Thursday, 4 October 2012

Kisah Temenggong-temenggong di Johor

Selepas Bendahara Tun Abdul Jalil Bin Tun Habib Abdul Majid menabalkan dirinya sebagai Sultan Johor ke-11 (kemudiannya dikenali sebagai Sultan Abdul Jalil IV) mengantikan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (Sultan Johor terakhir dari keturunan Kesultanan Melayu Melaka), baginda menyusun semula Majlis Orang Kaya yang berperanan sebagai penasihat Sultan. Majlis Orang Kaya ini terdiri daripada Bendahara, Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja.

Anak-anaknya, Tun Sulaiman Bin Sultan Abdul Jalil IV dilantik menjadi Yang di-Pertuan Raja Muda yang kemudiannya menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tun Hussein Bin Sultan Abdul Jalil IV pula dilantik menjadi Bendahara Terengganu dan dikenali sebagai Bendahara Pekok.

Temenggong Johor
Suminto mendakwa waris Temenggong Abdul Jamal
Seorang lagi anaknya yang sebelum itu merupakan Temenggong Johor, Tun Abbas Bin Sultan Abdul Jalil IV dilantik menjadi Bendahara dan tinggal di Pahang yang merupakan negeri dibawah Empayar Johor-Riau dan dikenali sebagai Bendahara di Pahang. Adiknya, Tun Muhammad Tahir Bin Sultan Abdul Jalil IV dilantik menjadi Temenggong Johor apabila Tun Abbas menjadi Bendahara di Pahang.

Anak Tun Abbas iaitu Tun Abdul Jamal menggantikan bapa saudaranya menjadi Temenggong Johor yang menguasai Tanah Besar Johor dan Singapura, dan tinggal di Bulang, Kepulauan Riau. 

Jawatan Temenggong Johor kemudiannya diwarisi dari generasi ke generasi oleh keturunan Temenggong Tun Abdul Jamal yang berkahwin dengan Daeng Maimuna Binti Daeng Perani, iaitu Temenggong Daeng Kechil, Temenggong Daeng Abdul Rahman, Temenggong Daeng Ronggek (atau dikenali sebagai Daeng Ibrahim) dan Temenggong Abu Bakar yang kemudiannya menjadi Maharaja Johor dan seterusnya Sultan Johor.

Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Telok Blangah Singapura
Sekitar tahun 1811, Temenggong Abdul Rahman dan pengikut-pengikutnya meninggalkan Bulang, Kepulauan Riau dan membuka kawasan pemerintahan Temenggong Johor di kuala Sungai Singapura. Kemudiannya pada tahun 1823, Sir Stamford Rafles memerintahkan perkampungan Temenggong dipindahkan ke Telok Belangah. Sekali lagi pada tahun 1866, pusat pemerintahan Temenggong berpindah ke Tanjung Puteri (Johor Baharu) oleh Temenggong Abu Bakar. Walau bagaimanapun kesan peninggalan Temenggong Johor di Telok Blangah dapat dilihat dengan adanya Masjid Temenggong Daeng Ibrahim yang kekal hingga ke hari ini di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Johor.


Raja Temenggong Muar
Seperti yang dinyatakan di atas, Empayar Johor telah dibahagi-bahagikan kawasan pemerintahannya kepada pembesar-pembesar seperti Bendahara di Pahang dan Temenggong memerintah tanah besar Johor dan Singapura. Semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Ibni Sultan Abdul Jalil IV, baginda mengurniakan jawatan Yang Di-Pertuan Muda Riau kepada Daeng Meerewah kerana membantu dalam merampas kembali takhta Kesultanan Johor daripada Raja Kechil Siak. Satu lagi wilayah dalam empayar Johor ialah Muar yang diletakkan di bawah Raja Temenggong Muar sejak tahun 1674 semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah (ayahanda kepada Sultan Mahmud Mangkat Dijulang).

