Nama terlalu penting. Mempunyai nama gelaran di pangkal nama lagi penting! Mungkin ada antara kita yang akan bertanya, "Apa ada pada nama gelaran?"
Nama gelaran dengan pangkal nama Raja, Tengku, Tunku, Syed, Nik, Wan, Tun dan sebagainya menunjukkan keturunan seseorang dan merupakan sesuatu yang penting bagi sesetengah pihak. Baru-baru ini seorang penulis dengan nama Kerabat D'Raja Kelantan menulis di ruangan forum Utusan Malaysia mempertikaikan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang melarang penggunaan nama gelaran "Nik" bagi anak-anak kepada pasangan wanita berketurunan raja yang berkahwin dengan bukan berketurunan raja (rujuk Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 dengan artikel bertajuk JPN tidak faham salasilah gelaran 'Nik').
Bangsa Cina juga boleh 'membeli' untuk menjadi kerabat diraja |
Bukan mereka yang berketurunan raja sahaja yang cuba mempertahankan hak menggunakan nama gelaran kerabat diraja. Yang bukan berdarah raja pun cuba mencari helah untuk meletakkan nama gelaran di pangkal nama! Ini yang dinamakan Raja Celup!
Lebih memelikkan apabila mereka yang berbangsa Cina pun berminat untuk menjadi keturunan Raja-raja Melayu, semuanya boleh dibuat jika mempunyai wang ringgit. Itu yang didedahkan beberapa orang mangsa sindiket pembelian watikah dan logo kereta palsu Ahli Kerabat Diraja Perak.
Ramai yang ingin menjadi kerabat diraja. Dengan meletakkan nama gelaran di pangkal nama, umum akan tahu seseorang itu berketurunan raja. Dan sekaligus boleh meletakkan rujukan kehormat "Yang Mulia" di depan nama, contoh YM Tengku Si Polan Bin Si Polan.
Raja Celup dari Johor
Apabila bercakap mengenai Kesultanan Johor, umum menganggap Sultan-sultan Johor Moden adalah berketurunan Bugis, tambahan ada Sultan-sultannya yang kelihatan bengis. Jika dikaji salasilah Kesultanan Johor moden yang berketurunan Temenggong, sebenarnya mereka berketurunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan bukannya berketurunan Bugis. Darah Bugis hanya di sebelah ibu kepada Daeng Kechil Abdul Hamid. Rujuk carta di bawah.
Temenggong Daeng Ibrahim atau Daeng Ronggek |
Pertamanya, mungkin ingin menunjukkan beliau adalah keturunan raja iaitu berketurunan Opu Daeng Perani Ibni Opu Tendriburong Daeng Rilaka Ibni Opu La Maddusilla (La Madu Saleh) yang merupakan Raja Luwu. Hakikatnya, keturunan itu adalah di sebelah ibu. Nasab yang sepatutnya ialah di sebelah bapa yang merupakan keturunan Bendahara.
Keduanya, penggunakan nama gelaran "Daeng" mungkin menjadikan seseorang itu lebih berpengaruh. Pada zaman itu pengaruh Bugis adalah kuat di Johor terutamanya selepas Daeng Perani membantu Bendahara Abdul Jalil (dari Bendahara menjadi Sultan Abdul Jalil IV) merampas semula takhta dari Raja Kechil Siak yang mendakwa anak Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Anak Bendahara Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dan adik Daeng Perani iaitu Daeng Merewah menjadi Yang Di-Pertuan Muda dimana lebih berkuasa dari seorang Sultan Johor.
Bermula dengan Temenggong Daeng Ibrahim yang menjadi de-facto Sultan Johor selepas perjanjian pada tahun 10 Mac 1855 antara Sultan Ali dan British di Singapura, dapat dilihat anak-anaknya mula dikenali dengan panggilan "Ungku". Contohnya, adik Maharaja Abu Bakar iaitu Ungku Abdul Majid yang berkahwin dengan wanita Turki, Rugayyah Hanum membawa kepada lahirnya Ungku Abdul Hamid dan seterusnya Prof. Diraja Ungku Aziz dan Ungku Zeti Akhtar.
