Saturday, 10 November 2012

Sultan Hina Rakyat



Isu menghina raja adalah isu panas di Malaysia pada masa ini dan sesiapa menghina sultan diperlakukan seperti satu kesalahan jenayah. 

DITANGKAP MENGHINA SULTAN
Digari, ditangkap,dikurung, didera mental dan rakyat kena merasai kehidupan di lokap hanya kerana menegur atau mengatakan sesuatu terhadap mereka.Jika terlepas satu tuduhan maka dituduh pula denagn tuduhan yang lain.

DITANGKAP MENGHINA SULTAN

Siapa pula selepas ini?


Adakah komen Dr Maza diatas boleh dikatakan menghasut rakyat bangkit menentang raja?

Kenapa harus ditangkap seperti seorang penjenayah, bukankah undang-undnag membenarkan mereka untuk saman malu dan tidak perlu bersusah payah meminta pengakuan bersalah dari orang yang ditangkap kerana mahkamah akan memutuskan jika benar berlaku penghinaan dan akhirnya perlu membayar ganti rugi dan sebagainya kepada orang yang kena hina.

Sultan Johor & TMJ


Agak menghairankan, bila tuan empunya badan (Sultan & pihak istana) tidak membuat laporan polis rasa terhina  tetapi yang membuat laporan polis adalah mereka rakyat yang merasakan dirinya berdarah raja. Seharusnya jika benar sultan itu rasa terhina, seharusnya dia sendiri yang membuat laporan polis.
 





Adakah dikatakan menghina sultan apabila kita katakan bahawa sultan dan kerabat hidup dengan subsidi rakyat?


Hakikatnya, memang benar Sultan & kerabatnya hidup dengan hasil kekayaan negeri tanpa perlu berusaha keras seperti rakyat. Bukan penulis cemburu terhadap sultan tetapi kenapa pula harus anak bini mereka juga diajar dengan sifat hidup dengan subsidi kerajaan yang mana ianya duit rakyat? 
 
Berapa banyak hasil balak, cukai , projek kerajaan, dan apa jua kekayaan yang mereka perolehi hanya dengan gelaran sebagai sultan, Ini tidak termasuk kaum kerabat dan suku sakat mereka. Jika dipersoalkan, mereka katakan diri mereka kaya sejak dulu lagi tetapi masih juga mahukan elaun bulanan, mahukan subsidi kerajaan, mahukan projek kerajaan untuk kaum kerabat dan seterunya.

Projek Kerajaan Untuk Kaum Kerabat Istana
Berbalik kepada tajuk artikel kali ini Sultan Hina Rakyat, jika kita ungkapkan persoalan diatas maka dengan pantas kita dikatakan mempersoalkan hak raja, mempertikaikan perlembagaan dan tidak kurang parti politik kerajaan dan pembangkang mengambil kesempatan demi kepentingan politik dengan menunjukkan sokongan mereka kepada raja.

Penulis tertarik dengan ucapan Sultan Terengganu baru-baru ini yang jelas ditujukan kepada rakyat jelata tidak kira samaada rakyat Negeri Terengganu atau Malaysia secara amnya.



Artikel ini memperlekehkan tuntutan rakyat terhadap hak mereka, mungkin boleh juga kita katakan ianya menghina perjuangan rakyat dalam mendapatkan hak mereka.Sedangkan kita mengetahui yang meminta adalah mereka (istana) untuk konsesi balak, projek kerajaan, subsidi kehidupan untuk mereka dan kaum kerabat dan akhirnya segala bentuk projek kerajaan yang mampu mereka perolehi melalui syarikat-syariakt yang ada kaitan secara lngsung atau tidak denagn mereka. 

Sidang DUN Selangor – Ucapan Perbahasan Enakmen Perbekalan Tambahan 2012

13. Peruntukan tambahan sejumlah RM 772,779.00 adalah wajar untuk tujuan emolumen dalam Peruntukan Di Raja. Kakitangan istana perlu diberikan pengiktirafan kerana khidmat mereka menjaga dan memuliakan institusi terpenting di Negeri Selangor iaitu Institusi Raja. Kita perlu mendukung sebarang usaha untuk mempertahankan kedaulatan Raja – Raja Melayu. Kita tidak mengambil daulat Raja seperti yang dilakukan oleh UMNO. Malahan kita mengharapkan Raja – Raja kita berdaulat dan terus menjadi payung keharmonian dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Negeri Selangor.
Pinang bulat di atas para,
Mengkuang disisir tidak akan layu,
Hilang daulat ke mana Raja,
Hilang Raja ke mana Melayu.
Ucapan Menteri Besar Selangor 

Budget yang diberikan masih tidak mencukupi dan diberikan tambahan lagi. Bukankah ini juga sikap meminta minta oleh pihak istana?
 
