Negara digemparkan lagi dengan kes penghinaan kepada Raja. Kali ini seorang lelaki berumur 27 tahun bernama Ahmad Abd Jalil ditahan untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Sekali lagi kes penghinaan ini melibatkan Sultan Johor. Persoalannya, mengapa asyik Sultan Johor dan kerabatnya sahaja yang menerima penghinaan? Selain daripada mencari salah orang lain, mungkin kerabat di-Raja Johor juga perlu melihat diri sendiri mengapa terdapat rakyat membenci mereka, bukan hanya satu kes, bukan dua, dan bukannya tiga!
Desas-desus mengatakan kes ini berkaitan dengan facebook seorang yang bernama Zul Yahya tetapi tidak dapat dipastikan kebenarannya. Untuk kes seperti Zul Yahya ini memang patut dihukum kerana ini adalah suatu bentuk penghinaan terlampau.
Begitu juga dengan kes Aduka Taruna, walau pun sesetengah penyokong Pakatan Rakyat menganggap pemuda ini sebagai hero, penulis tetap mengatakan tulisannya yang menghina kemangkatan Almarhum Sultan Johor adalah suatu bentuk penghinaan terlampau.
Negara-negara maju yang mengamalkan sistem beraja dan kebebasan bersuara seperti di Netherlands juga mempunyai kanun keseksaan Crimen laesae-Majestatis yang boleh mendakwa mana-mana individu yang menghina ratu atau pasangannya. Pada tahun 2007, seorang lelaki bernama Regilio Amelo dikenakan denda €400 kerana menghina Ratu Beatrix dengan berkata "I hate your Queen, she is a whore". Dalam tahun yang sama, seorang wanita muda yang juga merupakan seorang wartawan ditangkap kerana memakai t-shirt yang tertulis "Beatrix is a whore".
Contoh-contoh di atas adalah penghinaan yang sememangnya layak untuk dihukum. Penulis dan Malaysian in Crisis juga sama sekali tidak bersetuju dengan pelakuan yang tidak melambangkan ketemadunan manusia seperti penghinaan dengan menggunakan bahasa yang menjijikkan kepada Raja-raja Melayu dan pemimpin. Selain daripada contoh penghinaan terlampau terhadap Raja-raja seperti di atas, kes memijak gambar YAB Perdana Menteri, kencing gambar YAB Menteri Besar Kelantan dan kes-kes seumpamanya juga tidak boleh diterima. Tanpa mengira ideologi politik, ini adalah sifat-sifat yang memalukan dan tiada langsung melambangkan sikap Melayu yang bersopan santun, padahal ke hulu ke hilir bercakap pasal perjuangan Melayu - tidak kira UMNO, PAS atau PKR!
Tetapi adakah komen Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai pembaziran membeli sekeping plat kenderaan bernombor WWW1 adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah siri-siri pembongkaran salah-laku Sultan Johor dan kerabatnya beserta bukti-bukti yang diberikan oleh Uncleseekers adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah pendedahan Peguam Kamal Hisham dalam blognya mengenai penipuan dalam pemberian harta pusaka Almarhum Sultan Iskandar oleh Sultan Ibrahim adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah pendedahan oleh Malaysia in Crisis mengenai salah-laku yang tidak mencerminkan kelakuan bakal seorang Ketua Agama Islam negeri Selangor adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah komen Dr. Asri seperti di bawah juga dianggap satu penghinaan kepada institusi beraja?
Jika jawapan anda adalah YA kepada persoalan-persoalan yang diajukan di atas, kemungkinan besar anda adalah manusia berjiwa feudal yang berfikiran ke belakang, jauh ke belakang dari pemikiran orang-orang Melayu yang hidup sebelum merdeka lagi.
Zaman sebelum merdeka lagi telah ada ramai rakyat yang menentang Raja-raja Melayu atas tindakan mereka yang membelakangkan kepentingan orang Melayu sendiri dan salah-laku yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Raja. Antara blog entry Cicit Daeng yang pernah menyentuh perkara ini ialah seperti Istana Johor sebenarnya menolak kemerdekaan! bertarikh 31 Ogos 2012, Merdeka vs Hidup Melayu bertarikh 27 Julai 2012, Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi'i bertarikh 23 Julai 2012 dan Klon Uncleseekers bertarikh 12 Julai 2012.
