Tuesday, 25 September 2012

Raja celup

Nama terlalu penting. Mempunyai nama gelaran di pangkal nama lagi penting! Mungkin ada antara kita yang akan bertanya, "Apa ada pada nama gelaran?"

Nama gelaran dengan pangkal nama Raja, Tengku, Tunku, Syed, Nik, Wan, Tun dan sebagainya menunjukkan keturunan seseorang dan merupakan sesuatu yang penting bagi sesetengah pihak. Baru-baru ini seorang penulis dengan nama Kerabat D'Raja Kelantan menulis di ruangan forum Utusan Malaysia mempertikaikan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang melarang penggunaan nama gelaran "Nik" bagi anak-anak kepada pasangan wanita berketurunan raja yang berkahwin dengan bukan berketurunan raja (rujuk Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 dengan artikel bertajuk JPN tidak faham salasilah gelaran 'Nik'). 

Bangsa Cina juga boleh 'membeli' untuk menjadi kerabat diraja
Bukan mereka yang berketurunan raja sahaja yang cuba mempertahankan hak menggunakan nama gelaran kerabat diraja. Yang bukan berdarah raja pun cuba mencari helah untuk meletakkan nama gelaran di pangkal nama! Ini yang dinamakan Raja Celup! 

Lebih memelikkan apabila mereka yang berbangsa Cina pun berminat untuk menjadi keturunan Raja-raja Melayu, semuanya boleh dibuat jika mempunyai wang ringgit. Itu yang didedahkan beberapa orang mangsa sindiket pembelian watikah dan logo kereta palsu Ahli Kerabat Diraja Perak.

Ramai yang ingin menjadi kerabat diraja. Dengan meletakkan nama gelaran di pangkal nama, umum akan tahu seseorang itu berketurunan raja. Dan sekaligus boleh meletakkan rujukan kehormat "Yang Mulia" di depan nama, contoh YM Tengku Si Polan Bin Si Polan.

Raja Celup dari Johor
Apabila bercakap mengenai Kesultanan Johor, umum menganggap Sultan-sultan Johor Moden adalah berketurunan Bugis, tambahan ada Sultan-sultannya yang kelihatan bengis. Jika dikaji salasilah Kesultanan Johor moden yang berketurunan Temenggong, sebenarnya mereka berketurunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan bukannya berketurunan Bugis. Darah Bugis hanya di sebelah ibu kepada Daeng Kechil Abdul Hamid. Rujuk carta di bawah.


Temenggong Daeng Ibrahim atau Daeng Ronggek
Tidak dapat dipastikan mengapa anak-anak Temenggong Tun Abdul Jamal yang berkahwin dengan Daeng Maimuna semuanya mahu dikenali dengan nama gelaran "Daeng" (mengikut di sebelah ibu) dan bukannya "Tun" (di sebelah bapa) yang merujuk kepada keturunan Bendahara. 

Pertamanya, mungkin ingin menunjukkan beliau adalah keturunan raja iaitu berketurunan Opu Daeng Perani Ibni Opu Tendriburong Daeng Rilaka Ibni Opu La Maddusilla (La Madu Saleh) yang merupakan Raja Luwu. Hakikatnya, keturunan itu adalah di sebelah ibu. Nasab yang sepatutnya ialah di sebelah bapa yang merupakan keturunan Bendahara.

Keduanya, penggunakan nama gelaran "Daeng" mungkin menjadikan seseorang itu lebih berpengaruh. Pada zaman itu pengaruh Bugis adalah kuat di Johor terutamanya selepas Daeng Perani membantu Bendahara Abdul Jalil (dari Bendahara menjadi Sultan Abdul Jalil IV) merampas semula takhta dari Raja Kechil Siak yang mendakwa anak Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Anak Bendahara Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dan adik Daeng Perani iaitu Daeng Merewah menjadi Yang Di-Pertuan Muda dimana lebih berkuasa dari seorang Sultan Johor.

Ungku Zeti Akhtar dan bapanya Ungku Aziz
Bermula dengan Temenggong Daeng Ibrahim yang menjadi de-facto Sultan Johor selepas perjanjian pada tahun 10 Mac 1855 antara Sultan Ali dan British di Singapura, dapat dilihat anak-anaknya mula dikenali dengan panggilan "Ungku". Contohnya, adik Maharaja Abu Bakar iaitu Ungku Abdul Majid yang berkahwin dengan wanita Turki, Rugayyah Hanum membawa kepada lahirnya Ungku Abdul Hamid  dan seterusnya Prof. Diraja Ungku Aziz dan Ungku Zeti Akhtar.

 
Apabila Maharaja Abu Bakar menjadi Sultan Johor, anak-anaknya pula dikenali dengan panggilan "Tunku" hingga lah ke hari ini. Keturunan Sultan Ali yang merupakan keturunan Bendahara masih menggunakan nama gelar "Tengku".

Itulah kisahnya Kesultanan Johor dari keturunan Temenggong yang keliru - hakikatnya berketurunan Bendahara dengan gelaran "Tun" tapi lebih ingin dikenali berketurunan Bugis bergelar "Daeng". Dan seterusnya bergelar "Ungku" dan "Tunku" apabila merajakan diri sebagai Maharaja dan Sultan Johor.

Raja Celup dari Indonesia
Terdapat banyak Kesultanan-kesultanan Melayu di Indonesia yang ahli kerabatnya menggunakan gelar "Tengku" seperti Kesultanan Langkat Darul Aman, Kesultanan Deli Darul Maimon, Kesultanan Serdang Darul Arif, dan Kesultanan Asahan. 
Contoh keturunan Sultan Deli yang berada di Malaysia mencari kaum kerabat
Selepas berlakunya Revolusi Sosial Sumatera Timur pada bulan Mac 1946 yang menghapuskan Kesultanan-kesultanan Melayu di Sumatera Timur pada ketika itu, membawa kepada gelombang pelarian Indonesia yang terdiri daripada kerabat-kerabat diraja ke Semenanjung Tanah Melayu. Mereka yang hidup sebagai pelarian ini membuang identiti sebagai kerabat diraja, tidak lagi menggunakan nama gelaran "Tengku" dan hidup sebagai orang biasa. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada tragedi berdarah Revolusi Sosial Sumatera Timur dan mungkin akan dibincangkan dalam satu post di masa hadapan.