Negeri Muar adalah wilayah di bawah empayar Johor yang dikurniakan sebagai mas kahwin oleh Sultan Ibrahim Shah kepada Datuk Pasir Diraja Tun Sayyid Jaafar yang mengahwinkan adiknya Puteri Bakal dengan baginda. Tun Sayyid Jaafar (yang juga merupakan abang kepada Tun Habib Abdul Majid) diberikan gelaran Raja Temenggung Muar dan diberikan kuasa autonomi dalam pemerintahannya oleh Sultan Johor.

Daripada keturunan Datuk Pasir Diraja Sayyid Jaafar, anaknya, Seri Akar Diraja menjadi Raja Temenggong Muar yang pertama dan seterusnya pemerintahan Muar membabitkan lapan orang Raja Temenggong berakhir dengan Temenggong Wan Abdul Rahman.
 
Kuasa pemerintahan Kerajaan Muar telah bertukar tangan kepada pemerintah Negeri Johor di bawah Maharaja Abu Bakar pada 5 Februari 1879 selepas berlakunya Perang Jementah (rujuk Buku Istana dan Politik Johor (1835-1885) karangan Prof Abdullah Zakaria Ghazali). Keturunan Raja Temenggong Muar diberi pencen kerabat sebagai gantirugi di atas kehilangan kuasa memerintah Negeri Muar secara turun-temurun sebanyak RM600 sebulan. Waris-waris dari keturunan Raja Temenggong Muar masih lagi mendapat pencen dari Kerajaan Negeri Johor hingga ke hari ini. 


Tunku Temenggong Johor
Pada zaman pemerintahan Sultan Sir Ibrahim, gelaran Temenggong Muar telah dihapuskan sama sekali walaupun waris keturunannya masih menerima pencen kerabat. Sultan Sir Ibrahim seterusnya menamakan anaknya, Tunku Ahmad sebagai Tunku Temenggong Johor pada tahun 1922.
 
Samseng Johor yang merupakan cicit kepada Tunku Temenggong Johor, Tunku Mishal Bin Tunku Alang Ibrahim Bin Tunku Muhammad Archibald Bin Tunku Temenggong Ahmad yang membelasah artis Mikael Adam. Abangnya, Tunku Khairil yang juga samseng Johor terlibat dalam kes memukul pelancong Brazil di Pulau Rawa sekitar tahun 2005
 
Ke hulur ke hilir dengan dogtag, lihat badan tak nampak askar!
Kini, gelaran Tunku Temenggong Johor dipegang oleh Tunku Idris Iskandar Bin Sultan Ibrahim yang diisytihar pada tahun 2010. Baru-baru ini, Tunku Temenggong Idris dilantik sebagai Pemangku Raja Johor selama ketiadaan Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor ke luar negara.
 
Penulis tertanya-tanya, ke manakah perginya Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Bin Sultan Iskandar? Mengapakah tidak sahaja diberikan kepada Tunku Abdul Majid yang terkenal dengan kesamsengannya sebagai Pemangku Raja?
 
Tidak mengapalah, apa-apa pun penulis dan Malaysia in Crisis mengucapkan tahniah kepada Tunku Temenggong Idris yang dilantik sebagai Pemangku Raja Johor walaupun hanya untuk tempoh yang singkat. 

Penulis tinggalkan blog entry ini dengan sekeping gambar yang diambil daripada Asia Tatler. Gambar yang diambil dalam satu majlis ini menunjukkan Tunku Idris begitu bergaya berposing dengan memegang segelas minimum. Dari susuk bentuk gelasnya menunjukkan itu adalah gelas champagne yang dipanggil sebagai flute
 
Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris di dalam sebuah majlis dengan minuman champagne
 
Hanya orang yang dungu sahaja akan mengatakan itu adalah jus epal kerana di dalam majlis-majlis keramaian seperti itu, setiap minimum diletakkan di dalam gelas yang berbeza. Wine mempunyai bentuk gelasnya yang tersendiri dimana white dan red wine juga mempunyai bentuk gelas yang berlainan. Begitu juga beer mug, brandy snifter (juga dipanggil balloon) dan jus buah-buahan  mempunyai bentuk gelasnya tersendiri. 
 
