Wednesday, 11 July 2012

Polis diraja Johor

30 individu yang cerdik atau dungu?
Hari ini masuk hari ke-6 blogger Uncleseekers berada di dalam tahanan reman. Masih belum tahu apa nasibnya selepas ini. Namun, blog Uncleseekers terus menjadi tumpuan pengunjung. Lihat kepada statistik di blog berkenan, telah ada lebih 12 juta pengunjung dan setiap saat ada saja pageview di blog berkenaan. Secara keseluruhan, web trafik menunjukkan peningkatan pengunjung yang amat ketara selepas 30 individu yang tidak diketahui asal usulnya membuat laporan polis terhadap Uncleseekers berkenaan artikel yang dikatakan mengaibkan Sultan Johor dan kaun kerabatnya. Tidak pasti 30 individu tersebut sebenarnya memang sengaja nak mengenakan Sultan atau betul-betul taat setia? Apa tidaknya, kalau bukan pasal laporan polis mereka, masih ramai rakyat jelata yang tidak tahu kewujudan blog berkenaan. Selepas sahaja laporan polis dibuat dan keluar di media-media arus perdana, zzaaasssss berdesup ramainya pengunjung membaca blog Uncleseekers. Daripada orang tak tahu, sekarang 1Malaysia sudah tahu. Siapa yang malu? Sultan juga. Tak ke dungu namanya?
Web trafik menunjukkan peningkatan pengunjung yang amat ketara selepas laporan polis dibuat pada 1 Julai 2012
Artikel hari ini bukan mengenai blog Uncleseekers. Tetapi lebih kepada melihat intipati yang cuba disampaikan olehnya. Sama ada apa yang dikatakan betul atau salah tidak menjadi soal, tetapi banyak perkara yang membuat rakyat (sila ambil maklum maksud "rakyat" disini ialah rakyat yang mempunyai akal fikiran yang waras dan tidak membuta tuli menyembah taat setia kepada raja seperti manusia-manusia berjiwa feudal di facebook Kesultanan Johor) menilai apa yang didakwa di dalam blog berkenaan. 

Berbaju kuning itu mungkin JMF paling katik?
Kita tinggalkan Unclessekers, hari ini kita berbicara mengenai Polis diraja Johor. Umum sudah tahu mengenai "Askar Tuanku" iaitu Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau lebih dikenali sebagai Johor Military Force (JMF) yang ditubuhkan pada tahun 1885 oleh Sultan Abu Bakar ibni Daeng Ibrahim. Umum juga tahu JMF ditubuhkan jauh lebih awal dari Rejimen Askar Melayu diraja (di bawah Tentera Darat Malaysia). Semasa krisis Raja-raja Melayu, Rang Undang-undang Johore Military Forces (Disbandment And Repeal) Bill 1994 telah digubal untuk dibahaskan di Parlimen. Namun, Tun Salleh Abas (telah dipecat sebagai Ketua Hakim Negara pada ketika itu) berpendapat JMF adalah sebahagian daripada hak dan keistimewaan Sultan dan rakyat Negeri Johor.

"I was later summoned again by HRH to Istana Bukit Serene for advice after HRH learned that a bill had already been introduced in Parliament to disband the Johor Military Force (JMF). My advice to HRH was that the JMF, which was established long before the Malay Regiment, was and is part of the privileges of the Sultan of Johor and, without the consent of His Royal Highness, such privileges could not legally be withdrawn.

My opinion was confirmed by Neil Lawson, Queen’s Counsel, the legal adviser to the Malay rulers during the negotiation for Merdeka. There was no doubt that HRH was very pleased with my effort over HRH's then predicament and, in appreciation thereof, offered to make a public apology in Johor Baru over HRH's role in my dismissal. The Johor Palace then began to put in place arrangements for the occasion but, once again, mightier hands from Kuala Lumpur managed to persuade HRH from keeping to his pledge." -
petikan kenyataan Tun Salleh Abas pada 26 September 2006

Rentetan daripada peristiwa tersebut nampaknya Rang Undang-undang tersebut tidak diteruskan dan JMF terus kekal hingga hari ini. Di masa hadapan tidak tahu lagi apakah nasib mereka.

Itu mengenai JMF, tetapi bagaimana pula dengan Polis diraja Johor? Mungkin ada antara kita yang pernah terserempak dengan kereta-kereta mewah bertulis DI-RAJA JOHOR-POLIS. Adakah mereka ini polis? Atau polis bantuan? Atau juga adakah mereka ini hanya sebagai bodyguard kerabat diraja Johor? 

