Saturday 2 February 2013

"Allah" Tidak Diperjuangkan, Putrajaya Segalanya

 
PAS & DAP sering saling menuduh dan yang pastinya kita pengundi dapat lihat dengan jelas bahawa DAP konsisten dengan ungkapan dan polisi meeka. Contoh terbaik adalah kalimah Allah.

Anwar Ibrahim pula dengan mainan pidatonya. Lain ditanya lain yang selalu dijawab dan kita hanya akan rasa "climax" sekejap mendengar apa yang diperkatakannya tetapi jelas ini adalah taktik "Divert & Run" yang selalu diguna pakai oleh beliau dalam semua isu.Beliau juga terus degil dengan berpegang kepada kenyataan Presiden Pas pada 8hb Januari 2013 sedangkan kenyataan terkini PAS (selepas keputusan Majlis Syura) adalah jelas dan beliau dengan pantas terus mengatakan isu ini selesai dan dipebesarkan oleh media.

Adakah DAP & PKR menghormati PAS dan pendirian perjuangan Islam? dengan jelas jawapanya tidak sama sekali untuk PAS mengharap pada DAP & PKR untuk agenda dakwah dan perjuangan Islam ataupun menjadikan Islam sebagai cara hidup di Malaysia.
 


Sudah pasti DAP & PKR jelas melihat telatah orang-orang beragama dalam PAS yang lebih cenderung kepada kuasa politik dan tunduk kepada kemahuan politik lebih daripada perjuangan islam yang mereka harus perjuangkan. Tidakah PAS malu untuk diperlakukan sedemikian rupa? Agak malu untuk kita lihat sebuah Parti Islam yang gah satu masa dulu dengan perjuangan yang begitu jelas hilang arah kerana nafsu politik dan mimpi indah yang dijanjikan oleh sekutu mereka (DAP & PKR). 

 
Sehingga hari ini DAP tidak pernah mengubah kenyataan  mereka dan Lim Guang Eng lebih bijak dengan hanya berdiam kerana beliau tahu PRU 13 semakin hampir. Namun isu ini timbul semula apabila lawatan tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang yang dilihat bagi menjernihkan keadaan tetapi sebaliknya  yang berlaku. Semakin kelam kabut PAS dibuatnya dengan kenyataan terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh yang jelas meminta PAS mengubah pendirian mereka.

Tambah pula dengan kedegilan PKR yang terus meletakkan tekanan kepada Presiden PAS. Mereka seolah-olah tidak dapat membezakan kenyataan terkini anatara tarikh 8hb January 2013 dan kenyataan tahun 2010 yang dibuat oleh PAS dengan ketetapan terkini oleh Majlis Syura (selepas tarikh 8hb Januari 2013) yang harus dipatuhi oleh Presiden PAS & semua ahli PAS.

"Why they  (PKR) can be so stupid? Is this the type of leader we want who hide a crystal clear issue in front of them and prefer to be in "DENIAL SYNDROME".They are known to be in denial for every mistakes they make personally or as a party. PKR at times can sound as stupid as they can be and we,the citizen shall not listen to such leader if not indeeed we are stupid just like them!!" Anonymous
 


Adakah PAS akan terus menyokong DAP yang jelas mahukan kalimah Allah dipermainkan dengan memberi kebenaran untuk Kristian menggunakan kalimah Allah? Begitu juga dengan kenyataan PKR yang jelas tidak mengiktiraf keputusan Majlis Syura tetapi sebaliknya dengan jelas meletakkan beban kepada Presiden Pas terhadap apa yang diungkapkan olehnya pada sidang akhbar 8hb January 2013 yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Kepada ahli PAS, mereka kenal Presiden PAS tidak pernah membuat kenyataan akhbar dengan membaca teks kerana itu bukan sifat Abdul hadi Awang. Tetapi pada 8hb Januari 2013 beliau membaca teks ucapan keratan akhbar yang telah disiapkan dan diletakkan beban kapadanya untuk membaca kerana mereka (DAP & PKR) mahukan PAS terperangkap dengan mainan politik ini demi kuasa.Kerana itu juga mereka terus mendesak Presiden PAS mengambil tanggungjawab penuh dan mereka (DAP & PKR) telah berjaya mempermainkan PAS dalam hasrat mereka untuk mendapatkan sokongan gereja terhadap perjuangan politik mereka.

Semakin hari hari jelas Islam itu dinodai dengan sifat manusia yang jelas gilakan kuasa dan lupa adap bercakap benar dan dalam hal isu kalimah Allah ini siapakah yang sebenarnya menipu?



Presiden Parti Islam mengatakan DAP telah menerima penjelasan Nik Aziz dan Pengerusi DAP Karpal Singh jelas mengatakan mereka tidak sama sekali menyentuh isu kalimah Allah?

Kita pasti dengan jawapan yang bakal kita terima dari semua pihak terutamanya PAS & PKR bahawa kenyataan diputar belit.  