Diberikan petikan akhbar Kenchana bertarikh 1 Februari 1947 bertajuk 'Rakyat Jelata Melayu Jangan Dibodohkan Terus'. Rakyat kelas bawahan pada zaman tersebut telah menentang Raja melalui penulisan. Apa yang Raja salah, rakyat tegur. Adakah itu satu bentuk penghinaan? Tidak! Ini bukan satu penghinaan tapi perjuangan!
Tetapi manusia zaman millenium ini berfikiran ke belakang. Jika memberi sebarang komen mengenai Raja, itu dikira satu penghinaan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan. Terdapat golongan rakyat terutamanya juak-juak di facebook Kesultanan Johor yang seakan bertuhankan Sultan. Pada mereka, Tuhan dan Nabi dihina tidak mengapa, jangan Sultan yang dihina!
Bukan hanya rakyat kelas bawahan sahaja yang menentang Raja disebabkan kesalahan yang mereka lakukan, tetapi golongan elit yang menubuhkan UMNO juga menentang Raja-raja hingga lahirlah ungkapan "Raja itu Rakyat, Rakyat itu Raja"!
Itu yang berlaku kira-kira 65 tahun dahulu. Rakyat pada zaman itu telah tahu apa sebenarnya maksud penghinaan. 20 tahun sebelum itu, Dato' Onn Jaafar telah menentang Sultan Sir Ibrahim kerana tindakan-tindakan baginda, antaranya mempergunakan askar Johor Military Force (JMF) sebagai buruh paksa untuk membina padang lumba kuda dan bekerja di ladang milik Sultan. Askar-askar ini dikerah menanam getah rambong kerana dikatakan harganya lebih mahal. Kemudian, apabila Sultan mendapat berita getah para adalah lebih mahal harganya, maka getah-getah rambong yang sedang tumbuh diminta cabut dan ditanam pula dengan benih getah para. Bukan sahaja berlaku kerahan tenaga malah ini adalah merupakan satu pembaziran. Jadi, adakah tindakan Dato' Onn Jaafar yang menentang tindakan Sultan Sir Ibrahim ini satu penghinaan?
Penentangan terhadap salah-laku Raja-raja Melayu terus berlaku selepas kemerdekaan dan antara penentangan terbesar ialah Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Imuniti Raja-raja. Walaupun media alternatif pro-Pakatan Rakyat mengatakan ini adalah penderhakaan terbesar UMNO kepada Raja-raja Melayu, tetapi sebenarnya itu hanya untuk mendapatkan mileage politik. Politik masa kini Malaysia dilihat sebagai politik yang tidak matang.
Kekebalan atau imuniti Raja-raja dihapuskan adalah bersebab. Tetapi kerana ianya dipelopori oleh UMNO, maka ianya dilihat sebagai penderhakaan oleh pihak pembangkang. Di pihak UMNO pula terutama lembu-lembu Pemuda UMNO Johor, perkara sekecil tweet Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai bidaan plat bernombor WWW1 membawa kepada satu himpunan besar-besaran 'Menjunjung Kasih dan Taat Setia kepada Sultan Johor'. Tidak kira UMNO, PAS ataupun PKR, semuanya derhaka sana, derhaka sini tanpa melihat kepada isu sebenar.
Kesimpulan
Di negara kita pada zaman ini, apabila berlakunya pendedahan salah-laku Raja-raja, maka ianya dilihat sebagai satu bentuk penghinaan dan penderhakaan. Apabila laporan polis dibuat, sepantas kilat pasukan polis akan menyiasat dan menahan suspek. Keadaan yang berlaku hari ini adalah lebih teruk daripada apa yang berlaku di zaman 1990an di mana salah-laku Raja-raja dibincang secara terbuka di akhbar-akhbar tempatan dan kesalahan mereka juga ditegur. Walaupun penulis Cicit Daeng bukanlah menyokong sepenuhnya kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun beliau menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia, tetapi tindakan beliau dalam menghapuskan imuniti raja-raja disokong sepenuhnya. Perlu diingat, sebelum pindaan perlembagaan dibuat, Artikel 181(2) menyebut "no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity". Maka, terjadilah kes-kes pembunuhan dan memukul rakyat sesuka hati.
