Monday, 23 July 2012

Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi'i

Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais bertajuk Mengenal dan Memahami Apa itu Saudi Arabia pada 18 Julai yang lalu agak menarik untuk direnungkan. Fakta bagaimana Keluarga Saud merampas kerusi Syarif Mekah yang memerintah Mekah dan Madinah, yang turun-temurun diperintah oleh keturunan Rasulullah SAW adalah benar. Fakta bagaimana Abdul Aziz Al-Saud bekerjasama dengan British dan kemudiannya merajakan diri sebagai Raja Arab Saudi yang pertama juga adalah benar. Umum juga tahu bagaimana eratnya hubungan Raja Arab Saudi dengan barat. Hingga dikatakan terdapat dokumen yang ditulis tangan olen Raja Abdul Aziz Al-Saud sebagai komitmen Arab Saudi dalam memastikan Palestin menjadi hak Yahudi. Dokumen yang disiarkan oleh majalah al-Arabi di Kuwait pada tahun 1972 berbunyi,

"Saya Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al-Saud al-Faisal dan saya mengalah dan mengakui seribu kali kepada Sir Percy Cox, perwakilan British, bahawa saya tidak keberatan untuk memberikan Palestin kepada orang-orangYahudi yang miskin atau kepada non- Yahudi, dan saya tidak akan melanggar perintah British."

Arab Saudi adalah merupakan sebuah negara monarki mutlak dimana kekuasaan raja tidak terbatas. Di dalam zaman moden ini hanya terdapat lima monarki mutlak yang masih tinggal iaitu Arab Saudi, Brunei, Swaziland, Oman, dan Qatar. 

Raja-raja bukanlah maksum. Sama seperti manusia lain, raja-raja juga melakukan kesalahan. Raja Arab Saudi yang bergelar Custodian of the Two Holy Mosques atau Penjaga Dua Masjid Suci dan kerabat-kerabatnya juga tidak terlepas daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan Islam. Lebih memalukan kerana mereka adalah ketua negara Islam dan semestinya kesan negatif terpalit pada umat Islam sendiri. Apabila didedahkan salah-laku Raja-raja Arab Saudi ini dengan merujuk kepada akhbar dan majalah barat, mula lah Melayu-melayu dungu menuduh artikel-artikel ini semua hanya mainan Barat untuk memburuk-burukkan Islam. Golongan ini juga tidak boleh menerima realiti yang Raja-raja ini lah yang sebenarnya mencemarkan kesuciaan agama Islam.

BBC News, 1 Ogos 2005
Masih ingat lagi semasa kematian Raja Fahd bin Abdul Aziz Al-Saud pada tahun 2005, akhbar-akhbar menyiarkan artikel mengenai pemerintahan Raja Fahd dari tahun 1982 hingga 2005 dan diselitkan juga kisah-kisah perjudiannya di kasino Monte Carlo yang menyaksikan $1 juta lenyap dalam satu malam. Akhbar Sunday Times bertarikh 29 Ogos 1993 bertajuk "The Squandering Sheikhs" pula menceritakan kisah perjudian Raja Fahd di London yang sememangnya amat memalukan umat Islam.

Seks dan wanita juga dikaitkan dengan Keluarga Saud. Sebagai contoh, Putera Turki bin Raja Faisal bin Abdul Aziz Al-Saud didakwa menyimpan hamba seks warganega Mesir bernama Nadia Lutefi Mustafa di sebuah penthouse di Miami, Amerika Syarikat. 

Seorang lagi ahli Keluarga Saud, Putera Al-Waleed bin Putera Talal bin Abdul Aziz Al-Saud didakwa di mahkamah Sepanyol atas kesalahan merogol seorang model di atas kapal mewah miliknya di Kepulauan Ibiza, Sepanyol. Kes yang berlaku pada tahun 2008 itu pernah ditutup kesnya tetapi dibuka semula pada penghujung 2011 untuk dibicarakan. 

