Sunday, 2 September 2012

Pesta Seks & Air Kencing Syaitan Diraja-PART II

Syaitan Tetap Menghasut, Tetapi Syaitan Tidak Boleh Dipersalahkan
Gambar Hiasan

Blog entry kali adalah kesinambungan daripada entry sebelum ini iaitu Pesta Seks Seorang Raja

"Air Kencing Syaitan" adalah panggilan sinonim kepada minuman yang memabukkan dan ini kerana semua sedia maklum kesan apabila seseorang itu menjadi mabuk akan mula lupa diri mereka dan hidup dalam khayalan. Tetapi kenapa pula air kencing syaitan ini tetap menjadi idaman ramai tak kira Islam atau bukan Islam.
"Pilihan Pelbagai Air Kencing Syaitan"

Air kencing syaitan mudah membuat kita lupa dan khayal. Contoh terbaik adalah artikel Pesta Seks Diraja jelas menunjukan watak seorang lelaki dan minah mat salleh yang dalam keadaan mabuk. Tetapi ada juga mempersoalkan kesahihan gambar tersebut kononya lelaki tersebut juga mat salleh dan sebagainya. Apa pun kebenaran akan jelas siapakah lelaki tersebut apabila anda terus membaca artikel ini..




Dalam artikel berjudul "Pesta Seks Diraja" kita melihat perilaku seorang lelaki bersama minah mat salleh dan ramai juga tertanya siapakah lelaki tersebut. Seluar beliau yang jelas terlondeh dan seolah-olah sedang melakukan sesuatu di bahagian hadapan dan aksi tersebut menghairahkan minah mat salleh tersebut. Apakah aksi sebenar dia sebenarnya?

  
Komen yang memperosalkan kebenaran


Adakah benar watak lelaki tersebut adalah lelaki mat salleh seperti yang ditulis oleh pelbagai pihak bagi menepis kebenaran artikel yang dipaparkan sebelum ini.

Jelas kelihatan punggung lelaki tersebut dan apa pula yang kelihatan dihadapan. Lihat kedudukan tangan dan aksi mereka dan  kita mampu meramalkan apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Gambar diatas, jelas sekali menunjukkan pesta seks yang mungkin tidak salah bagi mereka (mat salleh) yang sedang berseronok melakukan adegan tersebut tetapi adalah jijik kepada kita yang yang melihat kebenaran terhadap kebenaran siapakah antara mereka.

Agak mudah untuk kita bayangkan dan gambar diatas memberi seribu makna yang tersurat disebalik aktiviti mereka pada malam parti mereka ini.

Antara pengesahan kebenaran perihal ini, komen rakan bagi menyokong pelaku pesta seks diraja.

Adakah betul RMS is a good , humble and cool guy?

Siapakah lelaki yang sedang sibuk melakukan aksi berahi dan tidak sedar seluar beliau terlondeh? Jika seluar anda terlondeh seperti diatas dan menampakkan punggung belakang sebegitu rupa,seharusnya anda juga tahu apa pula yang mungkin sedang kelihatan dengan jelas dibahagian hadapan dalam posisi lelaki seperti diatas.. 
 
Mana mungkin mereka sedar apabila air kencing syaitan mengalir laju dan memenuhi darah daging mereka. Apabila syaitan merasuk kedalam hati dan jiwa, maka hilanglah rasa takut & musibah kepada Allah SWT kerana bagi mereka dialah yang berkuasa dan kita pula menjunjung mereka tanpa menilai baik atau buruknya mereka..

Inilah watak utama gambar diatas yang juga bakal Ketua Agama Islam Negeri / Negara.
Baju & Seluar yang sama dan dialah lelaki seluar terlondeh bersama minah mat saleh tersebut.



Bayangkan seorang bakal Ketua Agama Islam Negeri atau Negara dalam keadaan sebegitu dan bayangkan seluar beliau telah terlondeh dan menampakkan punggung "baginda". Inilah dikatakan apabila mabuk dan syaitan merasuk maka hilang pertimbangan.


Kerakusan rakan-rakan yang pada tahap melampai batasan.