Pendek kata, dari susuk dan bentuk gelasnya sudah tahu apa isi minumannya. Dari Sultan, Tunku Mahkota, Tunku Bendahara hinggalah ke Tunku Temenggong, semuanya tak boleh dipakai!


 
 
Mencari Raja yang Layak Menjadi Raja,

41 comments:

  1. kah.kah.kah.

    Memang tak boleh pakai. Nak tengok apa pula minuman kegemaran Raja Azlan Shah, pergi saja ke D' Banjaran dekat Sunway Ipoh.

    ReplyDelete
  2. Mencari Raja yang Layak Menjadi Raja,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada.beliau adalah rajagopal, raja kumar n raja kapoor la? kah..kah..kah..? binawe pun raja la? kah..kah..kah..? ada dlm AL-Quran ke psl membesar n menghebatkan raja nie? Macam Lebih Besar Daripada NABI S.A.W ke??? kah..kah..keh..melayu ngan raja kapoor nye???

      Delete
    2. Negara2 Arab juga masih mengamalkan sistem Beraja,yang paling ketara Arab Saudi..yang berfahaman Wahabie..hanya berpegang kepada dalil2 Al-Quran..dan didalam Al-Quran tiada disebut soal Raja..So kenapa Wahabie Arab Saudi masih mengamalkan MONARKI?

      Bodoh macam lembu..Agak2 ler semua benda nak kait dengan Al-Quran..

      Delete
    3. Anon 12.03 wrote" negara arab saudi mmg pakae tu sistem raja! tapi masalahnya spt tulisan anon kat atas ko tu-dia tanya ade ke nas dlm dlm al-quran psl raja nie?

      KO baca betui-betui apa dia tulis- ada ke membesarkan raja dan menghebatkan raja spt yg org melayu buat kat raja dan sultan melayu?? Ada ke?

      Ko cite pasal wahabie arab saudi- ko ingat semua dia buat tu betui ke? arab wahabi pun satu gak- ada setiap khutbah jumaat dia ada ckp- apa bende yg bukan drp Nabi S.A.W adalah bidaah dan akhirnya ke jahanam? so apa nas wahabi arab saudi pakae utk sistem monarki tu? Ada ke nas dlm Al-Quran?

      Setahu aku- ada- Raja Nabi Sulaiman, Raja Nabi Daud- kedua-dua Nabi-Nabi A.S. ini adalah raja. Malah, Iskandar pun dikatakan raja yg memasungkan Gog n Magog? So lu baca tulisan org kat atas lu- sebelum buat kenyataan yg semberono?

      Bagi aku lak- ikut aje pesan Hang Jebat- Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim- Raja Disanggah!!!! Period! Kapish! Dia pun sama gak cam kita cuma iman dan takwa aje yg menjadi modal di akhir nanti!!!!

      Delete
  3. Hahahaha awal awal lagi ko dah kata penjilat penjilat kerabat johor ni dungu...
    Memang pun mesti akan ckp tu cuma air epal

    Raja raja ni tak urban laaaa kalau tak minum arak!!!!!
    Kalu dah dlm istana pun ada bar.....sendiri mau ingat la!!

    ReplyDelete
  4. Haaaaahaaaahahaaaaahaaa

    Admin ni sah-sah penyokong PR.....

    Nak masuk jarum halus dalam minda pembaca supaya benci kerajaan dan raja-raja.
    Ini terbukti dalam topik-topik yg ditulis.

    Dalam Facebook pun byk page yg kononnya nampak neutral tp sebenarnya agen PR.
    (contohhya page UNLIKE,UNLIKE dan page yg pakai logo HarimauMalaya tuh).

