Friday, 31 August 2012

Istana Johor sebenarnya menolak kemerdekaan!

Hari ini 31 Ogos, Malaysia menyambut hari kemerdekaan ke-55. Rata-rata blog dan facebook membicarakan mengenai kemerdekaan. Dalam blog entry siri kemerdekaan kali ini, penulis terpanggil untuk berkongsi sejarah yang tidak tertulis di dalam buku teks sekolah-sekolah bagaimana sebenarnya Istana Johor menolak kemerdekaan Tanah Melayu.

Siri Kemerdekaan 2: Istana Johor Menolak Kemerdekaan

Sebelum kita berbicara lebih lanjut, pembaca-pembaca budiman boleh lah membaca satu artikel bertajuk Istana Bantu Capai Kemerdekaan di muka surat 7, Majalah Holistik bulan Ogos 2007 yang diterbitkan oleh Pejabat Menteri Besar Johor. Artikel tersebut boleh dimuat turun di sini. Artikel tersebut juga boleh dibaca di blog penyokong tegar Kesultanan Johor.

Artikel yang diterbitkan di dalam Majalah Holistik




'UMNO Lama' dilahirkan di Istana Besar
Dalam blog entry Siri Kemerdekaan 1: Merdeka vs. Hidup Melayu ada diceritakan mengenai kisah Sultan Sir Ibrahim membenarkan Istana baginda dijadikan tempat berlangsungnya perhimpunan agung pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946. Di sana jugalah Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan, dan akhirnya UMNO dilahirlah secara rasmi.

Mengapa Sultan Sir Ibrahim terlibat dalam penubuhan UMNO? Ini adalah disebabkan orang-orang Johor menentang Sultan Sir Ibrahim yang menandatangani persetujuan Malayan Union. Dan Sultan yang berjiwa anglophile ini terpaksa akur dengan perjuangan orang-orang Melayu pada ketika itu yang menentang Malayan Union. Semuanya ada diceritakan panjang lebar di dalam Siri 1.

Faktanya ialah Sultan Sir Ibrahim adalah raja Melayu pertama bersetuju untuk menerima Malayan Union. Tidak habis setakat di sana, baginda juga sebenarnya menentang kemerdekaan Tanah Melayu - fakta yang tidak tertulis di dalam buku teks!

1. Selepas Malayan Union gagal, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai di King House (kini Carcosa Seri Negara) pada 21 Januari 1948. Mengikut perjanjian ini, 11 negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka bergabung dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya mencapai kemerdekaan.

Walau bagaimanapun Sultan Sir Ibrahim masih tidak yakin dengan cadangan kemerdekaan Tanah Melayu. Sumber lisan yang tidak direkodkan ada menyebut Sultan Sir Ibrahim pernah berkata "British umpama air, apabila tidak ada kita akan dahaga". Allahuaklam.

Pada bulan September 1953, Sultan Sir Ibrahim menulis surat bertajuk "Straits Settlement Forever" kepada akhbar The Straits Times yang berharap agar sistem penasihat British dapat diteruskan dan negeri Pulau Pinang dan Melaka tidak perlu berada di dalam Persekutuan Tanah Melayu dan patut bersama-sama Singapura menjadi tanah jajahan British sampai bila-bila.

2. Sultan Sir Ibrahim juga telah menyuarakan hasrat baginda untuk menolak kemerdekaan Tanah Melayu semasa sambutan Jubli Intan pemerintahan baginda pada 17 September 1955 (rujuk buku From Malayan Union to Singapore Separation tulisan Mohamed Noordin Sopiee (1974). 

Baginda juga memberi amaran kepada negeri-negeri Melayu untuk menolak cadangan kemerdekaan dengan berkata "You Will Suffer if British Go!" Petikan akhbar The Argus, 19 September 1955 muka surat 6 ada dilampirkan.

Sambutan Jubli Intan Sultan Sir Ibrahim dan kemahkotaan Sultanah Marcela
Ucapan Sultan Sir Ibrahim yang menolak kemerdekaan menyebabkan sambutan Jubli Intan yang diadakan selama 5 hari berturut-turut itu dipulaukan oleh Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri dan jemaah menteri Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk pada 1 Ogos 1955 (rujuk petikan akhbar bertajuk Sultan's Jubilee Ends on Bitter Note di bawah).

Penderhaka kah jemaah menteri ini semua? UMNO dan Parti Perikatan telah lama menderhaka kepada Raja-Raja Melayu! Ini boleh dikatakan menghina Raja Melayu kerana sambutan Jubli Intan semeriah itu dengan sengaja dipulaukan oleh Menteri-menteri Tanah Melayu !

Petikan daripada akhbar The Central Queensland Herald, 22 Septermber 1955

The Straits Times, 4 January 1956
3. Penolakan Sultan Sir Ibrahim terhadap kemerdekaan Tanah Melayu membawa kepada penubuhan Persekutuan Kebangsaan Melayu Johor (PKMJ) pada 22 Oktober 1955 oleh seorang kerabat istana Johor iaitu Ungku Abdullah bin Ungku Omar. PKMJ bukan saja menyokong saranan Sultan Sir Ibrahim untuk terus berada di bawah naungan British tetapi berusaha untuk memisahkan Johor dari Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya menggagalkan kemerdekaan Tanah Melayu. 

PKMJ bukan saja mendapat tentangan daripada Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan, tetapi turut mendapat kecaman daripada orang Johor sendiri. Pada bulan November 1955, penduduk daerah Segamat yang mengelarkan kumpulan mereka 'Pasok Melaya Daerah Segamat' mengugut untuk meninggalkan daerah Segamat dari negeri Johor jika Johor tidak menyertai Persekutuan Tanah Melayu (rujuk buku bertajuk Modern Governments and Political Systems: Governments and Politics in South Asia, karya S. L. Kaushik dan Rama Patnayak (1995).  

Menderhaka kepada Sultan Johor kah rakyat daerah Segamat ini hingga sanggup mencabar untuk memisahkan daerah mereka dari negeri Johor?

