Wednesday, 25 July 2012

PRU 13, Jangan Terkena Sihir



Bilakah Pilihanraya ke 13? Semua rakyat ternanti akan pengumuman ini dan tidak pula kita sebagai rakyat bertanya pada diri sendiri adakah kita rakyat Malaysia bersedia untuk pilihanraya samaada pilihanraya itu esok, lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan?

AWAS
JANGAN KITA TERSIHIR DALAM MEMANGKAH PARTI & CALON YANG DIPILIH, WASPADA PADA MAINAN SIHIR & TANGKAL OLEH PARA CALON POLITIK


Antara perosalan bagi rakyat menilai kesediaan bedepan dengan PRU 13 adalah:-

Adakah Rakyat Malaysia bersedia untuk PRU 13?

Adakah Rakyat dapat menilai antara intan dan kaca?

Adakah rakyat tahu tipu muslihat setiap parti politik?
Adakah rakyat kenal siapa sebenarnya wakil rakyat mereka?
Adakah rakyat tahu niat calon mereka berkhidmat untuk rakyat atau berkhidmat untuk diri sendiri dan keluarga mereka?
Adakah calon wakil rakyat hanya ke hulu hilir sepanjang tempoh pilihanraya dan hilang entah kemana selepas pilihanraya?

Pernahkan rakyat ambil tahu latar belakang calon pilihanraya mereka?
Pernahkan rakyat membuat penilaian keperibadian calon mereka?
Pernahkah rakyat kenal atau berjumpa atau pernah dibantu calon wakil rakyat mereka?

Pernahkah rakyat berjumpa wakil rakyat mereka di majlis kenduri kendara sekitar kawasan mereka?
Pernahkah rakyat rasa kemesraan wakil rakyat mereka?
Pernahkah wakil rakyat bersikap rendah diri dan mudah mesra dengan ahli kawasan mereka tidak kira latar belakang politik?

Pernahkan anda ke pejabat wakil rakyat dan hnya disambut oleh pegawai khas kepada wakil rakyat atau disambut oleh wakil rakyat anda?

Pernahkah anda menerima jemputan majlis keramaian dari wakil rakyat anda atau anda yang sibuk menjemput wakil rakyat anda untuk ke program kawasan anda?
Pernahkah anda lihat dan menilai latar belakang kehidupan mewah wakil rakyat anda ?
Pernahkah dan selalukah anda terjumpa wakil rakyat anda di masjid, surau atau majlis keagamaan dikawasan anda?
Pernahkah anda melihat sesekali wakil rakyat anda medirikan solat jumaaat di kawasan anda?
Pernahkan anda membuat penilaian janji yang ditepati dan tidak ditepati oleh wakil rakyat anda?

Tahukah kita kenapa ahli politik beriya ingin menjadi wakil rakyat bagi kawasan kita?

Tahukah kita kenapa wakil rakyat dikalangan anak jati kawasan kita tidak terpilih menjadi wakil rakyat atau calon?

Tahukah anda berapa isteri dan anak calon wakil rakyat dan dimana mereka menetap dan cara hidup mereka?

Tahukah anda jika anak anak waki rakyat anda seorang kontraktor atau ahli perniagaan?

Tahukah anda berapa peruntukan bagi kawasan anda dan apakah projek yang telah dilaksanakan oleh wakil rakyat kawasan anda?

Tahukah anda dimana pejabat wakil rakat anda selama ini atau anda rasa tidak perlu ada wakil rakyat kerana tidak pernah merasa khidmat seorang wakil rakyat di kala susah atau dalam bencana?

Tahukah anda adakah wakil rakyat anda seorang penipu atau seorang yang berprinsip dan berdiri teguh dalam menjayakan socio ekonomi dan program kemasyarakatan kawasan anda?

Tahukah anda jika wakil rakyat anda seorang yang suka mengatakan dirinya sahaja yang betul dan semua orang di dunia ini salah kecuali diri dia?

Tahukah anda wakil rakyat itu adalah seorang yang menerima segala peruntukan bagi kawasan anda dan memiliki kuasa mutlak pada diri mereka untuk menggunakan wang peruntukkan bagi kawasan anda?
Sikap seorang wakil rakyat selalunya umpama seorang pelakon filem samaada ianya sebagai HERO atau HEROIN. Mereka inginkan status Hero dan Heroin bagi setiap usaha kerja orang lain dan menjadikan titik peluh orang lain sebagai program mereka. Ini adalah sikap kebanyaan wakil rakyat di negara kita, mereka hadir apabila di palu kompang atau diiringi dengan bunga manggar atau sekurang-kuragnya tersedia kanopi dan kerusi empuk untuk mereka singgah menjenguk buat seketika sebelum melarikan diri ke pelbagai majlis lain yang hampir serupa. Sikap inilah yang menjadikan wakil rakyat di Malaysia umpana Hero & Heroin yang hanya berlakon mengikut keadaan dan keerluan pada musim pilihanraya.Hakikatnya rakyat berkhidmat untuk wakil rakyat dan bukan wakil rakyat berkhidmat untuk rakyat. 

PERNAHKAH  WUJUD   PENGANJURAN PERHIMPUNAN  DIANJURKAN BAGI MENDESAK WAKIL RAKYAT KAWASAN KITA BERKHIDMAT?

Inilah hilangnya kuasa rakyat apabila kita hanya berseronok pada hari mengundi dan tidak mendesak wakil rakyat berkhidmat untuk kita dan sebaliknya rakyat sibuk berkhidmat untuk wakil rakyat mereka dalam menganjurkan majlis dan program bagi memastikan mereka kekal di jawatan tersebut. Tidakah anda terasa penat ditunggang dan diperbodohkan sedemikian rupa demi memastikan mereka bermaharaja dan kita rakyat menjadi kuda tungangan mereka.Inilah krisis pilihanraya sebenarnya di Malaysia dan bukan isu berkaitan bersih atau kotor pilihanraya  tetapi sebaliknya pemilihan yang bersih oleh rakyat dalam mengudi calon mereka.

JIKA PEMILIHAN UNDI RAKYAT BERSIH MAKA PEMIMPIN NEGARA JUGA AKAN BERSIH. BERSIHKANLAH NIAT MENGGUNDI KITA DAN LETAKKAN MASA DEPAN NEGARA UNTUK DITADBIR URUS DENGAN BAIK BAGI GENERASI AKAN DATANG.

Bersediakah anda untuk PRU 13? Mungkin TIDAK atau YA. Apa pun ketahuilah Malaysia Di ambang krisis yang bakal dicetuskan oleh ahli-ahli politik yang mungkin kita tersalah pilih  dan janganlah kita melakukan kesilapan itu demi masa depan negara tercinta.











No comments:

Post a Comment