    Sori derrr, wa tetap sokong BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya UMNO LOMBU je yg menghalalkan kemungkaran
      Tu sebab la raja2 semua tak layak jadi ketua agama
      semua sebab didikan UMNO LOMBU

      alhamdulilah negeri PAS raja2 boleh dibanggakan
      daulat sultan kedah ngan sultan kelantan

      Delete
    2. wakakakakaka

      pegi la buat demo taat setia pada sultan johor

      cam yg plat kete www1 tu

      budusssss punya penyokong BN

      mampuih la kau BN

      Delete
    3. Dia lebih baik dari tok garu korang yg kara Allah samseng dan mencarut. Patut la dungu-dungu pasNgok semua samseng dan kuat mencarut.

      Lepad tu Tok garu korang siap hina Rasulullah lagi, ada ke kata Rasulullah sama macam mamat-mamat kampung kt seluruh dunia ni.

      Tu la, salah org nampak, salah tok garu tak nampak.

      Sedap tak kena bom dgn aku ni...... hehehehe

      Delete
    4. Hang ni bodoh piang!!!!!!!!

      Perogol.....peminum arak....pembunuh....
      Semua hang angkat jadi hero

      Ulamak....hang maki hamun!!!!!!

      Akai umno boleh dibaca haaakkkkktuiiiiiii!!!!!!

      Delete
    5. ko sokong leer lumbu porno & raja kapoor ko? Ko pun tahap pemikiran lumbu ragut rumput kek tepi kondo? ko ingat rajo kapoor ko tu maha hebat ke? ada lbh besar dr NABI S.A.W. ke? Udah lah lumbu porno baik ko join sekali ketua parti setan dikenali ko tu ragut rumout tepi kondo tu ada pekdah leer? kah..kah..kah..?

      Delete
    6. Assalamualaikum Anon 4 Oct 14:11 dan rakan semua..

      Saya amat menghargai penulisan berfakta ini, walaupun mungkin silau di mata, pedih di hati, sebak di dada, pemikiran mungkin gabra.. apa nak jadi generasi muka..
      Rasanya, apa yang dinyatakan Admin atau penulis jemputan (jika ada) termasuk penulis ruangan comment ini..sepatutnya dibaca dengan hati terbuka,..jika mana ada fakta atau bukti yang dinyatakan... letak ketepi cerita politik sebentar.. baca hakikat, lihat paparan nyata 9kecuali dibuktikan sebaliknya)
      Sebaiknya berhujah atas fakta.. baca yang tersurat, lihat yang tersirat.. itu tujuan utama perkongsian ilmu dan informasi di sini.. sedih juga bila baca pertelingkahan tak bermakna, topik huraian tidak kemana.. walaupun ada insan di tapuk lena, semua ditulis, dianalisa tak bermakna, tanpa peduli siapa yang 'kena'.. akhirnya riwayat MELAYU entah ke mana..
      Jz to share...

      Delete
    7. Hello Anonymous 4/10/12 14:11, aku tak nampak admin ni penyokong tegar PR, admin ni aku nampak dia pakat balun PR ke BN ke..bagi sedar dua dua pihak, pernah aku cakap kat sini, admin ni macam jurucakap BN jer..! tapi admin tak jawab pun!... Kalau u ikuti dari dulu lagi Malaysia in Crisis ni, dia tak memihak mana mana pun, itu yang aku nampak la...PR dan BN , dia kasi hentam juga...!!!

      Delete
  5. Gambar yg last tu mana boleh percaya, tu kertas jer, mana boleh jd bukti ( bak kata hj besi) Ntah ntah Joe Bedul make-up muka dia jd muka anak raja tu. Hari tu kan dia mekap muka dia jd p.ramlee !