Menjelang kemerdekaan, semakin ramai ahli-ahli PKMJ meninggalkan kumpulan itu dan akhirnya pertubuhan ini terkubur. Bermakna cadangan Sultan Sir Ibrahim untuk menolak kemerdekaan dan dibawa oleh Ungku Abdullah melalui PKMJ tidak dapat diterima oleh rakyat Johor sendiri. Menderhaka kah rakyat Johor pada ketika itu? 

Penderhakaan mereka penderhakaan bertempat, tidak seperti Pemuda UMNO Johor (juak-juak yang menganjurkan Himpunan Menjunjung Taat Setia Ketuanan WWW1) yang menganggap jika rakyat bersuara atau mempertikaikan pendapat atau tingkah laku seseorang Sultan adalah dianggap menderhaka!


Kesimpulan
Fakta-fakta di atas jelas menunjukkan sebenarnya Istana Johor menolak kemerdekaan dan bukannya membantu dalam mencapai kemerdekaan Tanah Melayu seperti yang didakwa di dalam majalah Holistik terbitan Pejabat Menteri Besar Johor. 

Sultan Sir Ibrahim sendiri menolak kemerdekaan Tanah Melayu dan merelakan British terus berada di Tanah Melayu - "The British have made Malaya prosperous", kata baginda semasa berucap sempena sambutan Jubli Intan. Begitu juga kerabat Istana Johor iaitu Ungku Abdullah (seorang yang begitu rapat dengan Istana dan penerima Darjah Kerabat dan Pingat Jubli Intan Sultan Ibrahim) yang menjadi pelopor perjuangan anti-kemerdekaan di bawah PKMJ. 

Adalah amat memalukan apabila artikel yang ditulis oleh orang Johor sendiri sebenarnya buta tentang sejarah negerinya. Lebih memalukan kerana artikel tersebut diterbitkan oleh Pejabat Menteri Besar Johor!

Perlu diingat, Sultan Sir Ibrahim tidak pernah bersetuju untuk merdeka dan terus menetap di London hingga akhir hayatnya. Baginda juga adalah merupakan seorang Sultan yang mendapat banyak tentangan daripada pembesar-pembesar Johor sejak daripada cadangan Malayan Union hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Mungkin merajuk agaknya, akhirnya baginda menyerahkan kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail (kemudiannya dikenali sebagai Sultan Ismail) untuk membuat keputusan termasuk menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya kemerdekaan.

Penulis tinggalkan blog entry ini dengan satu keratan akhbar The Canberra Times bertarikh 3 November 1949 yang bertajuk Johore Sultan Not Sovereign Ruler (atau terjemahannya berbunyi Sultan Johor bukan Pemerintah Berdaulat) berdasarkan kepada satu penghakiman Mahkamah Rayuan. "Eh, bukan buku teks sekolah-sekolah kata negeri Johor satu-satunya negeri Melayu yang merdeka dan hanya menerima penasihat British? Macam mana pula bukan pemerintah berdaulat"




Yang suka menulis mengenai Kesultanan Johor,




Thursday, 30 August 2012

Pengkhianat Rakyat

Semakin hampir pilihanraya semakin riuh rendah janji dan manifesto piliharaya dari pihak kerajaan dan juga pembangkang. Tidak kiralah yang mana lebih baik atau buruk tetapi persoalan yang timbul adalah kemana hilangnya penilaian terhadap perlaksanaan manifesto pilihanraya 2008. 

Samaada kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat telah sepenuhnya melaksanakan mandat yang diterima berdasarkan manifesto piliharaya mereka.Atau manifesto sekadar "Ayat & Mainan Kata Kata Manis" bagi memikat undi dan akhirnya manifesto hilang nilai kerana kuasa ditangan mereka dan seribu satu alasan bagi melaksanakannya.

Penulis tersentak dengan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim di The Malaysianinsider yang jelas menunjukkan betapa mudah rakyat diperbodohkan apabila kuasa diberikan kepada mereka. 

Penulis tidak memihak kepada mana-mana parti politik tetapi apa yang cuba diketengahkan adalah sikap pemimpin dengan mudah "Twist & Turn" apabila didesak menunaikan janji mereka dan dengan mudah mereka memperbodohkan rakyat.


Begitu juga dengan kenyataan  meminta rakyat membawa kes ke mahkamah juga tidak masuk akal dan siapa pula akan menangung kos guaman bagi rakyat. Adakah jawapan ini yang seharusnya diberikan kepada rakyat? Manifesto adalah janji mereka dan bukan permintaan rakyat.

Adakah pengadu layak menerima geran Selngorku untuk membiayai kos guaman kerana sebenarnya rakyat dianiaya dalam kes ini? Atau kes seperti ini akan dikatakan kes peribadi dan bukan kes penganiyaan


"IT IS A MANIFESTO NOT A PROMISE "









Ada kebenaran bagaimana rumah banglo dan mewah boleh diberikan air percuma dan rumah-rumah flat dan apartment yang rata-ratanya rakyat berpendapatan rendah boleh diaibkan dengan begitu sahaja.





Jika ikhlas ingin berkebajikan bukan susah untuk memenuhi tuntutan rakyat yang tidak menerima air percuma di Selangor yang bermeterkan meter pungkal. 


Dengan mudah kita boleh mengira berapa rumah atau apartment dibangunan dan berapa isupadu air percuma mereka layak terima mengikut kuantiti rumah di setiap blok dan akhirnya berikan diskaun kepada nilai bil air meter pukal tersebut. Tetapi kenapa pula pegiraan yang begitu mudah diakhirkan dengan cabaran untuk rakyat membawa kes ini ke mahkamah? agak harian apabila ianya jelas memperbodohkan rakyat yang layak menerima bantuan air percuma tersebut.


Fikirkanlah nilai seorang pemimpin demi masa depan Malaysia sebelum memangkah mana-mana parti/pemimpin kerana kenyataan seperti ini amat mengejutkan rakyat apabila mereka lantang mengeluarkan manifesto tetapi mereka mudah lupa janji mereka kepada rakyat yang seharusnya menikmati faedah yang yang dijanjikan.


Wednesday, 29 August 2012

Dinasti Azlan Shah Bahagian II

Blog entry ini adalah kesinambungan kepada entry bertajuk Dinasti Azlan Shah bertarikh 18 Julai 2012. Di dalam entry tersebut diceritakan secara ringkas sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak yang unik dan berbeza dengan negeri-negeri Melayu beraja lain yang mengikut sistem turun-temurun dari raja pemerintah kepada puteranya.

