Tuesday 6 November 2012

Penghinaan terhadap Raja Bahagian II

Kes penahanan semula Ahmad Abd Jalil atas dakwaan menghina Sultan Johor menarik perhatian penulis, kali ini di bawah Akta Multimedia. Saudara Ahmad hanya pemuda biasa, tidak dikenali langsung sebelum ini, berbeza dengan kes penahanan Uncleseekers yang sememangnya dikenali umum dan datang dari keluarga yang dihormati. Walaupun masih tidak diketahui apa sebenarnya yang ditulis oleh saudara Ahmad di dalam facebook sehingga dikatakan sebagai satu penghinaan, tetapi bagaimana kes ini berjalan begitu menarik perhatian

1. Ahmad Abd Jalil tidak langsung dikenali umum. Sokongan yang diberikan oleh ahli keluarganya dengan melancarkan kempen "Bebaskan Ahmad" secara besar-besaran melalui facebook, disambut pula dengan sokongan yang diberikan oleh kumpulan facebook lain seperti Kita Semua Uncleseekers dan sebagainya menjadikan kes ini adalah "Kes Besar". Rakyat ternanti-nanti perkembangan kes Ahmad. Apabila menjadi kes besar, penulis yakin saudara Ahmad tidak akan di-apa-apa kan, baik daripada pasukan Polis Johor mahupun dari dalam Istana. Tetapi perkara sebaliknya mungkin berlaku jika kes ini tidak dihebohkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Laporan Malaysiakini bertarikh 4 November 2012 bertajuk "Facebook hina Sultan Johor - lebih ramai akan ditahan?" memberi gambaran lebih ramai rakyat akan ditahan atas kes menghina Sultan Johor. Jika berlaku lagi tangkapan, dinasihatkan keluarga dan rakan-rakan mangsa untuk mencontohi apa yang dibuat oleh keluarga Ahmad Abd Jalil supaya kes itu menjadi kes besar. Sebarkan juga berita itu ke media antarabangsa untuk mendapat liputan yang lebih besar. Berita penahanan Ahmad tersebar di Channel News Asia, Gulf News, Bangkok Post, Zee News India dan lain-lain media dunia (boleh lihat berita-berita dunia mengenai Ahmad Abd Jalil disini).

2. Portal berita Malaysia Kini hari ini melaporkan Polis Johor telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Kini dan Malaysian Insider yang menyiarkan berita-berita berkaitan penyiasatan dan penahanan saudara Ahmad Abd Jalil. Jika dilihat kembali laporan-laporan berita yang disiarkan, kebanyakannya adalah laporan daripada peguam Ahmad dan komen daripada ahli keluarganya. Adakah pihak Polis Johor ingin menjadikan kes ini kes terpencil yang tidak diketahui umum? 

Rata-rata rakyat yang membuat komen mengenai isu ini di portal Malaysia Kini mentertawakan apa yang dibuat oleh pihak Polis Johor - buat laporan polis sendiri dan kemudiannya menjalankan siasatan sendiri dan pendakwaan sendiri.

Lebih memelikkan apa sahaja yang berkaitan dengan penghinaan terhadap Sultan Johor, polis akan bertindak dengan begitu cepat sekali! Mungkin kah kerana termakan budi dengan pemberian kereta-kereta mewah dan motorsikal Harley Davidson? Kenyataan media yang dibuat oleh Peguam Kamal Hisham hari ini memberikan contoh-contoh berkaitan Polis Johor, sila lihat di bawah.

3. Adakah dengan penangkapan rakyat yang dikatakan menghina Sultan Johor akan menjadikan rakyat terus takut dan diam? Percaturan Polis Johor dan pihak Istana adalah salah. Kes-kes seperti ini akan menjadikan lebih ramai rakyat bangkit menentang kezaliman. 

Kenyataan akhbar hari ini yang dibuat oleh Peguam Kamal Hisham di Dubai mengenai isu penahanan semula Ahmad Abd Jalil menceritakan pengalaman beliau yang pernah bertugas dengan Sultan Johor dan menyuarakan kebimbangan beliau atas campurtangan pihak Istana dalam mengendalikan kes ini.

Bukan itu sahaja, SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), Malaysian Civil Liberties Movement, Lawyers For Liberty juga telah bersuara. Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang juga telah membuat kenyataan media. Candlelight Vigil in Solidarity with Ahmad Abd Jalil juga akan dianjurkan esok hari Rabu 7 November 2012 di Dataran Merdeka. 

Petikan daripada Kenyataan Media Peguam Kamal Hisham mengenai kes Ahmad Abd Jalil
4. Kebanyakan rakyat sekarang ini bukan bodoh. Bukan setakat rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia melihat bagaimana kes ini berjalan. Sehingga kini masih tidak dapat dipastikan atas kesalahan apa dan apakah kenyataan Ahmad Abd Jalil yang dikatakan satu penghinaan. 

Kes ini tidak mendiamkan rakyat. Di media-media elektronik sama ada di facebook, twitter mahu pun di forum-forum, rakyat berbincang secara terbuka menceritakan salah-laku Sultan Johor. Lebih banyak pendedahan dikeluarkan. Adakah rakyat Malaysia takut selepas berlakunya penangkapan Uncleseekers dan saudara Ahmad? Nampaknya tidak, malahan rakyat semakin berani bersuara!