Glossary dari buku Rebellion and Reform in Indonesia karya Michelle Ann Mille
Selain daripada kerabat diraja Kesultanan di Sumatera Timur yang melarikan diri selepas Revolusi Sosial, terdapat juga mereka dari Aceh dengan gelaran "Tengku" (keturunan kerabat diraja) dan "Teuku" (keturunan bangsawan dan hulubalang Aceh) datang ke Semenanjung Tanah Melayu. 

Bekas bapa mertua Tengku Adnan yang mati dibunuh anak sendiri
Akhbar Harakah Daily bertarikh 17 Julai 2006 (boleh baca salinan artikel disini) pernah mendedahkan siapa Tengku Adnan Bin Tengku Mansor yang dilahirkan dengan nama Adnan Bin Mansor dan meletakkan gelaran "Tengku" pada tahun 1972 selepas berkahwin dengan kerabat Pahang-Terengganu, Tengku Fatimah Yasmin iaitu anak kepada pasangan Tengku Ismail Ibni Tengku Muhammad Ibni Sultan Ahmad Muazzam Shah dan Tengku Mariah Binti Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. 

Beliau mendakwa berketurunan diraja Aceh dan dengan sebab itu menggunakan gelaran "Tengku". Bagi sesetengah pihak, walaupun berketurunan diraja Aceh masih dianggap sebagai raja celup!

Penulis yakin di luar sana terlalu ramai yang berketurunan diraja dari Indonesia. Jika masing-masing mengemukan salasilah keturunan, adakah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan membenarkan menggunakan nama gelaran? Zaman ini anak cucu kerabat diraja Sumatera Timur yang lari dari Revolusi Sosial tidak perlu takut lagi, gunakan semula nama gelaran masing-masing dan kemukan bukti kepada JPN dan lihat adakah dibenarkan penggunaan nama gelaran bagi yang berketurunan diraja dari Indonesia? 

Perkahwinan Tengku Daud Shah iaitu anak kepada Tengku Adnan dan bekas isteri Tengku Fatimah Yasmin yang mengikut adat dan tradisi diraja Aceh


Berikan sahaja contoh Tengku Adnan, jika tidak cukup kemukakan pula contoh Raja Nong Chik! Jika tidak dibenarkan juga oleh JPN, sah kedua-dua mereka raja celup!
Wikipedia Raja Nong Chik yang perlu diperbetulkan maklumatnya. Pertama, beliau bukan kerabat diraja Perak dan keduanya isterinya seorang mualaf Cina tidak boleh menggunakan nama gelaran "Raja"

Raja Nong Chik bukan berketurunan diraja Perak walaupun dilahirkan di Kuala Kangsar dan nama gelarannya ialah "Raja" seperti mana kebanyakan kerabat Perak yang lain. Beliau sebenarnya adalah berketurunan Yang Di-Pertuan Pagaruyung, Sultan Alam Muningsyah. Salasilah secara penuhnya adalah Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin Bin Raja Tachik Bin Raja Yassin Bin Yamtuan Pandak Raja Beringin Bin Yang Di-Pertuan Sultan Alam Muningsyah I, Yamtuan Raja Bawang.

Berlaku perebutan kuasa untuk menjadi Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang melibatkan Yamtuan Pandak Raja Beringin dan kemudian anaknya, Raja Alang Sohor juga cuba mendapatkan takhta tetapi gagal. 

Petikan daripada buku Sejarah Negeri Sembilan tulisan Buyong Adil. Menceritakan Yamtuan Pandak Raja Beringin menuntut untuk menjadi Yamtuan Seri Menanti (kini Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan)
Sekali lagi keturunan Yamtuan Pandak Raja Beringin cuba menuntut takhta Yamtuan Seri Menanti melalui anaknya, Raja Alang Sohor tetapi gagal. Dikatakan keturunan Raja Beringin ini terus mendiamkan diri saja

Boleh dikatakan keturunan Raja Nong Chik yang bersalasilah Yamtuan Pandak Raja Beringin ini adalah terus kepada kerajaan Pagaruyung melalui Yang Di-Pertuan Sultan Alam Muningsyah I. Keturunan ini tiada kaitan secara terus dengan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan hari ini yang berketurunan Yamtuan Lenggang Ibni Yang Di-Pertuan Malenggang Alam Yamtuan Rajo Naro. 

Jadi, secara teorinya boleh dikatakan Raja Nong Chik ini berketurunan Pagaruyung, Indonesia dan bukan kerabat Negeri Sembilan. Jauh sekali berketurunan diraja Perak walaupun menggunakan gelaran "Raja".


Raja Celup di Sebelah Ibu
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ramai umat manusia di bumi Malaysia ini berebut-rebut untuk menjadi kerabat diraja. Sehinggakan terdapat kes di mana kaum Cina juga sanggup membeli watikah dan logo kereta palsu Ahli Kerabat Diraja Perak.

Keluarga Dato' Abang Abu Bakar menyambut Christmas di London
Jika ada kuasa, yang tidak boleh pun dibolehkan. Bagi sesetengah pihak mempunyai nama gelaran diraja adalah penting walaupun tidak sepatutnya digunakan. 

Contoh yang penulis boleh berikan ialah bekas Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Abang Abu Bakar yang juga cuba membawa masuk UMNO ke Sarawak satu ketika dahulu berkahwin dengan seorang kerabat Negeri Sembilan, Tunku Maziah Binti Tunku Mustapha Bin Tunku Burhanuddin Bin Yamtuan Tuanku Antah. 