Apabila Maharaja Abu Bakar menjadi Sultan Johor, anak-anaknya pula dikenali dengan panggilan "Tunku" hingga lah ke hari ini. Keturunan Sultan Ali yang merupakan keturunan Bendahara masih menggunakan nama gelar "Tengku".
Itulah kisahnya Kesultanan Johor dari keturunan Temenggong yang keliru - hakikatnya berketurunan Bendahara dengan gelaran "Tun" tapi lebih ingin dikenali berketurunan Bugis bergelar "Daeng". Dan seterusnya bergelar "Ungku" dan "Tunku" apabila merajakan diri sebagai Maharaja dan Sultan Johor.
Raja Celup dari Indonesia
Ungku Zeti Akhtar dan bapanya Ungku Aziz |
Apabila Maharaja Abu Bakar menjadi Sultan Johor, anak-anaknya pula dikenali dengan panggilan "Tunku" hingga lah ke hari ini. Keturunan Sultan Ali yang merupakan keturunan Bendahara masih menggunakan nama gelar "Tengku".
Itulah kisahnya Kesultanan Johor dari keturunan Temenggong yang keliru - hakikatnya berketurunan Bendahara dengan gelaran "Tun" tapi lebih ingin dikenali berketurunan Bugis bergelar "Daeng". Dan seterusnya bergelar "Ungku" dan "Tunku" apabila merajakan diri sebagai Maharaja dan Sultan Johor.
Raja Celup dari Indonesia
Terdapat banyak Kesultanan-kesultanan Melayu di Indonesia yang ahli kerabatnya menggunakan gelar "Tengku" seperti Kesultanan Langkat Darul Aman, Kesultanan Deli Darul Maimon, Kesultanan Serdang Darul Arif, dan Kesultanan Asahan.
Selepas berlakunya Revolusi Sosial Sumatera Timur pada bulan Mac 1946 yang menghapuskan Kesultanan-kesultanan Melayu di Sumatera Timur pada ketika itu, membawa kepada gelombang pelarian Indonesia yang terdiri daripada kerabat-kerabat diraja ke Semenanjung Tanah Melayu. Mereka yang hidup sebagai pelarian ini membuang identiti sebagai kerabat diraja, tidak lagi menggunakan nama gelaran "Tengku" dan hidup sebagai orang biasa. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada tragedi berdarah Revolusi Sosial Sumatera Timur dan mungkin akan dibincangkan dalam satu post di masa hadapan.
Selain daripada kerabat diraja Kesultanan di Sumatera Timur yang melarikan diri selepas Revolusi Sosial, terdapat juga mereka dari Aceh dengan gelaran "Tengku" (keturunan kerabat diraja) dan "Teuku" (keturunan bangsawan dan hulubalang Aceh) datang ke Semenanjung Tanah Melayu.
Akhbar Harakah Daily bertarikh 17 Julai 2006 (boleh baca salinan artikel disini) pernah mendedahkan siapa Tengku Adnan Bin Tengku Mansor yang dilahirkan dengan nama Adnan Bin Mansor dan meletakkan gelaran "Tengku" pada tahun 1972 selepas berkahwin dengan kerabat Pahang-Terengganu, Tengku Fatimah Yasmin iaitu anak kepada pasangan Tengku Ismail Ibni Tengku Muhammad Ibni Sultan Ahmad Muazzam Shah dan Tengku Mariah Binti Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
Beliau mendakwa berketurunan diraja Aceh dan dengan sebab itu menggunakan gelaran "Tengku". Bagi sesetengah pihak, walaupun berketurunan diraja Aceh masih dianggap sebagai raja celup!
Penulis yakin di luar sana terlalu ramai yang berketurunan diraja dari Indonesia. Jika masing-masing mengemukan salasilah keturunan, adakah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan membenarkan menggunakan nama gelaran? Zaman ini anak cucu kerabat diraja Sumatera Timur yang lari dari Revolusi Sosial tidak perlu takut lagi, gunakan semula nama gelaran masing-masing dan kemukan bukti kepada JPN dan lihat adakah dibenarkan penggunaan nama gelaran bagi yang berketurunan diraja dari Indonesia?
Berikan sahaja contoh Tengku Adnan, jika tidak cukup kemukakan pula contoh Raja Nong Chik! Jika tidak dibenarkan juga oleh JPN, sah kedua-dua mereka raja celup!