Dilampirkan beberapa komen di dalam facebook untuk dikongsi dengan pembaca Malaysian in Crisis. Ini hanya sebahagian kecil sahaja, rakyat semakin berani bersuara! Untuk menghormati tuan empunya post, penulis padam nama-nama facebook mereka. Adakah semuanya bakal ditangkap dan memenuhkan lokap Johor?

Kisah yang biasa kita dengar apabila berlakunya Kembara Mahkota Johor
Umum mengetahui banyak kes-kes yang telah digelapkan kerana takut kepada pihak tertentu. Penulis percaya, jika sampai ke satu tahap dan rakyat bersatu, mungkin apa yang diungkapkan oleh Sultan Azlan Shah menjadi kenyataan

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Petikan titah ucapan Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980

Apa akan jadi jika dikumpulkan semua kes-kes ini? Sedangkan kes seorang wanita bernama Yasmin Mohd Yassin tidak mendapat pembelaan, ini kan kes rakyat pendalaman
Uncleseekers pernah menceritakan hal ini



Teringat Kisah-kisah Mafia,

12 comments:

  1. ape kate solat hajat 1 masjid minta Allah beri petunjuk agar terungkai semua perkara2 keji ni.......

    ReplyDelete
  2. Tuan MC, bukan mafia tapi dah macam citer india...hehehehe

    Jenayah kat Johor punya la tinggi...antara negeri yg paling tinggi crime rate....tu takde plak diorg nak jaga.

    ReplyDelete
  3. Saya memang tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh Tuanku tetapi apa yang ditulis oleh Ahmad Abd.Jalil kepada Tuanku didalam FB mencerca rupa paras Tuanku sangat besar dosanya.Menghina Tuanku sebenarnya menghina Allah swt sedangkan Tuanku menerima Qadha dan Qadar kepadanya.Semua ujian Allah kepada kita sangat sedikit masanya untuk Bertaubat.

    ReplyDelete
  4. sebenarnya apa kenyataan ahmad abd jalil ni kat facebook yg dikatakan menghina sultan johor tu pun kita tak tahu, samada ia hina atau kritik. tapi apa2 pun harap2 pihak berkuasa dapat mengadili kes ini dengan sebaiknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. RUjuk kat sini http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/ahmad-is-ahmad-ahmad-bukan-zul-yahya.html

      Delete
  5. Orng ramai takut nak komen disini bimbang kena tangkap...tapi cepat atau lambat sesuatu perbuatan akan dibalas sama ada didunia atau di akhirat nanti...seperti contoh2 sebelumnya yg ada dimuka bumi ini...bersabarlah org2 yg teraniaya Allah bersama anda.

    ReplyDelete
  6. http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/ahmad-is-ahmad-ahmad-bukan-zul-yahya.html

    ReplyDelete
  7. Saya mendapat maklumat dari Bekas Penghulu Zakaria Yusop sendiri yang menyatakan kenyataan semasa Mesyuarat Kembara Johor adalah tidak benar sama sekali. Beliau hanya menyatakan bahawa anak-anak gadis yang membawa bunga paha agar mengikut protokol semasa menyambut ketibaan Sultan Johor (ketika itu TMJ) agar nampak cantik dan teratur. Segala apa yang dinyatakan oleh Penguam Kamal adalah fitnah semata untuk memburukkan hubungan antara Bekas Penghulu Zakaria dengan kerabat DiRaja. Bagi beliau, Sultan Johor adalah Sultan yang perihatin kepada rakyatnya dalam segala aspek pembangunan insan, ekonomi, pendidikan dan keagamaan serta memacukan negeri johor ke arah pembangunan global. Kesetiaan beliau dan keluarganya kepada Sultan Johor dari dulu hingga selama-lamanya. Akan sentiasa berada di belakang Tuanku. Kalau tiada Raja tiada Rakyat dan Tiada Rakyat Tiada Raja. Tuanku juga mencemar duli bersama rombongannya ke Pontian dan Kukup bertemu Penghulu Zakaria dan rakyat. Semoga Allah memanjangkan Usia Tuanku, diberikan kesihatan yang baik serta dilindungi dari fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan dimurkai Allah SWT. Daulat Tuanku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yo lah tu....
      Fitnah sgt la......kalu perbuatan KEJI membunuh pon dia buat.....yg lain2 lagi la...
      Nak kata ini fitnah gak???? Dlm buku undang2 belaja kat universiti pon ada cerita kes Sultan Johor (ketika itu TMJ) bunuh org dan diampunkan oleh sultan
      Letak la beribu2 cyber trooper dari istana dok backing sultan kononnya penyayang la apa......masuk la kampung bawak harta karun jaga hati makcik pakcik kampung....tunjuk yg sultan ni berjiwa rakyat.....tapi hakikatnya nan ado

      Delete
    2. Yelahhh tu...geli je statement..huh pengampu, x ada raja rakyat tetap ada lh woi...bodoh ke ape? Pikir lah rakyat bukan raja bagi makan dari mana pulak rasional kalu raja x ada rakyat pun x ada...klu nk bagi pandangan jgn lah membodohkan diri...agak2 lah.

      Delete
    3. Yelahhh tu...geli je statement..huh pengampu, x ada raja rakyat tetap ada lh woi...bodoh ke ape? Pikir lah rakyat bukan raja bagi makan dari mana pulak rasional kalu raja x ada rakyat pun x ada...klu nk bagi pandangan jgn lah membodohkan diri...agak2 lah.

      Delete