Terdapat juga suara-suara untuk mengembalikan imuniti Raja-raja Melayu. Apa perlunya imuniti ini dikembalikan? Adakah supaya Raja-raja ini tidak boleh didakwa di Mahkamah Khas atas kesalahan peribadi? Adakah supaya Raja-raja ini boleh memberi pengampunan kepada diri sendiri atau kaum kerabatnya yang melakukan kesalahan jenayah? Dalam sejarah pernah berlaku kes pembunuhan oleh Tunku Mahkota Johor pada ketika itu, Tunku Mahmood Iskandar dan kemudiannya diampunkan oleh ayahandanya Sultan Ismail. Begitu juga kes pada tahun 1980an yang melibatkan Tunku Mahkota yang menembak mati seorang lelaki selepas bergaduh di kelab malam dan kemudiannya diampunkan oleh ayahandanya yang merupakan seorang Sultan.
Adakah dengan mengembalikan imuniti Raja-raja maka rakyat akan menghormati kepada institusi beraja di negara ini? Persatuan Kerabat Diraja Kedah mendakwa dengan adanya imuniti maka isu persenda Raja-Raja Melayu tak mungkin timbul. Majlis Perundingan Melayu pula mendakwa jika imuniti raja-raja dikembalikan maka institusi beraja akan terus dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.
Suka penulis ingatkan, institusi beraja itu memang dihormati oleh rakyat. Itu antara prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Hormat yang dimaksudkan ialah selagi Raja itu menghormati rakyat, selagi itu rakyat akan menghormati Raja. Kerana hormat itu juga lah rakyat menegur salah-laku yang dibuat oleh Raja-raja supaya institusi beraja itu terus dihormati. Pendedahan Malaysia in Crisis mengenai kehidupan bebas dengan bergelumang arak oleh Raja Muda Selangor juga adalah supaya bakal Ketua Agama Islam negeri Selangor itu sedar tanggungjawab yang bakal dipikul olehnya suatu hari nanti. Segala teguran diberikan mungkin sesetengah manusia berjiwa feudal dan berfikiran berpuluh tahun ke belakang anggap ianya suatu penghinaan, tetapi hakikatnya supaya Raja-raja dan bakal Raja yang lain sedar dan seterusnya untuk menjadikan institusi beraja itu dihormati.
Izinkan penulis berkongsi komen seorang pembaca. Terima kasih diucapkan atas komen tersebut, penulis amat menghargainya. Dan izinkan penulis melontarkan satu persoalan. Adakah begitu mudah untuk terus menasihati Raja-raja Melayu ini atau dengan menggunakan wakil? Pernah berlaku peristiwa seorang wanita bernama Yasmin Mohd Yasin yang merupakan kekasih seorang Tunku Mahkota dipukul kerana mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Kepada siapa untuk mengadu nasib? Tiada satu pun balai polis di Johor yang sudi menerima laporan polis daripada mangsa. Kepada siapa lagi rakyat boleh mengadu jika polis pun tidak boleh diharap?
Menegur untuk Kemulian Sistem Beraja,
Contoh-contoh di atas adalah penghinaan yang sememangnya layak untuk dihukum. Penulis dan Malaysian in Crisis juga sama sekali tidak bersetuju dengan pelakuan yang tidak melambangkan ketemadunan manusia seperti penghinaan dengan menggunakan bahasa yang menjijikkan kepada Raja-raja Melayu dan pemimpin. Selain daripada contoh penghinaan terlampau terhadap Raja-raja seperti di atas, kes memijak gambar YAB Perdana Menteri, kencing gambar YAB Menteri Besar Kelantan dan kes-kes seumpamanya juga tidak boleh diterima. Tanpa mengira ideologi politik, ini adalah sifat-sifat yang memalukan dan tiada langsung melambangkan sikap Melayu yang bersopan santun, padahal ke hulu ke hilir bercakap pasal perjuangan Melayu - tidak kira UMNO, PAS atau PKR!
Tetapi adakah komen Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai pembaziran membeli sekeping plat kenderaan bernombor WWW1 adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah siri-siri pembongkaran salah-laku Sultan Johor dan kerabatnya beserta bukti-bukti yang diberikan oleh Uncleseekers adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah pendedahan Peguam Kamal Hisham dalam blognya mengenai penipuan dalam pemberian harta pusaka Almarhum Sultan Iskandar oleh Sultan Ibrahim adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah pendedahan oleh Malaysia in Crisis mengenai salah-laku yang tidak mencerminkan kelakuan bakal seorang Ketua Agama Islam negeri Selangor adalah suatu bentuk penghinaan? Adakah komen Dr. Asri seperti di bawah juga dianggap satu penghinaan kepada institusi beraja?