Antara kereta mewah tertulis DI-RAJA JOHOR-POLIS
Agak kurang faham dengan fungsi Polis diraja Johor ini, adakah sama fungsinya dengan Polis diraja Malaysia (PDRM)? Dalam PDRM ada juga perkataan "diraja". Andai kata tiba-tiba kecemasan menimpa dan terserempak dengan sebuah Porsche Cayenne tertulis Di-raja Johor-Polis, boleh kah sebagai rakyat kita menahan kereta peronda tersebut minta pergi kejar penjenayah? Adakah pegawai-pegawai Polis diraja Johor ini memiliki senjata api seperti polis-polis dibawah PDRM? Tidak diketahui apa sebenarnya fungsi Polis diraja Johor ini. Jika untuk menjaga keselamatan rakyat Johor, apakah pula fungsi PDRM di Johor? Jika untuk menjaga keselamatan Sultan Johor dan kerabatnya, bukankah sudah ada unit di bawah PDRM untuk menjadi pengiring dan menjaga keselamatan Sultan dan kerabatnya? Jika Polis diraja Johor ini ala-ala bodyguard, boleh kah kerajaan membenarkan perkataan "polis" digunakan? Banyak sebenarnya persoalan.

Melihat kepada statistik jenayah, Johor masih merupakan antara negeri yang tertinggi kadar jenayah selepas Selangor dan Kuala Lumpur. Jika sudah ada PDRM, ditambah lagi dengan Polis diraja Johor, masih tidak mampu untuk mengurangkan kadar jenayah di negeri itu. Jika dilihat statistik jenayah Johor pada tahun 2011 berbanding 2010, penurunan hanya sebanyak 3.2% sahaja. 

Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat pernah memohon kepada Kementerian Dalam Negeri untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan di bawah kerajaan negeri untuk membantu PDRM menurunkan kadar jenayah di negeri tersebut, tetapi tidak pernah diluluskan oleh kerajaan. Itu perihal polis bantuan yang sememangnya dibenarkan penubuhannya di bawah Akta Polis 1967. Tetapi persoalannya, adakah Polis diraja Johor ini pasukan polis bantuan seperti Polis Bantuan Genting, Polis Bantuan Felda, Polis Bantuan UiTM dan sebagainya yang bebas menggunakan logo, rekabentuk, peralatan dan pakaian seragam seperti termaktub di bawah peraturan 6(2) Peraturan-peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970?

Kisah Prebet Adam mengamuk diketahui ramai sebabnya
Jika kewujudan Polis diraja Johor untuk membantu menurunkan kadar jenayah di Johor, bermakna polis bantuan Selangor yang dipohon oleh Pakatan Rakyat juga perlu diluluskan. Tetapi jika kewujudan Polis diraja Johor ini hanya untuk menjaga Sultan dan kerabatnya, perlu kah hanya Sultan di negeri selatan itu sahaja yang memerlukan polis sendiri? Mengapa negeri-negeri beraja yang lain tidak sibuk untuk menubuhkan pasukan polis sendiri? Adakah sebab sendiri bikin jenayah, jadi perlu mempunyai polis sendiri untuk menjaga keselamatan? Siapa tidak tahu, sejak zaman berzaman, keturunan Kesultanan Johor terkenal sebagai kaki pukul rakyat jelata. Yang rakyat jelata bodoh dan berjiwa feudal, selagi tiada ahli keluarga yang kena bunuh atau dibelasah, selagi itu kononnya menyembah taat setia seperti dungu-dungu di satu page facebook itu.

Pada tahun 2010, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 11 kereta termasuk Holden dan Proton Perdana serta 8 buah Harley Davidson dengan jumlah keseluruhan bernilai RM5.5 juta memang patut dipuji, walaupun sebenarnya apabila berbuat kebajikan tidak perlu berheboh-heboh. Dalam kes ini bukan setakat heboh seantero negara, siap hadiahkan kenderaan yang siap berlogo peribadi! 

Diambil petikan ucapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di hari kurnian kenderaan-kenderaa tersebut,

"Tuanku begitu prihatin dalam soal keselamatan dan ketenteraman awam, khususnya seluruh rakyat negeri Johor. Tuanku mempunyai keluhuran budi pekerti dan begitu dermawan" - Tan Sri Ismail Omar

Ketua Polis Negara bercakap mengenai menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, tetapi bukankah kenderaan tersebut digunakan oleh PDRM Johor sebagai kenderaan pengiring Sultan dan kerabatnya? Keselamatan awam apakejadah? Lebih pelik PDRM ditugaskan menjaga keselamatan Sultan dan kerabatnya, tak cukup dengan itu Polis diraja Johor juga perlu? Hidup tak selamat ke mereka anak-beranak ni?