Raja Nong Chik bukan berketurunan diraja Perak walaupun dilahirkan di Kuala Kangsar dan nama gelarannya ialah "Raja" seperti mana kebanyakan kerabat Perak yang lain. Beliau sebenarnya adalah berketurunan Yang Di-Pertuan Pagaruyung, Sultan Alam Muningsyah. Salasilah secara penuhnya adalah Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin Bin Raja Tachik Bin Raja Yassin Bin Yamtuan Pandak Raja Beringin Bin Yang Di-Pertuan Sultan Alam Muningsyah I, Yamtuan Raja Bawang.
Berlaku perebutan kuasa untuk menjadi Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang melibatkan Yamtuan Pandak Raja Beringin dan kemudian anaknya, Raja Alang Sohor juga cuba mendapatkan takhta tetapi gagal.
Boleh dikatakan keturunan Raja Nong Chik yang bersalasilah Yamtuan Pandak Raja Beringin ini adalah terus kepada kerajaan Pagaruyung melalui Yang Di-Pertuan Sultan Alam Muningsyah I. Keturunan ini tiada kaitan secara terus dengan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan hari ini yang berketurunan Yamtuan Lenggang Ibni Yang Di-Pertuan Malenggang Alam Yamtuan Rajo Naro.
Jadi, secara teorinya boleh dikatakan Raja Nong Chik ini berketurunan Pagaruyung, Indonesia dan bukan kerabat Negeri Sembilan. Jauh sekali berketurunan diraja Perak walaupun menggunakan gelaran "Raja".
Raja Celup di Sebelah Ibu
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ramai umat manusia di bumi Malaysia ini berebut-rebut untuk menjadi kerabat diraja. Sehinggakan terdapat kes di mana kaum Cina juga sanggup membeli watikah dan logo kereta palsu Ahli Kerabat Diraja Perak.
Contoh keturunan Sultan Deli yang berada di Malaysia mencari kaum kerabat |
Glossary dari buku Rebellion and Reform in Indonesia karya Michelle Ann Mille |
Bekas bapa mertua Tengku Adnan yang mati dibunuh anak sendiri |
Beliau mendakwa berketurunan diraja Aceh dan dengan sebab itu menggunakan gelaran "Tengku". Bagi sesetengah pihak, walaupun berketurunan diraja Aceh masih dianggap sebagai raja celup!
Penulis yakin di luar sana terlalu ramai yang berketurunan diraja dari Indonesia. Jika masing-masing mengemukan salasilah keturunan, adakah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan membenarkan menggunakan nama gelaran? Zaman ini anak cucu kerabat diraja Sumatera Timur yang lari dari Revolusi Sosial tidak perlu takut lagi, gunakan semula nama gelaran masing-masing dan kemukan bukti kepada JPN dan lihat adakah dibenarkan penggunaan nama gelaran bagi yang berketurunan diraja dari Indonesia?
Perkahwinan Tengku Daud Shah iaitu anak kepada Tengku Adnan dan bekas isteri Tengku Fatimah Yasmin yang mengikut adat dan tradisi diraja Aceh |
Berikan sahaja contoh Tengku Adnan, jika tidak cukup kemukakan pula contoh Raja Nong Chik! Jika tidak dibenarkan juga oleh JPN, sah kedua-dua mereka raja celup!
Wikipedia Raja Nong Chik yang perlu diperbetulkan maklumatnya. Pertama, beliau bukan kerabat diraja Perak dan keduanya isterinya seorang mualaf Cina tidak boleh menggunakan nama gelaran "Raja" |
Raja Nong Chik bukan berketurunan diraja Perak walaupun dilahirkan di Kuala Kangsar dan nama gelarannya ialah "Raja" seperti mana kebanyakan kerabat Perak yang lain. Beliau sebenarnya adalah berketurunan Yang Di-Pertuan Pagaruyung, Sultan Alam Muningsyah. Salasilah secara penuhnya adalah Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin Bin Raja Tachik Bin Raja Yassin Bin Yamtuan Pandak Raja Beringin Bin Yang Di-Pertuan Sultan Alam Muningsyah I, Yamtuan Raja Bawang.