Zaman sebelum merdeka lagi telah ada ramai rakyat yang menentang Raja-raja Melayu atas tindakan mereka yang membelakangkan kepentingan orang Melayu sendiri dan salah-laku yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Raja. Antara blog entry Cicit Daeng yang pernah menyentuh perkara ini ialah seperti Istana Johor sebenarnya menolak kemerdekaan! bertarikh 31 Ogos 2012, Merdeka vs Hidup Melayu bertarikh 27 Julai 2012, Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi'i bertarikh 23 Julai 2012 dan Klon Uncleseekers bertarikh 12 Julai 2012.
Diberikan petikan akhbar Kenchana bertarikh 1 Februari 1947 bertajuk 'Rakyat Jelata Melayu Jangan Dibodohkan Terus'. Rakyat kelas bawahan pada zaman tersebut telah menentang Raja melalui penulisan. Apa yang Raja salah, rakyat tegur. Adakah itu satu bentuk penghinaan? Tidak! Ini bukan satu penghinaan tapi perjuangan!
Tetapi manusia zaman millenium ini berfikiran ke belakang. Jika memberi sebarang komen mengenai Raja, itu dikira satu penghinaan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan. Terdapat golongan rakyat terutamanya juak-juak di facebook Kesultanan Johor yang seakan bertuhankan Sultan. Pada mereka, Tuhan dan Nabi dihina tidak mengapa, jangan Sultan yang dihina!
"Kerajaan Inggeris, Raja-Raja Melayu dan orang-orang Besar Melayu patut sedar yang Rakyat Jelata Melayu masa ini bukan boleh disamakan seperti masa sebelum perang yang baharu lepas ini atau seperti orang Melayu zaman dahulu kala hanya menyerahkan nasibnya dan jiwa raganya kepada Raja-rajanya..." - petikan daripada Akhbar Kenchana bertarikh 1 Februari 1947
Akhbar Majlis, 9 Februari 1948 |
Bukan hanya rakyat kelas bawahan sahaja yang menentang Raja disebabkan kesalahan yang mereka lakukan, tetapi golongan elit yang menubuhkan UMNO juga menentang Raja-raja hingga lahirlah ungkapan "Raja itu Rakyat, Rakyat itu Raja"!
Itu yang berlaku kira-kira 65 tahun dahulu. Rakyat pada zaman itu telah tahu apa sebenarnya maksud penghinaan. 20 tahun sebelum itu, Dato' Onn Jaafar telah menentang Sultan Sir Ibrahim kerana tindakan-tindakan baginda, antaranya mempergunakan askar Johor Military Force (JMF) sebagai buruh paksa untuk membina padang lumba kuda dan bekerja di ladang milik Sultan. Askar-askar ini dikerah menanam getah rambong kerana dikatakan harganya lebih mahal. Kemudian, apabila Sultan mendapat berita getah para adalah lebih mahal harganya, maka getah-getah rambong yang sedang tumbuh diminta cabut dan ditanam pula dengan benih getah para. Bukan sahaja berlaku kerahan tenaga malah ini adalah merupakan satu pembaziran. Jadi, adakah tindakan Dato' Onn Jaafar yang menentang tindakan Sultan Sir Ibrahim ini satu penghinaan?
Kekebalan atau imuniti Raja-raja dihapuskan adalah bersebab. Tetapi kerana ianya dipelopori oleh UMNO, maka ianya dilihat sebagai penderhakaan oleh pihak pembangkang. Di pihak UMNO pula terutama lembu-lembu Pemuda UMNO Johor, perkara sekecil tweet Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai bidaan plat bernombor WWW1 membawa kepada satu himpunan besar-besaran 'Menjunjung Kasih dan Taat Setia kepada Sultan Johor'. Tidak kira UMNO, PAS ataupun PKR, semuanya derhaka sana, derhaka sini tanpa melihat kepada isu sebenar.
