Wednesday, 29 August 2012

Dinasti Azlan Shah Bahagian II

Blog entry ini adalah kesinambungan kepada entry bertajuk Dinasti Azlan Shah bertarikh 18 Julai 2012. Di dalam entry tersebut diceritakan secara ringkas sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak yang unik dan berbeza dengan negeri-negeri Melayu beraja lain yang mengikut sistem turun-temurun dari raja pemerintah kepada puteranya.

Tunku Abdul Rahman (Tunku Mahkota Johor, 1961-1981)
Sebenarnya ada pro dan contra dengan sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak. Antara kelebihan sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak ialah pewaris takhta perlu menerusi kenaikan tangga demi tangga Raja-raja Bergelar dan ini memberikan lebih banyak pendedahan hal-ehwal pentadbiran sebelum bergelar Sultan. 

Selain daripada itu, Dewan Negara Perak mempunyai kuasa untuk menggugurkan gelaran Raja Bergelar bagi seseorang pewaris takhta yang mempunyai masalah salah-laku. Sebagai contoh kes Raja Izzuddin Shah Ibni Sultan Idris (rujuk blog entry Dinasti Azlan Shah).

Berbeza dengan sistem pewarisan takhta negeri-negeri Melayu beraja yang lain seperti Selangor, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dimana putera sulung akan dilantik menjadi Raja Muda atau Tengku Mahkota yang kemudiannya akan naik takhta menggantikan Sultan. Walau bagaimanapun pernah berlaku di dalam sejarah dimana Sultan Johor, Sultan Ismail Ibni Sultan Sir Ibrahim pernah menggugurkan Tengku Mahkota Johor pada ketika itu, Tunku Mahmood Iskandar (kemudiannya dikenali sebagai Sultan Iskandar) dan digantikan dengan adindanya, Tunku Abdul Rahman sebagai TMJ pada tahun 1961 kerana masalah salah-laku jenayah Tunku Mahmood Iskandar. 

Tunku Abdul Rahman kekal menjadi TMJ selama 20 tahun hingga Sultan Ismail mangkat pada tahun 1981 dimana berlakunya krisis Istana Johor pada ketika itu yang akhirkan TMJ-yang-digugurkan, Tengku Mahmood Iskandar menjadi Sultan Johor. Rujuk Krisis Sultan-Menteri Besar, Apa Sebenarnya Terjadi tulisan Chamil Wariya yang mendedahkan krisis ini yang melibatkan Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Othman Saat. Artikel sebuah blog bertajuk Sultan of Johor and The Death Sentence ada menceritakan kisah ini, terpulang kepada pembaca yang budiman untuk mempercayai ataupun tidak apa yang ditulis dalam blog tersebut.

Blog entry http://goldenhub.hubpages.com/hub/Sultan_of_Johor_Death_Sentence


Raja Noor Jan mendakwa keturunan Raja Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmaddin

Kita tinggalkan sejarah hitam pewarisan takhta yang berlaku di Johor. 

Berbalik kepada sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak, sistem ini juga mendatangkan masalah terutamanya apabila melibatkan perebutan takhta. Dari beratus tahun dahulu takhta Kesultanan Perak tidak sunyi dari berlakunya perang saudara hingga lah ke hari ini ada saja yang mengaku sebagai waris dan menuntut takhta.   

Dalam sejarah negeri Perak, pernah berlaku jenazah Almarhum Sultan Perak ke-18, Sultan Ahmaddin Shah Ibni Sultan Muhmmad Shah tidak dapat dikebumikan selama 3 bulan kerana berlaku perebutan takhta Kesultanan Perak di antara pewaris-pewaris takhta.

Telah menjadi adat Kesultanan zaman-berzaman di mana jenazah seseorang Sultan itu tidak akan dimakamkan sehingga Sultan baru dimashyurkan. 

