Wednesday, 24 October 2012

Rosmah Mansor Miliki Permata Berharga 1 Billion

Permata Bernilai 1 Billion Milik Rosmah Mansor
Rosmah Mansor terkenal dengan sifat kegemaran beliau terhadap permata & berlian.Minat ini agaknya memberi idea kepada beliau untuk menubuhkan Program PERMATA yang dilaungkan kesana kemari setiap kali Rosmah Mansor berucap. Kononya permata itu adalah segalanya dan permata yang mana sebenarnya yang dirujuk oleh beliau? Permata ditangan atau Program Permata Negara?

Adakah akhirnya beratus juta peruntukan duit rakyat akhirnya ke tangan penjual & pengedar permata dan berlian atau anak yang dikatakan permata negara akhirnya dilayan seperti kaca.

Artikel kali ini mendedahkan pelbagai persoalan yang mungkin tidak ramai ketahui kerana ianya disimpan rapi untuk kita rakyat tidak ketahui kecuali Rosmah Mansor.

Bagaimana Program Permata Negara ini bermula & kenapa negara memerlukan Program Permata Negara sedenagkan kita telah mewujudkan pelbagai program seperti Taska, Kemas dan sebagainya yang telah sedia wujud dan beroperasi diseluruh negara.

Tadika Kemas

Tetapi hakikatnya, kerajaaan telah mengambil ringan akan program ini apabila ianya mula dibebankan kepada rakyat dengan mewujudkan pelbagai pusat penjagaan dan pembelajaran swasta. Ini adalah hasil kerja kerajaan yang telah mengabaikan Kemas & Taska sebelum ini kerana mereka melihat ianya boleh diuruskan oleh pihak swasta.Kita masih ingat bagaimana tahun 70an and 80an yang mana setiap  anak kita dihantar ke Tabika Kemas bukan ke pusat pembelajaran swasta. 

Jadi adakah relevan Permata Negara yang dikecohkan kesana kesini seumpama sebuah program yang terlalu hebat dimuka dunia ini dan hanya yang terpilih sahaja yang harus menikmati pendekatan Program Permata Negara.

Di negara membangun lain, seawal usia 2 tahun atau 2.5 tahun kerajaan mereka telah mula memberikan pendidikan percuma kerana mengetahui hakikat pentingnya kanak-kanak ini diberi asuhan yang betul dan minat yang mereka gemari. Tetapi program ini menyeluruh kepada setiap anak kelahiran negara tersebut bukan untuk yang terpilih.

Oleh itu kita harus mengetahui apa itu Program Permata Negara & kenapa ianya hanya untuk yang terpilih sahaja.

1.0 Peruntukan Budget



Artikel "The Star" 
KUALA LUMPUR: A sum of RM1.2bil will be allocated to various government agencies in an effort to provide quality pre-school education, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said.
The agencies include the Social Welfare Department, Education Ministry, Permata Negara and Department of National Unity and Integration which involve directly in providing pre-school education.
"In addition, RM380mil will be allocated to the Education Ministry for placement of kindergarten teachers," he said when tabling the 2013 Budget in the Dewan Rakyat, here, Friday.
Najib, who is also Finance Minister, said the Government also proposed several incentives to ensure children receive proper care while nurturing positive mental development.
He said the incentives included an RM10,000 launching grant to assist operators of Early Childhood Care and Education (ECCE) private centres in opening new pre-schools of high quality.
About 1,000 new private ECCE centres would benefit from this initiative, he said.

Dimanakah Permata Negara bernaung?


Pejabat Permata Negara-Jabatan Perdana Menteri
 
BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PERMATA)
JABATAN PERDANA MENTERI

W101, Aras 1, Blok 3440,
Enterprise Building 1, Jalan Teknokrat 3,
63000 Cyberjaya. Selangor DArul Ehsan, Malaysia.

Tel: 03-8319 4000  
Faks: 03-8319 4001/03-8318 8645
Web: http://www.permata.jpm.my



Permata Negara merupakan sebuah bahagian dibawah Jabatan Perdana Menteri. Ianya diketuai oleh Setiausaha Bahagian (SU)yang memegang jawatan pada Gred M54 dan bersama lebih kurang 21 pegawai keseluruhan bahagian tersebut. Boleh kita katakan Bahagian Permata Negara merupakan salah atu unit operasi terkecil di Jabatan Perdana Menteri dan ianya tidak diketuai oleh Ketua Pengarah seperti mana bahagian-bahagian lain di Jabatan Perdana Menteri.

Fungsi Permata Negara

Mereka dikatakan badan induk yang akan mengubal dasar pendidikan awal negara dan aktiviti mereka hanya tertumpu kepada program anak permata negara.