Putera Al-Waleed bukan setakat mempunyai koleksi kereta dan kapal mewah, beliau juga membeli flying palace iaitu pesawat Airbus A380 untuk kegunaan peribadi. Putera playboy ini sedang bergambar dengan cabin krew yang cantik-cantik dan seksi semuanya
 
Putera Mahkota Arab Saudi yang baru saja meninggal dunia pada bulan Jun yang lalu, Putera Nayef bin Abdul Aziz Al-Saud dilaporkan membayar £50,000 kepada Sarah Ferguson (bekas isteri Prince Andrew) hanya dengan satu ciuman semasa candlelit dinner pada tahun 1993. Itu yang didedahkan oleh bekas pengurus peribadi Sarah Ferguson, Allan Starkie di dalam buku bertajuk "Fergie, Her Secret Life”. Tidak habis di situ, Putera Mahkota itu juga dikatakan menawarkan £2 juta untuk meniduri Sarah Ferguson yang muflis dan mengalami masalah kewangan selepas penceraian dengan Prince Andrew. Satu dokumen yang bocor di wikileaks juga menyatakan Putera Mahkota itu adalah kaki minum.


Putera gay dikenakan hukuman penjara 20 tahun kerana membunuh
Terbaru kes yang melibatkan cucu Raja Abdullah iaitu Putera Saud bin Putera Abzulaziz bin Putera Nasser al-Saud yang dikenakan hukuman penjara 20 tahun kerana membunuh pada tahun 2010. Kes yang dibicarakan di Mahkamah City of Westminster, London ini membongkar salah-laku homoseksual dan arak cucu seorang Raja Arab.

Terlalu banyak kisah jika ingin diceritakan mengenai salah-laku ahli Keluarga Saud - dari Raja, adik-beradik, anak hingga lah cucu. Judi, seks, arak dan dadah adalah mainan mereka di sebalik closed door seperti yang dibongkar wikileaks. Ramai yang berkata ini hanya mainan barat untuk memburuk-burukkan Islam kerana manusia-manusia ini tidak dapat berdepan dengan realiti dan terlalu taksub dengan raja-raja. Sama ada manis atau pahit untuk ditelan, beberapa kes melibatkan Keluarga diraja Saud adalah realiti.
Petikan dokumen sulit yang dibocorkan oleh wikileaks
Itu apa yang berlaku di Arab Saudi yang merupakan sebuah negara Islam di mana Raja digelar Penjaga Dua Masjid Suci. Walaupun merupakan sebuah negara Islam, raja dan kerabat mereka tidak lari dari mengamalkan maksiat dan cara hidup yang bertentangan dengan Islam.

Baca selanjutnya di http://www.malaysiakini.com/news/1130
Sebenarnya tiada apa yang hendak dihairankan jika kedengaran gosip liar berkenaan raja dan anak-cucu mereka di bumi Malaysia ini yang mengamalkan kehidupan yang tidak mencerminkan sebagai ketua agama di negeri masing-masing. Dengan kisah araknya, berjudi di kasino, membunuh orang sesuka-hati, pendedahan seorang anak haram bernama Carla Brizuela Shah, ke hulu ke hilir dengan seorang wanita berketurunan Singh yang mengundang pelbagai fitnah dan bermacam-macam lagi.  

Ramai umat Melayu yang tidak mempercayai pendedahan Uncleseekers di dalam blognya mengenai kerabat Johor yang terlibat dengan kes rogol, menyimpan perempuan, arak dan sebagainya. Pemikiran umat-umat Melayu ini hanya berada di dalam sebuah kotak yang sempit dan mengandaikan sebagai ketua agama Islam, adalah mustahil raja-raja dan kerabat merekai mempunyai salah-laku yang bertentangan dengan Islam. Seperti yang dinyatakan di atas, Raja Arab Saudi dan kerabat mereka yang berasal dari negara Islam juga tidak terlepas dari membuat maksiat!

Sejarah juga menunjukkan umat-umat Melayu berfikiran sempit ini tidak habis-habis akan menyalahkan pihak lain daripada belajar untuk menerima realiti. Contohnya apabila catatan R.O. Winstedt menyatakan Sultan Mahmud Mangkat Di Julang adalah seorang homoseksual, ramai umat-umat Melayu yang mengatakan itu hanya mainan barat untuk merendah-rendahkan martabat seorang raja.