Mereka dikurniakan 3 orang anak yang semuanya diletakkan nama gelaran "Tunku" (dari sebelah ibu) dan "Abang" (dari sebelah bapa). Nama yang diberikan kepada anak-anaknya adalah Tunku Abang Faisal Amir, Tunku Abang Mustapha Baqir dan Tunku Dayang Adelene Bahjah. Dan umat manusia lain terpaksa tunduk hormat "Ya, Ku", "Ya, Ku" apabila berbicara dengan raja-raja celup ini. Begitu pentingnya nama gelaran kerana status kerabat diraja itu dipandang terlalu tinggi. 
Daripada Laporan Tahunan Bank Negara
Jadi tidak hairan mengapa ada sebilangan rakyat Malaysia yang bermatian untuk meletakkan nama gelaran kepada anak-anak, sehingga sanggup bertekak dengan JPN!


Kesimpulan
Itulah kisah-kisah raja celup yang sempat dibincangkan. Seperti yang dikatakan, ramai umat manusia yang mementingkan status dan darjat, walaupun tidak sepatutnya menggunakan nama gelaran, akan cuba mencari jalan supaya nama gelaran diberikan kepada anak-anak. Tetapi perlu diingat, mereka yang lebih pekat darah diraja yang berada di luar sana lebih senang untuk tidak menggunakan apa-apa nama gelaran. Tepuk dada tanya selera.

Bercakap mengenai nama gelaran, penulis masih keliru dengan dakwaan Tengku Amran (rujuk blog Uncleseekers III) bahawa beliau berketurunan Kesultanan Perak tetapi menggunakan nama gelaran "Tengku". Umum mengetahui kerabat diraja Perak menggunakan nama gelaran "Raja" dan bukannya "Tengku". Walaupun telah dijawab oleh Tengku Amran di dalam salah satu blog post, tetapi jawapannya tidak meyakinkan.

Diambil salinan surat beranak Tunku Amran yang diletakkan di blog tersebut bertarikh 13 September 2012 dengan artikel bertajuk Terima kasih malaysiacrisis seperti berikut. Cukup cantik surat beranak ini dengan typesetting seperti penggunaan komputer. Kebanyakan surat beranak yang dikeluarkan hingga ke tahun 1980an masih menggunakan tulisan tangan tetapi Tengku Amran amat bertuah kerana surat beranak beliau begitu cantik ditaip sedemikian rupa.
Surat beranak Tengku Amran yang cantik ditaip pada tahun 1940. Typesetting bukan seperti mesin taip tetapi seakan penggunaan komputer. Sedangkan kebanyakan surat beranak yang dikeluarkan di Malaysia sehingga tahun 1980an masih menggunakan tulisan tangan. Begitu bertuah Tunku Amran!
Ini contoh surat beranak yang dikeluarkan tahun-tahun sebelum merdeka dan satu lagi surat beranak yang dikeluarkan pada tahun 1980an. Rupa surat beranak ini biasa kita lihat dan ianya bertulis tangan. 

Contoh surat beranak yang dikeluarkan sebelum merdeka (kiri) dan surat beranak yang dikeluarkan pada tahun 1980an (kanan). Kedua-duanya bertulisan tangan dan bentuk surat beranak yang biasa kita lihat

Mungkinkah Tengku Amran seorang raja tulen jadi surat beranak beliau dibuat begitu istimewa pada tahun 1940an. Atau mungkinkah seorang raja celup?


Anak Opu Daeng, Cucu Opu Daeng, Cicit Opu Daeng,

Monday, 24 September 2012

Anwar Ibrahim Tetap Berjiwa UMNO

Tidak kusangkakan Anwar Ibrahim tetap mewarisi darah UMNO dalam dirinya dalam sifat berpolitik beliau. Agak jijik kita mendengar seorang yang bakal menjadi Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan paling bodoh yang pernah dibuat beliau dalam sekaligus menghilangkan kepercayaan pengundi terhadap beliau & pemimpin PKR.


Katanya, pemilik jet berkenaan memberitahunya supaya menyatakan identitinya sebagai "seorang rakan".

"Saya tanya dia jika dia memohon tanah di Selangor, sekiranya dia ada kepentingan di Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan, walaupun ini bukan sebahagian dari perjanjian. Dia kata tiada.

"(Maka, bantuan tersebut) tidak terikat dengan apa-apa," kata Anwar.


Kenapa perlu meminta derma dan menagih wang rakyat dan ahli parti jika inilah kemewahan yang dengan mudah mampu mereka perolehi. Adakh kita diperbodohkan atau kita ini sebenarnya bodoh dalam menilai pemimpin.
 
Adakah bodoh si pimilik kapal terbang memberikan penerbangan percuma dan tidak mengharap sesuatu. Tolonglah jangan perbodohkan rakyat, kita beri sekuntum bunga tahi ayam kat seorang perempuan pun tetap mengharapkan sesuatu inikan pula kalau diberikan pinjam jet mewah peribadi.
Mahukah kita mempercayai keyataan seperti ini yang selalunya kita dengar dari pemimpin UMNO dan kini PKR pun 2 x 5 jugak jadinya..amat memalukan dan pengundi pasti akan berpaling tadah dengan kenyataan bodoh ini dari seorang bakal perdana menteri.



Inilah jadinya Politik Malaysia apabila semua pembangkang atau pemimpin baru adalah dari bakul sampah yang sama iaitu UMNO dan mereka tetap bersifat UMNO dan bukan rakyat menjadi keutamaan tetapi survival politik mereka adalah darah daging mereka dan bukannya keperitan rakyat perjuangan mereka..



Kenyataan paling tidak rasional yang tidak boleh diterima akal oleh kita dan ramai kawan-kawan pembangkang mengeluh tengok kenyataan ini dan inilah jadinya bila kita terus menerus memilih pemimpin dari bakul sampah yang sama.