Peruntukukkan Budget mewah untuk Permata Negara

Tidak pernah mana-mana bahagian menerima peruntukan yang begitu banyak yang dijangkakan beratus-ratus juta setahun kepada bahagian yang hanya memiliki 21 kakitangan dan tiada Ketua Pengarah & tanpa tujuan yang jelas yang memberi faedah menyeluruh kepada negara atau rakyat.

   
Rosmah Miliki Kuasa Seorang Penjawat Awam Selaku Isteri Perdana Menteri & mempengerusikan Bahagian Permata Negara Yang berhak membuat keputusan dan Budget 1 Billion dalam kuasanya.

 
Ketua Pengarah Permata Negara


Setiap bahagian di Jabatan Perdana Mentri diketuai oleh soerang Ketua Pengarah yang bersifat Ketau Eksekutif dalam urusan pentadbiran bahagian tersebut. Namun di Bahagian Permata Negara jawatan Ketua Pengarah tidak pula wujud sebaliknya diadakan jawatan "PENAUNG" yang lain tidak bukan disandag oleh wanita yang menyintai batu permata. 

Bagaimana Permata Negara Beroperasi Dengan Tiadanya Ketua Pengarah 


Untuk pengethauan semua, semua mensyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Program Anak Permata Negara. Pengerusi ini berhak keatas segala belanjawan dan semua keputusan oleh jawatankuasa kerja ini yang dipengerusikan olehnya. Siapakah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Permata Negara? Tidak lain tidak bukan wanita yang suka permata berlianlah juga. Jelas sekali , Setiausaha Bahagian Pendidikan Awal Permata Negara secara tidak langsung diketuai oleh Rosmah Mansor. 


Tamparan Hebat bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam


Dimanakah hilangnya taring SPA dalam memastikan penyelarasan sistem perkhidmatan awam di setiap jabatan kerajaan? Bukankah secaa logik dan waras tanggungjawab pendidikan awal kanak-kanak dibawah Kementerian Pembangunan Wanita & Keluarga atau setidaknya ianya juga "overlap" dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Adakah KSN yang baru berani membuat perubahan? Tidak malukah seorang penjawat awam berketuakan Isteri Perdana Mentari yang tidak layak memegang sebarang jawatan dalam sektor perkhidmatan awam. Beliau bukan kakitangan awam dan bukan calon yang dipilih rakyat!!

Hebatke Program Permata Anak Negara?

Jika hebat seharusnya semua anak anak di Malaysia mengikuti program ini bukan yang hanya terpilih. Adakah anak-anak anda yang berusia muda sedang mengikuti Program Anak Permata Negara? JIka tidak, kenapa tidak? Kenapa anak anda dinafikan hak pendidikan awal dan hanya yang terpilih sahaja yang diberikan faedah ini? Tidakah anda yang membayar cukai pendapatan?

Duit peruntukan Program Permata Anak Negara adalah dana dari peruntukan kerajaan bukan sumbangan peribadi. Jadi kenapa anak anda tidak layak untuk mengikuti Program Permata Negara?

Sekali imbas, berdasarkan booklet rasmi Permata Negara tiada bezanya dengan program-program di Tabika Kemas, Taska ataupun mana-mana pusat jagaan kanak-kanak swasta.

Gambar memberi seribu makna..Aktiviti permata..

Aktivit yang biasa kita lihat dimana-mana pusat pembelajaran kanak-kanak. Tabika kemas pun buat benda yang sama.

Budget Mewah Permata Negara & Faedah Kepada Rakyat

Budget 1.2 Billion yang diperuntukkan untuk pendidikan awal adalah suatu peruntukan yang harus dipuji jika ianya memberi faedah kepada semua anak-anak Malaysia. Tetapi adakah dana yang diperuntukan digunakan untuk meberi faedah terus kepada pelajar atau ianya juga disalahguna demi kepentingan peribadi?

Dengan dana beratus juta dan pada 2013 mencecah 1.2 BIllion, adakah anak anda menikmati Program Permata Negara atau anak-anak kita bukan permata bagi mereka?

Wujudkan taska kemas dikawasan perumahan anda atau anda terpaksa menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak swasta?

Jika beratus juta disalurkan, kenapa tahap tabika kemas masih dibawah tahap yang memuaskan dimana ibu-bapa kurang meyakini program-program tabika kemas lebih cenderung menghantar anak anak ke pusat pembelajaran swasta.

Dimanakah lesapnya beratus juta peruntukkan dana Program Anak Permata Negara yang dibelanjakan selama ini?

Berapa ramai "genius" yang telah dihasilkan oleh Permata Negara yang boleh membanggakan negara? 