Berlaku perebutan kuasa untuk menjadi Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang melibatkan Yamtuan Pandak Raja Beringin dan kemudian anaknya, Raja Alang Sohor juga cuba mendapatkan takhta tetapi gagal.
Petikan daripada buku Sejarah Negeri Sembilan tulisan Buyong Adil. Menceritakan Yamtuan Pandak Raja Beringin menuntut untuk menjadi Yamtuan Seri Menanti (kini Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan) |
Jadi, secara teorinya boleh dikatakan Raja Nong Chik ini berketurunan Pagaruyung, Indonesia dan bukan kerabat Negeri Sembilan. Jauh sekali berketurunan diraja Perak walaupun menggunakan gelaran "Raja".
Raja Celup di Sebelah Ibu
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ramai umat manusia di bumi Malaysia ini berebut-rebut untuk menjadi kerabat diraja. Sehinggakan terdapat kes di mana kaum Cina juga sanggup membeli watikah dan logo kereta palsu Ahli Kerabat Diraja Perak.
Keluarga Dato' Abang Abu Bakar menyambut Christmas di London |
Jika ada kuasa, yang tidak boleh pun dibolehkan. Bagi sesetengah pihak mempunyai nama gelaran diraja adalah penting walaupun tidak sepatutnya digunakan.
Contoh yang penulis boleh berikan ialah bekas Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Abang Abu Bakar yang juga cuba membawa masuk UMNO ke Sarawak satu ketika dahulu berkahwin dengan seorang kerabat Negeri Sembilan, Tunku Maziah Binti Tunku Mustapha Bin Tunku Burhanuddin Bin Yamtuan Tuanku Antah.
Mereka dikurniakan 3 orang anak yang semuanya diletakkan nama gelaran "Tunku" (dari sebelah ibu) dan "Abang" (dari sebelah bapa). Nama yang diberikan kepada anak-anaknya adalah Tunku Abang Faisal Amir, Tunku Abang Mustapha Baqir dan Tunku Dayang Adelene Bahjah. Dan umat manusia lain terpaksa tunduk hormat "Ya, Ku", "Ya, Ku" apabila berbicara dengan raja-raja celup ini. Begitu pentingnya nama gelaran kerana status kerabat diraja itu dipandang terlalu tinggi.
Daripada Laporan Tahunan Bank Negara |
Jadi tidak hairan mengapa ada sebilangan rakyat Malaysia yang bermatian untuk meletakkan nama gelaran kepada anak-anak, sehingga sanggup bertekak dengan JPN!
Kesimpulan
Itulah kisah-kisah raja celup yang sempat dibincangkan. Seperti yang dikatakan, ramai umat manusia yang mementingkan status dan darjat, walaupun tidak sepatutnya menggunakan nama gelaran, akan cuba mencari jalan supaya nama gelaran diberikan kepada anak-anak. Tetapi perlu diingat, mereka yang lebih pekat darah diraja yang berada di luar sana lebih senang untuk tidak menggunakan apa-apa nama gelaran. Tepuk dada tanya selera.
Bercakap mengenai nama gelaran, penulis masih keliru dengan dakwaan Tengku Amran (rujuk blog Uncleseekers III) bahawa beliau berketurunan Kesultanan Perak tetapi menggunakan nama gelaran "Tengku". Umum mengetahui kerabat diraja Perak menggunakan nama gelaran "Raja" dan bukannya "Tengku". Walaupun telah dijawab oleh Tengku Amran di dalam salah satu blog post, tetapi jawapannya tidak meyakinkan.
Diambil salinan surat beranak Tunku Amran yang diletakkan di blog tersebut bertarikh 13 September 2012 dengan artikel bertajuk Terima kasih malaysiacrisis seperti berikut. Cukup cantik surat beranak ini dengan typesetting seperti penggunaan komputer. Kebanyakan surat beranak yang dikeluarkan hingga ke tahun 1980an masih menggunakan tulisan tangan tetapi Tengku Amran amat bertuah kerana surat beranak beliau begitu cantik ditaip sedemikian rupa.
Ini contoh surat beranak yang dikeluarkan tahun-tahun sebelum merdeka dan satu lagi surat beranak yang dikeluarkan pada tahun 1980an. Rupa surat beranak ini biasa kita lihat dan ianya bertulis tangan.