Tuesday, 18 September 2012

Elaun Raja-raja dan peruntukan untuk mereka

Malaysia in Crisis banyak menerima soalan yang bertanyakan mengenai elaun yang diterima oleh Sultan dan kerabatnya. Di dalam blog entry kali ini penulis cuba membuat anggaran kasar  jumlah peruntukan diraja dan privy purse (elaun peribadi) dan lain-lain elaun yang diterima oleh Raja-raja Melayu, Raja-raja Bergelar dan kerabat diraja serta Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri tidak beraja.

1. Peruntukan Diraja Yang Di-Pertuan Agong (Akta 269)
Mengikut Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, dinyatakan di sini anggaran perbelanjaan bagi peruntukan diraja Yang Di-Pertuan Agong.
 
Jumlah peruntukan yang dibelanjakan bagi Yang Di-Pertuan Agong di bawah Akta 269
Peruntukan Diraja bagi Yang Di-Pertuan Agong mengikut Akta Peruntukan Diraja 1982, Akta 269 adalah termasuk:

1. Privy purse (elaun peribadi diraja), elaun keraian dan elaun Diraja Istana Negara kepada Yang Di-Pertuan Agong.

2. Privy purse (elaun peribadi diraja), elaun keraian dan elaun Diraja Istana Negara kepada Permaisuri Agong. 

3. Emolumen iaitu gaji dan elaun kakitangan istana.

4. Kos penyelenggaraan Istana Negara.

Peruntukan Diraja bagi Yang Di-Pertuan Agong di bawah Akta 269
Mengikut Jadual Satu Akta 269 (rujuk sebelah), Yang Di-Pertuan Agong menerima jumlah keseluruhan peruntukan elaun (privy purse, elaun keraian dan elaun diraja Istana Negara) sebanyak RM1,054,560 setahun atau RM87,880 sebulan.

Jadual Tiga Akta 269 pula menggariskan peruntukan bagi Permaisuri Agong: Privy purse (RM113,568), elaun keraian (RM36,504) dan elaun Diraja Istana Negara (RM46,800). Ini membawa kepada jumlah sebanyak RM196,872 atau RM16,406 sebulan bagi Permaisuri Agong.

Jadi, jumlah peruntukan diraja bagi Yang Dipertuan Agong, Permaisuri Agong serta gaji kakitangan Istana Negara dan kos penyelenggaraan istana adalah sebanyak = RM13.53 juta setahun.


2. Elaun-elaun Diraja (Akta 270) untuk bekas Yang Di-Pertuan Agong dan bekas Permaisuri Agong
Elaun-elaun Diraja di bawah Akta Istana Negara (Elaun-elaun DiRaja) 1982, Akta 270 memperuntukkan elaun untuk bekas Yang Di-Pertuan Agong sebanyak RM15,180 sebulan untuk seumur hidup.

Permaisuri Siti Aishah
Bagi bekas Permaisuri Agong pula akan menerima sebanyak RM4,500 sebulan untuk seumur hidup. Walau bagaimanapun, bagi Yang Di-Pertuan Agong yang mangkat semasa masih sebagai Agong, isterinya iaitu Permaisuri Agong akan menerima elaun bekas Permaisuri Agong sebanyak RM4,500 beserta keistimewaan-keistimewaan yang diberikan di bawah Jadual Dua Akta 270. 

Subseksyen 3(1) dan 3(2) Akta 270 menyebut:

3(1) There shall be paid to the Consort of a Ruler, who has held the office of Raja Permaisuri Agong, for the duration of her life, the monthly allowance specified in Part II of the First Schedule.

3(2) If the Yang Di-Pertuan Agong dies while in office, there shall be granted to his Consort who is holding the office of Raja Permaisuri Agong at the time of the death of such Yang Di-Pertuan Agong the allowances and privileges specified in the Second Schedule for the duration of her life in addition to the monthly allowance payable under subsection (1).
Akta Istana Negara (Elaun-elaun DiRaja) 1982, Akta 270
Ini bermakna Permaisuri Siti Aishah layak menerima elaun bulanan sebanyak RM4,500 disamping keistimewaan-keistimewaan lain di bawah Jadual Dua Akta 270 seperti di atas.

Jumlah peruntukan yang dibelanjakan untuk Elaun-elaun Diraja di bawah Akta 270
Jadi, jumlah elaun-elaun diraja yang diperuntukkan di bawah Akta 270 ialah sebanyak = RM1.27 juta setahun.


3. Peruntukan untuk Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Mesyuarat Majlis Raja-raja juga ada peruntukan tertentu
Kerajaan juga memperuntukkan jumlah tertentu kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Peruntukan ini termasuk menguruskan ketibaan dan keberangkatan balik Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertua Negeri menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja, elaun-elaun untuk mereka semasa menghadiri mesyuarat tersebut, emolumen kakitangan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan lain-lain.

Peruntukan bagi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
Jadi, jumlah peruntukan bagi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja yang menguruskan Majlis Raja-raja ialah sebanyak = RM1.80 juta setahun.


4. Peruntukan bagi Sultan dan Raja Bergelar
Setiap negeri-negeri Melayu beraja mempunyai Enakmen Peruntukan Diraja yang memperuntukkan sejumlah tertentu bagi Sultan, Raja Bergelar dan kerabat-kerabat yang layak menerima elaun yang ditetapkan. Enakmen ini juga memberi peruntukan untuk emolumen kakitangan istana dan kos penyelenggaraan istana Sultan.

Penulis tidak mempunyai salinan enakmen-enakmen tersebut. Walau bagaimanapun penulis akan cuba membuat anggaran kasar berdasarkan peruntukan perbelanjaan kerajaan negeri yang diluluskan oleh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan peruntukan diraja ini.