Pengiring PDRM wanita bermotosikal Sultan Johor

Satu lagi persoalan ialah bagaimana PDRM boleh menggunakan logo selain logo PDRM pada kenderaan mereka? Kebiasaannya kita lihat hanya logo rasmi PDRM atau logo Integriti Amalan Kita dan logo Helang Lebuhraya Polis digunakan pada kenderaan-kenderaan rasmi PDRM. Tetapi kesemua kereta dan motorsikal PDRM yang dihadiahkan oleh Sultan Johor ini memakai logo "SI". Pelik juga, boleh pula PDRM menggunakan logo selain logo sendiri? Bagaimana sekiranya setiap Sultan di setiap negeri termasuk Raja Bergelar yang layak untuk mendapat pengiring PDRM, Perdana Menteri dan lain-lain menghadiahkan kenderaan kepada PDRM dan meminta logo peribadi untuk digunakan, adakah PDRM akan terima? Maka akan carca-merba lah PDRM dengan bermacam-macam logo - seperti Uncleseekers menunjukkan logo Richie Rich (RR) di dalam satu artikel di dalam blognya. Ada benarnya.

Kereta Holden PDRM dihadiahkan oleh Sultan Johor dan mempunyai logo peribadi Sultan
Blog entry kali ini lebih kepada persoalan untuk mendapatkan jawapan. Mungkin Datuk Seri Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri dapat menjawap soalan-soalan yang diajukan. Sedangkan pengiring-pengiring PDRM Yang di-Pertuan Agong hanya menggunakan motorsikal dengan logo PDRM, tetapi Sultan Johor gah dengan pengiring bermotosikal PDRM berlogo peribadi. Hebat bukan? Sebab terlalu banyak bodyguard yang terdiri daripada PDRM, JMF, Polis diraja Johor dan sebagainya menjadikan Keturunan Kesultanan Johor terus bermaharajalela memukul dan menumbuk rakyat jelata. Sejarah nenek moyang mereka akan turun hingga ke cucu cicit. Yang si cucu pula kemetot bukan sebarang kemetot, sudah membayangkan mewarisi kesamsengan tok moyangnya.

Pengiring bermotosikal PDRM Yang di-Pertuan Agong yang menggunakan Honda ST1300 dengan logo rasmi PDRM




Biar LANUN berbicara mengenai LANUN,

20 comments:

  1. bakal uncleseekers yg seterusnya,terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ader youtube Kerabat Perak Kata Polis Johor Lanun
      http://www.youtube.com/watch?v=w3GTFUaAbUU

      youtube SI dgn polis2 diorg...ramai giler babeng polid
      http://www.youtube.com/watch?v=GZypHVDIoIE&feature=youtu.be

      Delete
  2. Bro. Boh la statistik dlm blo lu. Guna blogspot punya pun xpe. Free je..

    X lama lg blog ni akan naik mencanak. Pendedahan dengan fakta dan bukti. Inilah yang rakyat mahu...

    Uncleseeker dah senyap dah. Lu lah sebagai uncle seekers klon

    ReplyDelete
  3. We will do the necessary. Thank you for the comments and support. Regards,MalaysiaInCrisi

    ReplyDelete
  4. kelakar la ur statement AMC, nk copy paste uncleseekers punye entry plak, x de modal sendirik ke??? ni smua provokasi yg dtg dr hati yg hasad dengki & jeles sebenarnye, biasa la manusia, mane senang tgk org lain senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. brader, lu tak baca ker dah memang dia refer kat US punya entry...budusss!

      Delete
  5. Hello brader..apa pulak kena mengena dengan uncleseekers,kau ni buta huruf tak tau Baca ke..atau juak umngok Mata Dan hati dah buta tahu menuduh je..kalau cut Dan paste , apasal kau ada Kat sini..mesti kau dah tau semua citer sebelum ini..kuang kuang kantoi ni..nak komen pun biarlah logik Dan MC ni nampak bagus artikel dia orang..kau ke yang jeles? apa macam kalau jeles jangan buat perangai namewee seperti kutuk lindan..relax lah brader, kau yang jeles sebenarnya dan kau yang yang tiada cerita.itu yang kau pun tak da blog datang menyibuk and kutuk orang je..kalau pandai sangat apa blog kau brader? Biar Kami tangok blog kau..mesti kantoi cut and paste artikel Surat khabar agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lame... feudal2 rakyat Johor xde nak menyusahkan org negeri lain... kalau iye pun x suka kerajaan x payah nk tulis bnda2 buruk pasal Sultan JOhor plak (sbb johor bwh BN)... Johor aman damai sentiasa x menyusahkan org negeri lain pun walaupun bil air lebih mahal...