    Jajajaja.... Kau tulis apo pon org tak caya punya sbb semua tu kertas jer....kalo mu tunjuk video pun wa x caya sbb video tu besi.... Jajajaja

    ReplyDelete
  6. Kadang kadang kita pikirlah, bukan dia kutuk raja tapi mendedahkan kebenaran yang harus kita tahu..kalau jabatan agama pun tangkap orang tulis besar besar Kat akhbar kan nak mendidik org...so raja pun kena dididik biar dia tahu rakyat menilai dia orang..kenapa raja Kat Malaysia pantang ditegur? Ckp bukan main berjiwa rakyat Dan nak rakyat hidup selesa..atau dia org berucap dengan influence air setan tu? Kalau waras mesti dia x buat benda yg x patutu buat..aku pun heran kekadang,kubur para syuhadah lagi simple dari kubur raja raja Kat Malaysia..macam mana lah agaknya dalam kubur tu eh? Lagi satu kenapa dia org dikebumi selalu dengan keranda sekali bukan mcm rakyat biasa? Pelik..boleh tlg citer tak..

    ReplyDelete
  7. Ehmmmm...kawan mula2 baca citer uncleseekers...kelab peribadi kerabat sultan johor "last chukka" kat istana pelangi....kawan macam tak caya sgt la....ye ler tengok gaya sultan ngan anak2nya masuk keluor kampong....memang susah nak caya citer2 ni.....biler tengok gambor akhir sekali tu ehmmmmm tak terkata kawan....bangga benor pegang arak masuk gambo dlm majalah....gaya memang nak satu malaya tau....malu org johor.....sama ler gambor raja muda selangor....dah tengok gambor cenggitu tak leh nak kata apa dah....hidup biler mewah maner ingat satu hari nanti akan tinggal ler segala kemewahan....masuk kubor pakai kain putih je

    ReplyDelete
  8. Admin sebenarnya mengajak kita "Mencari Sultan yang Layak Menjadi Sultan"..

    Bukannya "Setan yang layak menjadi Sultan".

    Artikel2 Admin cuba menyedorkan golongan Kerabat Diraja yang tidak berperangai seperti Raja.

    Aku hairan,Kenapa golongan politicalfags BN dan PR ni tak pernah2 nak cerdik?apa2 hal mesti nak kait dengan politik.. BODOH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju ! sikit-sikit politik. -,- apa-apa pun, tahniah utk admin, teruskan membuka mata marhaen yg acapkali dibutakan dgn berita palsu belaka. sajikan kebenaran yg tersirat.

      dan rasanya, admin wajar bukukan segala coretan admin ni ke dalam sebuah buku sblm dipadamkan blog ini oleh mereka yg cuba mengalihkan kisah kebenaran yg menyakitkan para penguasa.

      Delete
  9. aku hairan tengok raja2 melayu memang tak sedar diri...dah makan minum rakyat tanggung lupa diri pulak tu. sokong sangat la kalau mereka2 di humban dalam muzium sejarah.. biar jadi cacatan dan tauladan anak cucu kita yang melayu punya raja tapi tak sedar diri. tak de raja pun rakyat tetapi hidup...

    ReplyDelete
  10. Apa nak heran, kafir harbi yg tentang Islam pun ada org puja dan sokong. Tu blom kira mamat yg dok cium puk* bini org kat bilik hotel 121 pun ada org sokong, siap jd timbalan lg. Setakat dosa raja tu nk banding dgn dosa mamat tu mana lg terok?

    ReplyDelete
  11. Menyampah sial baca komen2 yang dihasilkan Politicalfags ni..boringggggg...