Tunku Abdul Rahman (Tunku Mahkota Johor, 1961-1981)
Sebenarnya ada pro dan contra dengan sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak. Antara kelebihan sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak ialah pewaris takhta perlu menerusi kenaikan tangga demi tangga Raja-raja Bergelar dan ini memberikan lebih banyak pendedahan hal-ehwal pentadbiran sebelum bergelar Sultan. 

Selain daripada itu, Dewan Negara Perak mempunyai kuasa untuk menggugurkan gelaran Raja Bergelar bagi seseorang pewaris takhta yang mempunyai masalah salah-laku. Sebagai contoh kes Raja Izzuddin Shah Ibni Sultan Idris (rujuk blog entry Dinasti Azlan Shah).

Berbeza dengan sistem pewarisan takhta negeri-negeri Melayu beraja yang lain seperti Selangor, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dimana putera sulung akan dilantik menjadi Raja Muda atau Tengku Mahkota yang kemudiannya akan naik takhta menggantikan Sultan. Walau bagaimanapun pernah berlaku di dalam sejarah dimana Sultan Johor, Sultan Ismail Ibni Sultan Sir Ibrahim pernah menggugurkan Tengku Mahkota Johor pada ketika itu, Tunku Mahmood Iskandar (kemudiannya dikenali sebagai Sultan Iskandar) dan digantikan dengan adindanya, Tunku Abdul Rahman sebagai TMJ pada tahun 1961 kerana masalah salah-laku jenayah Tunku Mahmood Iskandar. 

Tunku Abdul Rahman kekal menjadi TMJ selama 20 tahun hingga Sultan Ismail mangkat pada tahun 1981 dimana berlakunya krisis Istana Johor pada ketika itu yang akhirkan TMJ-yang-digugurkan, Tengku Mahmood Iskandar menjadi Sultan Johor. Rujuk Krisis Sultan-Menteri Besar, Apa Sebenarnya Terjadi tulisan Chamil Wariya yang mendedahkan krisis ini yang melibatkan Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Othman Saat. Artikel sebuah blog bertajuk Sultan of Johor and The Death Sentence ada menceritakan kisah ini, terpulang kepada pembaca yang budiman untuk mempercayai ataupun tidak apa yang ditulis dalam blog tersebut.

Blog entry http://goldenhub.hubpages.com/hub/Sultan_of_Johor_Death_Sentence


Raja Noor Jan mendakwa keturunan Raja Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmaddin

Kita tinggalkan sejarah hitam pewarisan takhta yang berlaku di Johor. 

Berbalik kepada sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak, sistem ini juga mendatangkan masalah terutamanya apabila melibatkan perebutan takhta. Dari beratus tahun dahulu takhta Kesultanan Perak tidak sunyi dari berlakunya perang saudara hingga lah ke hari ini ada saja yang mengaku sebagai waris dan menuntut takhta.   

Dalam sejarah negeri Perak, pernah berlaku jenazah Almarhum Sultan Perak ke-18, Sultan Ahmaddin Shah Ibni Sultan Muhmmad Shah tidak dapat dikebumikan selama 3 bulan kerana berlaku perebutan takhta Kesultanan Perak di antara pewaris-pewaris takhta.

Telah menjadi adat Kesultanan zaman-berzaman di mana jenazah seseorang Sultan itu tidak akan dimakamkan sehingga Sultan baru dimashyurkan. 

 "Syahadan, mengikut adat Negeri Perak, tiadalah diturunkan keranda Almarhum itu selagi belum ditetapkan gelar gantinya. Maka jikalau tiada Raja Muda itu hadir dengan apa-apa sebab, haruslah digelar Raja Bendahara menjadi Pemangku Sultan. Dan jikalau tiada Raja Bendahara, diangkatkan seorang daripada Orang Besar Empat yang lebih umurnya menjadi Pemangku" - Naskah Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan daripada Zaman Purbakala

Sultan Azlan Shah dimashyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 sebelum jenazah Almarhum Sultan Idris Shah dimakamkan

Di dalam perang saudara yang berlaku sekitar tahun 1806 itu, perebutan takhta berlaku di antara putera sulung Sultan Ahmaddin iaitu Raja Abdul Malik (kemudiannya menjadi Sultan Perak ke-19 dan bergelar Sultan Abdul Malik Mansur Shah) dan anak kepada sepupunya, Raja Muda Mahmud Ibni Raja Ibrahim Ibni Sultan Mahmud Shah. Rentetan daripada peristiwa inilah akhirnya Undang-undang Tubuh Negeri Perak meletakkan hanya zuriat daripada Sultan Perak ke-18 iaitu Sultan Ahmaddin Shah sahaja yang layak menjadi Sultan Perak, sekaligus menafikan peluang waris-waris daripada ketiga-tiga kekanda Sultan Ahmaddin Shah yang pernah menjadi Sultan-sultan Perak sebelum itu - Sultan Iskandar Dzulkarnain (Sultan ke-15), Sultan Mahmud Shah (Sultan ke-16) dan Sultan Alauddin Mansur Shah (Sultan ke-17) (rujuk salasilah di bawah).  

Dan seterunya dapat dilihat Sultan-sultan Perak adalah daripada keturunan Sultan Abdul Malik Mansur Shah Ibni Sultan Ahmaddin Shah hingga ke hari ini.

Raja Ahmad Nasir menabalkan dirinya sendiri di Beting Beras Basah
Perebutan takhta Kesultanan Perak terus berlaku hingga ke hari ini. Selain daripada Raja Noor Jan yang menuntut takhta Kesultanan Melaka, ramai lagi waris-waris daripada cabang-cabang Sultan Perak yang lain cuba menuntut takhta. 

