Sunday, 5 August 2012

Rosmah Mansor Caught In Extreme Action

Rosmah Oh Rosmah, Kenapalah Kau Menjadi Idaman & Perbualan Seluruh Rakyat Malaysia? 
Rosmah Oh Rosmah, Dimana Kesilapan & Dosa Mu?
Rosmah Oh Rosmah, Adakah Kau Bersedih & Rasa Dianiaya?
Rosmah Oh Rosmah, Sesungguhnya Kaulah Permata Negara Kerana Hanya Dirimu Di Penuhi Permata. 
Rosmah Oh Rosmah, Engkaulah Intan Negara Kerana Dirimu Berkilauan Sentiasa
Rosmah Oh Rosmah,Rakyat Malu Berdepan Denganmu Kerana Kau Melampaui Segalanya
Rosmah Oh Rosmah, Rakyat Takut Padamu Kerana Segala Cerita Mengenaimu
Rosmah Oh Rosmah, Kerana Sayang Padamu Maka Pergilah Jauh Dari Mata Kami
Rosmah Oh Rosmah, Semakin Kau Mendekati Rakyat, Semakin Jauh Kami Lari Darimu
Rosmah Oh Rosmah, Cukup Sudah Selama Ini Bersandiwara & Berdepanlah Dengan Realiti 
Rosmah Oh Rosmah, Kau Hanya Isteri Bukan Perdana Menteri, Menteri Mahupun First Lady
Rosmah Oh Rosmah, Jauh Sekali Engkau Disanubari Hati Kami Rakyat Malaysia
Rosmah Oh Rosmah, Jangan Terus Terbuai Mimpi Nanti Terbakar Diri
Rosmah Oh Rosmah, Fikir Fikirkanlah!!

Pernahkah kita terbaca atau terlihat usaha-usaha media masa dan media cyber yang terlalu ekstrem dalam memperlihatkan diri isteri perdana menteri seorang yang baik bukan sebaliknya? Pernahkah kita terbaca artikel yang kurang mnyenangkan berkenaan isteri-isteri perdana menteri sebelum ini? Kenapa perlu ada usaha membersihkan imej yang terlalu ekstrem untuk Rosmah Mansor sehingga rakyat dengan jelas dapat merasakan segalanya hanya sekadar sandiwara untuk memenangi hati rakyat.

Rosmah Oh Rosmah, Rosmah Sedang Mengaji



Majlis Mengaji Quran Terhebat Di Malaysia & Perlukah di perlihatkan kepada awam akan cerita-cerita seperti ini? Cerita yang baik tidak perlu di hebohkan dan percayalah tukang masak, pembantu rumah,kakitangan Sri Perdana sendiri boleh menghebohkan perkara yang baik kepada seluruh Malaysia daripada blogger upahan untuk "Imej Rebuilding Program". Sekali ianya dijadikan umpana Majlis Rasmi Negara dan kecoh seluruh Blogger berbayar untuk memaparkan cerita seperti ini.








 Rosmah Oh Rosmah, Rosmah Tengah Khatam Quran


Perlukah majlis khatam Al-Quran dipertontonkan seperti pawagam dan yang hadir adalah kakitangan-kakitangan jabatan kerajaan semata-mata untuk majlis ini.Ramai yang khatam Al-Quran lebih banyak tidak sekecoh cerita-cerita blogger upahan untuk "Imej Rebuilding Program". Lihatlah pentas hanya untuk majlis khatam Al-Quran mengalahkan Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan





                           Rosmah Oh Rosmah, Rosmah Sedang Mempromosi Islamic Fashion



Jika ada keikhlasan dalam dua gambar diatas, maka seharusnya Penaung Islamic Fashion sedar bahawa baju nampak bahu dan ketiak ini bukannya Islamic Fashion. Memalukan Islam dengan penggunaan Islamic Fashion dan riuh sedunia dibuatnya dan akhirnya terludah muka sendiri.Inilah dikatakan main terkam bila boleh dapat publisiti untuk diri sendiri dan akhirnya "No Quality"





Rosmah Oh Rosmah, Rosmah Sedang Bercengkerama Dibawah Bulan Purnama




Yang ini lagilah bukan Islamic dan jika sedar Al Quran adalah ajaran dan pegangan maka insiden ini juga mungkin tidak akan berlaku dan kecuh dibuatnya Malaysia. Bila nafsu melampaui batasan hilang pendirian dibuatnya & lupa dirinya isteri orang bukan harta milik awam. Kesian lelaki Bollywood sampai terbongkok-bongkok semua dibuatnya.Adakah artis-artis mengenali Rosmah Mansor atau Rosmah Mansor lebih mngenali mereka.




Usaha Memperbaiki Imej Rosmah Mansor


Artikel Papagomo
PAPAGOMO pernah menulis dan bertanya "Hina sangatkah Rosmah Mansor?" Rosmah Mansor tidak hina sebenarnya.Dia tidak harus di fitnah atau di tuduh tetapi terlalu banyak fakta yang membenarkan apa yang diperkatakan oleh pelbagai pihak berhubung beliau.

Soalan Rakyat Malaysia kepada Papagomo, Tetapi hina sangatkah rakyat Malaysia sehingga kami diperbodohkan dengan pelbagai perbelanjaan yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana isteri perdana menteri sebelum ini tetapi dia berani melakukanya di siang hari. 

"PERMATA Negara" adalah contoh terbaik bagaimana sebagai isteri perdana menteri tetapi menjaga portolio bearatus juta peruntukkan kerajaan. Permata Ngara adalah sebuah Unit yang ditubuhkan khas untuk Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri dan ditadbir urus oleh seorang Setiausaha Bahagian (SUB) di Jabatan Perdana Mentari. Siapakah Boss kepada SUB ini. Siapa Penaung Program Permata Negara? Tidak lain tidak bukan Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri. Adakah peranan Penaung hanya sebagai Penaung atau selaku "Ketua Pengarah" atau "Menteri Portfolio Permata Negara"
 
Pernah kita lihat dimana-mana bahagian, agensi atau unit dibawah Jabatan Perdana Menteri  diwujudkan jawatan Penaung bagi bahagian, agensi atau unit tersebut? Ada sesuatu yang jelas tidak kena dengan Permata Negara dan kenapa ianya perlu diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri sedangkan Visi & Misi Permata Negara seharusnya dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.



Adakah tidak layak Menteri Pelajaran Malaysia juga Timbalan Perdana Menteri menerajui Program Permata Anak Negara? Sedangkan,program seperti ini adalah program nasional yang diselaraskan dengan pendidikan awal sekolah peringkat umur 2 Tahun keatas dimana-mana negara membangun dan bukanya sesuatu yang direka cipto oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
Nantikan kupasan dan pendedahan lebih lanjut tidak lama lagi.



  Rosmah Oh Rosmah, 
Jangan Panik Ye Tunggu Kesudahan Cerita Permata Negara
 






 



No comments:

Post a Comment