Kesimpulan
Di negara kita pada zaman ini, apabila berlakunya pendedahan salah-laku Raja-raja, maka ianya dilihat sebagai satu bentuk penghinaan dan penderhakaan. Apabila laporan polis dibuat, sepantas kilat pasukan polis akan menyiasat dan menahan suspek. Keadaan yang berlaku hari ini adalah lebih teruk daripada apa yang berlaku di zaman 1990an di mana salah-laku Raja-raja dibincang secara terbuka di akhbar-akhbar tempatan dan kesalahan mereka juga ditegur. Walaupun penulis Cicit Daeng bukanlah menyokong sepenuhnya kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun beliau menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia, tetapi tindakan beliau dalam menghapuskan imuniti raja-raja disokong sepenuhnya. Perlu diingat, sebelum pindaan perlembagaan dibuat, Artikel 181(2) menyebut "no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity". Maka, terjadilah kes-kes pembunuhan dan memukul rakyat sesuka hati.
Filem kisah pembunuhan kedi oleh Sultan Johor dan Prebet Adam |
Adakah dengan mengembalikan imuniti Raja-raja maka rakyat akan menghormati kepada institusi beraja di negara ini? Persatuan Kerabat Diraja Kedah mendakwa dengan adanya imuniti maka isu persenda Raja-Raja Melayu tak mungkin timbul. Majlis Perundingan Melayu pula mendakwa jika imuniti raja-raja dikembalikan maka institusi beraja akan terus dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.
Suka penulis ingatkan, institusi beraja itu memang dihormati oleh rakyat. Itu antara prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Hormat yang dimaksudkan ialah selagi Raja itu menghormati rakyat, selagi itu rakyat akan menghormati Raja. Kerana hormat itu juga lah rakyat menegur salah-laku yang dibuat oleh Raja-raja supaya institusi beraja itu terus dihormati. Pendedahan Malaysia in Crisis mengenai kehidupan bebas dengan bergelumang arak oleh Raja Muda Selangor juga adalah supaya bakal Ketua Agama Islam negeri Selangor itu sedar tanggungjawab yang bakal dipikul olehnya suatu hari nanti. Segala teguran diberikan mungkin sesetengah manusia berjiwa feudal dan berfikiran berpuluh tahun ke belakang anggap ianya suatu penghinaan, tetapi hakikatnya supaya Raja-raja dan bakal Raja yang lain sedar dan seterusnya untuk menjadikan institusi beraja itu dihormati.
Izinkan penulis berkongsi komen seorang pembaca. Terima kasih diucapkan atas komen tersebut, penulis amat menghargainya. Dan izinkan penulis melontarkan satu persoalan. Adakah begitu mudah untuk terus menasihati Raja-raja Melayu ini atau dengan menggunakan wakil? Pernah berlaku peristiwa seorang wanita bernama Yasmin Mohd Yasin yang merupakan kekasih seorang Tunku Mahkota dipukul kerana mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Kepada siapa untuk mengadu nasib? Tiada satu pun balai polis di Johor yang sudi menerima laporan polis daripada mangsa. Kepada siapa lagi rakyat boleh mengadu jika polis pun tidak boleh diharap?
Menegur untuk Kemulian Sistem Beraja,
Agree with ur point sir.
ReplyDeletegive me more!
Yang tidak betul haruslah diperbetulkan.
Aku pun tertanya benda yg sama...pesal la asyik sultan johor je yg kena target....
ReplyDeleteSampai ler sekali tu aku jumpa anak sultan dgn nunjuk keter sport berlagak nak mampus, keliling mamat2 pakai spek hitam segala bapak bodyguard semua ader....menyampat siottt
Aku jumpa raja muda perak kat kedai buku KLCC releks jer takde pun pacai2 yg hina berpuluh org dok mengekor
Sultan dan anak beranaknya pun kena berubah...rakyat menyampah
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalamualaikum Saudara Cicit Daeng,
ReplyDeleteMaaf Saudara yang mengelarkan diri sebagai Cicit Daeng, mungkin saudara telah tersalah taksir akan komen yang saya jelaskan didalam komen saya, sebagaimana yang saudara cicit Daeng postkan di ruangan ini dan mungkin saudara tertinggal komen saya yang lain.
Saya cuba menjelaskan perihal keperibadian salah laku di salurkan mengunakan saluran dan kaedah betul. Di mana ianya dipraktikkan di zaman dahulu kala.
Mengapa perlu mengaibkan insan dan memberi satu dunia tahu. Adakah ini yang saudara maksudkan " untuk menjadikan institusi beraja itu dihormati dan yang saudara nyatakan sebagai teguran malahan beranggapan ianya bukan satu perbuatan yang ditakrifkan sebagai suatu penghinaan".
