Monday 13 August 2012

Krisis Tarikh Hari Raya di Malaysia

Krisis Teropong Anak Bulan

Hey Orang Disana, Orang Disini Dah Nampak Anak Bulan, Jadi Esok Hari Raya..
Hey Orang  Disana, Orang Disini Belum Nampak Anak Bulan, Jadi Esok Bukan Hari Raya..
Hey Orang Disana Berdua, Orang Tengah Nak Tanya Bulan itu apalah?

Hey Orang Disana, Mana Boleh Orang Di Sini Tidak Nampak Anak Bulan?
        Anak Bulan Apa Lagi Yang Kau Nak
Hey Orang Disana, Mana Boleh Orang Di Situ  Nampak Anak Bulan?
        Anak Bulan Ada Pada Orang Disinilah ..
Hey Orang Disana Berdua,Engkau Orang Bergaduhla Kami Cuba Tengok Matahari Pula.

Hey..Engkau Putar Belit Jika Kata Hari Raya Lusa
Hey..Engkau Bukan Islam Jika Kata Hari Raya Eosk.
Hey..Engkau Berdua Bubarkanlah Hari Raya Kita Sambut Hari Malaysia.

Hey..Ingat Anak Bulan Bapak Engkau Punya Ke?
Hey..Ingat Anak Bulan Mak Engkau Punya Ke?
Hey..Ingat Anak Bulan Mak & Bapak Kau Punya Ke?

Hey..Engkau Islam Sangatke Pasal Nak Puasa 30 Hari.
Hey..Engkau Kafir Pasal Nak Puasa 29 Hari..
Hey..Engkau & Kita Jadi Islam Pluralisme  Ditetapkan 31 Hari Senang Cerita

Hey..Kami Berhujah Berdasarkan Fakta & Bukan Janji Manis Tau.
Hey..Kami Berhujah Berdasarkan Ilmu Islam & Bukan Ilmu Kafir Tau.
Hey..Kami Berhujah Berdasarkan Ilmu Politik Terkini Tau

Hey Orang Disana, 1Malaysia Slogan Rasmi Ucapan Hari Raya Kami
Hey Orang Disana, Hudud Slogan Rassmi Ucapan Hari Raya Kami
Hey Orang Disana, Sebangsa, Sejiwa & Senegara Ucapan Hari Raya Kami

Hey Orang Disana..Parti Hijau & Parti Biru Muda...Podalah!!
Hey Orang Disana..Parti Merah & Parti Biru Muda...Podalah!!
Hey Orang Disana..Parti Merah & Parti Hijau...Podalah!!



Hey Berapa Banyak Hey Hey Hey Engkau Orang Ni Semualah? Cukuplah..Bila Hari Raya Lah? 
Kami Semua Rakyat Malaysia Nak Berhari Raya ni..
Berhentilah Berpoltik Fikirkanlah Kepada Umat Islam Sejagat Bukan Islam Mengikut Citarasa Parti Politik!!


Mungkinkah Scenario Seperti Di Atas Mampu Berlaku Di Malaysia? Bersama-sama kita fikirkan kerana semakin hari semakin lemah masyarakat Islam dan bersatu kita memang tidak sekali tetapi berperang sesama kita kerap sekali. Dimanalah hilang Khalifah Khalifah Allah ynag benar-benar ikhlas untuk bangkit  memperbetulkan segala kelemahan orang-orang Islam dan menyatukan tiga ideologi poltik kucar-kacir yang sedang melanda negara ini .

Parti Politik Ikut Selera Nafsu Mereka, Kita Rakyat Sengsara Dibuatnya...

Tema & Logo Hari Kemerdekaana Menjadi Persoalan & Akhirnya Terbentuk Dua Slogan Kemerdekaan.

Satu Menuduh, Satu Memfitnah & Satu lagi Ambik Kesempatan dan akhirnya semuanya kucar kacir negara dengan gara-gara ahli-ahli politik Islam di Malaysia.