 "Syahadan, mengikut adat Negeri Perak, tiadalah diturunkan keranda Almarhum itu selagi belum ditetapkan gelar gantinya. Maka jikalau tiada Raja Muda itu hadir dengan apa-apa sebab, haruslah digelar Raja Bendahara menjadi Pemangku Sultan. Dan jikalau tiada Raja Bendahara, diangkatkan seorang daripada Orang Besar Empat yang lebih umurnya menjadi Pemangku" - Naskah Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan daripada Zaman Purbakala

Sultan Azlan Shah dimashyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 sebelum jenazah Almarhum Sultan Idris Shah dimakamkan

Di dalam perang saudara yang berlaku sekitar tahun 1806 itu, perebutan takhta berlaku di antara putera sulung Sultan Ahmaddin iaitu Raja Abdul Malik (kemudiannya menjadi Sultan Perak ke-19 dan bergelar Sultan Abdul Malik Mansur Shah) dan anak kepada sepupunya, Raja Muda Mahmud Ibni Raja Ibrahim Ibni Sultan Mahmud Shah. Rentetan daripada peristiwa inilah akhirnya Undang-undang Tubuh Negeri Perak meletakkan hanya zuriat daripada Sultan Perak ke-18 iaitu Sultan Ahmaddin Shah sahaja yang layak menjadi Sultan Perak, sekaligus menafikan peluang waris-waris daripada ketiga-tiga kekanda Sultan Ahmaddin Shah yang pernah menjadi Sultan-sultan Perak sebelum itu - Sultan Iskandar Dzulkarnain (Sultan ke-15), Sultan Mahmud Shah (Sultan ke-16) dan Sultan Alauddin Mansur Shah (Sultan ke-17) (rujuk salasilah di bawah).  

Dan seterunya dapat dilihat Sultan-sultan Perak adalah daripada keturunan Sultan Abdul Malik Mansur Shah Ibni Sultan Ahmaddin Shah hingga ke hari ini.

Raja Ahmad Nasir menabalkan dirinya sendiri di Beting Beras Basah
Perebutan takhta Kesultanan Perak terus berlaku hingga ke hari ini. Selain daripada Raja Noor Jan yang menuntut takhta Kesultanan Melaka, ramai lagi waris-waris daripada cabang-cabang Sultan Perak yang lain cuba menuntut takhta. 

Sebagai contoh Raja Ahmad Nasir yang merupakan keturunan Raja Kulop Muhammad Kramat Ibni Sultan Muda Raja Ahmad juga cuba menuntut takhta Kesultanan Perak. Fakta yang dikemukakan ialah Raja Kulop Muhammad Kramat adalah merupakan abang kepada Sultan Idris Shah I (Sultan Perak ke-28), tetapi tidak dilantik menjadi Sultan. Dikatakan kerana merajuk maka diharamkan 7 keturunannya untuk menuntut takhta Kesultanan Perak. Dan Raja Ahmad Nasir mendakwa beliau adalah keturunan ke-8 di mana sumpah 7 keturunan tersebut telah tamat dan atas sebab itu beliau menuntut jawatan Raja Bergelar Perak. 

Sultan Azlan (kiri) dan abangnya Raja Dihilir Ekram (kanan)
Memang benar Raja Ahmad Nasir bernasabkan Sultan Muda Ahmad Shah yang berketurunan Sultan Ahmaddin Shah. Cuma agak keterlaluan apabila Raja Ahmad Nasir mendakwa Sultan Azlan Shah adalah sebenarnya anak angkat kepada Sultan Yussuff Izzuddin (rujuk blog entry oleh Raja Ahmad Nasir bertajuk Sultan Azlan bernama Atan Bin Hashim?

Ingat senang-senang ke jin-jin yang 7 kat Beting Beras Basah nak biarkan bukan keturunan yang sepatutnya naik takhta sebagai Sultan? Gambar di sebelah menunjukkan Sultan Azlan bersama abang sulungnya, Raja Ekram - dari rambut beruban yang lebat kedua-dua mereka sudah boleh nampak adik-beradik. Sehingga kini juga apa yang didakwa oleh Raja Ahmad Nasir itu gagal untuk mengemukakan bukti-bukti yang sahih.


Sultan Ismail (Sultan ke-25) atau Raja Ismail Hitam yang dilupakan
Sultan Abdullah (Sultan Perak ke-26)
Satu lagi contoh perebutan takhta berlaku selepas kemangkaan Sultan Perak ke-24, Sultan Ali. Jenazah Sultan Ali tidak dapat dimakamkan lebih daripada 40 hari kerana Raja Muda Raja Abdullah (kemudiannya dikenali sebagai Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelle) tidak mahu hadir atas sebab-sebab  keselamatan. Jadi, pembesar-pembesar negeri Perak melantik Raja Bendahara Raja Ismail sebagai Sultan Perak. Persengketaan antara pewaris takhta menjadi semakin meruncing yang akhirnya membawa kepada Perjanjian Pangkor  pada 20 Januari 1874 dimana Raja Abdullah dilantik menjadi Sultan Perak dengan bersekongkol dengan British. Pada ketika itu Perak mempunyai 2 orang Sultan - Sultan Ismail yang dilantik oleh pembesar-pembesar Perak dan Sultan Abdullah yang dilantik oleh British melalui Perjanjian Pangkor.



