kerana percaya mereka bersifat terpuji tetapi hakikatnya bersifat keji dan jijik. 

TITAH DIRAJA

 "Justeru para graduan perlu sentiasa mencintai dan menjaga nama baik UPM di mana sahaja mereka berada walaupun selepas tamat pengajian," titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah mahasiswa dan juga alumni UPM perlu mempunyai jiwa dan semangat patriotik yang tinggi kepada negara dan tidak sewenang-wenangnya mempermainkan kedaulatan negara mahupun melakukan perkara yang boleh menjejaskan imej negara.

 
Persoalan Rakyat
Siapa pula yang tidak menjaga nama baik istana dan negeri dan negara? Yang lebih mengaibkan siapakah mereka yang tidak menjaga diri selaku Ketua Agama Islam? Tidak malukah kita umat islam yang memiliki Ketua Agama Islam sedemikian rupa dan mahukah bangsa & agama lain menghomrati Islam? Mampukah mereka ini berkata demi Islam dihadapan agama lain apabila mereka tahu akan sikap mereka yang sebenarnya tidak mengikut kehidupan seorang Islam?  

 TITAH DIRAJA

Baginda juga mengingatkan mahasiswa supaya tidak terlibat dalam gejala negatif seperti rasuah, tidak amanah dan menyalahgunakan kuasa yang secara tidak langsung boleh menjatuhkan imej universiti.




Persoalan Rakyat
JIka imej univeristi itu sendiri dinasihatkan untuk dijaga, bagaimana pula imej Instutusi Diraja? Imej selaku Ketua Agama Islam? dan Imej selaku pemimpin. Begitu juga kenapa berani menggadaikan imej dan maruah selaku seorang Islam? Anak-anak ini tidak seburuk mana untuk terus diperlekehkan dengan nasihat demi nasihat tetapi nasihat seharusnya diberikan pada mereka yang sebenarnya harus dinasihati.JIka seorang rakyat Islam minum arak,dengan mudah kami dihukum dan dipertontonkan kepada umum dan menjadikan kami manusia terkeji. Bagaimana pula denagn segala yang berlaku di Istana dan sifat setiap kerabat diraja yang lebih buruk dari kami dan mereka terlepas dari segala hukuman dan tidak malukah untuk terus merasakan diri lebih baik dari mereka yang ditangkap dan dihukum oleh Jabaan Agama Islam.  


Adalah harus setiap rakyat mentaati pemimpinya dan lebih berat untuk untuk seorang pemimpin bersifat terpuji dan tidak mengkhianati rakyatnya. Institusi diraja harus dijaga jika ianya menjaga rakyatmya dan begitu juga kesetiaan rakyat tiada sempadan, tetapi kesetian seorang raja terhadap amanat yang dipikulnya sering terpalik dengan pelbagai kontrovasi yang berpunca dari sikap dan keperibadian yang tidak dimahukan oleh rakyat & agama Islam.

Wednesday, 10 October 2012

Raja Pondan III


BUKAN PELANDUK DUA SERUPA

Artikel Raja Pondan II telah disahkan bukan Photoshop, Bukan Cut & Paste, Bukan Pelanduk Dua Serupa. Antara komen pembaca yang mempersoalkan kebenaran gambar-gambar tersebut akhirnya terjawab sendiri daripada perang siber bermula antara kumpulan pembaca yang mungkin rakan dan dari pihak istana.

Gambar terkini untuk terus dinilai keperibadian seorang Raja..

Manjanya dia...untung si jejaka itu kerana rakyat Selangor sendiri belum pernah merasa ciuman seorang Sultan.

Mereka mula berperang di alam siber, kita nantikan kesudahan perang siber mereka dan pastinya lebih banyak aib yang mereka buka untuk kita sama sama menilai institusi diraja ini.

Siapakah Kelvin? Siapa yang  mengkhianati Istana Selangor dan apa kaitan mereka dengan Istana.



Ini pesta apa pulak? semua nampak lalok je..arak kegemaran mereka!!

Banyak lagi ke adegan mereka ini yang disebut oleh rakan mereka sendiri.Mereka resah kewujudan bukti yang bakal dilihat oleh rakyat mereka... Apa kena mengena "doing good service" untuk masyarakat orang melayu? Adakah mereka seharusnya mahukan orang melayu tidak mengetahui perihal mereka sebenarnya..

