Kita Wajib Taat Kepada Ululamri (Raja & Pemerintah) |
Kenyataan pedas and bersifat ululamri seorang Sultan yang berusaha memartabatkan agamanya dan ianya sifat yang harus dipuji abapila berani menegur kesalahan walaupun hakikatnya ianya ditujukan kepada orang politik kerajaan atau pembangkang.
Penulis meneliti video YB Nurul Izzah dan jelas apa yang disebut memang agak kurang menyenangkan sebagai umat Islam untuk kita medengarnya.Walau apapun penjelasan YB Nurul Izzah kita harus dengar dan teliti apa yang disebut walaupun tidak membenarkan murtad tetapi apabila membenarkan hak memilih agama tanpa paksaan bagi orang melayu bermakna kita membenarkan pilihan agama bagi orang melayu dan akhirnya bakal mengundang gejala murtad. Ada masanya pepatah melayu penuh makna bagi setiap kita dan ini juga ungkapan yang terbaik bagi YB Nurul Izzah.
"Terlajak Perahu Boleh Diundur,
Terlajak Kata Badan Binasa"
Terlajak Kata Badan Binasa"
Tetapi bersifat Ululamri memerlukan lebih dari hanya mengeluarkan kenyataan dan ianya juga harus digunapakai pada diri kita sendiri dan keluarga dan rakyat jelata. Tetapi adakah kenyataan seperti ini diguna pakai di kalangan kerabat diraja yang kononya selalu dijulang sebagai golongan ululamri yang harus kita taat dan patuh dan tidak menegur mereka kerana mereka itu dikatakan ululamri. Benarkah apa yang diungkapkan sebagai sultan dan raja merupakan golongan ululamri atau Ululamri yang dirujuk dalam Al Quran & Hadis adalah golongan Ululamri yang sebenarnya bukan golongan Ululamri yang bersifat hipokrit dan hanya berucap kerana simbol agama tetapi MUNGKIN tidak pula mempraktikan agamanya dalam kehidupanya atau sifatnya.
"Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa
terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat,
Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas
memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama."
Jika ianya mengejutkan bagi seorang ululamri, maka bagaimana pula dengan koleksi bahan tatapan anak sendiri yang jelas jauh memilih kehidupan yang lebih bebas dari agamanya walupun beliau sentiasa ke masjid & surau dalam urusan perasmian sebagai simbol agama islam negeri.Bukankah ini merupakan hak kebebasan memilih walaupun dirinya itu seorang Islam tetapi memilih perkara yang jelas lari dari akidah Islam.Bukankah selaku islam kita tiada pilihn dalam hal hal sedemikian.
Adakah ini juga tidak mengejutkan bagi seorang yang dikatakan ululamri? Antaranya..
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad
Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang
pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam
mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.
Apa pula komen terhadap kebebasan memilih yang ditunjukkan oleh anak sendiri lebih jauh terpeeong akidahnya dan lebih memalukan tangan tangan inilah yang merasmikan masjid masjid dan surau surau. Tidakah seharusnya sikap lebih tegas ditunjukkan dalam isu seperti ini jika benar Sultan itu bersifat ululamri dan rakyat akan hormat dan patuh kepada sultan yang berani menegur dan menghukum mereka yang bersalah tidak kira kerabat diraja atau rakyat. Jangan pula rakyat dihukum dan diri mereka terlepas dari segala hukuman.
"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas
dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap
mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung
mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan,
khususnya di Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa."
Tepat sekali MAIS dalam menyebut peranan mereka, tetapi apa pula peranan yang dimainkan mereka dalam isu melibatkan keluarga diraja yang jelas terlibat dengan pelbagai isu yang melanggar akidah islam terutamanya RMS dengan bahan bukti yang jelas didepan mata. Bukankah ini yang kita kata, Islam dipergunakan demi kepentingan diri dan bukan kerana Allah SWT. Jika benar kerana Allah SWT maka harussnya berani menegur mereka yang bersalah tidak kira siapa demi menjaga kesucian Islam.