Sebagai contoh Raja Ahmad Nasir yang merupakan keturunan Raja Kulop Muhammad Kramat Ibni Sultan Muda Raja Ahmad juga cuba menuntut takhta Kesultanan Perak. Fakta yang dikemukakan ialah Raja Kulop Muhammad Kramat adalah merupakan abang kepada Sultan Idris Shah I (Sultan Perak ke-28), tetapi tidak dilantik menjadi Sultan. Dikatakan kerana merajuk maka diharamkan 7 keturunannya untuk menuntut takhta Kesultanan Perak. Dan Raja Ahmad Nasir mendakwa beliau adalah keturunan ke-8 di mana sumpah 7 keturunan tersebut telah tamat dan atas sebab itu beliau menuntut jawatan Raja Bergelar Perak. 

Sultan Azlan (kiri) dan abangnya Raja Dihilir Ekram (kanan)
Memang benar Raja Ahmad Nasir bernasabkan Sultan Muda Ahmad Shah yang berketurunan Sultan Ahmaddin Shah. Cuma agak keterlaluan apabila Raja Ahmad Nasir mendakwa Sultan Azlan Shah adalah sebenarnya anak angkat kepada Sultan Yussuff Izzuddin (rujuk blog entry oleh Raja Ahmad Nasir bertajuk Sultan Azlan bernama Atan Bin Hashim?

Ingat senang-senang ke jin-jin yang 7 kat Beting Beras Basah nak biarkan bukan keturunan yang sepatutnya naik takhta sebagai Sultan? Gambar di sebelah menunjukkan Sultan Azlan bersama abang sulungnya, Raja Ekram - dari rambut beruban yang lebat kedua-dua mereka sudah boleh nampak adik-beradik. Sehingga kini juga apa yang didakwa oleh Raja Ahmad Nasir itu gagal untuk mengemukakan bukti-bukti yang sahih.


Sultan Ismail (Sultan ke-25) atau Raja Ismail Hitam yang dilupakan
Sultan Abdullah (Sultan Perak ke-26)
Satu lagi contoh perebutan takhta berlaku selepas kemangkaan Sultan Perak ke-24, Sultan Ali. Jenazah Sultan Ali tidak dapat dimakamkan lebih daripada 40 hari kerana Raja Muda Raja Abdullah (kemudiannya dikenali sebagai Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelle) tidak mahu hadir atas sebab-sebab  keselamatan. Jadi, pembesar-pembesar negeri Perak melantik Raja Bendahara Raja Ismail sebagai Sultan Perak. Persengketaan antara pewaris takhta menjadi semakin meruncing yang akhirnya membawa kepada Perjanjian Pangkor  pada 20 Januari 1874 dimana Raja Abdullah dilantik menjadi Sultan Perak dengan bersekongkol dengan British. Pada ketika itu Perak mempunyai 2 orang Sultan - Sultan Ismail yang dilantik oleh pembesar-pembesar Perak dan Sultan Abdullah yang dilantik oleh British melalui Perjanjian Pangkor.



Makam Sultan Ismail di Bukit Mahmoodiah
Kerana pengaruh British yang semakin kuat di Perak dan peristiwa pembunuhan James W. W. Birch, Sultan Ismail bersama ahli keluarga dan pembesar yang menyokongnya  termasuk Dato' Maharaja Lela Pandak Lam terpaksa melarikan diri keluar daripada istana kerana dikejar oleh pihak British. Rombongan Sultan Ismail ini melarikan diri ke dalam hutan hingga sampai ke Kedah. Memandangkan ramai yang jatuh sakit semasa dalam pelarian termasuk kaum wanita dan kanak-kanak, akhirnya Sultan Ismail membuat keputusan untuk menyerah diri. Walau bagaimanapun Dato' Maharaja Lela Pandak Lam dan pengikut-pengikutnya meneruskan usaha daripada ditangkap oleh British. Dari Kuala Muda Kedah, Sultan Ismail dihantar oleh Sultan Kedah ke Pulau Pinang dan kemudiannya dibuang ke Sekudai, Johor hingga akhir hayatnya dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu.

"The circumstances of the case against Sultan Ismail and his following were considered sufficient also to justify their continued detention at Johore, Where the Maharajah undertook to provide against their being intrigued with in connection with the future affairs of Perak; while for the maintenance of the various chiefs provision was arranged for out of the revenue of Perak. In connection with these arrangements, a proclarnation was issued by Sir William Jervois, in March"  - Perak and the Malays: Sarong and Kris, John Frederick Adolphus McNair (1878)

Di dalam buku tulisan John Frederick Adolphus McNair tersebut juga ada dinyatakan alat-alat kebesaran Kesultanan Perak yang dibawa oleh Sultan Ismail telah dirampas oleh pihak British termasuk keris, pedang serta alat-alat kebesaran diraja yang dibuat daripada emas dan perak.

"The Perak regalia, which was captured with ex- Sultan Ismail, consisted, besides elephants, nierey of a few golden krises, swords, bells, dragons, and various gold and silver articles of a personal character" - Perak and the Malays: Sarong and Kris, John Frederick Adolphus McNair (1878)

Alat kebesaran Kesultanan Perak yang asal (Rujuk Arnold Wright)
Persoalannya, jika alat-alat kebesaran Kesultanan Perak ada ditangan Sultan Ismail (Marhum Sekudai) dan dibawa bersama semasa dalam pelarian rombongan baginda, bagaimana Sultan Abdullah boleh ditabalkan menjadi Sultan Perak selepas Perjanjian Pangkor? Adakah sah seseorang itu ditabalkan menjadi Sultan Perak tanpa alat-alat kebesaran diraja? Jika seseorang Sultan itu boleh ditabalkan tanpa sebarang alat kebesaran, mengapa perlu bakal-bakal Sultan Perak di zaman moden ini perlu melalui proses tabal adat dan tabal jin (tabal pusaka) sebelum bergelar Sultan Perak? 

Jadi saja lah seperti Sultan Johor yang hanya membuat istiadat pertabalan sebagai Sultan pada tahun 2014, iaitu 4 tahun selepas naik takhta.  Kesultanan Johor Moden terlalu muda, bakal-bakal Sultan Johor tidak perlu melalui suatu proses pertabalan seperti Kesultanan Perak.

Ironinya, waris Sultan Ismail (Marhun Sekudai) terus dilupakan hingga hari ini. Cabang pewarisan takhtanya telah lama terhenti kerana menentang British.

Sama ada suka atau tidak, British sebenarnya lebih berdaulat daripada Raja-raja Melayu! Kerana British berhak menentukan siapa menjadi Sultan.
 