Merujuk kepada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah pada 18 September 2005 yang meluluskan pindaan terhadap Enakmen Peruntukan Diraja (Kedah) 1981, kadar emolumen terbaru adalah seperti berikut:

Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah yang low-profile dan uzur
1. Sultan Kedah menerima RM52,600 privy purse dan RM15,480 elaun keraian, dengan jumlah sebanyak RM68,080 sebulan.

2. Sultanah Kedah menerima RM12,000
privy purse dan RM2,600 elaun keraian, dengan jumlah sebanyak RM14,600 sebulan.

3. Raja Muda Kedah menerima RM10,000
privy purse dan RM3,000 elaun keraian, dengan jumlah RM13,000 sebulan.

4. Raja Puan Muda Kedah menerima RM4,000
privy purse dan RM1,200 elaun keraian, dengan jumlah RM5,200 sebulan.

Tunku Bendahara Annuar Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Sallehuddin Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim
5. Tunku Bendahara menerima RM4,000 sebulan.
6. Isteri Tunku Bendahara menerima RM1,250 sebulan.
7. Tunku Temenggong menerima RM3,500 sebulan.
8. Isteri Tunku Temenggong menerima RM900 sebulan.
9. Tunku Laksamana menerima RM3,200 sebulan.
10. Isteri Tunku Laksamana menerima RM600 sebulan.
11. Tunku Panglima Besar menerima RM3,000 sebulan

Berdasarkan kadar-kadar di atas, peruntukan diraja bagi Sultan Kedah, Sultanah dan raja-raja bergelar Kedah adalah berjumlah RM1,41 juta setahun. Jumlah ini tidak termasuk peruntukan kepada Jemaah Pemangku Sultan serta Elaun Khas kepada Raja Muda Kedah dan Raja Puan Muda Kedah berikutan pelantikan Sultan Kedah sebagai Yang di-Pertuan Agong. Juga tidak termasuk elaun kerabat yang diberikan kepada Kerabat Kategori 1 dengan kadar RM1,000 sebulan dan Kerabat Kategori 2 dengan RM500 sebulan.

Untuk memudahkan perkiraan, diandaikan 9 negeri-negeri beraja memperuntukkan jumlah yang sama, maka RM1.41 juta x 9 = RM12.69 juta setahun bagi bayaran elaun kepada Sultan dan Raja Bergelar.


5. Peruntukan bagi Emolumen Kakitangan Istana dan Kos Penyelenggaraan Istana
Sekali lagi penulis merujuk kepada peruntukan perbelanjaan kerajaan negeri yang diluluskan oleh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan peruntukan diraja bagi membuat anggaran kasar emolumen kakitangan istana dan kos penyelenggaraan istana.

Royal Automobile Gallery di Istana Alam Shah, Selangor
Mengikut laporan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri Selangor bertarikh 17 November 2011, Enakmen Peruntukan DiRaja (Selangor) memperuntukkan RM4.49 juta bagi perbelanjaan emolumen kakitangan istana dan RM11.76 bagi perbelanjaan utiliti, bekalan dan penyelenggaraan istana untuk tahun 2011. Ini membawa kepada jumlah RM16.25 juta bagi pembayaran gaji dan elaun kakitangan istana serta kos keseluruhan penyelenggaraan istana. 

Jika dibandingkan dengan kos peruntukan yang diberikan untuk Istana Negara (rujuk perkiraan nombor 1), ternyata peruntukan bagi pembayaran gaji kakitangan istana serta kos keseluruhan penyelenggaraan istana bagi negeri-negeri beraja adalah lebih tinggi. Ini adalah kerana terdapat beberapa buah istana di sesebuah negeri. Sebagai contoh, Selangor mempunyai Istana Alam Shah, Istana Bukit Kayangan, Istana Darul Ehsan dan Istana Mestika.

Untuk memudahkan perkiraan, sekali lagi diandaikan 9 negeri-negeri beraja memperuntukkan jumlah yang sama, maka RM16.25 juta x 9 = RM146.25 juta setahun bagi pembayaran gaji dan elaun kakitangan istana serta kos penyelenggaraan istana di negeri-negeri beraja.


6. Peruntukan bagi Yang Di-Pertua Negeri
Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja, Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan ketua bagi negeri-negeri tersebut iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Setiap kerajaan negeri memperuntukkan jumlah tertentu kepada Yang Di-Pertua Negeri di bawah Enakmen Civil List atau Peruntukan Diraja. Penulis mengambil contoh Enakmen Civil List (Sabah) 1963 sebagai contoh kes.
Senarai peruntukan bagi Yang Di-Pertua Negeri Sabah di bawah Enakmen Civil List (Sabah) 1963

Orang Pahang jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka!
Ini bermakna Yang Di-Pertua Negeri Sabah menerima privy purse (elaun peribadi) dan elaun keraian dengan jumlah sebanyak RM367,770 setahun atau RM30,647.50 sebulan.

Jika ditambah dengan emolumen kakitangan istana dan kos penyelenggaraan istana Yang Di-Pertua Negeri bagi sesebuah negeri itu, jumlah keseluruhan peruntukan bagi seseorang Yang Di-Pertua Negeri ialah sebanyak RM604,130 setahun. 

Kita andaikan peruntukan yang sama diberikan kepada Yang Di-Pertua Negeri yang lain iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak, maka keseluruhan peruntukan kepada keempat-empat 'orang biasa' yang diberikan taraf seakan raja ini ialah sebanyak RM604,130 x 4 negeri = RM2.42 Juta setahun.

Jadi, secara kasarnya jumlah peruntukan bagi keempat-empat Yang Di-Pertua Negeri ialah sebanyak = RM2.42 juta setahun.