Kurikulum Permata Negara

Adakah anda akan meyakini bahagian yang diperuntukan 1 billion dan tidak mampu memaparkan Struktur Kurikulum Pendidikan mereka. Jika anda ke laman web rasmi permata www.permata.jp.gov.my dan rujuk kepada bahagian kurikulum , teknik pembelarajan & keistimewaan jelas tidak dinyatakan apa-apa. Adakah ini kebetulan atau mereka samar apa itu permata negara selain sibuk mengadakan konsert dan persembahan untuk vip di majlis majlis keramaian dan bagi menaikkan martabat wanita yang gemar permata itu.

Permata Seni-Persembahan Di Dubai.







Permata Negara Tidak Sekecoh Permata Rosmah

Akhirnya, hakikat jelas depan mata dimana Malaysia lebih kecoh dengan pelbagai pembelian berlian dan permata yang bernilai ratusan ribu ringgit dan berjuta. Tidak kurang juga beg tangan beratus ribu dan sebagainya.

Jarang sekali kita mendengar kejayaan program permata negara dari mulut masyrakat dan rakyat Malaysia kecuali kita hanya mendengar laungan kejayaan permata negara dari Rosmah Mansor yang kita kenali sebagai Pembeli Permata Negara Yang Sensasi!!


Fakta Permata Negara:-

Bagaimana Kami Bermula 

 TANYA ROSMAH MANSOR....

Penggerak utama yang mendorong kepada tercetusnya idea untuk menjalankan Projek Perintis PERMATA Negara ini datangnya daripada Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan beberapa orang profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan cadangan penyelesaian kepada masalah dan gejala sosial yang kian melanda para remaja yang sungguh membimbangkan.
Perbincangan profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang ini telah senada bahawa proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal bagi dan ianya akan lebih berkesan sekiranya dimulakan sejak lahir. Inilah yang telah membawa kepada lahirnya sebuah konsep yang begitu murni iaitu dengan menganggap bahawa setiap anak yang dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini adalah sebutir permata untuk negara yang akan bersinar menerangi kegemilangan negara di masa akan datang. Dari ini lahirlah "Setiap Anak PERMATA Negara" bagi menzahirkan suatu hasrat untuk memastikan setiap anak sejak dari awal lagi mendapat peluang permulaan hidup yang terbaik.
Dari situ tercetus idea untuk melaksanakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA bagi memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.


Falsafah dan Fokus PERMATA Negara 

HANYA ROSMAH MANSOR YANG TAHU...

Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti.

22 comments:

  1. Hmmm..ini rupanya permata..anak aku mencuba x dapat pun. Alasanya anak aku x da talent katanya..hanya yang dah ADA talent je dia terima..memang betul tepat APA MC sebut ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal anak kau tuh bangang macam kau jugak ...

      Delete
    2. tak baik membangangkan orang bro...cakap menda elok2 dah la. apa yg kita cakap ni biasanye keluar isi hati kita. busuk hati kita busuk lah tutur bahasa kita..wallahualam

      Delete
  2. rakyat perlu bangkit dari tidur.Mari kita ubah kerajaan yang pentingkan kroni, saudaramara.Ini lah cara rosmah nak makan duit rakyat.tunggu apa lagi......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoi bangsat kau adaer bukti ker ....

      Delete
  3. ini lah padahnya bila orang melayu tak pandai pilih.buta politik.makan rasuah pun takpa janji melayu.hancurlah orang melayu.

    ReplyDelete
  4. buat perabih duit pembayar cukai sahaja...mungkin ada agenda tersembunyi atas nama Program Permata...hanya Allah swt yg Maha Mengetahui..Terimalah pembalasanNYA nnt....

    ReplyDelete
  5. Anwar ngan jijah pun banyak dia sembunyikan woi..jgn bodoh je.Cuba MC bongkar pasal Anwar pulak..I nampak u all macam neutral..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul kata Che Det... hanya yg bodoh je masih bersama UMNO.

      Delete
    2. Melayu yg dah busuk perut cm kau ni memang tak boleh terima hkikat.. x kira sapa2 la yg salah, semua kena. kalu x kat Dunia, kat mahsyar sudah pasti

      Delete
  6. Hmmm lepas baca artikel kat atas, saya pun agak pelik kenapa program pendidikan awal kanak2 diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri, apa kaitannya JPM dengan pendidikan awal kanak2? bukankah lebih afdal diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pembangunan Wanita & Keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu menabung drpd kecik namanya kalau ada intan belian yg berkenan nanti beli dah cukup duit tabung boleh la membeli bijak bijak...

      Delete
  7. Mak oi..mahalnya permata rosmah..hmmm,patutlah permata berlian banyak dibadan..agaknya bawa budak ke Dubai menaritapi dia dok shopping.ssambim menyelam minum air..
    apalah pak jib ni bodoh Sgt..rakyat suka dia tapi benci bini dia..kalau x leh jaga bini mana nak jaga Negara..