Satu kata Sokong, Satu Kata Tidak Sokong and Satu Lagi Kata Kita Ambik Yang Neutral.

Majlis Fatwa Kebangsaan & Majlis Fatwa"Self Proclaim Ulamak" & Majlis Fatwa Parti Politik & Majlis Fatwa Sedunia pun tidak mampu menyatukan ahli-ahli politik islam Malaysia masing-masing berhujah dengan Hadis & Al-Quran tetapi mengikut kecenderungan masing-masing sedangkan Hadis & Al-Quran hanya akan memberikan kebenaran mengikut hukum Allah.

Hudud pun ada Hudud Parti Merah, Hudud Parti Hijau & Hudud Parti Biru Muda Langkah Mayat Saya 

Sudah Wujud Masjid Imam Merah, Imam Hijau dan terkini Imam Biru Muda dan dimana silapnya umat Islam Malaysia sehingga berpecah belah sedemikian rupa.

Raya Tak Jadi, Krisis Tengok Anak Bulan Oleh Parti Parti Politik
Tertanya & Terfikir Sejenak adakah Malaysia akan sampai ke tahap dimana rakyatnya yang merupakan masyarakat Islam dari pelbagai kaum termasuk Melayu Islam, Cina Islam, India Islam dan Kaum-Kaum Islam lain yang yang wujud di Malaysia ini akan berpecah menyambut Hari Raya Aidil Fitri mengikut tarikh hari raya megikut penentuan oleh Tarikh Hari Raya mengikut Pengumuman Majlis Penyimpan & Penyebar Rahsia-Rahsia Parti Politik yang diterajui oleh parti-parti poltik masyarakat Islam?


Kita tunggulah apa kesudahan Pengumuman Tarikh Hari Raya oleh Parti Merah, Parti Hijau & Parti Biru Muda yang majoritinya orang-orang Islam.

Opppppppppss..mimpi rupanya aku di bulan buasa dengan mimpi-mimpi kisah Parti Merah, Parti Hijau & Parti Biru Muda..


Sudah pasti tairkh hari raya hanya akan dibuat oleh Majlis Pennyimpan Mohor Besar Diraja dan hanya satu tarikh yang akan dipilih untuk rakyat Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri & 
Maaf Zahir Batin 
daripada
malaysiacrisis.blogspot.com





5 comments:

  1. Silapnya ialah majoriti orang Melayu sudah syirik atau mengamalkan ilmu sihir. Silap kedua ialah solat berjemaah bukan agenda utama orang Melayu. Sepatutnya solat jemaah diimamkan oleh pemimpin sama ada raja atau menteri. Masjid pun lengang. Silap ketiga wang zakat tidak sampai ke sasaran dan ramai yang tidak bayar zakat. Berapa senkah Mirzan Mahathir dan Daim Zainudin bayar zakat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlukah Mirzan Mahathir dan Daim Zainudin declare berapa depa bayar zakat? Nanti di spin kata riak pulak?....Buat salah, tak buat salah...semuanya serba salah...So, jangan timbulkan fitnah, dapat dosa kering aje...

      Delete
  2. memang betullah cakap tuan MC ini..berpecah belah orang islam.harap raya hari yang sama lah jangan nanti isteri ikut PAS and suami beraya ikut UMNO ..hari berbeza and anak pulak ikut yang satu lagi PKR..pening kepala nak raya!!

    ReplyDelete
  3. Bila nak nampak Najib dan Mukhriz Mahathir solat subuh berjemaah secara konsisten di masjid, jadi imam pulak. Berapa peratuskah orang Melayu solat subuh berjemaah secara konsisten di masjid? Kalau setakat 0.001%, usah nak mimpilah orang Melayu nak bersatu.

    ReplyDelete
  4. Mahathir nak jadi imam? Jadi imam pengswastaan utk mengkayakan diri dan keluarga boleh la. Lebih baik bagi india muallaf jadi imam.

    ReplyDelete