Mungkinkah Tengku Amran seorang raja tulen jadi surat beranak beliau dibuat begitu istimewa pada tahun 1940an. Atau mungkinkah seorang raja celup?
Anak Opu Daeng, Cucu Opu Daeng, Cicit Opu Daeng,
Surat beranak salinan kot?
ReplyDeleteFirst aku baca kat media perak benda ni pun aku tertanya2 pesal pelik benor surat beranak tahun 1943.
DeleteAbah aku lahir tahub 1942 surat beranaknye lain rupa...cam yg gambo kiri tu betul ler surat beranak abah aku
Kalu nak kata salinan cop mohor 1943 konpius konpius
Saya memang pure perakian. Duduk sitiawan dari lahir.
DeleteUntuk pengetahuan tiada DISTRICT OF SITIAWAN.
Sekarang namanya DISTRICT OF MANJUNG. Sebelum tu dipanggil DISTRICT OF DINDING.
Tahun 1935 Sultan Iskandar mohon kepada Britih utk pulangkan Dinding yg merupakan negeri Selat. British beri.
DISTRICT OF DINDING (kekadang disebut ISKANDAR DISTRICT) masa tu termasuk TANAH MERAH (LUMUT), SITIAWAN dan PANGKOR.
Tahun 1980s ditukar jadi DISTRICT OF MANJUNG. Beruas termasuk dlm daerah ini.
KESIMPULAN: SAYA PUN TAK PASTI DENGAN STAMP DISTRICT OF SITIAWAN TU.
Itu je pencerahan dari anak Sitiawan
Nampak benor menipu si tg amran tu
Deletenak menuntut takhta konon.....dia punya temberang lagi teruk!!!!!
dah ler tu....mata duitan nak elaun....hakkkkk ptuihhhhh!!!!!
Apa ada pada NAMA, TAKWA kepada ALLAH yang diambil kira. Di tempat kami ramai dari keturunan Raja tidak lagi menggunakan awalan keturunan cuma pantangnya ada. Yang masih lagi bergelar "raja" pada hari ini adalah setengahnya dari keturunan yang menjadi petualang pada era perang keluarga dulu. Yang lain hidup bersembunyi dan membuang title-pada masa dulu2. Kerana itu keturunannya
ReplyDeletejuga tidak memakai nama raja.
Bhai MC...
ReplyDeleteHehehe.... lu dah dapat tangkap isunyer... hahaha.. bagoosh... bagoosh..
Yang pekat darah kerabat... biasanyer takmo nak letak title ker mender... cuma kekal ingat susur galur keturunan... bukan untuk bermegah-megah... sekadar berwaspada dan beringat agar tidak melanggar adat keturunan...
Camner lak ngan RPK? tu raja kategori hapa lak?mohon penulis terangkan
ReplyDeleteRKP memang kerabat sultan selangor ler
DeleteRaja dalam rumah
ReplyDeleteBuat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !
Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
Hidung… hidung… hidung
tak sabar tunggu entry soal REVOLUSI SOSIAL di sumatera tu..peristiwa tu memang tragis gila.
ReplyDeletePihak indonesia seboleh2nya tak mahu menyebut langsung soal REVOLUSI sosial ni kerana merasa menanggung beban dosa kerana memupuskan Kesultanan Sumatera hanya dalam waktu 1 Malam.
Raja-raja Mamluk di Mesir datang dari keturunan hamba. Mereka menjadi raja-raja yang hebat dalam peperangan melawan tentera Monggol. Raja-raja dihormati kerana pencapaian dan kewibawaan mereka, dan bukan keturunan.
ReplyDeleteRaja-raja Saudi berketurunan daripada Al Muraydi, orang biasa-biasa juga tetapi dipertuankan oleh orang Arab Badwi.
mohon mencelah...ada keraguan pada sijil lahir tengku an, pertamanya "faderation of malaya" ia dibentuk pada 31 januari 1948, sedangkan tengku an lahir 1943, belum wujud lagi persekutuan tanah melayu yang ada masa itu ialah negeri-negeri melayu bersekutu,negeri melayu tidak bersekutu dan negeri selat. kedua...istana kayu? kalau istana tepas, istana lembah tu rasanya ada..
ReplyDeletedari : piut Alang Mat Hussin, sayong lembah