Untuk tidak terlalu mengaibkan individu ini, gambar yang dikeluarkan adalah sekadar memberi kebenaran bahawa "baginda" sedang berseronok dan kita boleh menilai dari aksi rakan-rakan beliau dalam majlis tersebut dan "Ketua Agama Islam" bersama mereka.Masih banyak koleksi gambar yang lebih mengaibkan dan nantikan episod seterusnya untuk kita lebih mengenali dan menilai institusi diraja.

Tetapi bukan syaitan yang harus dipersalahkan kerana memang syaitan bersifat demikian dengan menghasut tetapi adalah kerana "baginda" memilih air kencing syaitan minuman  pesta atau parti mereka..Kita lihat perilaku gambar diatas yang jelas menunjukan watak sebenar "baginda" dalam Pesta Seks Diraja yang amat mengaibkan diri beliau.


Wanita Mat Salleh Yang Sama  Sedang Memberikan "Air Kencing Syaitan"
Kepada Seorang Lelaki Berbogel Pada Pesta Tersebut.
Wanita ini jugalah bersama dengan Bakal Ketua Agama Islam Negeri/Negara.

Wanita (mat salleh)  ini jugalah yang sedang beraksi dengan penuh berahi bersama baginda dan wanita ini jugalah yang sedang memberikan air kencing syaitan kepada seorang rakan mereka yang dalam keadaan bogel.

Bayangkan apa sedang berlaku dalam majlis tersebut dan adakah ini tidak melampaui batasan kewarasan dan rasa tidak berdosa kepada Allah terutamanya yang bakal menjadi Ketua Agama Islam. Dimanakah rasa segan silu dan takut kepada Allah atau malu kepada rakyat kerana mempercayai mereka untuk menjaga kesucian Islam. 

Mereka inilah yang menjahanamkan Islam dan memberi ruang keapda agama lain bertindak keatas Islam dan memperlekehkan Islam. Manakan tidak mereka (bukan Islam) memperlekehkan Islam jika inilah sikap dan perangai Ketua Agama Islam di Malaysia.

Koleksi Botol-Botol Pilihan Air Kencing Syaitan  & Inilah Wajah Mereka Watak Utama & Minah Mat Salleh

Dimanakah silapnya dan menyebabkan Islam diketuai oleh manusia-manusia seperti ini. Mampukah kita terus menjunjung hormat kepada mereka dan membenarkan tangan tangan ini terus merasmikan rumah-rumah Alllah di Malaysia dan terus berkata-kata isu kepentingan & kesucian Islam selagi mereka tidak bertaubat.

Conflict of Personality-Bagaikan Langit & Bumi Perbezaanya



Dengan aksi baginda di  Pesta Seks Diraja diatas dan kegemaran terhadap air kencing syaitan, namun tetap mampu memainkan peranan selaku Ketua Agama Islam. Namun menariknya apabila berlaku "Conflict of Personality" yang jelas dimana beliau sedang berada dirumah Allah dalam majlis Tahlil & Yassin dan dia jugalah sebelum ini kita lihat beliau beraksi di Majlis Pesta Seks Diraja.
Mungkin beliau mengambil ruang untuk memenuhi kehendak rakyat selepas memenuhi kehendak hawa nafsu sendiri dan kembali ke pesta-pesta dan parti-parti kesukaan apabila selesai Majlis Tahlil & Yassin agaknya.
Hilang keyakinan apabila manusia berpura-pura dan inilah contoh apabila manusia berpura pura tetapi kebenaran tetap muncul bila tiba masanya.

Hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:

 
”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling aku suka”


Teringat kepada kisah Kartika yang dihukum sebat kerana minum arak oleh Mahkamah Syariah.

Apa pula hukuman yang setimpal bagi Ketua Agama Islam dalam aksi ghairah, minum arak dan sebagainya.

Tetapi hukuman akhirnya tidak dijalankan kepada Kartika kerana cepat pihak istana mengampunkan kesalahan beliau. Ramai lagi di penjara yang mungkin juga teraniya atau diperangkap kes jenayah dan syariaah dan tidak pula cepat pihak istana mengampunkan mereka.