Makam Sultan Ismail di Bukit Mahmoodiah
Kerana pengaruh British yang semakin kuat di Perak dan peristiwa pembunuhan James W. W. Birch, Sultan Ismail bersama ahli keluarga dan pembesar yang menyokongnya  termasuk Dato' Maharaja Lela Pandak Lam terpaksa melarikan diri keluar daripada istana kerana dikejar oleh pihak British. Rombongan Sultan Ismail ini melarikan diri ke dalam hutan hingga sampai ke Kedah. Memandangkan ramai yang jatuh sakit semasa dalam pelarian termasuk kaum wanita dan kanak-kanak, akhirnya Sultan Ismail membuat keputusan untuk menyerah diri. Walau bagaimanapun Dato' Maharaja Lela Pandak Lam dan pengikut-pengikutnya meneruskan usaha daripada ditangkap oleh British. Dari Kuala Muda Kedah, Sultan Ismail dihantar oleh Sultan Kedah ke Pulau Pinang dan kemudiannya dibuang ke Sekudai, Johor hingga akhir hayatnya dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu.

"The circumstances of the case against Sultan Ismail and his following were considered sufficient also to justify their continued detention at Johore, Where the Maharajah undertook to provide against their being intrigued with in connection with the future affairs of Perak; while for the maintenance of the various chiefs provision was arranged for out of the revenue of Perak. In connection with these arrangements, a proclarnation was issued by Sir William Jervois, in March"  - Perak and the Malays: Sarong and Kris, John Frederick Adolphus McNair (1878)

Di dalam buku tulisan John Frederick Adolphus McNair tersebut juga ada dinyatakan alat-alat kebesaran Kesultanan Perak yang dibawa oleh Sultan Ismail telah dirampas oleh pihak British termasuk keris, pedang serta alat-alat kebesaran diraja yang dibuat daripada emas dan perak.

"The Perak regalia, which was captured with ex- Sultan Ismail, consisted, besides elephants, nierey of a few golden krises, swords, bells, dragons, and various gold and silver articles of a personal character" - Perak and the Malays: Sarong and Kris, John Frederick Adolphus McNair (1878)

Alat kebesaran Kesultanan Perak yang asal (Rujuk Arnold Wright)
Persoalannya, jika alat-alat kebesaran Kesultanan Perak ada ditangan Sultan Ismail (Marhum Sekudai) dan dibawa bersama semasa dalam pelarian rombongan baginda, bagaimana Sultan Abdullah boleh ditabalkan menjadi Sultan Perak selepas Perjanjian Pangkor? Adakah sah seseorang itu ditabalkan menjadi Sultan Perak tanpa alat-alat kebesaran diraja? Jika seseorang Sultan itu boleh ditabalkan tanpa sebarang alat kebesaran, mengapa perlu bakal-bakal Sultan Perak di zaman moden ini perlu melalui proses tabal adat dan tabal jin (tabal pusaka) sebelum bergelar Sultan Perak? 

Jadi saja lah seperti Sultan Johor yang hanya membuat istiadat pertabalan sebagai Sultan pada tahun 2014, iaitu 4 tahun selepas naik takhta.  Kesultanan Johor Moden terlalu muda, bakal-bakal Sultan Johor tidak perlu melalui suatu proses pertabalan seperti Kesultanan Perak.

Ironinya, waris Sultan Ismail (Marhun Sekudai) terus dilupakan hingga hari ini. Cabang pewarisan takhtanya telah lama terhenti kerana menentang British.

Sama ada suka atau tidak, British sebenarnya lebih berdaulat daripada Raja-raja Melayu! Kerana British berhak menentukan siapa menjadi Sultan.
 
