Tuesday, 31 July 2012

Konspirasi Satria Neo WWW1 kemalangan?

Warga internet kecoh lagi dengan kisah Kesultanan Johor, kali ini apabila sebuah kereta Satria Neo yang didakwa bernombor WWW1 terlibat dalam kemalangan. Ada yang mendakwa itu hanyalah taktik untuk menukar nombor WWW1 ke kereta mewah milik Sultan Johor yang lain. 

Warga internet rata-rata tidak mempercayai WWW1 itu sebenarnya memang dikhaskan untuk kereta Satria Neo tersebut. Hanya apabila kes ini menjadi hangat dan Datuk Seri Nizar seakan-akan mempertikaikan adakah sekeping nombor plat yang berharga RM520 ribu akan diletakkan di sebuah kereta Proton, maka akhirnya nombor plat tersebut di letak pada sebuah kereta nasional.


"Mahal tali dari lembu" - mungkin itu pepatah Melayu yang sesuai. Dalam konteks ini, penulis sebenarnya tidak kisah langsung dengan pembaziran yang dibuat, pendek kata duit dia, dia punya pasal lah nak buat apa dan nak beli apa! Tidak perlu lah rakyat Malaysia mempertikaikan mengenai RM520 ribu yang dibelanjakan untuk sekeping nombor plat itu. Tetapi yang perlu dipertikaikan adalah perjuangan juak-juak lembu UMNO yang bermatian memperjuangkan sekeping nombor plat sehingga sanggup mengadakan Himpunan Menjunjung Taat Setia Pemuda Umno Johor pada 10 Jun 2012 yang lalu. Banyak lagi masalah negara yang perlu diberi perhatian.

Walau bagaimanapun, sikap double-standard pihak berkuasa memang amat jelas. Sebagai contoh, akhbar KOSMO! yang merupakan milik Utusan Melayu (Malaysia) Berhad secara jelas memerli tindakan Sultan Johor yang membida nombor plat berharga RM520 ribu melalui 2 karikatur bertajuk "Plat berharga RM500,000” pada 28 Mei dan "WWW1 paling mahal" pada 30 Mei 2012, tetapi tiada apa-apa tindakan diambil. Dan yang paling kartun kerana dungu-dungu Pemuda UMNO Johor tidak langsung berani bersuara. Sudah jelas lagi bersuluh, isu nombor plat WWW1 ini sememangnya bersifat politik.

Berbalik kepada kisah kereta Satria Neo bernombor WWW1 yang didakwa oleh warga internet terlibat dalam kemalangan ini dijawab oleh Tunku Mahkota Johor yang mengatakan kereta yang terlibat dengan kemalangan itu bernombor JUS1 dan bukannya WWW1.

Walaupun TMJ telah menafikan kereta Satria Neo yang terlibat dengan kemalangan tempohari adalah bernombor WWW1, tetapi ramai warga internet yang masih yakin itu lah kereta yang terlibat dengan kemalangan. Hinggakan timbul cerita konspirasi nombor plat WWW1 dialihkan ke sebuah lagi Satria Neo milik Sultan Johor. Dikatakan Sultan dan kerabatnya mempunyai beberapa buah kereta Satria Neo.

Seorang warga internet mendakwa saudaranya berada di termpat kejadian semasa kemalangan berlaku
Antara kenyataan yang diberikan oleh warga internet walaupun TMJ telah memberikan kenyataan menolak dakwaan tersebut
Warga maya yang juga mengatakan berlakunya perlumbaan haram semasa kejadian



Itu antara komen-komen yang diberikan oleh warga internet di forum-forum popular tanah air. Walau bagaimanapun kesahihan perkara ini tidak dapat dipastikan.  

Jika betul WWW1 yang terlibat dengan kemalangan, mengaku saja lah. Mengapa perlu dinafikan dan sorok fakta sebenar? Takut rakyat akan mengata Sultan Johor kena tulah Datuk Seri Nizar ke? Bukan apa, jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Tak kan lah orang pertama yang melaporkan kemalangan tersebut seorang yang buta huruf, tidak tahu membaca antara WWW1 dan JUS1! 

Walau bagaimanapun bagi penulis, sama ada benar atau tidak kereta Satria Neo WWW1 terlibat dengan kemalangan, itu tidak penting. Buat apa membuat spekulasi bagi perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada negara?
 
Yang lebih penting untuk dibincangkan ialah mengenai sistem tender nombor kenderaan yang dijalankan oleh Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) yang nampaknya carca-merba dan tidak mempunyai prosedur tertentu yang melibatkan bidaan para kenamaan.