Begitu persoalan yang penulis ingin lemparkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor & Timbalanya yang jelas penuh tekad untuk meneruskan perjuangan Islam selaras dengan prinsip partinya. Tetapi sejauh mana mereka menjalankan peranan dan tugas selaku pemimpin dalam isu membabitkan keluarga diraja. Isu ni bukan berkaitan UMNO memandangkan ianya merupakan Sultan negeri yang mereka perintah. Jika UMNO itu buruk buktikan bahawa PAS itu mulia dan berjuang untuk Islam.Tetapi, agak sedih bila kita baca komen-komen pembaca yang jelas menulis sifat pemimpin mereka. Mungkin komen ini benar atau tidak tetapi adakah PAS berani menegur?
Komen Wakil PAS |
UMNO pernah menegur & menghabuskan beberapa keistimewaan diraja apabila mereka lihat isntitusi diraja mula bersifat tidak adil kepada rakyat.Tetapi beranikah PAS menderhaka kepada Sultan kerana memperjuangkan Islam?
Berbalik kepada isu menegur rakyat..kita perlu bersifat adil dan seorang sultan itu perlu berani mengakui kesilapan dan menegur anaknya.Teringat kepada Chez Wan & Chez Riz. Bagaimana sifat seorang bapa bukanya seorang ululamri berani menegur anak dan mengakui anaknya melakukan kesilapan.Inilah sifat rakyat yang harus dipuji dan juga dijadikan contoh olah kerabat diraja, pemimpin dan masyarakat secara amnya.
Rakyat berani mengaku bila bersalah tetapi rakyat akan terus memperjuangkan kebenaran jika ianya salah dan mereka rasa teraniaya. Jangan pula mencari salah rakyat kerana kesilapan diri sendiri dan terus menghukum rakyat kerana mereka lemah dan bagi menutup kebenaran.
Begitu berani Chez Wan mengakui kesilapan anaknya tanpa segan silu. Inilah sifat yang harus dipuji walaupun ianya memalukan maruah keluarga mereka. Sifat begini juga harus dipupuk oleh pemimpin dan institusi diraja dimana berani mengakui kesilapan tidak kira siapa walaupun ianya anak kandung sendiri.
Teguran Sultan bagi memartabatkan Islam harus dipuji tetapi tidak harus bersifat selektif dalam menghukum dan ianya hanya dilakukakan kepada mereka yang lemah yakni rakyat jelata.
Jelas terpampang kelemahan diri dan harus mereka (kerabat diraja) harus ditegur secara berani dan MAIS yang pada masa ini kebanyakan mereka adalah perlantikan dari kumpulan yang ahli politik yang mendabik dada berjuang demi rakyat tidak seharusnya bersifat hipokrit dalam isu-isu membabitkan kerabat diraja.Diam tak terkata dan terucap kerana takut hialng kuasa dan hilang perkenan bila tiba ketika untuk dilantik bagi jawatan jawatan diperingkat negeri dan jangan pula Islam digadai untuk kuasa politik dan jangan mudah menolak isu ("sweep under the carpet") yang tidak membawa kepentingan politik kepada mereka.
Bagi institusi diraja,haruslah bersifat jujur terhadap islam dan memiliki keperibadian sebagai umat islam yang mulia. Nescaya rakyat akan menghormati mereka tanpa diminta dan dipaksa. Pujian akan datang bergunug dan hilang segala cacian. Tetapi jika terus lupa kepada Islam dan rakyat diperbodohkan maka akan tiba ketikanya bila isntitusi raja itu mula dipersoalkan kepentingannya.
Benarkah ululamri itu raja & sultan? Fikirkanlah dan barbaliklah kepada Hadis & Al-Quran. Benarkah khalifah pemimpin kita berjiwa Islam atau nafsu keinginan kuasa politik melampaui keberanian dan kemahuan mereka memuliakan Islam di muka bumi ini. Sama-sama kita fikirkan dan kita lihat setiap isu dan bagaimana mereka berjuang untuk rakyat..
mana la korang dapat ye gambar2 anak sultan tu. dia sendiri post kat facebook ke atau camana?
