Thursday 30 August 2012

Pengkhianat Rakyat

Semakin hampir pilihanraya semakin riuh rendah janji dan manifesto piliharaya dari pihak kerajaan dan juga pembangkang. Tidak kiralah yang mana lebih baik atau buruk tetapi persoalan yang timbul adalah kemana hilangnya penilaian terhadap perlaksanaan manifesto pilihanraya 2008. 

Samaada kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat telah sepenuhnya melaksanakan mandat yang diterima berdasarkan manifesto piliharaya mereka.Atau manifesto sekadar "Ayat & Mainan Kata Kata Manis" bagi memikat undi dan akhirnya manifesto hilang nilai kerana kuasa ditangan mereka dan seribu satu alasan bagi melaksanakannya.

Penulis tersentak dengan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim di The Malaysianinsider yang jelas menunjukkan betapa mudah rakyat diperbodohkan apabila kuasa diberikan kepada mereka. 

Penulis tidak memihak kepada mana-mana parti politik tetapi apa yang cuba diketengahkan adalah sikap pemimpin dengan mudah "Twist & Turn" apabila didesak menunaikan janji mereka dan dengan mudah mereka memperbodohkan rakyat.


Begitu juga dengan kenyataan  meminta rakyat membawa kes ke mahkamah juga tidak masuk akal dan siapa pula akan menangung kos guaman bagi rakyat. Adakah jawapan ini yang seharusnya diberikan kepada rakyat? Manifesto adalah janji mereka dan bukan permintaan rakyat.

Adakah pengadu layak menerima geran Selngorku untuk membiayai kos guaman kerana sebenarnya rakyat dianiaya dalam kes ini? Atau kes seperti ini akan dikatakan kes peribadi dan bukan kes penganiyaan


"IT IS A MANIFESTO NOT A PROMISE "









Ada kebenaran bagaimana rumah banglo dan mewah boleh diberikan air percuma dan rumah-rumah flat dan apartment yang rata-ratanya rakyat berpendapatan rendah boleh diaibkan dengan begitu sahaja.





Jika ikhlas ingin berkebajikan bukan susah untuk memenuhi tuntutan rakyat yang tidak menerima air percuma di Selangor yang bermeterkan meter pungkal. 


Dengan mudah kita boleh mengira berapa rumah atau apartment dibangunan dan berapa isupadu air percuma mereka layak terima mengikut kuantiti rumah di setiap blok dan akhirnya berikan diskaun kepada nilai bil air meter pukal tersebut. Tetapi kenapa pula pegiraan yang begitu mudah diakhirkan dengan cabaran untuk rakyat membawa kes ini ke mahkamah? agak harian apabila ianya jelas memperbodohkan rakyat yang layak menerima bantuan air percuma tersebut.


Fikirkanlah nilai seorang pemimpin demi masa depan Malaysia sebelum memangkah mana-mana parti/pemimpin kerana kenyataan seperti ini amat mengejutkan rakyat apabila mereka lantang mengeluarkan manifesto tetapi mereka mudah lupa janji mereka kepada rakyat yang seharusnya menikmati faedah yang yang dijanjikan.


5 comments:

  1. Ini pasal SYABAS yg tak mo tukar meter..

    ReplyDelete
  2. hahaha ramailah nanti juak PR melenting baca tulisan ko ni ^_^

    ReplyDelete
  3. Kalau salah tetap salah..Kami pun faham kalau pr buat tak betul kenalah hentam takkan nak duduk diam..baguslah blog ni if teruskan keje macam ni. X pilih kasih..keep up the good job.

    ReplyDelete
  4. kalau diberi air melalui meter pukal macam mana nak diagihkan secara adil kepada individu yg patut dapat air 20m3 secara percuma tu? dah diberi notis utk tukar kepada meter individu nape tak buat? nape setelah empat tahun dan menghampiri pilihanraya baru nak tuntut? siasatlah betul2.. jangan main tulis artikel tanpa fakta!

    ReplyDelete
  5. haha anon 22 September 2012 22:49

    klu yer pun ko ni penyokong tegar yg taksub dgn Pakatan Haram

    jgn lah kondem penulisan artikel tuan blog ni

    adoyai mana yg betul didukung mana yg salah disanggah

    ko ni mmg betul2 taksub dgn pakatan haram lah sbb pada ko takder salah dan silapnya dari pakatan haram kan kan kan

    isk3 kasihan kau anon 22 September 2012 22:49

    ReplyDelete