Apa jadi lepas sessi minum diatas?Kenapa Ketua Agama Islam jadi macam ini? Memang betullah banyak lagi aksi-aksi yang mereka takut rakyat lihat agaknya
 
Garangnya bunyi mereka sehingga ke tahap bahasa yang kesat bunyinya.


Apa pula kaitan Christian MPs dalam hal seperti ini?

Harap mereka terus membuka cerita yang nampak semakin rancak antara mereka.

Rakyat pun istihar perang jugak ke? Alamak..betulke rakyat Selangor tak nak dia sebagai Sultan? 


 
Kita pula dikatanya STUPID, sedangkan mereka bersifat buta agama.Makin ketara pula masalah anak-anak diraja dan istana dengan air kencing syaitan. Kalau ada bukti emailkan pada kami dan boleh dikongsi bersama untuk penialian rakyat jelata.

Setiap Seorang Dapat Champagne tu..Sayangnya Ketua Agama Islam Kita Pada Champagne. Kalau tengah cium Al-Quran pun boleh lah kita banggakan..ini sayang FREE CHAPAGNE DUIT RAKYAT BAGI SEORANG SATU.
 
 Patutlah komen rakyat persoalkan belanja mereka..

 

Agaknya..ini "Partner In Crime". Dia nampaknya tahu dimama segalanya berlaku..Rakan menikam belakang pula jadinya, semakin banyak fakta kejadian dikemukakan.

 
Hmmm..ada juga yang menjawab dan berani pula kata bukan duit kita so apa kita peduli? Lupakah mereka bahawa hasil cukai adalah pemberian rakyat kepada sultan. Mereka hidup dengan subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan yang datangnya dari cukai yang dibayar oleh rakyat.


Institusi diraja adalah unik dan dihormati. Rakyat sebarnya menghormati Sultan dan tidak pernah kita hilang rasa hormat kepada mereka. Tetapi mereka pula tidak langsung menghormati rakyat sehinga pelbagai sifat keji mereka lakukan walaupun kita rakyat tidak pernah bersifat keji terhadap mereka.



Ini pula tempias untuk UMNO..peranan media UMNO..nasib baik bukan anak Anwar Ibrahim. Kes video Nurul Izah kecoh je lebih sampai sekarang pun tiada khabar berita..



PKR apa ceritia, saudara MB berani ke membuat kenyataan demi rakyat memandagkan PKR semuanya untuk rakyat.Apa yang mampu mereka buat untuk rakyat dalam hal ini?




Apa kesudahan cerita kedai kopi PAS ni..hmmm ini komen orang PAS sendiri.Apasal main cakap belakang, berdepanlah je dengan Sultan negeri pentadbiran tuan.

Sokongan LGBT agaknya yang ini.Tidak salah dikatanya menjadi LGBT hak peribadi..




Ini pula respon seorang rakyat berjiwa raja..katanya kita tukar sahaja. Ada calon yang lebih berkaliber ke?


Sunday, 7 October 2012

Raja Pondan II



Mungkinkah ini seorang Raja Melayu atau Ketua Agama Islam Negara?
Rakyat Malaysia bergama Islam mengecam pelbagai unsur LGBT yang cuba mempengaruhi sosial masyarakat secara amnya. Pelbagai usaha dan pendekatan diambil bagi memastikan unsur LGBT ini tidak terus dipengaruhi generasi muda. Garis panduan mengenal pasti  LGBT juga pernah dikeluarkan walaupun ianya tidak diperakui oleh pihak kementerian tetapi hakikatnya LGBT merupakan suatu yang "taboo" bagi Negara Islam seperti Malaysia.

"KAMI BERSYUKUR BOLEH MENCIPTA SEJARAH DI MALAYSIA"

Jika bersifat Gay itu sendiri adalah sesuatu yang yang jijik bagi bagi masyrakat Islam dan kita sering runsing akan perkembangan pengaruh ini di kalangan generasi muda.Umat Islam amat tidak suka sifat seorang gay ini kerana kita diajar dalam Al Quran bagaimana umat Nabi Luth menerima bala dan sudah pastinya kita juga sedar ianya sifat yang dikeji oleh Allah SWT.

Pelbagai bukti terus diceritakan akan perihal umat Nabi Luth ini yang sekarang ini kita lebih mengenali mereka dengan nama lebih menarik iaitu kumpulan LBGT dan mereka tidak dikenali lagi sebagai umat Nabi Luth. Apakah kesudahan nasib Umat Nabi Luth?