    ReplyDelete
  12. heran betul.yang buat salah raja raja ni..kita rakyat bn or pr nak gaduh buat apa? bodoh kekita...kalau dah x betul, salah jugaklah kan. aku respect brader mc ..kutuk juga dia boss aku naik jet..aku pun terkejut tengok. mana tak aku terkejut, bila orang lain kita hentam, bila kena batang hidung sendiri kita tergamam..bila tanya pemimpin pkr jawabnya bukan duit rakyat so? macam mana ni..aku makin pening tengok politik boss aku...aku pun pikir, pemilik jet sekarang x minta apalah, tapi nanti kalau minta kau nak kata apa kat dia? aku pikir dua kali pasal boss aku ni sekarang, bagus jugak brader mc ni buka minda kita orang sikit..x lah kita membuta tuli sokong je ikut emosi..marah umno ye jugak tapi x nak pulak kita pun sama macam umngok..ada parti baru tak woi? brader mc buka parti barulah..x kisahlah apa orang pr nak kata kat aku, tapi aku memang makin geram tengok hal hudud dikeji kita duduk diam, naik jet kita diam, kalau tegur bos kita, dia saman x pun dia uang kita..penyakit umngok jugak. citer tong sampah pun betul jugak agaknya kata brader mc ni..dulu aku umno, tapi pindah masuk pr pun aku rasa makin teruk dari umno..lagi banyak hal dgn cina cina babi DAP..aku sensiri pkr dan kekawan pas benci tengok cina dap semua..memang sial..blog ni memang bagus lah..teruskan lah brader mc..aku soong kau orang walaupun kau kutuk boss aku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh please....tahap ni je ke 'intelektual' org org UMNO? Wah kire taip panjang2 nih dah kira genius lah ek? dasar pencacai UMNO...balik2 ratib "boss aku (merujuk kpd DSAI)...lepas tu kunun2 ko buat pening pasal kes jet anwar naik, kunun2 ko terpikir la "ye tak ye, kalau pemilik jet tak mintak apa skrg, nanti anwar mesti kene bagi something kat pemilik jet tu".

      PUIIIIII

      Takyah nak menyamar jadi pro PR la...bahalul, so pathetic!

      Delete
  13. halo brader kat sini buksn tempat nak berpolitik,apasal bangang sangat.

    ReplyDelete
  14. kalau 24 jam asik nak berpolitik sebab tu sekor2 perangai cam Unta..

    tak leh nak fokus kat isu langsung.

    ReplyDelete
  15. Isu nya camana nak tegur raja??

    boleh ker rakyat tegur raja??????

    silap-silap kena Akta Fitnah!!!!!!

    korg baca sokabar hari ni?????

    ni aku tlg paste kat sini.....baca ler

    pastu ckp kat aku camana nak tegur raja2 yg perangai tak semengah nih!!!!

    ada beran????




    Tujuh pesalah siber telah dihadap ke mahkamah

    Bernama
    2:39PM Okt 4 2012

    Seramai tujuh pesalah siber telah dihadapkan ke mahkamah dan kebanyakannya atas kesalahan yang melibatkan penghinaan terhadap institusi beraja.

    Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang Gandum berkata semua jenis kandungan rangkaian termasuk dalam rangkaian sosial internet tertakluk kepada undang-undang seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    "Pihak yang difitnah atau dimalukan boleh mengambil tindakan sivil secara persendirian dengan memfail saman malu ke atas mereka yang didakwa menabur fitnah melalui rangkaian sosial tersebut," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abu Bakar Taib (BN-Langkawi) di Dewan Rakyat hari ini.

    Abu Bakar ingin tahu mengenai tindakan yang dikenakan ke atas pengendali blog dan lain-lain media massa yang menggunakan media untuk menghina negara dan mencetuskan keresahan di kalangan rakyat.

    Salang berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menubuhkan biro aduan yang menjadi pusat menerima semua jenis aduan termasuk penyalahgunaan kemudahan internet.

    Katanya, SKMM akan menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab terhadap penyediaan atau penyebaran kandungan yang tidak bertanggungjawab.

    Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya domain atau rangkaian yang digunakan berpangkalan di luar negara, maka SKMM memerlukan persetujuan dan kerjasama pentadbir rangkaian tersebut untuk tindakan selanjutnya.

    "Kita tidak akan ambil tindakan sewenang-wenangnya jika tiada aduan tentang penyalahgunaan rangkaian daripada segi akaun atau misalnya tentang media sosial berkenaan.

    "Sekiranya identiti dapat dikenal pasti maka tindakan undang-undang
    sewajarnya akan diambil," katanya.