Kesimpulan
Ringkasan daripada pengiraan di atas:

1. Peruntukan Diraja Yang Di-Pertuan Agong (Akta 269) = RM13.53 juta
2. Elaun-elaun Diraja (Akta 270) untuk bekas Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri = RM1.27 juta
3. Peruntukan untuk Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja = RM1.80 juta
4. Peruntukan bagi Sultan dan Raja Bergelar = RM12.69 juta
5. Peruntukan bagi Emolumen Kakitangan Istana dan Kos Penyelenggaraan Istana = RM146.25 juta
6. Peruntukan bagi Yang Di-Pertua Negeri = RM2.42 juta

Anggaran keseluruhan jumlah peruntukan untuk raja-raja dan Yang Di-Pertuan Negeri ialah RM177.96 juta setahun.

Walau bagaimanapun jumlah ini tidak termasuk elaun-elaun yang diberikan kepada kerabat-kerabat diraja (semua isteri-isteri bekas Sultan, anak-anak Sultan dan bekas Sultan dan kerabat-kerabat lain yang layak menerima elaun), kos keseluruhan Johor Military Force yang merupakan pengawal-pengawal istana Johor dan sebagainya.

Jika semua kerabat-kerabat diraja Johor tidak mengambil elaun mereka bermakna dianggarkan RM1.41 juta setahun dimasukkan ke dalam tabung Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Berapa pula peruntukan untuk JMF yang merupakan pengawal-pengawal kerabat diraja Johor? Kos JMF mungkin berkali-kali ganda daripada peruntukan gaji dan elaun Sultan, Raja-raja bergelar dan kerabat diraja Johor!

Jumlah RM177.96 juta setahun jika dibahagi dengan 1.7 juta pembayar cukai aktif (rujuk Sinar Harian bertarikh 11 September 2011 dengan artikel "Hanya 1.7 juta pembayar cukai aktif"), bermakna setiap pembayar cukai perlu menyumbang RM104.68 untuk kos membayar gaji dan elaun Raja-raja Melayu, Yang Di-Pertua Negeri serta emolumen kakitangan istana dan kos penyelenggaraan semua istana-istana di Malaysia.

"The British royal family cost taxpayers 52 pence per person last year" - Lapor ITV News bertarikh 3 Julai 2012


Kalau di United Kingdom, setiap pembayar cukai hanya perlu menyumbang 52 pence untuk keluarga diraja Britain dan saban tahun menjadi isu besar di negara tersebut, di negara kita setiap pembayar cukai perlu menyumbang RM104.68? Perlu diingat anggaran jumlah ini adalah paling minimum tidak termasuk pembayaran elaun-elaun untuk kerabat diraja (anak-anak Sultan dan sebagainya mengikut kategori) dan pengawal-pengawal istana seperti pasukan JMF! Dan perlu diingat juga penulis membuat andaian setiap negeri beraja diperuntukkan jumlah yang sama. Anggaran lebih tepat boleh dibuat dengan membuat pengiraan bagi setiap negeri secara berasingan dan boleh dijadikan satu thesis kajian!


Yang membayar cukai setiap tahun,

Monday, 17 September 2012

"Aku Yang Simbah Cat Merah Kat Bas Jelajah Merdeka!!"



Malaysia sedang berpesta sempena PRU 13 yang bakal menjelang tiba. Syawal telah lama dilupakan tetapi apa yang ada di sanubari setiap parti politik adalah PRU 13. 

Kurang meriah hari raya dan musim haji ini kerana semua sibuk dengan Kempen Pilihanraya dan kurang pula rumah terbuka dan majlis terbuka yang menyediakan makanan yang sedap-sedap dan setiap kali pergi ceramah akhirnya kita kena menderma pulak untuk dana poltik katanya.Duit raya tak pula kita dapat.. Sedangkan parti-parti politik ini semua kaya raya tetapi tanpa segan silu bersifat fakir kerana ingin terus merabunkan mata rakyat kononya mereka tiada dana dan sebagainya.

Terpanggil untuk menulis artikel ini kerana sememangnya kami tidak berpihak kepada mana-mana parti poltik kecuali melihat setiap isu politik sebagai satu krisis yang mungkin bakal melanda rakyat Malaysia.
 
Aku Yang Simbah Cat
Isu simbah cat semakin hangat. dah tiga kali kena simbah cat dan pastinya tidak lari dari kali keempat dan seterusnya atau pun adegan ini bertukar kepada lebih ganas dari simbah cat ke simbah asid sebagainya.Sekali kena simbah cat  memang patutlah salahkan orang lain, kali kedua kena simbah pun memang patutlah salah orang lain, kalau kali ketiga pun kena simbah cat , bukan ke bodoh namanya untuk tidak menjaga bas yang kononya asyik dimandikan cat merah!!





Atau ianya satu mainan poltik yang sengaja diwujudkan dan percayalah rakyat Malaysia semakin jemu dengan permainan seperti ini kerana kami rakyat Malaysia bukan bodoh seperti yang anda semua sangkakan.

Bukankah ada pemandu sepenuh masa, ada krew teknikal atau apa apa krew lain dan jika masih kena simbah cat tak ke bodoh namanya. Atau makan gaji buta? atau cerita yang sengaja diwujudkan?

Betulke nombor plate motor tu  yang dituduh simbah cat di tangkak. Sudah pasti jika disiasat kita akan dengar pula cerita kononya motor terebut menggunakan nombor plate palsu.
Cukuplah wahai ahli poltik yang banyak sangat berdrama, hentikanlah kerana semakin nampak ketaranya cerita rekaan mengikut dialog drama bersiri yang sengaja diwujudkan.
Maaflah penyokong parti politik Pakatan Rakyat kerana kita tidak boleh diperbodohkan selalu dengan kisah bas kena simbah cat. Dari main simbah cat rasanya kalau benci dah lama bas tu terbakar kot agaknya atau bocor tayar masa jalan masuk ke kampung kampung..ini asyik kena simbah dan bas yang memiliki semua krew sepenuh masa yang tiada kerja lain tidak mampu menjaga bas dan nak dijadikan cerita sandiwara. Fokus isu nasional dan isu sibah cat perkara kecil dan jangan asyik salhkan orang dan orang akan mula tidka percaya pada anda..
Kalau kita benarkan ahli poltik mencipta drama skrip and kita membenarkan mereka terus berlakon, maka kita salah dalam matlamat reformasi kita. Kita perlu pejuang poltik bukan pelakon politk yang hanya pandai berkata untuk mereka duduk di kerusi-kerusi empuk yang ada dan akhinrya membiarkan rakyat terus menderita.