Untuk mengangkat dan menaikkan institusi beraja bukan sedemikian caranya.
Sedangkan saudara cicit daeng sendiri mungkin mengetahui perihal HADIS tentang aib:-
Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.
Barang siapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.
Mungkin saudara Cicit boleh menyampaikan sesuatu salah laku Bakal-Bakal Raja kepada pemimpin seperti Mufti Negeri kerna peranan nya adalah Sebagai contoh, Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor No 2 1989 seperti nasnya: “Mufti hendaklah membantu dan menasihati Sultan berkenaan dengan semua perkara hukum syarak, dan dalam semua perkara itu hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Selangor selepas Sultan kecuali jika diperuntukkan sebaliknya dalam Enakmen ini.”
Mufti jua adalah di antara ahli Dewan Diraja Selangor berfungsi sebagai majlis penasihat kepada kerajaan negeri Selangor
Sebagai contoh ulama yang pernah menegur Raja :-
Sultan Perak (Paduka Seri Sultan Iskandar Shah ) telah memanggil para ulama Perak untuk berbuka puasa di istana. Belum pun tiba waktu berbuka Sultan Iskandar menyeru kepada semua yang hadir supaya menjamah makanan. Semua mereka terdiam tidak berani membantah lalu Haji Nawawi bangun memberitahu Sultan dengan kata-kata : “Kalau tuanku hendak masuk neraka masuklah seorang”.
Akhirnya Sultan memuji keberanian beliau menegur Sultan dan Baginda memarahi ulama-ulama yang membisu dengan kata-kata , “Nasib baiklah di negeri Perak masih ada orang yang berani menegur beta”.
Untuk Makluman Saudara Cicit Daeng : Paduka Seri Sultan Alang Iskandar bukan sebarangan Raja.
Itu pun seandainya Saudara Cicit Daeng ini benar-benar dari Warisan Daeng.
Sebagai contoh, ini termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor No 2 1989 seperti nasnya: “Mufti hendaklah membantu dan menasihati Sultan berkenaan dengan semua perkara hukum syarak, dan dalam semua perkara itu hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Selangor selepas Sultan kecuali jika diperuntukkan sebaliknya dalam Enakmen ini.”
Almarhum Sultan Sir Alauddin Suleiman Ibni Almarhum Raja Muda Musa meletakkan tempat yang tinggi peranan Mufti yakni Syaikhul Islam Selangor - Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, takkala sebelum Almarhum Mangkat pada tahun 1938.
Ini menunjukkan kepada kita betapa mufti jua mendapat kedudukan istimewa di sisi undang-undang di samping mendapat pengiktirafan daripada Islam sebagai jawatan yang bertanggungjawab penuh dalam misi penjelasan terhadap isu keagamaan serta mengajak seluruh umat Islam agar kembali kepada al-Quran dan hadis sebagai wadah kesejahteraan ummah.
Saya tinggalkan Cebisan Rangkap puisi karangan Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah.
Agama Islam amat sebenar,
peraturannya cukup benar.
Tetaplah padanya jangan nanar,
beroleh kebajikan yang bersinar …
Bro
DeleteMufti pun tau ader bar dlm istana, apa mufti buat??????
Bukannya mufti tatau sultan selangor tu la empunya hard rock cafe yg jual segala jenis arak dari yg murah sampai beratus ringgit, apa mufti buat???????
Selama ni ingat mufti tatau sultan selangor simpan bengali jadi pompuan simpanan, apa mufti buat???????
Tugas mufti nasihat sultan atas kertas je!!!!
Belum lagi citer sultan berbisnes.
Bro MC citer sikit peruntukan perlembagaan sultan takleh business
bukan pernah sorg mufti tegur sultan pakai gelang emas pastu mufti kena pelempang ke?
DeleteEncik Ku Alam ni mesti banyak berfantasi duduk dalam khayalan kononnya istana dan raja-raja semuanya indah-indah belaka dan baik-baik belaka. Cakap memang mudah boleh menegur raja. Baru buka mulut silap-silap JMF dah belasah.
DeleteItu yang jadi kepada Cikgu Douglas Gomez. Salah anak sendiri, Tunku Majid sebab belasah goal keeper Perak. Lepas tu haramkan semua pasukan hoki Johor masuk bertanding pertandingan. Bila Sang Cikgu tak setuju kenapa sekolah dia tak boleh masuk bertanding, pegi mengadap Sultan terus kena belasah.