Raja Mansur bersama Sultan Abdullah
Melalui Perjanjian Pangkor, Sultan Abdullah diikhtiraf sebagai Sultan Perak oleh British dan ramai warisnya menjadi pewaris takhta sebagai Raja Bergelar

Walaupun pada mulanya waris-waris Sultan Abdullah diharamkan dari menjadi pewaris takhta Kesultanan Perak, namun pada tahun 1915, putera sulung Sultan Abdullah iaitu Raja Ngah Mansur bersama-sama dengan adiknya, Raja Chulan, Raja Abdul Malik (bapa kepada Raja Dihilir Ahmad Hisham), Raja Ahmad Hamid, Raja Said Tauphy telah memohon kepada British untuk membatalkan pengharaman keturunan Sultan Abdullah sebagai pewaris takhta Kesultanan Perak. 

1. Raja Sir Chulan Ibni Sultan Abdullah (Raja Dihilir 1920-1933)
2. Raja Kamaralzaman Ibni Raja Mansur Ibni Sultan Abdullah (Raja Dihilir 1948-1962)
3. Raja Ahmad Hisham Ibni Raja Abdul Malik Ibni Sultan Abdullah (Raja Dihilir 1978-1997)
4. Raja Lope Nur Rashid Ibni Raja Abdul Rahman Ibni Sultan Abdullah (Raja Kechil Besar)
5. Raja Said Tauphy Ibni Sultan Abdullah (Raja Kechil Tengah)
6. Raja Zainal Azman Shah Ibni Raja Sir Chulan Ibni Sultan Abdullah (Raja Kechil Bongsu)

Keturunan Sultan Ismail yang selama ini mendiamkan diri
Persoalannya, apakah istimewanya Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelle ini sehinggakan 6 orang warisnya (anak dan cucu) dilantik sebagai Raja Bergelar? Cuma tiada antara 6 Raja Bergelar tersebut menjadi Sultan, jika tidak mungkin lebih ramai waris Sultan Abdullah menjadi Raja Bergelar dan seterusnya membetuk satu dinasti.

Manakala waris Sultan Ismail yang dibuang negeri ke Sekudai, Johor langsung dilupakan! Akan munculkah waris Sultan Ismail yang akan menuntut takhta Kesultanan Perak? Perlu diingat, alat kebesaran Sultan Perak ada dalam simpanan Sultan Ismail pada ketika itu, bagaimana Sultan Abdullah yang dilantik British melalui Perjanjian Pangkor boleh ditabalkan sebagai Sultan tanpa alat-alat kebesaran Kesultanan Perak? Bermakna Sultan Ismail yang dilantik oleh pembesar-pembesar Perak ditabalkan menjadi Sultan Perak dengan alat-alat kebesaran diraja, sedangkan Sultan Abdullah ditabalkan oleh British.

TAMMAT

Kita tinggalkan kisah-kisah perang saudara dan perebutan takhta. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah British mempunyai daulat dalam menentukan siapa berhak menjadi Raja-raja Melayu. Bukan sahaja di Perak, tetapi di semua negeri-negeri Melayu beraja yang lain.

Satu lagi kesimpulan yang boleh dibuat ialah keunikan sistem pewarisan takhta di Perak mengundang banyak perang saudara dan perebutan takhta. Dan muncul lah clan tertentu yang membentuk satu dinasti. Sejarah Kesultanan Perak mencatatkan Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya membenarkan zuriat Sultan Perak ke-18, Sultan Ahmaddin Shah untuk menjadi Sultan-sultan Perak. Undang-undang ini digubal bagi menyelesaikan masalah perang saudara pada ketika itu. Ini bermakna Sultan-sultan Perak perlu dari cabang ini yang membentuk Dinasti Ahmaddin Shah. Di zaman ini, boleh kah undang-undang diubah bagi memastikan dinasti tertentu berkuasa dengan alasan untuk menyelesaikan masalah perebutan takhta?

Nantikan Dinasti Azlan Shah Bahagian III. 

Raja Kechil Tengah, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah dan sebahagian cucu-cucu Sultan Azlan Shah bergambar di Hari Raya

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah,

Sunday, 26 August 2012

Pesta Seks Putera Diraja Britain


Keluarga diraja Britain bedepan dengan skandal parti seks diraja yang melibatkan salah seorang putera diraja. Skandal ini dengan berani dibongkarkan media Britain untuk diketahui oleh rakyat dan sekali lagi membuktikan keberanian mereka dalam memperjuangkan kebenaran dan tidak pula mereka menyorok fakta benar. 

Beranikah mana-mana media dan akhbar membuat liputan seperti mana liputan kes putera diraja Britain jika ianya membabitkan mana-mana keluarga diraja di Malaysia?

Di Malaysia, pelbagai usaha untuk menyekat kebenaran akan dilancarkan jika ianya membabitkan pihak istana kerana mahu menjaga martabat dan institusi diraja kononnya. 

Nantikan kisah benar Pesta Seks Diraja (Putera Diraja Malaysia) & beranikah media dan akhbar melaporkan seperti mana laporan skandal seks Putera Harry di Britain?

Walaupun budaya mereka tidak membataskan pesta seks seperti ini tetapi ianya tetap juga di paparkan kepada rakyat untuk menilai pihak istana. Bagaimana pula apabila ianya melibatkan Ketua Agama Islam Negeri/Negara di Malaysia? Fikirkanlah...






Thursday, 23 August 2012

Melayu Dilelong, India Diperguna & Cina Dijulang



Mungkinkah Ini Tercetus Pada13 Mei 2013?
Malaysia kini bedepan dengan krisis perkauman yang ketara dan ianya adalah seperti "Time Bomb" yang bakal meletup pada bila-bila masa. Scenario ini jelas dapat kita rasakan dengan hampirnya piliharaya umum yang ke 13 dan tidak mungkin mustahil Malaysia akan berdepan krisis 13 Mei sekali lagi yang bakal melihatkan sifat perkauman yang ekstrim dalam semua keadaan.

