Thursday, 2 August 2012

JPJ Ada "Time Machine To Future"



 We Go To Future With JPJ Malaysia!!
JPJ has "Time Machine"..Yahooo!!

Dato' Ketua Pengarah JPJ Malaysia,
Is it true Malaysian can travel to future to bid for future registration numbers for our vehicles? Can you please explain how this happen and  how this is allowed to happen. 
Thank you.
malaysiacrisis.blogspot.com
 
Meneruskan siri pendedahan dan penggunaan "Time Machine To Future" oleh  JPJ Malaysia

Setakat Jam 17:35 bersamaan 1hb Ogos 2012 (Rabu), berdasarkan rekod rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Negeri Johor Darul Takzim menunjukkan no siri bidaan terkini adalah bagi no cabutan bermula dengan  JNT 6536

 
Kecoh seluruh Malaysia kerana bidaan WWW1 tetapi kita lupa krisis kewujudan nombor pendaftaran yang belum sampai masa untuk dibida. Dengan izin "What The Hell Is Going On Inside Malaysia?   
 
JPJ Malaysia has Time Machine?
Wujudkah "Time Machine To Future" di JPJ Johor? Adakah benar JPJ Johor boleh membawa kita rakyat Malaysia ke masa hadapan dan terus membida nombor-nombor kenderaan yang belum tersenarai untuk bidaan?

Yang jelas terbukti dalam pelbagai nombor kenderaan seperti JUA 1, JUB 1, JUC 1 & JUJ 1 (masih banyak lagi dan cukup untuk rujukan pada masa ini) dengan sahih membuktikan wujudnya "Time Machine To The Future" di Pejabat JPJ.
Siapakah yang layak menggunakan Time Machine? Adakah hanya JPJ Johor  atau wujud Time Machine ini disemua JPJ seluruh Malaysia?
Agak memalukan apabila akhbar dan parti politik bercakap berkenaan nombor bidaan WWW1 baru-baru ini sedangkan ianya hanya bidaan nombor siri pendaftaran terkini tetapi kita lupa mengambil tahu beberapa perkara kritikal dalam isu ini.

 JUC 1
Bagaimana wujud nombor pendaftraan kenderaan yang belum ditawarkan untuk dibida tetapi telah diguna pakai. Selain itu no pendaftaran itu juga jauh kedepan dari no siri pada masa terkini dan bagaimana ianya berlaku?  Dimanakah ketelusan JPJ dalam mentadbir urus no siri pendaftaran kenderaan? Jika ini boleh berlaku kenapa perlu ada rakyat Malaysia yang perlu membida nombor WWW1 bukankah mudah nombor WWW1 ini diperolehi lebih awal seperti nombor-nombor lain. Apa yang cuba diperlihatkan kepada rakyat oleh JPJ Malaysia?

Rakyat Malaysia Terlihat JUB 1

Jika wujud kemampuan memperolehi bidaan no pendaftraan yang belum ditawarkan untuk dibida oleh JPJ kenapa perlu kecoh membida no siri terkini? Adakah benar bayaran dibuat? Adakah benar bayaran masuk ke poket kerajaan atau bayaran berpusing di alam tangan-tangan ghaib. Agak menghairankan bagaimana JPJ membolehkan pengunaan nombor yang tidak lagi ditawarkan untuk dibida oleh pihak-pihak terentu. Apakah jawapan dan alasan Ketua Penagrah JPJ dalam perkara ini.
 
JUX 1

Jika bidaan nombor pendaftaran kenderaan Menteri Kesihatan berharga RM 24, 2000 boleh ditawarkan percuma setelah dibida dengan tawaran tersebut maka kenapa perlu ada bidaan dari menteri tersebut? Lebih baik bagi free terus dari awal tidak perlu mengelirukan dengan kenyataan berputar belit. Begitu juga jika Menteri Kesihatan diberikan percuma  maka adakah logik Sultan perlu membayar bidaan mereka? Tidak masuk akal apa yang diperkatakan sedangkan  pelbagai pihak mendakwa hasil bidaan akhirnya pergi kepada rakyat tetapi betulkah hasil bidaan dibayar?

Disinilah YB Nizar Jamaludin nampak lebih praktikal dalam pemikiran dan persoalan beliau. Beliau tidak menghina tetapi bertanya soalan praktikal dan ini juga yang dirasakan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia dan haruskah semua rakyat Malaysia perlu diheret ke mahkamah untuk disaman atau didakwa?

Jika pengurusan sistem bidaan itu sendiri tidak betul dan telus maka inikan pula hasil bidaan terurus dengan penuh amanah.

Kami Menuntut Hak Bidaan Masa Depan di Masa Sekarang!!
Bolehkah Rakyat Malaysia ingin membida nombor pendaftaran kenderaan bagi nombor-nombor yang belum ditawarkan untuk bidaan? Jika jawapanya TIDAK maka Ketua Pengarah JPJ Malaysia perlu memberikan penjelasan berhubung pekara ini dengan jelas sebelum lebih banyak pendedahan dibuat yang akan mengaibkan intergriti Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Kita nantikan bersama penjelasan JPJ Malaysia berhubung isu ini. Harap mereka sedar bahawa rakyat Malaysia mempersoalkan hak bukan menagih hak untuk rakyat. Tanggungjawab mereka adalah memberi dan menjaga hak rakyat dan bukan menggadai hak rakyat kepada mana-mana pihak dengan semuanya adalah percuma. Jika benar "Janji Ditepati" maka akan adalah Press Conference yang akan menyusul untuk menjelaskan perkara ini atau "Rakyat Diperbodohkan" maka mereka akan diam membisu menanti saat dilupakan oleh rakyat Malaysia. Isu ini adalah persoalan kepada JPJ Malaysia dan ianya juga mungkin tidak hanya berlaku di Johor dan adakah banyak kereta-kereta lain didaftarkan dengan nombor yang tidak lagi wujud untuk dibida tetapi telah dibida oleh golongan yang diberikan hak istimewa yang tidak termaktub dalam perlembagaan Malaysia.




8 comments:

  1. Bhai MC...

    Memang betul... Malaysia ader Time Machine... dan Time Machine tue dipegang oleh Dewa-Dewa... hahaha

    Nak buat camana

    ReplyDelete
  2. keh3 baru semalam lepas saya layan cite time machine tu kat utube..

    kah3,paradoks masa yg dibuat JPJ bakal memakan diri kikikikikik xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. zack aku tak tau macam mana nak hargai jasa hang tlg pakai link aku tu
      tq la no

      aku pon sokong jugak la menuntut hak bidaan masa depan berkala seribu ini!

      Delete
    2. wah macamana ko sampai sini? ko redha ke tak bro aku pakai link blog kau ni?keh3

      hehehe,promote blog member2 apa salahnya time blogwalking ^_^

      Delete
    3. haha aku mmg dok baca sini tadi
      tq bro sama2 promote :D

      Delete