ReplyDeleteYang kecewa adalah pemimpin2 yg bersifat selektif, penakut dan tunduk membabi buta. Mereka ini dihambur ke muka dengan wang ringgit dan kuasa, maka senyum sambil lidah terjelir seperti anjing. Kemudian di media cakap tak serupa bikin a.k.a hipokrit
ReplyDeletePemimpin2 ini terdapat dlm
-jabatan agama
-mahkamah
-institusi polis
-ngo
-badan politik
Jgn kata saya menuduh tanpa bukti pula. Bukti ada di mana2, rajin2 la google. Kalau nak muatkan semua bukti, satu blog pun tak cukup, kena buat 5-6 blog berasingan.
Mereka2 dan institusi raja merupakan satu ekosistem yg melindungi antara satu sama lain. Senjata utama mereka adalah media. Jangan percaya cakap saya bulat2. Saya tak galakkan. Tapi pergi la jadi part time waiter di private function atau kelab malam hanya utk SEKALI sahaja, dan dtg reply blk kat sini dan bagitau samada saya betul atau salah.
pejuang pas x komen kata ap citer kahlid and si roni tu? ada telur x tegur and berjuang untuk islam..mais orang pas so sanggupke bertuan sultan and rms yg begitu rupa..ada berani ke? tunjuklah belang sebenar demi islam atau demi jkuasa je..islam nanti dulu..islam kita penting yg penting kuasa..macam tudung nanti dulu tak perlu pakai janji tutup aurat yang lain je..pandai eh orng pas ni..
ReplyDeleteBlog ni kena better exposure. Ramai org kena buka mata dan sedar akan hak mereka sebagai rakyat.
ReplyDeleteAh, tp malangnya tak lama lagi blog ni akan diwarning mcm blog aidid muaidid
blog ini memang bagus..tidak memilih parti.seronok and kita rakyat pun mudah menilai..kalau tengok blog lain semuanya org PR x pum BN..biar kita pilih org yg baik pru 13 bukan parti..baru best mcm kata tuan blog..baru Malaysia makmur x da rasuah..kalau pr yg menang pun rasuah bermaharajalela jugak and BN pun sama..bila campur baru dua dua on check and balance..semau untuk kebaikan rakyat x mana ADA mp nak sokong usul..
ReplyDeletesaya suka blog ni and terbaikk..x nampak menghina sesiapa tetapi merungkai kebenaran itu aku rasakan..teruskan perjuangan tuan.
orang melayu memang dari dulu diajar berjiwa hamba pada kaum bangsawan...
ReplyDeletehanya orang yang ada kepentingan (kerabat dan kroni)dan yang bodoh saje yang mahukan sistem raja raja ni mekar subur.
tak payah la nak sembang tak tau sejarah la apa semua ni... sebab kalau kita sembang sejarah susur galur raja raja sekarang ni, lagi terbarai semua kelentong kesultanan sekarang ni... ada yang temenggung mengaku sultan, ada yang bendahara mengaku sultan, ada yang ntahsapa sapa mengaku sultan... yang peliknya buku teks sejarah tingkatan 4 pun ada cerita benda ni, tapi kenapa ramai yang masih berjiwa hamba, taat setia dengan mereka mereka yang mengaku sultan ni.... jawapan dia sangat mudah sebab, ada kepentingan, masyuuuk...
Org melayu mmg diajar taat setia membuta tuli. Kalau bangkit sikit, akan dituduh menderhaka, mengikut budaya barat, tak mengenang budi, perosak, pengacau etc. Menteri2 dan NGO2 entah dari mana akan bangkit marah melalui medium media.
DeleteBanyak lagi org melayu yang tidak tahu mereka ada hak. Dlm aspek ini, org2 di Eropah lebih maju kerana apa yg bkaitan dgn human right, akan diperjuangkan walaupun sekecil2 isu. Di negara2 Arab, org2 muda yang dahulunya pelajar2 di luar negara telah membuka mata dan tahu hak mereka, lalu terjadilah 'arab spring'.
Inilah kejayaan kerajaan melalui uitm, melahirkan pelajar2 yg tunduk hormat tetapi berjiwa hamba.
ALHAMDULILLAH, sudah tidak ada kerajaan di NKRI (negara kesatuan republik Indonesia), sehingga semua orang sama dimata HUKUM (everone is equal under the law)
ReplyDeleteSalam cinta untuk rakyat Malaysia dari Jakarta Indonesia