Sesekali diputar belit mungkin juga tetapi kalau dah selalu mengatakan orang putar belit kenyataan maka ianya jelas menunjukkan tuan punya badan itulah yang selalu putar belit!



Jika tidak dibincangkan kenapa pula pemimpin yang diangkat sebagai ulamak ini semua membuat kenyataan yang boleh dikatakan menipu? Yang jelas DAP tegas dan konsisten dalam percakapan mereka dan ramai orang  Islam juga lebih percaya apa yang diungkapkan Karpal Singh daripada Presiden PAS kerana beliau konsisten jarang menuduh media putar belit kenyataanya!.

Semakin hari Islam hilang serinya disebabkan sifat ulamak-ulamak yang mengejar kuasa politik..Bayangkan pandangan umum terhadap agama yang seharusnya mulia dan orang islam tidak harus berputar belit dalam percakapannya tetapi demi politi, islam entah kemana tetapi nafsu mengiringi mereka pada setiap percakapan mereka.

Pelik dengan apa yang sedang berlaku di PAS dan semakin kelam kabut pemimpin PAS untuk memastikan terus dilihat bersatu hati dengan DAP..retak menanti belah antara PAS & DAP..mungkin? 

Semakin berbelit belit setiap ungkapan pemimpin Islam kita seolah-olah Islam itu tidak akan berjaya didakwahkan tanpa sokongan politik orang bukan islam.!! Yang lebih padahnya bila terpaksa akur kepada kafir yang jelas menetang Islam dan kita pula mengatakan mereka menyokong Islam. Adakah kita pekak atau telah buta hati dalam minda kita dan lupa kepada Allah kerana kuasa politk dan nikmat dunia sebagai orang politik.

PAS perlu berjuang sendiri dan bukan denagn DAP & PKR. PAS akan lebih dihormati dan mampu menjadi alternatif terbaik bagi rakyat Malaysia dan dneagn tidak bersma DAP & PKT maka kuranglah juga putar belit dan lebih fokus kepada dakwah islam untuk rakyat Malaysia melalui perjuangan politiknya.  


20 comments:

  1. PAS ni dah lari dpd prinsip perjuangan asal; asyik2 hendak melangkah ke putrajaya....nakkan status prestij jawatan saja...dah materialistik sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang dok sibuk kalimah Allah, hukum Allah hang cabul enggan ambik, masih dok ikut hukum manusia buat, apa citer beb?? bila pemimpin jahil maka rakyat ikut sesat kerana pemimpin ini memberi fatwa meyesatkan ikut nafsu politiknya bukan ikut hukum.

      Delete
    2. hang ikut ka?kalo pas menang sekali pon dia ikut ka hukum Allah?
      aku tak taow la bila pulak demokrasi ni masuk dalam sistem Allah.
      sapa duk atas suma akan lupa diri, tuh prinsip demokrasi.

      Delete
  2. Undi aku tahun ini untuk calon bebas...PRU ini ramai2 beri UNDI kita kepada calon bebas!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. jgnlah disibukkan dgn org yg tiada kuasa lg, bgaimana pula yg sedang memegang tampuk kuasa, kalimah Allah dibenarkan disemua negeri yg tiada sultan/raja...adakah anda juga mgunakan denial syndrome?

    ReplyDelete
  4. sebab yang ada kuasa belum pernah kata membenarkan..isu di sarawak sabah disebabkan sejak zaman merdeka..sekurangmya selama ini tiada seorang pemimpin pum UMNO yang kata boleh guna..dan mereka pandai handle situasi dgn mca and mic..bukan macam PR yang macam kucing bercakaran..belum ada kuasa dah cakar dan kalau ada kuasa? bertembeak membunuh agaknya kerana katanya jihad..mati pun tak perlu mandikan, kafan atau sembahyang..main tanam je...ooi sedarlah sikit. janganlah taksub sangat..apa kata penulis blog ni memang tepat kena ke batang hidung PR...memang orang agama PAS ni semua taksub..sebab itulah banayak kes kaut agama sgt sampai lupa Allah itu segalanya tetapi PAS nik aziz lah segalanya..sedarlah jangan terlambat.jadi ulamak tetapi menipu orang buat apa? kalau tak bincang buat apa kata bincang? islam ajar menipu atau mereka cerita karut ke? x malalu ke pada kafir tu semua? pakai macam tok lebai tapi duk menipu buat apa?

