Thursday, 12 July 2012

“HOUSE OF MONKEYS” describes how Malaysia Parliament functions for and on behalf of Malaysian.

Regardless who is the Prime Minister, if this is how our MPs behave in Parliament House and demonstrate an attitude of not able to understand a simple instruction given by the Speaker or Prime Minister like shown in the video, such attitude of our member of parliament certainly fail the country and citizens as no Prime Minister will able to perform any governance roles than entertaining monkeys at all the time and not allowing Parliament to fulfill its role towards Malaysia and Malaysian.


Sedih dan rasa malu adakalanya melihat bagaimana ahli parlimen kita memperlihatkan diri mereka di parlimen. Bercakaran tak tentu hala dan tidak mampu mendengar nasihat YDP Speaker. Teringat masa zaman sekolah di darjah satu atau tadika, yang mana semua bising dan cikgu suruh duduk pun kita buat tidak faham.Inilah yang kita lihat sikap ahli parlimen yang ada walaupun hanya segelintir sedemikian namun memberi kesan negatif pada institusi parlimen itu sendiri.Ungkapan BODOH, BABI, KURANG CERDIK, PARIA dan macam-mcam lagi adalah perkara biasa.Lihatlah sikap pemimpin kita pada hari ini yang penuh dengan emosi dan melupakan kita rakyat Malaysia yang membayar cukai bagi menghidupkan institusi parlimen dan hadir ke parlimen untuk berseronok seperti “FUN FAIR” atau lebih baik kita panggil “House of Monkeys”. Mana tidaknya, masa diperuntukkan lebih banyak digunakan untuk memutar belit fakta atau memaki hamun dan tidak lupa juga sikap tuduh menuduh dan akhirnya polisi dibuat dalam semua berada dalam keadaaan “High Spirit of Monkeys”


Video sidang parlimen menceritakan pelbagai kisah Parlimen Malaysia yang boleh kita lihat di youtube atau hadirkan diri ke parlimen untuk melihat sidang Parlimen Malaysia umpama kita ke "Fun Fair".Lihat dan nilailah pemimpin kita yang amat memalukan dan bukan semua namun sikap mereka amat memalukan kita yang mengundi mereka. Gaya dan sikap mereka lupa diri dan ego seolah olah mereka Ahli Parlimen dari Kayangan.Mereka lupa darah yang mengalir pada mereka bukan darah raja yang akan sentiasa memastikan mereka sebagai ahli parlimen seumur hidup dan dengan tidak rasa bersalah hidup dengan duit rakyat dan akhirnya masa depan rakyat yang mereka gadaikan.

Pihak Kerajaan berhujah membentangkan polisi dan dasar dan nampak jugalah ada perkara yang mereka buat dan bekerja untuk rakyat. Tetapi apabila dikritik sama ada kritikan rasional atau tidak rasional, mereka amat mudah melenting melawan. Apakah punca sikap sedemkian rupa? Adakah kerana kata-kata menghina atau mencabar oleh pihak pembangkang. Bila kita lihat Pembangkang, hanya mengkritik dan lupa diri seolah-olah “Best Among The Best” dan tidak bersalah dalam semua hal dan hanya mengkritik tanpa memikirkan masa depan rakyat Malaysia dan sekadar mengkritik untuk menunjukkan rakyat Malaysia bahawa kerajaan zalim walaupun ada masanya polisi dan dasar yang dibentangkan adalah memihak kepada rakyat Malaysia.

Bila difikirkan semula, memang nyata sikap ahli parlimen kita umpama budak-budak sekolah darjah satu atau pun tadika dan ada masanya ke tahap pusat jagaan kanak-kanak dan erti kata lain HOUSE OF MONKEYS adalah kenyataan yang tepat jika sikap sikap ini berterusan. Kita rakyat Malaysia membayar gaji dan elaun untuk mereka berseronok dan memberi ruang untuk ahli parliamen semua kembali ke zaman muda di tadika, sekolah untuk berseronok,bermain putar belit dan bersandiwara dan akhirnya kita yang menangung segalanya.

Parlimen Malaysia telah banyak berjasa dan bukan mudah kita lihat sikap sedemikian sebelum ini namun lebih ketara buruknya parlimen kita di saat sekarang berbanding dulu. Inilah yang dikatakan, tersalah pilih akhirnya monyet yang kita pilih dan lahirlah HOUSE OF MONKEYS that best describe Malaysia Parliment for now. MALAYSIA IN CRISIS!!




1 comment:

  1. Benar sekali kata2 anda..kita rupa2nya memilih monyet untuk mewakili kita di parlimen.

    Mereka lebih gemar berpolitik di parlimen dari mencari solution untuk rakyat jelata.

    ReplyDelete