Mungkin juga bagi mereka "Pengampunan Diraja" membersihkan diri mereka dari segala dosa kepada Allah & rakyat yang terus tertipu dengan watak mereka selaku Ketua Agama Islam Negeri/Negara.


Inilah gelagat sebenar Ketua Agama Islam & kesan Air Kencing Syaitan kepada manusia yang kita doakan setiap solat jumaat.

"Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah"

Namum bila kita menegur dikatakan kita biadap dan mula dibabitkan kesalahan Akta Hasutan & sebagainya tetapi mereka yang sebenarnya melakukan kesalahan yang jelas dan mengkhianati Islam dan rakyat dan mereka masih dijulang  kononya mereka adalah benteng terakhir dalam memastikan Islam & Melayu kekal terpelihara di Malaysia.Terpeliharkah Islam & Melayu jika ini nilai diri mereka?

Semoga Allah SWT melindungi Islam di bumi Malaysia yang telah tergadai kepada mereka yang lupa amanah dan janji mereka sewaktu mengangkat sumpah dengan nama Allah SWT.

Nantikan pendedahan seterusnya dalam pelbagai kisah diluar pemikiran kita melibatkan kerabat diraja dan terpeliharakah Islam dengan mereka sebagai Ketua Agama Islam Negeri/Negara.













39 comments:

  1. "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah"

    ReplyDelete
    Replies

    1. apaka anda ingin tau tentan angka togel yang akan keluar langsung di {o82_335_557_341} aBAH HARUNG angka yang di berikan ABAH benar2 jebol langsung 4d yaitu {1372} tak saya sangka saya menang {250} jt sudah banya yang lain tapi tidak ada bukti hanya ABAH HARUNG lha yang bisa membuktikang angka nya ABAH HARUNG saya sangat berterimah kasih ABAH


      Delete
  2. adat melayu purba nan jahil hingga kini masih berlaku . raja adil raja disembah, sedangkan hanya Allah sahaja layak disembah..ap kejadahnya sembah manusia?

    hang jebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhh Bro...i agree with u ! Jangan sembah manusia !!! Hanya kpd Allah yg mutlak utk kita sembah. “Lailaha Illallah Muhammadu Rasulullah”.

      Delete
  3. Anwar Ibrahim yang berpesta seks bersama cina doll kenapa PKR mempertahankannya adakah disebabkan politik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga setan yang backing.

      Delete
    2. Masalahnya bukan backing Bro...tapi lu kena jawablah dengan setulus ati...lu pon jangan nak jadi setan jugak sebab nak backing Anuar Ibrahim....lets be sincere la Bro

      Delete
    3. Kau yakin ke itu Anuar?

      Delete
    4. Setan yg dikenali mmg mcm nie.. Ditunjukan jalan yg lurus ttp bengkok jg.. Tgglkan je org yg bodoh dan jahil nie.. Buang masa.

      Delete
    5. kah...kah..kah...dan dan jer setan..kalo video pon ko x caye.....ape tah lgi gambar...lgi la x bley caya....kan....kan...kan..

      Delete
    6. "Kau yakin ke itu Anuar? BIHTU KO YAKIN KE TU GAMBAR RAJA MUDA?

      camna kalo aku cakap "tu semua agenda nak jatuhkan dia" KORANG AKAN CAKAP AKU NI BUTA TAKLEH BEZA MANA BETUL ATAU TIDAK.

      sekrang ni, korang bleh BEZA ke mana satu BETUL atau TIDAK?

      Delete
    7. walawai.. wa manyak suka tengok ini dua lembu malayu gaduh.. waa banyak suka.. apa apa.. nanti cina mesti untung woooooo.. sohai punya melayu.. lulu olang suluh sekolah, lia pergi main gitar bawah pokok.. sekarang tengok... boloh macam kambing :) hehehehehehe

      Delete
  4. Tak kira Raja ke, PKR ke, BN ke, kalau dah jahat, tak perlu sokong. Sebab tu aku tak pernah mengundi. Semua sama je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah pergi mengundi... adakah ko rasa ko bijak dengan tak pergi mengundi?