WWW15 yang penuh kontroversi
Umum mengetahui rekod nombor plat yang paling mahal dalam sejarah Malaysia ialah WWW1 dengan harga RM520,000. Tidak diketahui apa sebab nombor bermula dengan WWW ini menjadi tarikan. Lain lah kalau Tim Berners-Lee yang merupakan inventor world wide web yang beli kerana nombor plat itu berkaitan dengan hidupnya. Ini kalau setakat pandai ketuk-ketuk keyboard ber-tweet atau ber-facebook, nombor berharga ratusan ribu tiada membawa apa-apa erti, falsafahnya kosong.

Berbeza dengan nombor plat MCA yang menjadi tarikan kerana ianya acronym kepada parti Malaysian Chinese Association (MCA), jadi tidak menghairankan nombor plat MCA1 bernilai RM300,100. 

Begitu juga nombor plat SAB4H yang menjadi tarikan bagi rakyat negeri Sabah. Walaupun terdapat 4 orang yang membida nombor tersebut, tetapi akhirnya apabila diminta oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, semua wang pembida dipulangkan dan nombor SAB4H tersebut diberikan secara percuma kepada  TYT Yang di-Pertua.


Persoalan yang perlu diajukan kepada JPJ:
1. Dalam kes nombor plat WWW, Sultan Johor berjaya membida WWW1 dengan harga RM520,000, begitu juga Yang di-Pertuan Agong menang bidaaan WWW5 dengan harga RM220,000. Antara kenamaan lain yang menang bidaaan ialah Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan nombor plat WWW15. Nombor plat WWW yang tidak mempunyai apa-apa makna ini menjadi kecoh apabila Datuk Seri Liow mengatakan nombor pendaftaran tersebut adalah percuma untuknya sebagai seorang Menteri walaupun selepas dikritik hebat akhirnya beliau melepaskan nombor tersebut. 

Di dalam persidangan Dewan Negara pada 9 Julai 2012 pula, Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat berkata mereka yang layak menerima nombor plat percuma ialah Sultan dan yang di-Pertua Negeri, Raja Muda/Tengku Mahkota, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Persekutuan serta Menteri Besar/Ketua Menteri. Persoalannya jika benar golongan kenamaan ini layak menerima nombor plat secara percuma, mengapa perlu mereka membida? Jika Menteri pun boleh terima secara percuma, tak kan Agong dan Sultan pula kena bayar? Atau adakah di akhir episod ini sebenarnya kesemua watak-watak kenamaan di atas pulang dengan nombor pendaftaran percuma dan senarai bidaaan yang dikeluarkan hanya untuk mengaburi mata rakyat?
2. JPJ pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan golongan kenamaan hanya layak mendapat nombor plat percuma hanya bagi 'nombor bukan panas' (sila rujuk Malaysiakini 6 Jun, China Press 6 Jun). Mungkin WWW15 tidak dikira panas seperti WWW1, tetapi bagaimana SAB4H yang sememangnya nombor paling panas di Sabah? Dapat saja surat dari Istana, berpeluh-peluh pegawai JPJ hingga terus memulangkan wang yang telah dibida oleh orang lain. Persoalannya adakah JPJ mempunyai tatacara sistem bidaan nombor pendaftaran? Dan apakah yang dimaksudkan 'nombor bukan panas'? Kalau dikirakan semua nombor plat single-digit adalah nombor panas kecuali nombor 4!

“Kami telah menerima surat dari Istana Negeri, jadi nombor pendaftaran akan diberikan kepada Yang di-Pertua Negeri,” Pengarah JPJ Negeri Sabah Mohd Shuhaili Mohd Taufek, Daily Express 2 Disember 2011

3. Merujuk kepada kenyataan TMJ mengenai isu Satria Neo yang terlibat dengan kemalangan, kereta tersebut bernombor JUS1. Jika dilihat dalam portal rasmi JPJ, setakat hari ini jam 12.35pm, nombor pendaftaran terbaru bagi negeri Johor ialah JNT5210. Ini bermakna nombor JUS1 masih jauh di hadapan! 

Jika dilihat kereta-kereta yang dimiliki oleh Sultan Johor dan kerabatnya juga banyak merupakan nombor-nombor kenderaan yang masih jauh di hadapan, sebagai contoh kereta Mercedes-Benz SLR yang dipandu TMJ bernombor JUX1 masih jauh di hadapan tetapi berjaya dimiliki lebih awal. Begitu juga kereta Jaguar XKR yang bernombor JUC1 juga masih jauh di hadapan nombornya. 

Nombor plat JUX1 yang masih jauh di hadapan
Persoalannya bagaimana JPJ meluluskan bidaan nombor pendaftaran yang masih jauh di hadapan? Adakah ini bermakn JPJ tidak membuka tender bagi 'nombor-nombor masa hadapan' yang telah diambil oleh Sultan Johor dan kerabatnya? Adakah ini adil kepada rakyat yang mungkin ingin membeli nombor-nombor tersebut tetapi tidak langsung dibuka kepada orang awam?