Ada ke rakyat berani menegur raja depan-depan kalau dah terjadi kes-kes begini?
BIAR LAH KU ALAM TU BERFANTASI, BERFATAMORGANA, BER FANTA AND PEPSI...KAH..KAH..KAH.....PELRU SALURAN YG BETUI..WELLO INCIK KU ALAMG- KO LAH JADI TUKANG PUNAI SIHAT KEPADA TU SULTAN? AMACAM BAGUS TAK..?
DeleteMUFTI, JABATAN AGAMA? ADA BUAT KOJE KE? CAM NE PANDANGAN INCIK PUTAR ALAMG??? KAH...KAH..KAH..BETUI LA LU MG IDUP DLM ERA BER FANTA N PEPSI LA..KAH..KAH..IDUP LUMBU??? MASAK KARI KAMBING@!!!
Pak Ku Alam...please be realistic...yg Pak Ku cerita tu semua zaman dolu2...yang cinta dieja chenta...yang ubat dieja obat..ntah2, rumi pun belum ada masa tu....(tepuk dahi)....apa jadi pada Dato' Ishak Baharom... dan mungkin byk lagi yg kita tidak tahu akibat menegur mereka2 yang kebal dgn undang ni....jadi, saluran manakah yg ada lagi melainkan menyebarkannya pada umum agar mereka2 ini sedar..itu pun x cukup selamat lagi apabila turut ditangkap dan mungkin terus hilang entah ke mana....hanya Allah jualah yang menyelamatkan mereka....Amin!!
ReplyDeletePak ku alam, Cuba explain mcm mana cara nak tegur raja? Pertamanua kenapa perlu ditegur Dan kenapa x pandai jaga diri sebagai Islam? Sebagai raja lain citer ini sebagai Islam? Arak? Judi? Betina? Perlu ditegur atau kena tau sendiri..nak tegur cara mana? Cuba ajar Kami ni..setahu Kami semuanya yg menegur kena masuk penjara x pun dikerjakan oleh istana sampai x leh nak hidup Kat Malaysia.
ReplyDeleteKalau nak buat appointment jumpa raja nak ke dia jumpa Kami rakyat?
encik ku alam ada mufti yang kena penampor kat pipi sampai menitis air mata pasal menahan sakit gara gara menegur raja.
ReplyDeletebagi aku raja itu pun manusia juga, dan seseorang itu hanya menjadi raja dengan takdir daripada Allah di mana ia lahir daripada seorang ibu yang mempunyai keturunan raja, bukan dari usahanya sendiri. oleh itu tak boleh nak cakap kritik atau menegur raja = menghina raja. kritik is kritik, hina is hina, seperti contoh2 yg telah diberikan oleh malaysiacrisis di atas. tapi malangnya ramai golongan diraja dan juga ahli2 politik dan para penyokong kaki pembodek ni yg tak dapat membezakan antara kritik dan hina, semuanya demi kepentingan parti masing2. adakah trend ini boleh diubah? ntah, hanya takdir yg menentukan segalanya.
ReplyDeleteprince noob.
ReplyDeletewalaupun pemimpin sendiri dia bukanlah ma'sum,kesilapan tu tetap ada sebagai manusia biasa..yang salah ditegur yang betul diambil. :)
ok noted.
Komen DrMaza dlm twitter
ReplyDeleteDr Mohd Asri @realDrMAZA
harini ada org dtuduh hina sultan johor, terus dtangkap n ddakwa..tapi yg hina Tuhan ddiamkan saja. Siapa lebih mulia?
Tuan MC,
ReplyDeleteSedikit maklumat saya sampaikan..
AHMAD ABD JALIL tiada kaitan kes ZUL YAHYA
AHMAD ABD JALIL guna nama AHMAD NELAYAN dlm facebook
Dia guna gambar sendiri takde menyamar ke apa
tu yg polis cekup
Ahmad dah dibebaskan kemudian polis tangkap semula atas multimedia act. Katanya arahan orang atasan
ReplyDeleteBaca ni
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/short-lived-freedom-for-youth-accused-of-royal-facebook-slur/
Siapa org atasan tu? Dan siapa lelaki yg tak puas hati Ahmad dibebaskan tu?