Tetapi tidak pula mereka rasa bersalah bila rakyat ditegur sedemikian sedangkan itu hak rakyat untuk menuntut dan meminta demi kebajikan mereka denagn sumabngan cukai yang dibayar bukan sekadar meminta tanpa sebarang sumbangan cukai.

Tidakah kita rakyat rasa tersinggung dengan ungkapan seperti ini?

Tetapi siaplah kita untuk mengarahkan seorang sultan ditangkap kerana menghina kehendak rakyat. Bukankah subsidi dan bantuan adalah tangungajwab kerajaan dalam mentadbir urus negara dan menjamin kebajikan rakyatnya. 

Sultan Terengganu

"Baginda bertitah untuk rakyat berubah dan berusaha gigih dan jangan mengharap bantuan semata-mata"


Soalan Rakyat 1
Apa akan terjadi kepada seorang rakyat marhaen yang mungkin dengan niat yang baik menulis di facebook atau blog  agar Sultan & pihak  istana berubah dan berusaha gigih dan jangan mengharap bantuan kerajaan dalam menampung perbelanjaan mereka

Soalan Rakyat 2
Atau seorang rakyat marhaen meminta Sultan & Istana agar tidak terus dengan mentaliti meminta dan minda subsidi tetapi meminta pihak Sultan & Istana berdikari sendiri denagn kadar peruntukkan hanya diberikan kepada seorang sultan sahaja dan tiadanya subsidi untuk kaum kerabat dan segala kemewahan yang lain. 
Apa akan terjadi kepada mereka yang menulis ungkapan seperti ini di laman facebook atau blog mereka. Adakah mereka bakal diambil tindakan menghina sultan dan memepertikaikan hak raja-raja melayu?

Jika ini dikatakan menghina maka dengan jelas Sultan Terengganu juga telah menghina rakyat dengan ucapan yang sedemikian rupa. Adakah pihak polis dan pihak berkuasa berani mengambil tindakan seperti mana rakyat diperlakukan apabila dituduh menghina sultan?

Pihak kerajaan harus berwaspada kerana yang salah diberikan perlindungan dan yang benar dihukum. Jika ini krisis yang berterusan maka akan hilang rasa hormat dan sayang pada raja oleh rakyatnya kerana sifat dan sikap mereka membuatkan rakyat membencinya.

Mampukah pihak berkuasa menghukum setiap rakyat yang berkata dan menghina sultan disetiap ceruk kampung, kedai kopi, pejabat dan sebagainya? Jangan kerana ketaatan membuta tuli dan sifat raja yang angkuh dan tidak mencerminkan keperibadian yang baik akhirnya bakal meruntuhkan institusi diraja di Malaysia. 


 




 

36 comments:

  1. ada bagus..
    tak ada lagi bagus...

    ReplyDelete
  2. what else should we say? u got the point bro.

    ReplyDelete
  3. With or without 'them' it makes no difference for me! As usual, I have to struggle to live my life and to give a 'living' to my family.I personally don't feel that I owed 'them'.So there is no big deal! If I were to chose amongst 'them' then my passionate is for Sultan Muhammad IV Kelantan.The rest I don't bother.

    ReplyDelete
  4. Tak payah ada pun tak apa.

    ReplyDelete
  5. raja melayu ?? bukan semua raja melayu itu angkuh & sombong~ sedangkan mereka ada yang okay saja~ guna bahasa aku-kau dengan aku~ korang je yang terhegeh2 "ampun tuanku" depan dia~ hina raja ?? aku tak nampak di mana keperluannnya~ ada raja yang spoil, tapi bagaimana pula tugas kita menegur beliau ?? adakah HALAL membuka aib, menghina & mengeji dalam blog kerana dia berdosa ?? apa pula dosa raja itu pada kamu ?? dia layak mendapat teguran yang penuh hormat & sopan santun bukan kerana dia raja tapi dia juga manusia~

    ReplyDelete
  6. korag x tgk lagik ke istana baru sultan terengganu .....perghh ...mintak korang p lah buat lawatn ..kawsan nye dri kaki bukit sampai atas bukit chendering ..rumah pulak bertingkat2x ....ermmm ....dri jaln besar marang ke kuala terengganu ..korang akn nampak atas bukit tgh construction ..ermmm ...ntah ler ....