Kalau tengok corak simbahan cat tu pun tak masuk akal denagn curahan "Hit & Run" dan anmpak sangat terlalu dirancang. Nasib baiklah kita belum ada kepakaran seperti FBI,CIA dan kalau tak malu dibuatnay keran akan membuka pekung di dada.
 Elok hentikanlah sebelum rakyat makin meluat melihat permainan simbah cat ini.Kalau kita baca pengakuan Setiausaha Agung PKR pun jelas mengaku polis terus mengejar penyimbah cat sewaktu kejadian berlaku dan jelas lagi terang membuktikan pihak polis ada hadir dan menjaga keselamatan majlis awam.



Nak tanya, penulis skrip lepas ni adegan apa pulak? bila nak main balig telur ke, tembak menembak ke, atau pancung memancung..baru best cerita macam ni..bosan dah dengan main simbah cat..

"Aku Yang Simbah Cat Merah" 

Friday, 14 September 2012

Sultan Berzina



Sultan Pahang, HRH Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah merupakan Yang Dipertuan Agong Ke 7 Malaysia sejak 26 April 1979 sehingga 25April 1984. Baginda merupakan Sultan Pahang yang menaungi Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang atau lebih dikenali sebagai Ketua Agama Islam Negeri Pahang. Disebalik peranan beliau sebagai seorang Sultan yang menerajui Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang, seharusnya beliau memiliki nilai keperibadian yang tinggi mulianya bagi mewakili Agama Islam dan Masyarakat Melayu Negeri Pahang.




Carla Brizuela Shah & Dina Brizuela nama yang pernah menggegarkan Malaysia sewaktu baginda menjadi Yang Dipertuan Agong ke 7. Kisah ini dibongkar oleh malaysiakini pada tahun 2001 dan sudah hampir 11 tahun usia cerita ini.

Renungkanlah wajah mereka.

Dimanakah Carla Brizuela Shah yang berusia 19 tahun pada tahun 2001. Adakah hilang atau dihilangkan dari peta dunia agar sejarah yang tidak dibongkar dan diadili ini dipadam terus dari minda rakyat Malaysia? Nantikan kisah selanjutnya.

Persoalannya, bagaimana seorang yang pernah melakukan zina dan memiliki anak luar nikah bersama seorang wanita bukan Islam menjadi Ketua Agama Islam Negeri? Terpeliharakah Islam dibwah naungan mereka? Fikirkanlah..

Artikel Malaysiakini, 3hb Mac 2001


Sultan Pahang miliki anak luar nikah: 
Bekas jururawat Filipina


Sultan Pahang dituduh meninggalkan seorang anak perempuan hasil hubungan sulitnya yang didakwa dengan seorang jururawat berbangsa Filipina pada awal 1980-an.

Gadis itu, Carla Brizuela Shah, 19, dan ibunya Dina Brizuela Cooper, 47, kini tinggal di California, Amerika Syarikat.

Dina mendakwa beliau dipaksa mengadakan hubungan seks beberapa kali dengan Sultan Ahmad Shah ketika baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 1979 hingga 1984. Kata wanita itu, hasil hubungan itu beliau hamil tetapi baginda tidak mempedulikannya dan anaknya itu.

Sebagai menerima tanggungjawab bapa, baginda sebelum ini bersedia berunding dengan Dina untuk memberikan wang sebanyak RM10 juta sejak 1997 bagi menyelesaikannya.

Bagaimanapun, apabila rundingan dengan baginda, yang diwakili peguam Michael Chong, gagal, Dina membina satu [#1]laman web[/#] bagi mendedahkan ceritanya dan beberapa percubaannya yang gagal mendapatkan penerimaan baginda dan keluarga diraja.

Apabila dihubungi malaysiakini, Chong tidak bersedia mengulas hal ini.

"Saya tidak mahu mengulas perkara yang diterbitkan dalam sebuah laman web peribadi," katanya.

Dina memberitahu malaysiakini, terdapat beberapa sebab yang menjadi punca rundingan itu gagal.

"Saya mahu sebarang perbincangan harus memasukkan tiga syarat," jawabnya dalam satu mesej yang dihantar melalui faksimili.

Syarat itu ialah pengiktirafan secara bertulis bahawa baginda sebagai bapa Carla, gadis itu dibenarkan melawat bapanya setiap tahun dan Carla diterima sebagai seorang anak sultan. Dina menegaskan wang bukanlah faktor yang mendorongnya berunding dengan baginda.

Bagaimanapun satu sumber yang rapat dengan Sultan menafikannya, dan menyebutkan rundingan itu gagal kerana Dina tidak bersetuju dengan jumlah yang ditawarkan oleh baginda.

"Jumlah terakhir yang ditawarkan kepada Dina dan Carla kira-kira RM10 juta. Dina, bagaimanapun, mahu Carla diterima sebagai sebahagian pewaris harta baginda," kata satu sumber yang sangat dipercayai.

Sumber itu menyebutkan baginda telah bersetuju memindahkan satu hartanah di Los Angeles kepada Dina bagi pihak anaknya.

Tempoh berahsia 10 kepada 20 tahun

Siasatan malaysiakini mendedahkan hartanah itu, sebuah rumah dengan enam bilik tidur di pinggir bandar yang hampir dengan kawasan mewah Beverly Hills, bernilai AS$1.1 juta (RM4.1 juta).