Raja Mansur bersama Sultan Abdullah
Melalui Perjanjian Pangkor, Sultan Abdullah diikhtiraf sebagai Sultan Perak oleh British dan ramai warisnya menjadi pewaris takhta sebagai Raja Bergelar

Walaupun pada mulanya waris-waris Sultan Abdullah diharamkan dari menjadi pewaris takhta Kesultanan Perak, namun pada tahun 1915, putera sulung Sultan Abdullah iaitu Raja Ngah Mansur bersama-sama dengan adiknya, Raja Chulan, Raja Abdul Malik (bapa kepada Raja Dihilir Ahmad Hisham), Raja Ahmad Hamid, Raja Said Tauphy telah memohon kepada British untuk membatalkan pengharaman keturunan Sultan Abdullah sebagai pewaris takhta Kesultanan Perak. 

1. Raja Sir Chulan Ibni Sultan Abdullah (Raja Dihilir 1920-1933)
2. Raja Kamaralzaman Ibni Raja Mansur Ibni Sultan Abdullah (Raja Dihilir 1948-1962)
3. Raja Ahmad Hisham Ibni Raja Abdul Malik Ibni Sultan Abdullah (Raja Dihilir 1978-1997)
4. Raja Lope Nur Rashid Ibni Raja Abdul Rahman Ibni Sultan Abdullah (Raja Kechil Besar)
5. Raja Said Tauphy Ibni Sultan Abdullah (Raja Kechil Tengah)
6. Raja Zainal Azman Shah Ibni Raja Sir Chulan Ibni Sultan Abdullah (Raja Kechil Bongsu)

Keturunan Sultan Ismail yang selama ini mendiamkan diri
Persoalannya, apakah istimewanya Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelle ini sehinggakan 6 orang warisnya (anak dan cucu) dilantik sebagai Raja Bergelar? Cuma tiada antara 6 Raja Bergelar tersebut menjadi Sultan, jika tidak mungkin lebih ramai waris Sultan Abdullah menjadi Raja Bergelar dan seterusnya membetuk satu dinasti.

Manakala waris Sultan Ismail yang dibuang negeri ke Sekudai, Johor langsung dilupakan! Akan munculkah waris Sultan Ismail yang akan menuntut takhta Kesultanan Perak? Perlu diingat, alat kebesaran Sultan Perak ada dalam simpanan Sultan Ismail pada ketika itu, bagaimana Sultan Abdullah yang dilantik British melalui Perjanjian Pangkor boleh ditabalkan sebagai Sultan tanpa alat-alat kebesaran Kesultanan Perak? Bermakna Sultan Ismail yang dilantik oleh pembesar-pembesar Perak ditabalkan menjadi Sultan Perak dengan alat-alat kebesaran diraja, sedangkan Sultan Abdullah ditabalkan oleh British.

TAMMAT

Kita tinggalkan kisah-kisah perang saudara dan perebutan takhta. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah British mempunyai daulat dalam menentukan siapa berhak menjadi Raja-raja Melayu. Bukan sahaja di Perak, tetapi di semua negeri-negeri Melayu beraja yang lain.

Satu lagi kesimpulan yang boleh dibuat ialah keunikan sistem pewarisan takhta di Perak mengundang banyak perang saudara dan perebutan takhta. Dan muncul lah clan tertentu yang membentuk satu dinasti. Sejarah Kesultanan Perak mencatatkan Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya membenarkan zuriat Sultan Perak ke-18, Sultan Ahmaddin Shah untuk menjadi Sultan-sultan Perak. Undang-undang ini digubal bagi menyelesaikan masalah perang saudara pada ketika itu. Ini bermakna Sultan-sultan Perak perlu dari cabang ini yang membentuk Dinasti Ahmaddin Shah. Di zaman ini, boleh kah undang-undang diubah bagi memastikan dinasti tertentu berkuasa dengan alasan untuk menyelesaikan masalah perebutan takhta?

Nantikan Dinasti Azlan Shah Bahagian III. 

Raja Kechil Tengah, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah dan sebahagian cucu-cucu Sultan Azlan Shah bergambar di Hari Raya

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah,

17 comments:

  1. pergh terlampau kompleks,baik sistem putera mahkota lagi bagus..dah tahu siapa yg bakal menduduki tahta.

    ReplyDelete
  2. sultan johor dulu memang dari muda bengis
    itu sebab almarhum ayahnya sultan ismail lucut jawatan tunku mahmud dan digantikan dgn adiknya tunku abd rahman
    alih-alih tunku mahmud iskandar jadi sultan

    ReplyDelete
  3. Wahai Pemilik Blog! Adakah sah solat jika bersolat tetapi tidak memakai songkok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAH SAH SAJA ANJENG! KAU KIRA RASULLULAH SAW SOLAT CIAM PAKE SONGKOK? SAPE KO KIRA HEH?

