Thursday 29 November 2012

Selamat Hari Lahir ke 81, Tuanku!

Baru-baru ini sebuah video sambutan hari lahir Sultan Pahang dan puteranya, Tengku Fahad telah tersebar di internet. Walau bagaimanapun ramai yang tidak dapat menonton video bertajuk Royal Soiree: 1881 Celebrations of His Royal Highness Sultan of Pahang and Prince Fahad kerana telah menjadi private disebabkan hak rekacipta pemiliknya, Kat Films yang merupakan sebuah syarikat penerbitan video-video perkahwinan dan majlis-majlis di United Kingdom.

Walau bagaimanapun, video ini masih boleh ditonton disini. Saksikan sendiri bagaimana mewahnya sambutan hari lahir seorang Sultan dan anaknya di sebuah hotel 5 bintang di kota London, The Corinthia London yang terletak di Whitehall Place. 

Segalanya cukup mewah dan sudah semestinya minuman-minuman yang disajikan adalah arak-arak yang cukup mahal dan berkualiti. Tetamu-tetamu mat saleh memenuhi dewan tersebut, diserikan pula dengan pertunjukan fesyen dari Christian Dior dan acara tari-menari (berdisko) di akhir majlis. Cukup hebat majlis sambutan hari lahir ketua agama Islam negeri Pahang ini! 


Izinkan penulis berkongsi kata-kata nasihat daripada Sultan Pahang kepada kita rakyat jelata sebagai pedoman. Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 November 2012 bertajuk Sultan Pahang dukacita dengan kenyataan Nurul Izzah.

"Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap".

"Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini".


Alhamdullilah, tuanku Sultan mahir dalam agama Islam dan boleh bercakap mengenainya. Begitu juga baginda menyanjung tinggi agama Islam dengan sepenuh hati. Persoalannya, adakah ini semua dapat diterjemahkan dengan perlakuan?

Dikesempatan ini penulis dan Malaysia in Crisis mengucapkan selamat hari lahir ke-81 kepada Sultan Pahang dan ke-18 untuk Tengku Fahad. Bagi kami rakyat Malaysia, berbangga juga lah dapat menonton video kemewahan hidup seorang Sultan menyambut hari lahir di kota London dengan sajian arak-arak yang semestinya mahal dan berkualiti tinggi.

Juga tidak ketinggalan ucapan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman dan isteri barunya, Cik Puan Bahiyah yang baru saja melangsungkan perkahwinan mereka minggu lepas. Benda baik seperti mendirikan rumah tangga buat apa nak sorok kan?


Teringat kisah jururawat Filipina,
 

31 comments:

  1. Macam ni punya raja kapur pun ada.
    Elok laaaaaa...
    Kepala botak, perut buncit.
    Betul2 macam toyol jadian.
    Kalau aku la....
    Ini toyol kalau jumpa, sumbat dalam botol, and lempar ke dalam sungai pahang.... lagi bagus laaaa...
    "SETAN....SYAITAN.....SULTAN..." Tulisan buku Pak Habib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak habib pulak dah kena tahan hari ni.

      Delete
    2. LANTAK KO LEER...NNTI CKP BANYAK KANG..KENA TAHAN LA..ISA LA, MCA LA, SIA LA, KOK LA..APARAH? TP X BLEH BACA KENYATAAN YG DBUAT "saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam"---GELAK GULING-GULING LUMBU DLAM KONDO-!!! HENDRE ARIBA!!!!

      Delete
    3. Sial, tak payah nak kutuk fizikal sgt lah..ko tu pun bukan kacak sangat

      Delete
  2. berapa batang pokok balak kena tebang utk besday party nih???

    sorry la aku ckp....muka takder nampak NUR langsung!!!!

    ReplyDelete
  3. SULTAN KELANTAN JUGA YANG TERBAIK.. SEORANG SULTAN YG ZUHUD WALAUPUN UMUR MASIH MUDA..

    .. ARAK TU DOSA BESAR, MINUM SETEGUK JE DAH JD FASIK.

    ReplyDelete
  4. mufti cap ayam tak mau komen ke sambutan hari jadi ketua agama

    ReplyDelete
  5. da 81 tahun? sayangnya umur yg panjang tp tidak digunakan utk mengumpul bekalan hari akhirat . belum tentu bole menjangkau 82 tahun. masa da semakin suntuk en soltan woii. masih leka lagi ke.......