"Sultan juga menawarkan untuk membayar kira-kira AS$100,000 (RM380,000) kepada Dina dan juga AS$50,000 (RM190,000) setiap tahun dalam tempoh enam tahun bagi pelajaran Carla," kata sumber itu lagi.

Jumlah-jum lah ini disahkan dalam beberapa pucuk surat - semuanya didedahkan di laman web Dina - yang dihantar oleh Chong kepada peguam wanita itu di Amerika Syarikat.

Sumber itu turut menyebutkan sejak awal rundingan pada 1997, baginda telah membayar AS$130,000 (RM494,000) kepada Carla dan emaknya sebagai perbelanjaan mereka.

"Apa lagi yang mereka mahu? Baginda telah bermurah hati memberikan bantuan kewangan dan malah menerima Carla sebagai anaknya," kata sumber.

Dina berkata rundingan itu akhirnya putus hujung tahun lalu selepas baginda dan peguam-peguamnya menarik semula butir-butiran perjanjian yang telah dipersetujui sebelumnya.

"Mereka tidak bersedia meneruskan sokongan kewangan seperti dipersetujui. Mereka juga mahu tempoh menyimpan rahsia (tentang hal ini) digandakan daripada 10 kepada 20 tahun selepas kemangkatan baginda," katanya.

Beliau berkata alasan menggandakan tempoh berahsia itu bertujuan menyembunyikan berita bahawa baginda adalah bapa sebenar Carla, sambil menambah rundingan itu juga gagal akibat mereka tidak bersetuju hak pusaka untuk anaknya.

"Kami telah jelaskan dari awal bahawa kami tidak akan bersetuju terhadap sebarang penyelesaian yang menafikan hak Carla untuk mendapatkan warisan selepas kematian ayahnya," kata Dina.

"Carla sedia menerima syarat pusaka ketika hayat baginda. Bagaimanapun sebarang tuntutan untuk menggugurkan hak, yang wajar dia dapat, sebagai prasyarat kepada penyelesaian tidak akan diterima."

Dina berkata pada rundingan terakhir, peguam baginda cuba "mengugut dan membuli" beliau dan Carla dengan cara menerima penyelesaian umum tetapi dengan menggugurkan semua hak Carla pada masa depan.

"Kami tidak bersetuju dan mereka pun meninggalkan mesyuarat itu."

Sumber itu menafikan hal itu dengan menjelaskan daripada awal, Carla dinafikan hak harta pusaka menurut hukum Islam.

Pertemuan dengan Carla

"Perkara ini jelas dari sudut undang-undang Islam. Seorang anak luar nikah tidak mempunyai hak mempusakai harta bapanya," kata sumber itu lagi, sambil menambah gadis itu tidak boleh dianggap anak yang sah pada pandangan agama.

Sumber itu menambah, baginda telah melawat Carla sebanyak dua kali dan ketika itu jika Dina ingin meneruskannya, rundingan itu mungkin berhasil.

Bagaimanapun Dina, yang mengesahkan baginda pernah bertemu Carla, berkata baginda tidak pernah menandatangani sebarang surat yang mengiktiraf Carla sebagai anaknya. Dina juga berkata beliau fikir baginda keberatan untuk memulakan atau meneruskan hubungan dengan Carla.

"Tidak pernah baginda atau anggota keluarganya menjawab surat-surat yang dihantar Carla atau saya. Mereka tidak pernah peduli untuk menerima panggilan telefon, menjawab kiriman faksimili atau apa sahaja," kata Dina.

Beliau berkata pada peringkat awal rundingan, satu tawaran dibuat kepadanya melalui surat bertarikh 18 Mac 1999.

Satu salinan surat itu, yang boleh diperolehi daripada laman itu, menyebutkan baginda akan memindahkan hartanah di Los Angeles kepada Dina sebagai pemegang amanah bagi pihak anaknya. Surat itu menyebutkan baginda bersedia membiayai pendidikan dan perbelanjaan dalam tempoh enam tahun mulai 1999.

Surat itu menghendaki Dina agar tidak membuat sebarang tuntutan pada masa depan berkaitan perhubungan silam antara baginda dengan gadis itu.

Sumber itu, yang rapat dengan keluarga diraja, berkata tawaran baginda yang disebutkan dalam surat itu sudah mencukupi untuk keselesaan ibu dan anak itu.

Bagaimanapun, sumber itu mendakwa surat yang diterbitkan dalam laman web itu tidak lengkap seperti salinan asal.

"Dalam surat asal, Dina telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima penyelesaian yang ditawarkan oleh baginda. Beliau bersetuju anak itu adalah hasil hubungan antaranya dengan baginda. Tetapi beliau kini mendakwa dirogol pula," kata sumber.

Sumber itu menambah, Dina hanya berminat mendapatkan wang dan ingin mendapat lebih daripada yang baginda tawarkan.

"Dina tidak berminat dengan kesejahteraan anaknya. Jika berminat, beliau tentunya sudah menerima wang dan hartanah itu. Wang itu mungkin boleh digunakan untuk pelajaran Carla. Beliau mahu kekayaan baginda dengan menjadikan Carla sebagai sebahagian pewaris pusaka. Beliau telah diberikan nasihat yang salah tentang hal ini. Undang-undang syariah tidak membenarkannya," tegas sumber itu.

Hak sebagai anak

Menjawab hal ini, Dina berkata Carla hanya ingin peluang mencari kemungkinan sama ada gadis itu mempunyai hak sebagai anak baginda di bawah undang-undang Islam atau peruntukan undang-undang lain.

"Ini tidak boleh dianggap dia (Carla) ingin menjadi anggota keluarga diraja atau tinggal di Malaysia, kerana dia sendiri tahu itu tidak akan mungkin dan tidak pula bersesuaian dengan pandangannya yang sederhana," kata Dina.

Sumber istana juga berkata Dina mahu semuanya disebut dalam perjanjian, bermula hak melawat hingga penerimaan Carla dalam keluarga diraja.