Perlu diingat nombor-nombor single-digit ini mempunyai harga. Jika semua 'nombor masa hadapan' diberikan oleh JPJ (sama ada percuma atau dibayar) tanpa membuka tender, dikhuatiri ini boleh manjadi satu bentuk perniagaan menjual nombor plat kepada mereka yang tidak bertanggungjawab! Bukan susah sangat, beli saja semua nombor-nombor yang belum keluar, bila sampai waktunya jual kepada orang lain pula. Mudah dan senang kan perniagaan ini?




Antara jual nombor dan jual maruah,

14 comments:

  1. hahahahah pecah lubang. dari tak mengaku, keluar isu lain pulak. facepalm. facepalm.

    ReplyDelete
  2. sultan johor,.ingat kamu itu dari rakyat,.rakyat bg amanah utk jadi pemerintah adil dan amanah....bukan kaki mabuk,gila betina,pelumba haram,pukul orang,....tak payah nak tunjuk gangster,.jgn sampai rakyat gulingkan raja dan sultan celaka,.. badget gangster la konon,..gangster cap ayam

    ReplyDelete
  3. mmg kompem neo www1 eksiden...langgaq keta pesona pompuan bawak...pompuan tuh nurse...patah riuk dok masuk hospital melaka...bodoh piang anak sultan johor pi racing time hujan...si lahabau raja muda tuh bleh plak dok tweeter habaq kata x eksiden....benda kecik pon menipu benda besaq lagiiiiii la depa menipu!!!! lain kali time hujan eksiden biaq mampuih sekali hang dgn lamborghini hang tu....jgn nyusah org lain pon terlibat sama eksiden

    ReplyDelete
  4. Di waktu petang hujan pun turun...mase kemalangan tu rider kreta WW1 anak sultan...Hiway menghala ke Pagoh. lepas WW1 berlanggar dipercayai berlumba dengan kereta lain mybabkan posisi kereta tu berada di tengah2 hiway, tiba2 sebuah kreta persona dari arah blakang menghentam WW1 yg mlibatkan kecedaraan seorang staff nurse hospital melaka. bukti, staff nurse tu terlantar kat hospital putra melaka. citer betul siut kalau aku tipu maka berdosalah aku!

    ReplyDelete
  5. Kesian.....Kesimpulannya, penjawat awam la yang jadi mangsa.

    ReplyDelete
  6. sultan jahanam macam tu la...nnt kau mati then bangkit kat alam barzakh sama jgk wooiii...menyusahkan org lain je..

    ReplyDelete
  7. inilah firaun bongkak balasan kerana ainaya ramai orang termasuk "frame " lawyer Kamal. Ini baru balasan dunia dan di akhirat nanti terimalah balasan nanti. Sultan Firaun.

    ReplyDelete
  8. sultan??heh..ang bogel jugak mati nanti sultan oi..lupa..keturunan hangpa kebal dari api neraka..persetakan rakyat sultan..tibai habes blalak atas dunia..hangpa kebal blaka2 kan

    ReplyDelete
  9. kebal konon...nanti kerongkong dia dapat juga dimasuki oleh Sakaratulmaut.

    ReplyDelete
  10. Pah nok wat guano?
    Rajaaaaaaaaaaa..

    ReplyDelete
  11. Yg maki hamun nie semua xde telo....klu ank jantan...letak la nama sebenar siap no ic skali.....klu ank jantan laa....stakat maki ja...opah aku pn berani....sedor la yop...org melayu nk jatuhkan melayu....bodoh ke??!? pikir balik zaman dulu mcm mana....phuiiii.....korang nie la yg xberguna untuk negara....sultan pn korang nk maki hamun.....xde adap pnya manusia....elok korang nie gi duduk dalam hutan...tp makesure yg hutan tu mak bapak korang yg punya.....bukan kepunyaan sultan....

    ReplyDelete
  12. Zaman 80an, kami berlumba di Shah Alam Batu 3. Sekarang dah ada Sepang International Circuit...kat sana boleh berlumba apa, call ajer anak mamak Madey tuh, tentu dia kasih masuk nak berlumba rempit dan drift. Apa susah ka?

    ReplyDelete
  13. Kalau ya pon... byk lagi accident kat malaysia ni... awat le hangpa ni kecoh tak tentu pasal. Pasal WWW1 tu, Sultan bole dapat free aje... kalau Sultan bayar, kira respect le... sekurang2nya bayar kat JPJ... dan JPJ tu gomen punya bukannya syarikat persendirian. Akhirnya, untuk semua rakyat jugak...

    Highlight le yang lebih faedah...

    ReplyDelete
  14. JUS1 tu registered kat keter sultan johor jugak wei... mini cooper merah.. x tau lak aq mini cooper tuh eksident ke??

    ReplyDelete