      Delete
  5. Dunia akhir zaman....bnyk manusia(tidak kira siapa) yg diperdaya dan ditipu oleh Iblis dan syaitan, bila sudah terdaya maka Iblis dan syaitan ketawa terbahak bahak kerana berjaya memasukkan umat Adam yg lalai ke-dalam naraka jahanam. Didalam neraka jahanam manusia2 yg telah diperdaya ini berada dlm ketakutan, kehinaan, kesakitan dan penyesalan.

    ReplyDelete
  6. Nak tanya sat...sebatan memang lagu tu ka yg dlm gambaq tu?

    ReplyDelete
  7. mcm nie saje la..mana2 rakyat selangor kat sini kita pakat ramai2 tulis surat kepada SULTAN Selangor..supaya dilucutkan jawatan Raja Muda yang di pegang Tengku Amir.. kita minta puteri sulung baginda Tengku Zerafina di nobat jadi RAJA MUDA..ok tak..

    aku dari dulu mmg tak berkenan dengan TEngku Amir ni ..satu sebabnye dia nie bukan anak gahara..dan satu lagi sebabnya..aku khuatir kalau dia naik jadi sultan takut bondaya yang berbudaya barat tu mempengaruhi dia.. nnti banyak la maksiat berlaku kat istana selangor tuh....

    so lebih baik lantik je Tengku Zerafina jadi Raja Muda..anak pon anak gahara ..bonda dia pon orang timur kerabat di raja lagi..setidak2nya budaya melayu terpelihara ..

    ReplyDelete
  8. gambar sebatan hanyalah sekadar hiasan. tafsiran sebatan terpulang kepada prosedur yang betul mengikut perundangan negara.
    Tetapi memang yang minum arak patut kena sebatlah..

    ReplyDelete
  9. klau mcm nila bkal pmimpin kite,mmg x leh pkai la,hncur Malaysia klau cmni...
    by:jebatmoden

    ReplyDelete
  10. Salam Pakatan Rakyat , kekadang low class mentality sungguh dgn orang2 melayu sekarang ni..asyik nak menentang raja2 la sultan2 la perdana menteri la..Buka mata dan mari kita ikut resmi bangsa2 asing..mereka focus dan tekun membangunkan ekonomi,ilmu & living standard masing2 . Mostly orang2 kita ni asyik nya buang masa x tentu kearah nak memperbetulkan raja2 kononya..sbenarnya kita ni siapa nak nasihatkan mereka,malah golongan2 bangsawan ni x heran dan x pandang pun dgn kita yg bangsat d bawah ni..malah silap2 kena makan penampar la pulak..Pengalaman saya selama 20 tahun berkhidmat dgn golongan2 raja sudah cukup menyedarkan siapa kita..SUDAHLAH cuba la cermin diri sdiri sbelum komen diri orang lain.Dont waste time ,up grade our economy & knowledge as advice from our Prophet Muhamad S.A.W..TAKBIR...ALLAHUAKBAR 3X - Leftenan Mus Pj P/s kbyakan orang kita asyik bawa proton je tapi cakapnya berapi api..manakala bangsa asing senyap2 bawa merc ..