Bangsa Cina Sememangnya Rasis
"Filem Tanda Putra" yang seharusnya dirujuk sebagai filem hiburan dan sejarah telah mula memanaskan semangat perkauman walaupun ianya masih belum ditayangkan.Adakah benar sejarah yang tertulis menceritakan segala perkara sebenar yang berlaku atau "Sejarah ditulis oleh mereka yang menang bagi memihak kepada ideologi mereka".



Ada kebenarn apa yang diungkapkan oleh Tunku Abdul Rahman jika ditujukan kepada bangsa melayu.

Apapun, sejarah 13 Mei tidak mampu diubah kerana ianya adalah realiti dalam isu rasism di Malaysia.

Puak Perjuangan Bangsa


Kewujudan PERKASA untuk kaum Melayu, HINDRAF untuk kaum India & DAP untuk kaum Cina jelas mennyuntik sentimen perkauman yang ekstrim yang mana masing-masing mendahulukan kaum dan bangsa mereka melampaui apa jua misi dan visi parti politik mereka. Di Malaysia, kebanyakan NGO adalah dinaungi oleh kaum-kaum Cina ataupun India dan ini sekalgi lagi memperhebatkan debat isu-siu nasional lebih memihak kepada aspirasi bangsa mereka berbanding PERKASA  yang tidak mempunyai fokus membela bangsa mereka kecuali bersuara apabila perlu mengikut keperluan politik.

Benarkah India Diperguna & Cina Dijulang?

Menariknya adalah perpaduan yang jelas antara orang kaum India & Cina dalam memperjuangkan bangsa mereka.Walaupun orang Cina & India datangnya dari pelbagai agama samaada Hindhu, Kristian, Budha dan sebagainya namum agama tidak pernah menjadi penghalang dalam memastikan perpaduan mereka. Mereka lebih fokus dalam menonjolkan sikap dan semangat juang untuk bangsa mereka. Ini jelas dan harus dipuji dan semangat ini jelas memberikan kelebihan kepada mereka.Perlembagaan Malaysia jelas tidak menyebut Agama Hindhu, Krisian atau Budha sebagai agama rasmi namun tidak pula mereka hiraukan tetapi apa yang terus diperjuangkan mereka adalah pembangunan dan hak untuk bangsa mereka.Adakah ini rasism?




Jelas sekali ianyanya adalah sikap rasism yang mahukan bangsa mereka terjaga dan hak mereka dan kemahuan mereka tercapai.  



Pada masa ini, kerajaan terpaksa akur kepada pelbagai permintaan kaum Cina & India kerana sikap perjuangan untuk bangsa mereka adalah sepakat tanpa ada perpecahan disebabkan agama walaupun perpaduan mereka dari latar belakang pelbagai agama and kepercayaan.

Jarang sekali kita dengar Ketua-Ketua Agama Hindhu, Kristian, Budha mengeluarkan pelbagai kenyataan yang tidak sehaluan walaupun wujudnya jurang perbezaan yang jelas dari segi kepercayaan dan perlaksanaan agama mereka. Jelas sekali agama tidak menjadi isu bagi mereka tetapi mereka terus memperjuangkan bangsa mereka. Semangat ini memperlihatkan kejayaan bagi bangsa mereka dan orang melayu perlu sedar semangat juang kaum Cina & India adalah di tahap maksimum.


Kaum Melayu & Kaum India Bersendirian Kaum Cina Dijulang oleh Melayu & India

Pelbagai lapisan masyarakat melayu dan orang Islam juga menyokong penuh hasrat kaum Cina dan India walaupun dengan tidak sengaja. Sebagai contoh dengan menjadi ahli parti mereka dan menyokong pelbagai program kemasyarakatan mereka yang mungkin lebih fokus kepada isu nasional tetapi isu-isu tersebut lebih memberikan faedah kepada mereka. Jelas sekali, orang Melayu & India kebanyakanya tanpa disedari sedang memperjuangkan bangsa cina melebihi bangsa mereka sendiri. Tetapi harus kita ingat, kaum India tidak seteruk kaum melayu kerana mereka terpelihara perjuangan bangsa mereka dengan kekuatan HINDRAF secara ekstrim & MIC  pada masa ini.


Begitu juga kaum Cina yang terus diperjuangkan oleh DAP secara ekstrim & MCA secara liberal.Agama tidak memisahkan mereka kecuali yang membezakan mereka adalah "Siapa lebih vokal & ekstrim dalam memperjuangkan kemahuan sebenar bangsa mereka dan mampu memberikan yang terbaik bagi bangsa mereka."




Kesimpulan yang boleh kita buat adalah, Melayu & India hari memperjuangkan hak bangsa Cina dan ini dilakukan tanpa sedar kerana hakikatnya dalam apa jua hal di bumi Malaysia, orang Melayu & India bertuankan Orang Cina dan ini realiti.

Disebalik setiap pemimpin Melayu, wujudnya tauke tauke cina yang membiayai mereka dan begitu juga disebalik setiap pemimpin Inida, wujudnya pembiayaan program kaum India untuk sama-sama perjuangkan isu nasional yang lebih memihak untuk kaum cina kerana setiap tuntuan kaum India adalah juga untuk kaum Cina. 


Gambar disebelah adalah menunjukkan tajuk debat antara DAP & MCA yang bertajuk "DAP & MCA, Where Policies Benefit The County Most" dan inilah yang dikatakan propaganda yang menyebabkan rakyat terpedaya kepada mainan poltik kaum paling rasis di Malaysia. Tetapi di sebalik tajuk tersebut wujud realiti debat sebenarnya yang sepatutnya bertajuk " DAP & MCA, WHERE POLICIES BENEFIT THE CHINESE MOST"



Kita juga dengan jelas melihat agama antara kaum cina dan india tidak menjadi penghalang dalam memperjuangkan dan penyatuan bangsa mereka. Begitu juga siapa berkuasa tidak menjadi isu asalkan kesudahanya orang Cina & India berkuasa dan inilah matlamat mereka walaupun scenario politik menunjukkan mereka beperang mulut sesama mereka.Dalam setiap strategi mereka, akhirnya orang Melayu & Islam juga menjadi mangsa dalam setiap perjuangan mereka kerana orang melayu & islam terpaksa berkorban apa saja asalkan "AKU" berkuasa bukan bangsa & agama yang aku perjuangkan. Siapakah "AKU"? Inilah pemimpim politik & islam kita pada hari ini kebanyakan mereka bersifat sedemikian.