Salam,
ReplyDeleteTerima kasih atas semua komen yang diberikan. Seperti yang ditulis di dalam blog entry ini, penulis tidak dapat pastikan kesahihan sama ada Ahmad Abd Jalil yang ditahan ini adalah pemilik blog Zul Yahya atau pun tidak. Penulis menggunakan perkataan "desas-desus" di perenggan tersebut. Sehingga ke hari ini tidak dapat dipastikan lagi apa yang dikatakan oleh saudara Ahmad Abd Jalil yang dikatakan menghina Sultan Johor.
Walau bagaimanapun laporan akhbar Berita Harian semalam bertajuk "Lelaki ditahan kes hina Sultan Johor" mengaitkan kes ini dengan facebook Zul Yahya. Saya lampirkan bersama laporan tersebut.
Setakat ini pencerahan dari Malaysia in Crisis.
Lelaki ditahan kes hina Sultan Johor
2012/11/05 - 07:39:02 AM Mohd Iskandar Ibrahim | bhnews@bharian.com.my
Johor Bahru: Polis menahan seorang lelaki berhubung kes menghina Sultan Johor menerusi satu akaun laman sosial Facebook.
Suspek berusia 27 tahun ditahan dengan kerjasama polis Kuala Lumpur dan Bukit Aman dalam serbuan di sebuah premis di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kira-kira jam 7.30 malam Jumaat lalu.
Serbuan di Damansara
Polis turut merampas sebuah komputer dan peralatannya bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata susulan itu, polis melancarkan satu lagi serbuan di sebuah rumah di Damansara Damai, juga di ibu negara, tetapi tiada sebarang tangkapan atau rampasan dilakukan.
“Suspek direman tiga hari hingga esok (Isnin) bagi membantu siasatan. Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Keluar perkataan kesat
Media sebelum ini melaporkan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Johor dan Pemuda UMNO Bahagian Pulai membuat laporan polis terhadap satu akaun Facebook atas nama ‘Zul Yahya’ yang didakwa menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Pemilik akaun Facebook itu didakwa mengeluarkan perkataan kesat serta menghina Sultan Johor mengenai kedudukan baginda yang mengetuai Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi laman sosial berkenaan, 12 Oktober lalu.
Simple.. apa saja yang dilakukan untuk membodek.. demi kepentingan..:)
ReplyDeleteBayangkan kalau kita boleh membodek tuhan orang hina tuhan je kita belasah untuk untuk dapat balasan emas berketul2.. Harus semua orang akan bodek tunduk taat dan sayangkan tuhan.. hehehe..
Tapi orang lebih mudah membodek pemimpin tak kira la pm ka raja ka sultan dsb.. yerla senang dapat habuan.. wang ringit pangkat atau mungkin kontrak.. tunjuk taat setia kalau nasib baik leh dapat pingat.. :)
Jadi manusia mengambil peluang memperalatkan apa saja untuk kepentingan mereka.. Tu sebab orang kuat melenting bila pemimpin mereka dikritik sipersalahkan etc.. benbanding nabi atau tuhan :) walau kadang nampak jelas dan nyata kesalahannya..
Tuan punya blog, saya sebagai rakyat berbangga kerana negara kita mempunyai institusi raja. Namun itu semua indah khabar dari rupa.
ReplyDeletePengalaman peribadi saya menjadi waiter di sebuah private function diraja mendapati kehidupan mereka yang dikelilingi kemewahan dan perempuan, perlakuan2 di dalam function tersebut, saya tak berani nak cakap nanti takut polis ketuk pintu rumah saya pula. Champagne tu mmg biasa lah.
saya tidak nampak mereka berjiwa rakyat. 'berjiwa rakyat' dan 'membela islam' itu hanya di media sahaja. Mereka2 ini tidak fhm aspirasi rakyat. Tidak faham susah rakyat. Tapi saya amat dukacita pada rakyat yg tak tau membeza antara menegur dan menghina.
Semasa menjadi waiter itu, saya terfikir, kenapa bukan saya yg berada di tempat mereka, memakai kasut kulit berkilat, dikelilingi bodyguard, perempuan dan kaki2 ampu. Wujud lagi kah kisah dulukala di mana anak raja ingin sekali merasa tinggal di luar istana dan kebetulan terjumpa lelaki yg sama rupa dgn nya, lalu mereka tukar tempat.