Di zaman moden ini ramai umat-umat Melayu yang masih kuat dengan doktrin Hindu-Buddha menganggap raja adalah penitisan dewa (incarnation). Mereka mengambil ungkapan zillullah fil 'alam seperti mana terdapat dalam karya Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang membawa maksud raja sebagai bayangan Allah SWT di atas muka bumi. Oleh itu golongan ini seolah-olah menganggap raja adalah maksum dan tidak boleh ditegur.


Himpunan Ketuanan WWW1 yang jelas bermotifkan politik oleh UMNO
Satu contoh yang nyata ialah Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor atau lebih dikenali sebagai "Himpunan Ketuanan WWW1" atau "Himpunan Ketuanan Wang Wang Wang" yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Johor. Himpunan manusia-manusia yang mewarisi akhlak zaman feudal ini secara teorinya menganggap raja tidak boleh ditegur. Bila rakyat menegur raja, rakyat dianggap pengkhianat. Bila raja dikritik, rakyat dianggap penderhaka. Adakah bimbo-bimbo ini sedar dan tahu apa yang mereke perjuangkan?

Hak apa? Hak membida sekeping nombor plat?
Golongan yang dikatakan seramai 30,000 ini sebenarnya hanya bermotifkan politik. Mereka hanya memperalatkan istana demi kepentingan politik dan menggunakan sentimen Melayu untuk memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat menentang institusi di raja.

Andaikata hari ini berlaku lagi krisis perlembagaan seperti tahun 1993 dimana kekebalan raja dilucutkan oleh UMNO, mereka-mereka yang berhimpun ini juga lah akan bersama-sama pemimpin UMNO untuk menentang raja-raja. 

Wahai umat Melayu, berpijak lah di bumi yang nyata. Raja-raja adalah manusia biasa, turut melakukan kesalahan. Mereka bukan bersifat maksum. Jika kita lihat Raja-raja Arab Saudi dan kaum kerabat mereka juga tidak lari dari melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran Islam. Di Malaysia, Raja-raja walaupun mereka adalah ketua agama di negeri masing-masing, juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.  

Jika rakyat hanya boleh tunduk diam dan menyaksikan saja salah-laku Raja-raja, baik lah masuk ke dalam time machine dan kembali ke zaman feudal.

Sekadar berkongsi nasihat Imam Syafi'i di dalam syairnya. Dipetik daripada buku Wasiat Imam Syafi'i tulisan Abu Qamar Salahuddin yang diterbitkan oleh Darul Nu'man. 

Diakhiri blog entry kali ini dengan soalan, mengapakah Imam Syafi'i berkata demikian rupa yakni jauhi pintu raja?

Jauhi Pintu Raja

Di manapun seorang Raja berada
Janganlah bernaung di pintunya

Apa yang engkau inginkan dari seorang Raja?
Bila sang Raja marah
Dia akan mengejarmu
Dan bila hatinya puas
Dia akan berasa bosan kepadamu

Berlindunglah hanya kepda Allah
Dan jauhi pintu para Raja
Sesungguhya berdiri di pintu seorang Raja
Merupakan suatu kehinaan




Iman tidak boleh diwarisi,

25 comments:

  1. Ko pun bukan maksum.

    Sibuk cari kesalahan orang.

    Kalau Allah buka kesalahan ko, maka takkan ada orang yang boleh tututp.

    مت ستر عن مسلم ستر الله عنه يوم القيامة

    ReplyDelete
    Replies
    1. haku x nampak plak Tuan TT tu kata dia maksum...habaq mai sini kalu hang ada baca mana2....kakakakaka hang mesti geng songkok tinggi yg pi himpunan sultan plat J tu kan!!! tak pun hang tukang jaga kandang kuda istana kakakakaka

      Delete
    2. ini mesti kaki pompuan, clubbing dan peminum arak, sbb tu la terasa.. hehehe

      Delete
    3. ni la contoh terbaik melayu totok.. orang cuba nak terangkan sesuatu bila x suka terus attack peribadi, bukan nak balas dengan fikiran tetapi dengan emosi.. betullah apa yang buya hamka pernah cakap melayu kalau nak maju kene lari dari budayanya yg menjumudkan fikiran

      Delete
  2. aku pun pelik.. tang mana la yg mulia nye raja2 nih.... tang mana le yang daulat nye raja2 nih... kita nih disogok dengan cerita dogeng raja2 melayu

    susah la kalau tak blh tegur....