    ReplyDelete
  7. neraka ohh neraka...
    neraka menunggu mereka
    neraka menanti mereka
    ... mestikah kita cemburu dgn mereka?
    ... perlukah kita dengki dgn mereka?
    .
    kita bagaimana pulak ye?
    kita... sabarrrrr, istighfar bnyk2 dan ingat Allah selalu
    moga kita sentiasa bersyukur dgn Allah, dpt bnyak kita syukur, dpt sikit kita syukur, tak dpt pun kita syukur.
    moga Allah tunjukkan kita "jln yg lurus",
    moga Allah bri taufiq dn hidayah kpd kita.
    moga Allah ampunkan dosa kita

    ReplyDelete
  8. makan free sampai mati

    ReplyDelete
  9. bagi aku sultan kelantan lah yang sangat bagus. aku tahu ramai yg tak kisah dgn elaun raja yg diterima sultan kelantan, kerana sultan kelantan membalasnya semula dengan memakmurkan ajaran islam dan menyemai perpaduan umat islam di negeri kelantan, itu yang kita mahu dan buat kita sayang pada seorang pemimpin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni memang kuat semangat Umno yer... seboleh2nya ko nk twist gak fakta... Islam kuat d kelantan dsebabkan PAS n PR pegang... kalau Umno pegang,mau xdpt naik tahta sultan Muhammad nie... Umno bg kt Tengku Fakhri la jwbnya.... siyes memang bodoh noob..

      Delete
    2. erk? ada aku tulis apa2 perkataan UMNO ke kat komen aku tu? jangan samakan aku dengan kau yg sangat taksub dengan politician. pergi mampos BN atau PR pun, politician sucks

      Delete
  10. Kemewahan dan kesenangan dunia adalah syurga dunia yg bersifat semantara dan adalah tidak mustahil dengan Kehendak dan Keizinan Allah SWT syurga dunia yg bersifat semantara itu akan bertukar manjadi neraka, segala yg selama ini di-pandang indah tidak mustahil Allah SWT jadikan menjadi sesuatu yg teramat menakutkan, kerana bagi Allah SWT menukar sesuatu kejadian yg ada di-dunia ini adalah tidak mustahil bagiNya...Cukup hanya dengan berfirman Kun Faya Kun.


    -hamba Allah yg daif-

    ReplyDelete
  11. kenapa kita buruk sangka kepada Raja kita, apa yang Tuanku Mizan titahkan ialah nasihat ikhlas dan dorongan drpd seorang Raja yang perihatin, utk melihat rakyat baginda berdikari. pernahkah baginda menghapuskan subsidi dan bantuan kpd rakyat? jika kita seorang Islam, pastinya kita akur bahawa Raja adalah khalifah Allah SWT. Allah SWT telah bfirman; "Hendaklah kamu mentaati Allah dan hendaklah kamu mentaati Rasul dan Ulil Amri (Raja atau Pemerintah) di kalangan kamu".jika kita seorang rakyat yang beragama Islam, adakah kita mnyeru orang lain untuk membenci atau menghapuskan ulul amri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. not the highness wrote the text...that's it...

      Delete
    2. Nampak sgt penulis blog ini buta tentang kedudukan Raja2 krn jika beliau faham, seharusnya tidak mempersoalkan status dan kredibiliti tuanku. Penulis tidak sedar bahawa Raja2 bukan dipilih oleh rakyat tetapi dimertabatkan oleh Perlembagaan Negara. Mungkin penulis dari bangsa yang tak pernah mempunyai Raja atau lebih taksub kepada pemimpin yang berhasrat menjadikan dirinya setaraf dgn Duli2 Tuanku yg akhirnya akan bertukar menjadi diktator..Jika itu berlaku, pada masa itu barulah penulis akan sedar tetapi sudah tiada gunanya lagi krn nasi sudah menjadi bubur dan kedaulatan bangsa di tanahair sendiri sudah pupus dari muka bumi serta menjadi warga yg terbuang dan merempat..