Apakah benar & logik ungkapan diatas bagi kita? 

NGO bersandarkan Bangsa Cina

Apabila kita menilai pemimpin Cina & India sebelum menceburi poltitik, mereka adalah golongan ushawan ataupun professional yang telah berjaya dan banyak menyumbang kepada masyarakat dan dari situ masyarakat mengangkat mereka menjadi pemimpin untuk bangsa mereka. Mereka juga sering memilih tokoh-tokoh dari badan NGO yang lantang dan berani bersuara untuk bangsa mereka. 




Bar Council-Kebangkitan Kuasa Bangsa Cina & India


Tetapi bagi orang melayu & islam, lazimnya kebanyakan ahli poltiik kita adalah golongan yang melihat peluang untuk menjadi kaya dan mahukan kuasa bagi diri mereka dan sifat ini membuatkan mereka "dipajak atau dijajah" oleh bangsa cina dari awal yang akan menanggung segala keperluan usaha poltik mereka dengan syarat akhirnya pemimpin melayu itu terpaksa mengikut telunjuk bangsa Cina dan inilah "Alibaba Politik Melayu" sebenarnya.




Benarkah Melayu Dilelong?

Orang Politik Melayu hari ini mudah dijual beli, dan tidak kita lupa wujudnya sindrome "Alibaba" membuktikan betapa mudah Melayu dijual beli samaada dengan wang atau darjat.

Malaysia, 1st CINA, 2nd INDIA..apa jadi denagn melayu? 
Dulu dikenali Persektutuan Tanah Melayu & seteruanya Malaya dan akhirnya Malaysia. Nama tetap berbunyi "MALAY" tetapi hakikatnya yang menikmati rahmat kekayaan bumi melayu adalah golongan cina. Itu nikmat hasil bumi yang menjayakan mereka dan bayangkan nikmat untuk mereka apabila kuasa ekonomi & poltik dalam gengaman mereka. DEB & NEP pun masih tidak dapat membantu melayu menguasai ekonomi dan bayangkan penghapusan NEP atau yang sama erti denganya, apa akan jadi pada melayu?




Melayu mudah lupa bila disogok dengan wang dan darjat."Rasuah" bermula dengan orang melayu mula menggadai diri untuk memberikan pelbagai projek untuk kaum Cina yang mempergunakan syarikat Alibaba. Cina sedar orang melayu hanya memerlukan duit dan darjat.Dengan memberikan mereka duit & darjat lebih dari mencukupi untuk mereka mengawal orang melayu dari segi ekonomi dan politik. Itulah sebabnya sehinga hari ini politik

Negara Melayu Untuk Dilelong. "Boss,saya mau beli ini tanah melayu..Berapa harga cakaplah ! sekarang jugak saya kasi bayar..Berapa lu mau tauke, kita sama sama cari makan ma. jangan takut, nanti saya jaga sama awak lo tauke. Tanah melayu pun saya boleh beli ma, jangan takut saya ada kawan melayu guna nama saja. Dia sign mana saja cakap, kasi wang sikit dia diamlah!! Cakap brapa harga saya kasi uang sama lu lah.awak simpan ini tanah pun rugi jugak saya kasi lebih hargalah, mari ikut saya kita pergi minum nanti "-kebiasaanya lepas minum ("Ok taukeh, saya jual ini tanah lah, saya rasa pun rugi saja simpan.Boss jagalah ini tanah tengok apa boss mau bikin)

 
"Taukeh Bijih Timah" Yap Ah Loy

Malaysia masih tersebut nama-nama tauke Cina apabila setiap skandal terbongkar dan dibelakang tabir setiap projek kerajaan & pembiayaan kewangan parti politik dan apa jua ekonomi di Malaysia ada tauke-tauke Cina yang memainkan peranan mereka. Mereka tiada kuasa dan darjat. Mereka memerlukan kuasa & darjat orang melayu untuk meneruskan agenda mereka dalam menguasai ekonomi secara keseluruhan dan membiarkan Melayu & India itu menjadi hamba kepada kuasa ekonomi mereka..Perkataan "MACHAI" & "KULI" adalah sinonim dalam masyarakat cina apabila merujuk kepada orang melayu tetapi mereka selalu mengaku diri mereka itu kuli ataupun machai sedangkan mereka adalah tuan kepada kebanyakan orang melayu dan india. Melayu juga adalah kaum yang tidak bersatu hati dengan terkenal dengan hasad dengki dan cemburu antara satu sama lain dan ini juga penyakit yang menyebabkan orang melayu berpecah belah.





Adakah salah jika kita membuat kesimpulan bahawa orang Melayu sebenarnya sedang dilelong & orang India diperguna oleh bangsa cina dengan mereka mengukuhkan kuasa ekonomi & politik mereka? Kerana sebelum ini mereka memiliki kuasa ekonomi dan tidak memiliki kuasa eksekutif poltik. Tetapi sejak 2008 mereka mula menguasai kuasa eksekutif politik di Malaysia dan ramai orang-orang melayu & India yang menjadi boneka mereka atau lebih tepat lagi mereka adalah Machai & Kuli yang bertuankan Bangsa Cina.

Dimanakah Agama Islam yang menyatukan kita umat islam kearah satu arah kiblat|?

Sekali lagi, orang melayu gagal disini berbanding dengan bangsa cina dan india yang tidak bergaduh & berpecah sesama mereka disebabkan faktor agama. Malahan mereka mampu meyakinkan orang melayu bahawa agama mereka menerima islam dan tiada isu bagi mereka bahawa Islam agama rasmi Malaysia kerana bukan "martabat" yang mereka kejar tetapi realiti. Kerana apabila realiti berubah maka martabat juga akan berubah secaral natural  dan akan hilang Islam agama rasmi negara apabila realiti berubah.

Tetapi orang melayu kita lebih fokus kepada darjat dan melupakan realiti sebenar yang sedang melanda masyarakat melayu itu sendiri.Ini jelas kita lihat dari sudut ekonomi dimana Malaysia majoritinya orang melayu tetapi realiti ekonomi Malaysia jelas menunjukkan orang melayu adalah hamba ekonomi kepada orang cina yang menguasai setiap hasil bumi Malaysia dan kita hanya Machai & Kuli bangsa Cina.