      Delete
    2. Tak nyusah kan mende.....pegi shopping pun neno neno neno bunyi kereta polis mengekor anak anak raja. Meluat org tengok.

      Delete
    3. kerabat2 perak prgi shopping komplex sorang2 tpi dia x tunjuk la yg diri dia tu kerabat ...mati nnti kena peng2...

      Delete
  6. Bagus owner blog buat post macam ni. Untuk dapatkan kepastian yg tak pasti. FYI, Semua DYMM Sultan dan Raja mempunyai escort khas yg dikelolakan oleh PDRM. Unit escort khas ini lah yang akan mengiring Sultan/Raja negeri serta kerabat bergelarnya seperti Tengku Mahkota, Raja Muda, Permaisuri/Sultanah, kerabat bergelar yg lain atau anakanda2 Sultan/Raja. Perbezaan bilangan escort dan peranan anggota bergantung pada skala atau kepentingan majlis/tempat/tujuan itu sendiri. Bezanya di Johor, anggota-anggota PDRM yg ditugaskan untuk mengiring DYMM Sultan Johor serta ahli kerabat dampingnya menggunakan kenderaan-kenderaan yang disediakan sendiri khas oleh DYMM Sultan Johor. Kenderaan2 khas ini juga diselenggara sendiri. Fungsi mereka sama seperti polis pengiring di negeri2 beraja yg lain. Gambar kenderaan "Diraja Johor Polis" di atas memang dikendalikan oleh PDRM sama seperti polis pengiring yg lain cuma bezanya kenderaan2 tersebut termasuk motorsikal Harleys adalah kurniaan DYMM sendiri kpd anggota2 polis sementara negeri2 lain selesa menggunakan kenderaan yg disediakan/dipertuntukkan oleh PDRM iaitu Perdana V6, Motor trafik Honda dan lain2 kenderaan polis yg standard. Isu DYMM Sultan Johor ada kenderaan polis sendiri bukanlah baru cuma rakyat Malaysia tak tahu banyak pasal Johor ni. DYMM Sultan Iskandar ayahanda kpd Sultan Johor yg kini juga menggunakan Rolls Royce dan Holdens sebagai kenderaan pengiring yg dikendalikan oleh PDRM sendiri dengan wang peribadi DYMM sendiri. Sebelum itu pada tahun 30an Sultan Johor pernah mendermakan 10 lori "fire brigade" kepada pihak bomba australia dan beberapa kapal terbang perang kepada British Army.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info yg sangat tepat.

      org Johor tahu bende ni,

      Delete
    2. ye pn x payah la smpai tukar nme bgi kegunaan untk johor je da la

      Delete
  7. -MalaysiaMalaysian-

    Pendedahan uncleseekers klon okay jugak... tapi, tak adil dengar sebelah pihak saja kan? Kenapa tak cuba tanya PDRM dulu?

    ReplyDelete
  8. Let the others talk anything they want. We as Johorean will sit back and stay calm whatever clouded it is. That is Johorean, kitorang tak suka hebah itu hebah ni, lebih baik duduk diam tak payah nak terkinja2 cari salah orang lain. :)

    ReplyDelete
  9. jgn sampai Johor minta keluar Malaysia udah la...korang mcm2 plak ngn Sultan Johor...

    ReplyDelete
  10. tima kasih pada tun M..klu bkn sbb dia.. kuasa kebal raja x dimansuhkn..klu x, lg best la kerabat raja bt jahat x kena undang2... belajar dri sejarah...

    ReplyDelete
  11. baca sini dulu bro.....bkn sultan ada polis sendiri tp kereta 2 diguna untuk mengiringi beliau ke satu2 majlis...dan kereta 2 dibawah kelolaan PDRM
    http://www.mohdnajib27.my/2013/08/di-raja-johor-polis.html

    ReplyDelete
  12. so, jawapannya ape? byk persoalan drp bagi maklumat.. sia2 jela buat blog, ingatkan boleh bagi org faham ttg sesuatu krisis!

    ReplyDelete