      Delete
    3. Siapa saja yg ada didunia ini tiada yg kekAL walau diktator sekali pun sudah bnyak contoh..mesir, libya dan bnyak lg, banyak org yg takut dgn bayang sendiri..PUpus lah merempatlah..terbuanglah...lawak bodohlah hahahah..

      Delete
  12. di manakah kesopanan kita? adakah kita tidak diajarkan kesopanan dan kesusilaan. Saidina Umar r.a pernah membenarkan Muawiyyah yang menunjukkan haibah@ kehebatan kpd Kerajaan Kuffar yang berjiran dengan negeri Sham.
    apa salahnya seorang Raja memiliki Istana yang indah sedangkan mana2 ketua negara di dunia diberi penghormatan oleh rakyat dan kerajaan mereka.

    Orang Chendering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasulullah lebih tinggi dari segala Raja. tapi tiada istana

      Delete
  13. ulilamri? betulkealquran sebut ulilamri jenis macam sultan and kerabat raja macam malaysia? atau pemerintah yang bersifat mulia sebagai islam? raja kita semua pernah imamkan apa apa solat jemaah x? penahke rakyat merasai sembahyang diimamkn sultan?
    yang kita nampak di imamkan kita untuk jangan itu jgn ni tapi dia yang itu and ini dia seabt..jangan rosakkan alquran dgn pandangan orang jahil seperti kau ni..nak berhujah guna alquran dan hadis, tengok orang tu betulke bersifat seorang ulilamri..jgn jadi bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas jawapan. Saya tak nak jadi bodoh sebab tu saya pakai nama sebenar dan sentiasa terbuka dengan bangkangan untuk memperbaiki diri daripada sorok tangan selepas membaling batu. Itu bodoh sombong namenyer. Jadilah orang yang bebas dari presepsi negatif

      Delete
    2. Tegurlah kerana Allah dan Rasul yg suruh. Marahlah kerana Allah dan Rasul yg suruh....AWAS jgn kerana nafsu yg suruh...Sifat ammarah dgn bahasa2 menghina sesama kita sendiri tidak menggambarkan keikhlasan kerana Allah. Wallahualam.

      Delete
    3. senang tak rakyat nak masuk jalan2 dlm istana..menginap barang sehari dua...org2 kaya ni kalau buat rumah terbuka takde maknanya...bukan boleh jenguk dalam rumah apatah lagi nak memijak lantai istana...nuuu bawah khemah kat tengah padang tu lah rakyat dijamu...haram dpt pijak lantai istana...apa maknanya tu...rakyat diperbodohkan dgn layan tak layan...perkongsian apa tu??? cuba fikir...rakyat nak keadilan jer...

      Delete
  14. Ketaatan yg membuta tuli dgn harapan dpt gelaran datuk huhuhuhu....

    ReplyDelete
  15. org yg mngecam dan mghina Raja sebenarnya tidak faham konsep ulul amr. sedar la, jgn la kerana merasa diri sudah bjaya, kamu lupa asal usul dan jatidiri Melayu dan akhlaq Islam (jika yg mngecam Raja di sini beragama Islam atau bangsa Melayu). byk isu yg blh diutarakan jk kita ingin mningkatkan kesejahteraan rakyat, sedarlah ucapan dan hasutan sedemikian akan dipertanggungjawabkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terangkan sikit konsep ulul amri tu aku nak dengar, kalau dalam diri tu rela jadi "hamba" pada manusia lain, silakan... Aku nak tengok berapa lama lagi orang melayu jadi hamba pada orang melayu sendiri... masa dah berubah, zaman feudal dah ak relevan...

      Dalam islam sendiri takde perbezaan darjat antara manusia.. ynag berbeza hanya di sisi Allah.. Inilah melayu bangang dari kecik dah diajar untuk "MEMELAYUKAN ISLAM"..

      Delete
    2. aiseyman...rakyat persoal peranan raja...apa raja buat utk kebajikan rakyat...bersemayam jer ker...bukan nak derhaka atau tak hormat...lama2 rakyat dah sedar raja xde peranan memakmurkan rakyat atau menjaga kebajikan rakyat...fungsi raja dah tiada...jom kembalikan fungsi raja...raja bukan patung...raja mesti pandai ckp hal ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi...dll...bukan hanya baca teks ucapan sahaja tp tak faham makna...