      Delete
  4. bangang apo komen tanyo tontang solat.

    apa kono pulak ni eh?

    nak jadi sultan, konolah tabal, ado alat2 pertabalan dio. bukan kiro cam bab pakai songkok. den tahu kalu pakai songkok susah nak sah solat, sobab hidung kito payah nak cocah lantai, kan rukun tu warih?....



    ReplyDelete
  5. Perlukah lagi Sultan pada masa ni? Xnampak relevannya..
    Mohon pencerahan dr empunya blog,
    1) Bleh ke senaraikan tugas2 sultan SEKARANG iaitu apa fungsi sebenar SULTAN pada masa ini stlh ada mb, mufti, jaipk..
    2) Kalau tidak keberatan senaraikan jugakla elaun2 sultan, permaisuri, kerabat2 dan seangkatannya.
    3) Dan alang2 menjawab sudilah kira nya memberi pendapat tuan empunya blog sendiri tentang keperluan rakyat untuk menyembah dan mendaulatkan seorg sultan..

    Sgl kekhilafan ketika bertanya soalan sy dahulukan dgn ampun dan maaf.
    Tq (Maaf kerana menggunakan ANONYMOUS..)

    ReplyDelete
  6. Anonymous,Apa punya jangkal dan dungu punya soalan da...x baca sejarah agaknya kamu ni..sekolah tamil estates kamu ni..he..he..buang masa aku layan manusia manusia yg x berpelajaran ni..balik tanya mak bapak kamu perlu atau x sultan melayu..aku nak tanya soalan akhir..KAMU NI BANGSA APA?

    ReplyDelete
  7. Pada aku la, sistem pemerintahan raja atau sultan ni xubah mcm sistem pemerintahan firaun..cuma bezaya, firaun anggap diri dia sbg tuhan manakala sultan/raja ni xla smpai tahap tu..kalau kita tgk sejarah pemerintahan islam yg Nabi Muhammad S.A.W mulakan dulu, sgt berbeza dgn sistem sultan/raja yg diwarisi turun temurun ni..Nabi sendiri xpernah lantik atau suruh ank baginda jd pemerintah utk smbung pemerintahan baginda bila baginda wafat..sebaliknya sistem syura pula diperkenalkan oleh para sahabat utk menggantikan kepumoinan baginda...hmmm so pikir2kan la k..

    ReplyDelete
  8. Kembalikan hak waris kesultanan ke16......waris nya masih ada.....undang2 tubuh Perak yang mengharamkan zuriat selain Dari yang ke18 adalah salah disisi syarak dan perlu digubal.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA AKAN CARI WARIS SULTAN KE 15, 16, DAN 17 UNTUK SEGERA DIMUSNAHKAN DARI MUKA BUMI! MENGGANGGU NEGERI PERAK SAJA!

      Delete
  9. tak raja lagi bagus jimat duit rakyat harap malaysia akn jdi republik satu hari nanti.fungsi utama raja wat habis duit rakyat je..

    ReplyDelete
  10. jadik repubik kpla kakak kau...ckp jgn sebarang cakap...

    ReplyDelete
  11. Pulang kepada sistem khalifah! Mansuhkan institusi raja-raja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KHALIFAH KELIAN KAN BERAKHIR DENGAN KHALIFAH KALIAN MATI DIPENGGAL, KEPALANYA DICUCUKAN DI UJUNG TOMBAK, DAN BADANNYA DIMAKAN ANJING DAN GAGAK!

      Delete
  12. Bangsa asing tepuk tangan kalo xde raja2 melayu...udah ler melayu miskin, kesinambungan dan simbol ketuanan pun hilang begitu saja.....di ganti pula oleh ahli2 politik yg lebih raja dari raja dan hanya pentingkan keuntungan sekejap...skg pun dah nampak hinggakan Ada yg x hormat dah institusi raja2...Bangsa asing pula yg kaya raya mampu ada escort dan bodyguard....dah mcm raja melayu....Ramai dah Palau Polis bantuan...

    ReplyDelete
  13. https://ssaakidzhq.business.site/

    ReplyDelete