    Selain itu, Salang berkata KPKK sentiasa menggunakan kaedah tertentu bagi menyemai semangat cintakan negara tanpa mengira fahaman politik, keturunan atau pegangan agama.

    "Walaupun kita berkemungkinan tidak sefahaman dalam pegangan politik tapi itu perkara yang lain, kita mesti cintakan negara," katanya.

    Sementara itu, Salang berkata KPKK akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk memilih kandungan yang sesuai kepada murid-murid sekolah selain mendapatkan kerjasama ibu bapa memantau kandungan internet yang dilayari anak-anak mereka.

    "Kita bukan menyekat tapi memilih apa yang patut dan tidak patut

    disebarkan lebih-lebih lagi kepada murid-murid di sekolah rendah kerana mereka senang mengakses maklumat tersebut," katanya.


    - Bernama

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni aku nak bodoh ke bangang tak tahu nak cakap,So semua benda Bro MC buat ni apa kejadahnya bahalol?

      Apa yg Uncle seekers tu buat benda apa BAHAGONG?

      Semua ni Teguran dan Kritikkan kepada kerabat Diraja la bedol oii..Papan Keybord jauh lebih tajam dari mata pedang bedol oii..Tak kan ko nak gi ke istana nak Nasihat?tobat ko kena halau..gunalah akal dan medium yg layak macam kita rakyat katak keredek nak guna bedul oii..

      Delete
    2. Ini bukan kategori fitnah bro, ini kira mcm mencari siapakah sebenar2 nya pemimpin yg mendengar keluhan rakyat dan membuka mata dan minda mana yg harus dan mana yg tak perlu...mana yg hak dan mana yg bathil...

      Delete
  16. Macam ni pon nak kena saman jugak ke..elok kita bantu MC ni. Aku bagi rM10 Kat dia oranglah..kang kena saman kesian pulak,kita dok sedap Baca je...yang tukang mengapi semua ni x tolong ke?aku tolong ikhlas je pasal citer betul.

    ReplyDelete
  17. Nak tegur raja atau pemerintah mestilah dengan cara berhikmah, bukan main papar kesalahan raja/pemerintah dlm blog internet yg mana boleh mengaibkan raja/pemerintah.

    Cara penuh hikmah yang bagaimana???? Tanyalah alim ulamak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke alim mamak yg menegur? kah..kah..kah.. mat alim bin mat mamak ade leer. alim ulamak tarak? roti kosong satu wehh mamak- banjir mari? kah..kah..kah..?

      Delete
    2. roti kosong tarak
      ROTI NAJIB kalu...ADA! hahahahhah

      Delete
  18. cuba buat artikel berkenaan pejanjian malaysia 1963.. banyak orang tengah perkatakan tentang hal ini terutama perkara 20/18

    ReplyDelete
  19. AKU X BANGGA DILAHIRKAN MELAYU..TP AKU BERSYUKUR DILAHIRKAN ISLAM YG BERPEGANG KPD AJARAN ISLAM..INSYA'ALLAH

    ReplyDelete
  20. Harap2 Malaysia menuju KEMAKMURAN, bukan menuju KEHANCURAN

    - Buasir Otak -

    ReplyDelete
  21. sultan kelantan jugak yang masih terpelihara daripada sebarang fitnah.. semoga Allah melindunginya daripada fitnah-fitnah akhir zaman..amiinn

    ReplyDelete
  22. Sudahla.. Buat ape Cari salah org... Mne Ade manusia yg sempurna xbuat salah.. Sultan Kelantan yg dlu test kereta Lamborghini kt airport pastu terus cabut xbayar cukai tu.. Sampai masuk berita kt TV.. Cerita kaum kerabat dia yg dera isteri (model) tu..

    ReplyDelete
  23. Bila masa wahabi cuma berpegang pada Al-Quran sahaja? Wahabi berpegang pada Al-Quran dan Sunnah. Cuma diaorg menolak apa yg tiada dalam Al-Quran dan Sunnah

    ReplyDelete