      Delete
  16. Pelik tapi benar...tak pasal2 pembodek dan pengampu pula yg kepanasan, tak pasal2 pembodek dan pengampu pula yg tak senang duduk...ish ish ish.

    ReplyDelete
  17. ulul amr??? sudah berjaya??? menghasut??? apa ni???

    Berjaya dlm hidup dengan membodek....inilah jadinya!!!

    Berjaya atas usaha sendiri...akan sentiasa tak puas hati pada pihak yg mengambil kesempatan!!! ini kenyataan dalam hidup!!!

    Kesimpulan...Bersyukurlah kerana kita tidak dilahirkan dalam kekayaan yg melimpah ruah...Kalau tidak, kita lagi teruk kot...

    ReplyDelete
  18. Pengampu dan pembodek tu berharap konon dgn menunjukan ketaatan sanggup jd apa shj sblum hajat tercapai, klu x dpt atau x dipandang baru rasa malu pada diri sendiri....cukup2 lah dgn yg ada...x bawa ke kubur gelaran dgn harta tu..brader..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Dua keadaan yang ditakuti berlaku kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Pertama diuji dengan kesenangan DAN Kedua diuji dengan kepapaan. Maaf.

      Delete
  19. Assalamu'alaikum WrWb....sebelumnya kami mohon minta dimaafkan jika kami ikut sedikit beri komentar .... kondisi kaum muslimin saat ini memang dalam keadaan krisis kepemimpinan...kaum muslimin sekarang seperti anak ayam yang kehilangan induknya....kaum muslimin sekarang tidak punya pemimpin, kepemimpinan kaum muslimin telah hilang sejak runtuhnya kekhalifahan Islam di Turki tahun 1924 , yang ada hanyalah para sultan-sultan dan presiden-presiden yang berkuasa dinegerinya kaum muslimin ...salam ukhuwwah buat kaum muslimin di Malaysia.

    ReplyDelete
  20. Ambe rasa penulis blog ini salah paham berkenaan pesanan Sultan Terengganu. Ambe stuju dengan apa yang dititahkan. Maksud bergantung dengan bantuan tu rasanya sampai tidak boleh berusaha sendiri. Nk baiki atap pun tunggu bantuan, padahal boleh usaha mencari wang dan belikan dengan hasil usaha sendiri. Bantuan sebegini biasa diberikan parti politik.

    Jadi itulah maksudnya pada pendapat ambe. Bukan bermaksud berhenti menuntut hak, hak rakyat mmg perlu dituntut. tetapi jangan terlalu menunggu bantuan / subsidi. Berusahalah selagi ada kemampuan

    ReplyDelete
  21. Aku dgr citer sebelum sultan mizan ditabal jadi agong dulu..dia ada suh tukang emas dari kelantan buat ukiran emas dkt tengkolok sebelum dia ditabalkan jadi agong..tapi smp la ni..sultan mizan x byr lagi upah ukiran dkt tukang emas tu..kesian aku kat tukang emas tu..buat kje penat utk sultan..tapi sultan blh buat bodoh je x byr..x kan la tukang emas tu nak gi mintak payment lak..lagi 1citer aku dgr..sultan mizan ni ad 2 org bini..bini muda dia org indon..wallahualam..moga2 dia berbahagia la hendaknya..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. penasihat raja mana??? mkn gaji buta tak nasihatkan raja...raja kan sibuk memerintah...mana nak ingat itu semua...adoyy habis la duit rakyat bayar gaji penasihat2 tak betul ni...

      Delete
  22. He...he...he....

    ReplyDelete
  23. Saya rasa awak yg x faham sejarah and masih dalam hang tuah agaknya. Parlimen lebih berkuasa berbanding raja raja..kalau nak memartabatkan Negara Dan bangsa adalah parlimen bukan raja..kalau betul raja, apasal semua raja sebat projek balak Dan projek kerajaan..kuasa sultan terletak diperlembagaan Dan kuasa perlembagaan pada parlimen..jgn hidup dalam sejarah hang tuah Dan fikir pun mcm hang tuah Dan rakan rakan..

    ReplyDelete