    ReplyDelete
  3. kembalikan sistem khalifah...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku setuju ngan hang.

      Delete
    2. Sangat setuju!

      Delete
    3. Faham ke system khalifah tu ape? rujuk pada hadis....

      Delete
  4. berlapang dada.
    jangan taksub sangat dengan raja2 ni

    ReplyDelete
  5. Anonymous7 August 2012 03:37

    Ko pun bukan maksum.

    Sibuk cari kesalahan orang.

    Kalau Allah buka kesalahan ko, maka takkan ada orang yang boleh tututp.

    مت ستر عن مسلم ستر الله عنه يوم القيامة



    Encik anonymous

    Ni saya nak tanya awak.....kalau kita tahu pembesar & pemimpin banyak rasuah pun kita diam je sebab jgn buka kesalahan org???? Kita ada bukti shahrizat jalil dgn kes lembu NFC pun kita diam je sebab awak kata jgn buka kesalahan org???? Jadinya rakyat M'sia ni zip mulut je la sebab jgn buka kesalahan org...

    Berita luar negeri banyak je keluar cerita dlm kelambu raja2 arab ni....awak tahu cucu raja arab tukar agama kristian pastu minta asylum britain?? kalau awak duduk je dibawah tempurung memang tak nampak apa2. kalau awak masih ingat di mekah sekitar awal 80an kaabah ditakluk oleh juhaiman & pengikut2nya krn dia tahu kelakuan raja2 arab.

    kalau tak boleh ckp langsung baik awak jadi bisu buta & pekak...

    ReplyDelete
  6. bukan diam... boleh buka you tube ustaz rasul dahari berkenaan WWW1. disitu penjelasannya lengkap... kalau tak silap youtube bertajuk URD - ISU NO PLAT WWW 1 SULTAN JOHOR - NIZAR PERLU BERTAUBAT. Baru kamu semua faham... BUKAN TAK BOLEH TEGUR... senang korang tengoklah video tu. Apa pun. DAULAT TUANKU. KEPADA ALLAH BERSERAH> HIDUP JOHOR....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daulat.. daulat...
      Dh tau sultan kau kaki botol, kaki pompuan... lagi nk KEPADA ALLAH BERSERAH... Berhenti la daulat kepada pemimpin yang terpesong!

      Delete
    2. kuang kuang kuang....cara ko cakap macam tengku mahkota johor je. Dah tutup twitter sekrang ko skodeng blog2 org plak! Biler seluar dah terlondeh mula ler guna ulamak,org2 agama tuk tutup kejahatan korg....hakk ptuihhhhhhh

      Delete
    3. Persetan dgn Daulat Tuanku!
      Orang melayu bukan hamba abdi sampai nak kene sembah raja!

      Delete
  7. Raja di Malaysia sudah tidak relevan, hanya penghabis wang rakyat semata-mata, dan rakyat yang di"brainwash" sejak dari kecil lagi (contohnya menghafal Rukunegara -Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara) membuta-tuli (seperti lembu) menentang apa jua usaha untuk memperbaiki apatah lagi untuk menghapuskannya.

    Terlalu buta dan bodohkah mereka yang menyokong raja zalim ini? Yang menggunakan wang pemberian rakyat untuk kesenangan diri sendiri sedangkan rakyat berpenat lelah membayar cukai? Tidak lain tidak bukan kerana golongan in mendapat tempias kesenangan dunia dari sistem diraja itu sendiri. Telah buta, bodoh dan dungu kerana kesenangan yang dikecapi baik secara langsung atau pun tidak.

    Hanya Raja yang bersifat Kahlifah sahaja patut tinggal kekal bersemayam dengan niat menjaga rakyat, bukan berfoya-foya dengan duit rakyat. Masanya untuk sedar dari lena yang panjang ini.

    ReplyDelete
  8. Dulu Raja tu memang berdaulat sebab Raja Melayu yang dulu bukan setakat Raja malah adalah Sheikh, Khalifah dan Imam tapi tetap lah manusia itu sebab tetap SUltan Mahmud Mangkat Dijulang. Tapi sebab bila kita sudah dijajah oleh British, hasil nukilannya sampai sekarang la jadi macam ini.