Namaku AMIR

Tetapi pernahkah kita terfikir apa pula reaksi kita apabila Ketua Agama Islam juga meminati aksi dan sifat seorang gay? Ada juga manusia yang tidak LGBT tetapi mungkin juga mereka meminati aksi-aksi LGBT dan akhirnya mereka mencuba aksi itu dengan penuh perasaan. Adakah ini petanda kearah LGBT kerana mencuba aksi mereka? Mungkin petunjuk ini mampu memberi kita sedikit panduan..

Pertubuhan seperti JATI & PERKASA yang dengan lantang mengkritik pelbagai  program program LGBT adalah sikap yang harus dipuji.. Kerana mereka inilah yang berani mempertahankan konsep Islam, Melayu & Raja.Begitu juga golongan ulamak parti politik, Majlis Agama Islam dan sebagainya dan mereka terus berjihad menentang LBGT kerana pengajaran dari musibah mala-petaka umat Nabi Luth.
Tetapi beranikah mereka berjuang demi Islam, Melayu & Raja bagi memastikan ianya tidak dicemari anasir Arak,Maksiat & sifat LGBT? Beranikah mereka menghimpunkan umat Islam & Melayu dalam menuntut seorang raja yang betul-betul bersifat seorang Islam & Melayu sahaja dijunjung martabatnya sebagai seorang Raja?


Banyak NGO Islam di Malaysia yang jelas menentang LGBT, tetapi dalam masa yang sama Raja kita pula meminati kasi LGBT..



Memiliki institusi diraja adalah sesuatu yang unik. Banyak negara memiliki sistem diraja namun setiap raja itu harus hidup mengikut budaya dan agama mereka kerana mereka lambang umat negara tersebut. Begitu juga di Malaysia, institusi diraja adalah sesuatu yang unik namun memiliki seorang raja yang yang tidak mencerminkan keperibadian yang baik ini lah yang merosakan institusi diraja itu sendiri. Seharusnya raja menghayati sifat yang dikehendaki oleh Allah SWT dan menabur bakti kepada rakyat bukan sebaliknya.

Ini adalah beberapa koleksi gambar majlis suka ria diraja yang menggayakan gaya-gaya LGBT dan menariknya adalah Ketua Agama Islam/Raja Melayu nampak amat suka pada gaya-gaya LGBT. Bayangkan, jika mereka ini hadir ke masjid dalam majlis perasmian dengan gaya sepeeri itu? 

Seperti dijanjikan inilah pendedahan Raja yang menghayati jiwa LGBT...dan kita pula terus menghayati Raja yang memkhianati Agama & Bangsa..


Beranikah Majlis Agama Islam, Persatuan Ulamak & Mufti menegur dan mengkritik sifat ini demi menjaga nama baik Islam dan tidak malukah merekah berketuakan Ketua Agama Islam yang melakukan segala maksiat dan mereka menjunjung duli dan perkenan dalam segala urusan berkaitan Islam di bumi Malaysia.


Gaya LGBT  dijiwai dengan penuh perasaan..


Gambar ini terpaksa di "edit" kerana nampak bahagian sulit..
Aksi ciuman yang memalukan Islam oleh Ketua Agama Islam


"Menjilat seorang lelaki juga dengan air arak disimbah pada perut lelaki tersebut"
Aksi-aksi bersama rakan rakan..wanita sesama wanita..




Arak juga kegemaran mereka...



Apalah nasib apabila manusia seperti ini diangkat sebagai Ketua Agama Islam atau suatu hari nanti bakal menjadi Yang Dipertuan Agong. Kita akan mendaulatkan mereka dengan sembah takzim dan puji pujian yang melangit tetapi mereka inilah memiliki sifat jijik yang kita tidak ketahui kecuali kebenaran terus dipaparkan demi memastikan mereka berubah atau rakyat akan mengubah segalanya.

Seharusnya seorang raja itu bersifat dengan sifat-sifat yang mulia di sisi agama dan bangsanya bukan sebaliknya. Adakah salah jika rakyat bersura menentang sifat keji mereka dan ini tidak bermaksud Malaysia kearah republik. Kita tidak harus terus menjadi hamba sistem diraja kerana kita berhak bersuara.  

Seorang raja yang bersifat mulia harus dipatuhi dan raja yang menzalimi dan mengkhianati kepercayaan rakyat dan agamanya tidak harus dibiarkan kerana mereka manusia yang bertopeng dihadapan rakyatnya.
Lihatlah kebenaran yang pahit untuk ditelan tetapi inilah mereka dibelakang rakyat yang sentiasa mendoakan dan menjunjung mereka sebagai seorang raja.