Apabila cuti raya cina bermula, kita orang melayu mula mengeluh semua kedai tutup dan nak repair kereta pun tak boleh dan buat kerja kerja repair rumah pun tak boleh kedai-kedai hardware tutup dan  realiti paling teruk adalah apabila kebanyakan kontraktor projek-projek kerajaan semuanya cuti panjang sebab hari raya cina.Hakikat ini wujud walaupun wujudnya dasar DEB sebelum ini dan NEP yang terbaru bagi menyokong golongan bumiputera Islam khususnya.Jawapan kepada scenario ini agak mudah kerana kita mudah digadai dan dijual beli oleh bangsa cina yang mengawal ekonomi & sekarang ini rakus untuk mengawal poltik & kuasa di bumi Malaysia. Kenyataan ini bukan rasis kerana telah terbukti bahawa bangsa Cina adalah bangsa yang amat rasis.


Jika kita lihat sektor perniagaan di Malaysia, kilang-kilang, syarikat-syaarikat semuanya dimonopoli oleh orang cina dan semua jawatan penting dalam organisasi mereka pastinya orang-orang cina dan orang melayu atau india akhirnya bekerja sebagai kelendan lori, pemandu lori, Pegawai HR, Receptionist, Kerani antara jawatan yang selalunya diberikan kepada bangsa lain di sektor perniagaan oleh orang-orang cina.tetapi hari ini, kerajaan dikerah membuka pintu seluas-luasnya kepada bangsa cina terutamanya untuk jawatan-jawatan di perkhidmatan awam dan sebagainya. Namun sektor perniagaan orang cina masih menutup pintu rapat kepada bangsa lain kecuali bangsa mereka.

Kenapa pula Islam yang memiliki sejarah yang unggul menyatukan umat islam sejagat tidak mampu menyatukan umat islam di Malaysia? Umat islam berpecah kerana wujudnya perbezaan dalam setiap tafsiran yang dibuat samaada ianya fatwa atau sekadar pandangan ulamak. Islam itu benar, tetapi kenapa pula wujud pelbagai tafsiran bagaikan langit & bumi perbezaanya pada setiap isu berkaitan Islam yang akhirnya ummah berpecah mengikut kumpulan tafsiran yang mereka sokong?


Jika fatwa dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negara, ulamak dan para ustaz sendiri mempersoalkan keputusan para ulamak tersebut. Wujud pula fatwa yang membenarkan apa yang tidak dibenarkan oleh Majlis Fatwa Negara. Kenapa Islam yang satu-satunya agama yang benar terus diperlekehkan oleh orang-orang islam sendiri dengan tafsiran mengikut cita rasa politik mereka? 

Tidak pernah berlaku di Gereja & Kuil. Tetapi berlaku pada orang Islam
Satu kata haram, satu kata halal dan yang menikmati faedah dari fatwa ulamak-ulamak islam ini adalah bangsa yang sedang dijulang di Malaysia iaitu bangsa cina. Segala yang mereka (bangsa cina) lakukan dijadikan halal kerana kononya mereka menyokong perjuangan islam, tetapi lupakah kita sejarah telah membuktikan sifat orang-orang munafik adalah sedemikian dan bodohkah kita orang-orang melayu yang terus menyokong mana-mana parti politik yang memartabatkan bangsa cina sebagai kritikal dalam perjuangan politik merka.

Bayangkan bagaimana anak-anak islam kita yang masih muda melihat para ulamak-ulamak islam bertikam lidah dengan perbezaan yang ekstrim dalam isu yang sama berlandaskan Sunnah & Al Quran dan di satu sudut lagi anak-anak Islam melihat agama-agama yang tidak mempunyai perbalahan tetapai secara serious hanya mengikut kitab-kitab kepercayaan mereka. 


Salah siapa apabila isu murtad menajdi isu yang agak serius terutama memababitkan generasi muda?

Agama lain berdakwah & bersatu, 
Adakah kita umat islam pernah atau sering mendengar perbalahan antara ketua-ketua agama samaada Kristian, Hindhu mahupun Budha berkaitan isu-isu agama mereka? rasanya tidak sekali kita mendengar isu ini terjadi di Malaysia mahupun di mana-mana dunia. Tetapi kenapa pula Islam sebuah agama yang suci sering melihat perbalahan pendapat, fatwa dan hujah yang mewujudkan perbezaaan bagaikan langit dan bumi. Dimana silapnya orang melayu islam di Malaysia yang mnyebabkan hujah-hujah Islam yang seharusnya tidak boleh lari dari Sunnah & Al Quran tetapi ditafsir dengan begitu ekstrim perbezaanya oleh para ulamak.


Inilah padah yang kita terima apabila kemahuan poltik melampaui kemahuan dan kepentingan Islam itu sendiri dan ini  juga kerana kemahuan diri (kuasa & darjat) melampaui kemahuan bangsa & agama mereka.

Melayu Dilelong, India Diperguna & Cina Dijulang

TETAPI Melayu akan hilang segalanya walaupun melayu tetap akan ada di dunia
Kesimpulan jelas kita lihat bahawa bangsa cina sedang dijulang bagaikan satu bangsa yang teramat kritikal bagi menentukan segalanya di Malaysia sedangkan mereka adalah bangsa minoriti yang telah berjaya mengeksploitasikan minda-minda orang-orang Melayu & India untuk bersama mereka dalam memperjuangkan bangsa cina demi kepentingan mereka.

Islam dijadikan agama kucar kacir sedangkan islam itu adalah agama yang suci tetapi hari ini kita lihat umat islam kucar kacir disebabkan tafsiran & hujah -hujah yang berlandaskan Sunnah & Al Quran tetapi cenderung kepada kemahuan & nafsu poltik.

Sedarlah, bahawa poltik perkauman adalah benar di Malaysia. Poltik berpaksikan bangsa juga adalah benar. tetapi poltik yang mempergadaikan islam adalah poltik yang bakal melihat kehancuran umat islam dan sayang sekali umat islam majoriti di Malaysia adalah bangsa Melayu.