    ReplyDelete
  11. Anwar Ibrahim tu ketua agama islam negeri/negara ke? Suma bangsa asing tu hidup mewah & org melayu sumanya hidup susah ke....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang kau nih melalut setan...mustafa mus tu tulis komen majoriti orang Melayu pandu Proton, manakala orang bukan Melayu majoriti pandu kereta bukan Proton. Tak ada silapnya orang Melayu pandu Proton tetapi yang silapnya kita orang Melayu masih ditakuk lama, DEB 30% pegangan ekuiti orang Melayu masih belum dicapai sejak 1990 sebagai tahun sepatutnya pencapaian itu diwar-warkan oleh bekas PM yang lalu Allahyarham Tun Abdul Razak. Kita orang Melayu sepatutnya mempunyai pegangan ekuiti kekayaan Tanah Melayu ini sebanyak 55% sekarang sejak Tanah Melayu merdeka 55 tahun yang lalu dari penjajah British. Ini bermakna sepatutnya kekayaan pegangan ekuiti orang Melayu adalah sebanyak 1% peratus setahun demi setahun meningkat, bukannya ekonomi kita orang Melayu makin merosot tahun demi tahun! Kuasa ekonomi orang Melayu wajib diserlahkan melalui pegangan ekuiti syarikat2 berdaya maju dalam semua aspek bidang ekonomi, orang Melayu juga wajib menjadi pengarah2 syarikat yang boleh membuat keputusan seperti penentuan pengambilan tenaga kerja yang baik dan professional, bukan setakat hanya menjadi non-executive chairman atau non-executive director yang tidak boleh membuat sebarang keputusan perniagaan syarikat. Sedar mahupun tidak, kita saban tahun mengeluarkan graduan Melayu Islam dari IPTA seluruh negara, tetapi peluang kerja adalah amat terhad oleh kerana majoriti pembuat keputusan di peringkat tertinggi syarikat adalah dipegang oleh bukan Melayu yang bias terhadap kemampuan dan kepandaian lulusan graduan Melayu. Ini adalah diantara sebab-sebab sukarnya graduan Melayu mendapat jawatan penting dan tertinggi di dalam sesebuah syarikat bukan kerana mereka tidak berkebolehan, bijak dan berdaya saing. Dalam sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan sekarang, adakah kita orang Melayu mampu mendabik dada bahawa kita orang Melayu "Malaysia" ini mampu mencapai sasaran kemewahan ekonomi negara 56% di tahun hadapan? Kalau setakat mengakses komputer atau komputer riba, mengakses Internet dan mencapai ruangan blog ini hanya untuk mengemukakan soalan dan komen yang bodoh, saya tidak fikir kamu setan yang bijak dalam menghasut kaum Adam yang ada di sesawang ini untuk diperbodohkan! Lebih baik lah kamu setan bodoh pergi masuk sekolah yang banyak bertaburan di seluruh Tanah Melayu ini untuk belajar menghasut kaum Adam dan Hawa!

      Delete
    2. anwar ibrahim tu ketua agama islam negeri/negara ke...merujuk kpd anon 3sept 2012, 9:15. Yg dipersoalkan di sini, beginikah rupa seorang bakal ketua AGAMA ISLAM!! klu anwar atau sesiapa pun jadi pm sekali pun, ia masih bkn sbg ketua agama islam. klu dh ketua agama islam itu sendiri berperangai sebegitu, ada ke penganut agama lain akan menghormati agama islam mahupun penganut islam itu sendiri.
      Macamana melayu tak ketinggalan....klu org melayu sendiri yg pijak melayu, mcmana org melayu tu tak mampusss di tanah melayu!Agaknya kalau nak bagi melayu tu berjaya, suruh je keluar dari tanah melayu jadi pendatang kat negara lain. gerenti maju jaya....dah tak payah menyibuk ttg politik negara atau tentang apa saja. samalah mcm warga indon dtg malaysia, boleh kaya raya. cina india dtg malaysia pun boleh kumpul harta. org melayu yg berhijrah ke luar negara pun, ramai yg berjaya.Kalau dasar yg sedia ada sentiasa diubah2, terlungkuplah semua.. Pemimpin adalah dikalangan melayu, tapi kenapa melayu jugak yg semakin layu...

      Delete
  12. Melayu xmaju sbb dasar pmimpin umno yg cuma tau majukan poket sndiri...serius cakap..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan beri comment yang memalukan.. abih tu.. kenapa bangsa lain boleh berjaya dan masih membangkang.... melayu dari pemimpin hing ke rakyat biasa kena berubah.. jangan nak salahkan org lain je.. kamu semua bukan budak sekolaj

      Delete
  13. pakatan rakyat pun sama saje kaya kan diri sendiri..orang politik semua sama aje.

    ReplyDelete
  14. freeloader. lahir2 je tak payah kerja. sume disuap rakyat.