    ReplyDelete
  6. The event was hosted by other VVIP in the UK - perhaps his good friend, not him. He was just invited to attend. And no one see he drank the liquor, so it is not fair or wise to stress about it. They served it, YES, but I am sure the Sultan is wise enough not to drink it, knowing that there is a videographer around and the video will be available to all once it leaked.

    ReplyDelete
    Replies
    1. he still can leave the event if he wish. If u call it rude then it better to be rude to people rather rude to the almighty.

      -sultan from afghanistan-

      Delete
    2. Nurul, they are all big drinker. i appreciate your effort to stay positive but the fact is otherwise. Sorry.

      Delete
  7. nak tanya, bini lama tg muda julita xxxx ada lagi ke tak? cerai ke tak?

    ReplyDelete
  8. Even he was invited, being a muslim he knows he shouldn,t attend the party

    ReplyDelete
  9. ari tu kan komen pasal nurul izzah...apa dah jadi ni???????

    ReplyDelete
  10. Minum-minum....jangan tak minum..Sultan Al-Brandy,Sultan al-Champagne Shah...Duli Yang Maha Mulia Arak Shah ibni Al-Marhum Brandy Shah ibni Al-Marhum Stout Shah..wa fucklah...

    ReplyDelete
  11. mufti mana berani tegur,sebab tak ada telur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mufti dah tido .....tak ngat dunia dah.....
      dulu masa muda tak terjangka dapat jawatan mufti.....
      dah pangkat besau.....gaji besau.....apa nak jadi
      lantak le......dosa bukan leh nampak.....
      tanggung jawab tolak tepi.....fulus punya pasal
      agama boleh diperdagangkan.....

      ABU......

      Delete
    2. mufti malaysia semua dah jadi ular dalam semak cari makan dan nak hidup??????

      Delete
  12. Badan dah bau tanah pun tak sedor sedor lagi ke??!!..
    KETUA AGAMA BAHAGIAN MANA NI?!!..

    ReplyDelete
  13. MUFTI SEMUA MANA? KALAU PEJUANG AGAMA SILA KE DEPAN DAN BERSUARA. JANGAN HIPOKRIT. TUHAN AKAN SOAL KAMU, YANG PERTAMA SEKALI.

    ReplyDelete
  14. Lagu hari jadi untuk sultan pahang...moga2 beliau insaf!!!!

    Bila Izrail datang memanggil
    Jasad terbujur di pembaringan
    ( 2X )
    Seluruh tubuh akan menggigil
    Terbujur badan dan kedinginan
    ( 2X )

    ( 2 )
    Tak ada lagi gunanya harta
    Kawan karib sanak saudara
    ( 2X )
    Jikalau ada amal di dunia
    Itulah hanya pembela diri
    ( 2X )

    Janganlah mahu dikenang-kenang
    Engkau digelar manusia agung
    ( 2X )
    Sedarlah diri tahu diuntung
    Sebelum masa keranda diusung
    ( 2X )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taida yg BENAR melainkan yg BENAR dari sekelian yg BENAR.

      Delete
    2. Tiada yang agong selain Allah SWT yang Maha Agong.

      Delete
  15. abih duit zakat aku...

    ReplyDelete
  16. Tuan2 dan puan2, sila beri tepukan pada ketua agama islam negeri selangor. daulat tuanku! Mohon hamba minta seteguk dua. Di shah alam ni hamba bosan dah dgn Tiger beer.

    ReplyDelete
  17. Duit zakat pun dek rembat buat beli arak.

    ReplyDelete
  18. org kata kalau dh masuk umur 40 kalau mcm tu perangai teruk akan teruslah sampai mati tapi ini dh 80, peluang utk insaf 0.0000000000002% je----semua jawatan raja boleh sapu TAPI tolong la jgn ambil jawatan KETUA AGAMA ISLAM.....pulangkan ....pulangkan......pulangkan...

    ReplyDelete
  19. nak password vid tu...

    ReplyDelete
  20. Blog ni kena tengok melalui cached copy..sedihnya. Ada yang sekat ke? hik3

    ReplyDelete
  21. Jadi Presiden Bola = elaun masyukk
    Balak kat Pahang = projek masyukkk

    life's a bliss...Berulat Tuanku!

    ReplyDelete