    ReplyDelete
  8. Harga umah bang nuar je dah cecah 8 juta..balik penjara banyak betul duit dia. Mana dia dapat eh? Boleh MC ni bongkarkan ke tak..
    Isteri x keje, anak semua x keje tapi kaya raya betul..dia ADA lombong emas agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunjukkan bukti dulu sebelum cuba hendak memfitnah Dato' Seri.

      Delete
  9. "kami dipanggil lembu" kata orang no 2 wanita umno...............waakaka

    umno=lembu........terbukti seperti di atas..

    bukalah pikiran tu sikit,

    ReplyDelete
  10. dipetik drpd blog Zamzarina Zambri

    http://zamzarinazambri.blogspot.com/2012/10/rosmah-mansor-miliki-permata-1billion.html

    Di Malaysia, Pra-Sekolah itu untuk kanak-kanak berusia 5-8tahun.. dan dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia.. Manakala ECEC (Early Childhood Education and Care) adalah untuk kanak-kanak seawal usia kelahiran hingga 4 tahun.. Program Anak Permata Negara (PAPN) termasuk dalam kategori ECEC.. INI KITA KENA JELAS!

    Biar ZZ jelaskan disini ke mana pecahan RM1billion yang diumumkan oleh YAB Dato' Sri Najib selaku Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2013...

    1. Pra-Sekolah (MOE) diperuntukkan RM587.5 juta
    2. Tadika Kemas (KKLW) diperuntukkan RM532 juta
    3. Tabika Perpaduan (JPNIN) diperuntukkan RM68.7 juta
    4. Bhg. Permata JPM..??????

    ReplyDelete
  11. banyak sgt bajet permata ni....tu yg heran...apa apa pun...next PRU mesti kena tukar goverment....biar rakyat tak susat....undi BN...NO....undi PR...yesy yes

    ReplyDelete
  12. nie saper angsat yang tulis artikel diatas ... aku nak tanya dengan kau bangsat yang menulis artikel tentang DATIN SERI ROSMAH MANSOR ...kau ada bukti ker apa yang kau tulis tuh bangsat?kalau tak ada bukti kau jgn menuduh atau memfitnah ... buktikan kata-kata kau tuh benar?mana segala resit pembelian dan segala penyata penyelewengan yang dibuat oleh DATIN SERI ROSMAH MANSOR diatas dana PROGRAM PERMATA yang kau katakan itu ..... dasar bangsat bercakap tanpa bukti ...puiiiiiiiiiii sial

    ReplyDelete
    Replies
    1. mangkok ni dah kena kangkang ngan ro$mah..
      pasal tu dok kipas je..
      apa yang ro$mah ni buat semua betul.tak boleh kritik langsung..rrrrrro$mah ni sapa ahli dewan negara ke..kalau setakat bini najib apa barang nak pegang bajet 1.5 billion,p bungkus kuih raya la bagi kat askar,polis,kastam.ni mesti ada BADAK disebalik mee
      ooi bodoh mana satu jabatan kerajaan dalam malaysia yang tak ada ketua pengarah...PERMATA je yang tak ada..pasal apa....masyyyyyyyuk...mangkok lu pikir la sendiri...........pengarah tak ada penaung senang nak sain

      Delete
  13. jangan gado2...jom kita nyanyi lagu UMNO pembela ummah mulayu..nak nyanyi versi omputeh pon boleh...wakaka

    LAGU UMNO

    Bersatu Kita Bersatu
    Dengan Setia Berganding Bahu
    Tipu Terus Menipu
    Kita Tipu Melayu

    Bersama Kita Bersama
    Menjunjung Hasrat Semua
    Berjasa Pada Kroni
    Anak Isteri Dan 'Bini'

    Lambang Kita Yang Rebah
    Dipandang Keji Dan Haprak

    Bersatu, Bersedia ... Khianat
    Cogan Katanya
    UMNO Terus Lara
    Rompak Rakyat Malaysia

    United, we stay United
    With loyalty alongside shoulder
    Cheat we continue to cheat
    We cheat the Malays

    United we stay united
    Respect deeply everyones' desire
    Service to the cronies
    The son of wife and "wife"
    Our symbol that collapse

    Seen despicable and USELESS
    United, ready..... betray
    That is our slogan
    UMNO continue to advance
    Rob the citizens of Malaysia!

    ReplyDelete
  14. Kalau anak aku terpilih ke program permata..baik aku hantar anak aku mgaji pondok..biar dia kenal tuhan..tau beza dosa pahala..syurga neraka..halal haram..klu besar nanti..kalau pun anak aku x jadi ustaz pun xpe..at least basic ugama dia kuat..dari hantar ke permata..apa ke pekdah aku pun x tau..makin suwey ada la..

    ReplyDelete