    ReplyDelete
  15. "Kau yakin ke itu Anuar? BIHTU KO YAKIN KE TU GAMBAR RAJA MUDA?

    camna kalo aku cakap "tu semua agenda nak jatuhkan dia" KORANG AKAN CAKAP AKU NI BUTA TAKLEH BEZA MANA BETUL ATAU TIDAK.

    sekrang ni, korang bleh BEZA ke mana satu BETUL atau TIDAK?

    ReplyDelete
  16. haha...jgn tekak2...zamn cgih skg mcm2 leh jdik..nk cari mana btol o slh mang pyh..msuk mkmh pn lum tnt betol..pa kata tkr kerjn bru utk rsa cra pmpinan bru..sbb bg aku rkyt sbah da xthn.terutma projek ic d sabah..senang2 ja org asing dpt ic.sdg kn nenek moyang aku dulu krban nywa utk negri sbah bebas dr p'jajah..tp org asing yg xseberapa bakti ny dle dpt ic sabah..smpi mau jln2 d kk bkin tkut.pasal byk pilak bugis dll...so,mana p'hrgn utk pejuang2 sabah??? (sori la kalau lari topik)hehe...

    ReplyDelete
  17. adus... komen2 puak umngok memang tolol... raja yg mcm ni depa semua nak sembah. budus betul. gambar ni dengan jelas tunjuk muka.
    pasal dsai tuh, gambar tak jelas langsung... dah ler bawa ke mahkamah, kemudian takde apa...so puak2 umngok ni memang budus tolol.
    kuat betul si anwar ni, mula2 main dengan drebar, pastu si adik angkat dia (bg tarikh condo tak siap), main dengan bini azmin, rogol si shitful bahari, kemudian china dolll. Tapi satu pun takde bukti kukuh.
    Bebudak umngok ni penderhaka agama dan negara, curi duit rakyat, rashuah sana sini, halalkan rashuah... rotten to the core (bak kata che det)

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum.. semoga kita muhasabah diri kita semula.. kita jagalah amalan dan kekurangan kita semoleknya.. kita pun belum tentu kedudukan kita di akhirat kelak macamana.. Kita solat cukup sehari semalam, tapi kalau kita mencaci, memaki hamun org lain, sy tidak tahu pula dimana letaknya 'kesan' solat kita itu pd diri kita dimana.. wallahualam.

    ReplyDelete
  19. Apa pun....Pesanan Rasulullah....Pesanan Allah jua dalam kitabnya....Tutuplah keaiban saudara-saudara Islam kamu!...Cuba perhatikan yahudi, barat dan sebagainya, ada mereka dedahkan keaiban peribadi saudara mereka? malahan mereka tutup keaiban saudara seagama mereka. Blogger2 Malaysia berbangsa Melayu islam ni buduh dan tak ikut sunnah serta ajaran Islam...apa ke buduhnya blogger ni dedahkan keaiban saudara Islam kamu sendiri??? dan apakah faedahnya untuk masyarakat dan ugama kita?? Bukan berdosa jika kita menutup keaiban mereka malahan amat dituntut.Biar sebesar mana pun kesalahan dia dengan Allah, biarlah mereka sendiri yang menjawabnya asalkan mereka tidak menyuruh rakyat sama berbuat kemungkaran, yes yang itu wajib dilakukan sesuatu...Blogger2 nih perlu bertanggungjawab dengan kesalahan yang U'all telah lakukan. Baik keaiban peribadi tu datangnya dari Raja, Pemimpin tertinggi, atau sesiapa sahaja. Tanggungjawab kita menutupnya demi maruah agama, bangsa dan negara. Aku amat setuju jika dibicarakan soal ekonomi lebih2 lagi untuk masyarakat melayu kita yang masih ditakuk lama.

    ReplyDelete
  20. tak sanggup aku bersultan kan orang mcm ni....

    ReplyDelete
  21. RAJA SEGALA MAKSIAT

    ReplyDelete
  22. Gambar rotan di atas adalah hukuman sivil bukan hukaman islam

    ReplyDelete
  23. melayu mmg bodoh...i like...

    ReplyDelete