Saturday, 8 September 2012

Bila Raja Disanggah, Rakyat Yang Menyanggah Dihukum


Apalah dosa apabila kita menegur institusi diraja kerana kesalahan dan kesilapan mereka. Adakah dosa apabila mendedahkan kebenaran kerana pendedahan itu bukan rekaan tetapi adalah aksi sebenar mereka yang bergelar raja.

Adakah benar Hang Jebat seorang Penderhaka Raja?

Dimana pula keadilan untuk mereka yang mendedahkan kebenaran? Bukankah seharusnya kebenaran diperjuangkan dari menghukum orang yang mendedahkan kebenaran.Jika ini sikap yang diguna pakai oleh orang melayu islam, maka islam itu akan hancur kerana mereka (pemimpin)  mudah menghalalkan yang salah demi kuasa dan agenda politik.

Bagaimana pula raja-raja ini terlepas dari hukuman kerana merekalah yang sebenarnya mengkhianati dan menghasut rakyat. Mereka juga menghasut rakyat kerana sikap mereka bakal dijadikan idola dan mereka juga ketua agama Islam.Bayangkan fikiran generasi muda melihat sikap raja mereka yang mungkin dijadikan idola kehidupan.Mereka juga yang bersifat berpura-pura apabila menjunjung Islam tetapi hakikatnya mereka juga lah menghancurkan Islam dengan sikap mereka yang tidak mencerminkan keperibadian sebagai ketua agama Islam.
 
Teguran Suruhanjaya Komunikasi & Mulmedia Malaysia (SKMM) terhadap malaysiacrisis.blogspot.com seolah-olah gertakan bagi memberhentikan pendedahan kebenaran salah laku dan fakta yang harus diketahui rakyat.


Adakah raja itu lebih mulia dari seorang rasul?

Rasululuah SAW sendiri tidak pernah menghukum mereka yang mencaci dan menghina beliau dan apa pula logik yang membenarkan raja lebih mulia dari seorang rasul? Hanya kerana kebenaran diceritakan maka dengan segera rakyat dihukum.  

Siapa pula yang harus menghukum raja yang menipu agamanya dan rakyat yang mempercayai mereka?

Hanya institusi diraja di Malaysia masih kebal sedangkan Islam agama suci Allah telah hilang kekebalanya di bumi Malaysia.Mana tidaknya orang kafir menghina Islam apabila Ketua Agama Islam sendiri bersengkongkol dan melakukan perkara dilarang Islam di hadapan mereka bukan Islam.

SKMM boleh membuat pilihan samaada Islam atau Raja yang mereka ingin perjuangkan sedangkan yang bersalah adalah jelas di kaca mata rakyat. 

Pihak kami ada kemungkinan berdepan dengan tindakan lebih serius dari SKMM atau mana-mana pihak, sehubungan dengan itu sumbangan ikhlas bagi memastikan persediaan berdepan tekanan ini amat kami hargai.

 

14 comments:

  1. Kepada pejuang kebenaran...jgn gentar dn takut..Ssungguhnya Allah bersama dgn org2 yg benar...

    ReplyDelete
  2. sya mnykong malaysiacrisis!
    truskn bongkar fkta & kbnaran mngnai institusi brja di ngara kita!
    URA!

    ReplyDelete
  3. Keadilan bukan berada ditangan manusia, keadilan ada ditangan Allah SWT. Hukuman mutlak dibawah kekuasaan Allah SWT bukan dibawah kekuasaan mahkluk ciptaanNya......Allah Hu Akbar.

    ReplyDelete
  4. Skmm suruhsaja kentut menteri menlembu....

    ReplyDelete
  5. Nak sumbangan bg no akaun bank cepat.. kebetulan sy tgh ada duit lebih, baru lepas kuar kwsp akaun kedua.

    ReplyDelete
  6. Memang patut SKMM campurtangan kerana blog ini seolah mahu menimbulkan kekeruhan di antara rakyat dengan raja. Ia adalah langkah kurang sihat kerana boleh dimanipulasi oleh musuh negara. Kelihatan blog ini didalangi oleh pihak tertentu yang terdesak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BANGANG JGK KO NI YE.... sufiah al-Fudyal menasihati Amirul Mukminun Harun al-Rashid... "Jika kamu (Raja) tidak mahu dijadikan bahan bakar Jahannam, maka anggaplah rakyat kamu yang tua selaku ibu dan bapa kamu; yang sebaya selaku adik beradik kamu, dan dan muda dan yang kecil selaku anak2 kamu... Negeri kamu negeri Islam, dan yang memerintah itu Allah SWT, dan kamulah yang di perintah"...

      Delete
  7. kekeruhan? musuh negara? ha ha ha!

    ReplyDelete
  8. hati dan otak kau yg keruh...dikeruhkan oleh iblis dan syaitan yg dilaknat oleh Allah SWT, yg menjadikan kau sakit mental yg sukar diubati....kehkehkeh.

    ReplyDelete
  9. komen anon 13:20 tu khas ditujukan kpd anon 22:16....kehkehkeh.

    ReplyDelete
  10. Rakyat xmarah kalau perangai ank raja tu elok...tp kalau perangai dah mcm setan buat apa nak backup lg...yg salah tetap salah..kecuali kalau ank raja tu bertaubat..tp kalau tiada siapa yg berani menegur dn dedahkn prbuatan buruk beliau..sampai bila2 la prangai tu mcm setan...*sori terkasar bahasa plak

    ReplyDelete
  11. Walaupun aku adalah penentang Negara Republik! Tindakkan terlalu mendewakan Sultan2 adalah tidak masuk akal!

    SKMM ni memang celaka! dedahkan terus menerus KEMUNGAKRAN sultan serta kerabatnya!

    Para sultan dan kerabatnya yang mengkhianati kepercayaan rakyat! so terimalah balanya!

    ReplyDelete
  12. -dragon-

    admin saya fikir baik saudara kumpul duit cepat2 dari sekarang ni nk buat bayar lowyer.nk bt cmna malaysia ni depa yg kawal.maybe next time saudara kena tapis sikit content artikel tu supaya tak nampak sangat'menghina'.memandangkan setiap perkataan saudara akan digunakan sbg bukti menentang saudara nanti.

    zack 13 sept 2012 0203 : yup melayu memang trllalu mendwakan raja/sultan.kalau tak tak kan depa dipanggil duli yg maha mulia.

    ReplyDelete
  13. sumbangan dan sokongan anda akan menentukan kesinambungan malaysiacrisis.blogspot.com

    ReplyDelete