    ReplyDelete
  5. sejak ISA nak dimansuhkan oleh PM, guan eng & kristian makin berani menyentuh isu kalimah Allah...george bush sendiri pun tiru ISA utk wujudkan akta Patriot...krn ISA sgt berkesan tangani masalah subversif, komunis, perisik asing dsb....sy hairan kenapa majlis raja2 x guna kuasanya utk halang masalah ini kerana hal ehwal kesucian agama islam adalah bidang kuasa penuh majlis raja2 melayu ikut perlembagaan....mahkamah pun sebenarnya x boleh sentuh ugama islam kecuali selepas izin majlis raja2 melayu... setakat ini hanya sultan selangor bertindak awal memberi amaran kpd anasir2 yg ingin menggugat kesucian islam ini...harap majlis raja2 melayu dan peguam negara dapat meneliti hal ini...lepas ni mungkin akta spt tanah rizab melayu pun nak dimansuhkan krn katanya menghalang pembangunan...sila lihat
    http://ms.wikipedia.org/wiki/ISA

    ReplyDelete
  6. Woi hangpa igt Allah tu hangpa punya ka?? Bahlol..Sedangkan binatang pun berzikir sebut nama Allah..Hangpa sapa nak halang bukan Islam sebut?? Pi baca Quran, Allah Tuhan Sekelian Alam..Depa bukan Islam sebab depa sekutukan Allah..ada paham?

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam ni ke cara orang yang "rajin" baca quran bercakap?

      Delete
    2. yer memang allah tuhan sekalian alam... tapi kau tau tak apa tu trinity yang diimani dalam kristian??? maha suci allah yang tidak beranak dan tidak diperanakkan... binatang berzikir sebab ia tahu allah bukan tuhan bapa macam yang didakwa golongan sesat ( nasrani & yahudi )... hati-hati takut jatuh syirik nanti...

      Delete
  7. Umno parti keramat..membawa rahmat kepada semua umat.tanpa umno rakyat kebulur. elok ko sembahlah umno tu...Nazri dah bagi greenlight bukan islam boleh guna kalimah Allah di negeri yang tak bersultan...Dont bullshit..

    ReplyDelete
  8. correct..correct..correct...listen...listen.. listen... let me speak. Only UMNO and BN can take care of the people and their assets.If you want to compare, go to argentina,Indonesia or anywhere else. Without BN,Malaysia will be bankrupt, PATI cannot have fake IC to vote, Malaysia will not be a develope country. So, have faith to BN coz we will take care of the country wealth wisely among us.TQ

    ReplyDelete
  9. Umno BN yg benarkan penggunaan nama Allah tu sejak awal dan2 la ni pi salahkan PR... selidik betul2 admin oi

    ReplyDelete
  10. UMNO perlu berjuang sendiri dan bukan denagn MCA, MIC, PPP, GERAKAN, PBS...etc. UMNO akan lebih dihormati dan mampu menjadi pilihan terbaik bagi rakyat Malaysia dan dengan tidak bersma MCA, MIC, PPP, GERAKAN, PBS...etc. maka kuranglah juga putar belit dan lebih fokus kepada ketuanan melayu untuk rakyat Malaysia melalui perjuangan politiknya.

    hah... kamonla, depan cina bukan main lagi cium tangan tokey2, bagi monopoli bisnes pada tokey2, tapi bila ngadap orang kampung, cakap perjuangan bangsa la, jihad islam menentang DAP la, PAS diperkuda la... pala buto...

    kenapa UMNO masih sama sama dengan PBS dalam BN, tu joseph pairin kitingan tu bukan kristian katolik ke... berapa ramai ahli umno sabah yang beragama kristian... semua tu pakai bible bahasa melayu yg ada guna Allah...

    kenapa tak sentuh perkara perkara ni dalam kupasan anda... UMNO dah ada di putrajaya...kenapa tak buat sesuatu sementara masih di putarajaya... jawapannya umno perlukan undi ahli umno sabah yang banyak beragama kristian, yang pakai bible bahasa melayu sejak berpuluh tahun dulu.... so macam mana kira pulak ni...

    ReplyDelete
  11. Korang x kira parti apa pun kalau ilmu x cukup di dada jgn sibuk nak bagi pendapat. Nanti salah sebut boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri & agama Islam. Orang kafir timbul isu ni sikit pun kita dah bertelagah. Biar yang pakar dalam agama uruskan

    ReplyDelete
  12. Tulisan ini seolah-olah tidak berpijak di bumi nyata. Realitik keadaan masyarakat sosial semasa di Malaysia tidak memungkinkan bahawa PAS dapat memerintah sendiri di Putrajaya tanpa berada di dalam sebuah gabungan bersama-sama komponen parti-parti yang lain. UMNO juga tidak mampu memerintah Malaysia tanpa berada di dalam Barisan Nasional. Sedarlah sikit, wahai penulis bangang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy silent reader blog ni.... sy merasakan bahawa sy juga meletakkan setinggi2 harapan kepada PAS utk berpegang teguh dgn pendirian..PAS adalah parti yg menjadi pilihan selain UMNO..namun sekarang jika dilihat dalam keadaan tiada kuasa lagi pun sudah teragak2... bagaimana sy nak yakin jika sudah memegang kuasa nanti????

      Delete
  13. ape citer senyap sepi tanpa update ni, tuan tanah kedaung? mana menghilang, bercuti ke tirai besi kah?

    ReplyDelete