    ReplyDelete
  9. bukan semua raja kat malaysia ni yg korup...yg korup tu kita tak perlu sokong atau sanjung.

    ReplyDelete
  10. Kau pun simply kata org taksub dgn raja sultan. Aku RASA ramai yg tau salah laku anak beranak keluarga diraja ni. Tapi compare dgn sikap diorg dulu lagi teruk drpd skg. Lagi byk gundik diorg ada. Lagi kuat diorg berfoya. Tapi ikot style cara zaman dulu la yg dah boleh kira sgt teruk time tu.

    Dgn ada nya kuasa raja/sultan kat malaysia ni, canpu tgn kuasa luar ni terhad. US yg suka sibuk hal negara lain ni last2 diorg yg take over. Cina takkan berkuasa kat negara ni selagi sultan2 ada. Diorg takde hak nak pertikai or nak jatuh kan. MELAYU jugak yg dupergunakan. I know this may sound racist. Baik sultan2 ni yg byj buat dosa ni berkuasa drpd yg mrk yg bukan islam ni memerintah. Lagi hilang terus hak org islam dlm malaysia ni. Singapore sampai tak boleh nak azan pkai speaker kuat utk org dengar nak panggil semayang. Bukan nya bertujuan nak bagi pencemaran bunyi. Dekat asia tenggara ni yg kaya raya mostly cina - indonesia thailand cambodia vietnam. Cina ni tak puas hati bila derang tak dpt buat duit yg derang pandang memang duit dan kekayaan je.

    ReplyDelete
  11. sedih tgok raja sultan sekrang.. hmm.. dunia akhir zaman.. hnya dpt beristigfar dan bdoa smoga mereka kembali ke pangkal jalan...

    ReplyDelete
  12. Untuk kisah menarik tentang seorang Sultan baca blog www.peguamkamalmenulis.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Taksub pd n.ajis boleh pula ya....hmmmmm...sahabat setan tu....

    Fikir-fikirkan...

    Penulis blog ni penyokong PR Juburi ( takpe video chinadoll tu besi, kata haji besi)

    Taksub boleh pilih-pilih ye.... Hurmmmm

    Cuba tulis plak pasal akhlak juburi, pemimpin agong korang, hehehe

    Mesti korang melenting lepas baca komen ni kan....

    Wolf

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUKAN MELENTING..TAPI TERGELAK..SEBAB MASIH ADA ORANG YANG BODOH BENGAP DAN SINGKAT MASIH BUKAK CITA CHINA DOLL, JUBURI, NIK AJIS....

      AKU INGAT KALO OTROMEN ORANG EDIT PAKAI LAMBANG UMNO (WAY)..MESTI KO CKP OTROMEN TU MELAYU..


      BODOH LA..

      Delete
  14. I agree with everything said in ur article.

    Cuma satu sahaja. Sharif Makkah yang berketurunan keluarga al-Hasyimi dan berterusan sehingga sekarang di Jordan, mereka juga tolong British, e.g Lawrence of Arabia dll.

    As Allenby( one of the spearheads of the British) said bila dia jajah Palestine, dia pi kubur Salahuddin al=Ayyubi, dia sepak kubur tu n dia kata 'we are back salahaddin, with the help of the arabs we are back.'

    Saja nak kongsi.

    Kat malaysia ni better kalau kita mansuhkan the stupid, wasteful monarchical system. With our taxes we have to pay for these bastards and their keluarga.

    By saying this pun i maybe sued by those jokers. Depa asal lanun ja the Sultans of Perak, Selangor dll. Their ancestors were pirates!
    patutla perangai depa pun tak ubah sangat. di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

    Down with the monarchs.

    Nasib baik lah the Sultan of Kelantan is ok. In my opinion raja yang baik kat malaysia ni 3 ja, the kelantan one, the perlis raja n the one in negeri sembilan. They seem down to earth. yang lain macam haprak!

    ReplyDelete
  15. We are really grateful for your blog post. You will find a lot of approaches after visiting your post. I was exactly searching for. Thanks for such post and please keep it up. Great work. http://rajajoker88.net

    ReplyDelete