Saturday, 14 July 2012

KONFLIK DIRAJA

Terpanggil untuk menulis perkara ini memandangkan isu ini menjadi buah mulut dan percakapan semua pihak namun ianya tidak jugak kita baca di mana-mana akhbar media masa kerajaan ataupun pembangkang. Inilah yan dipanggil “Freedom of Press” yang mana tidak mungkin wujud selagi manusia politik bertopengkan watak-watak lakonan dalam segala perihal dan hanya mementingkan diri sendiri.

Akhirnya kita juga sebagai rakyat menangung segalanya untuk mereka melakonkan watak-watak seperti Pendekar, Pahlawan, Pendita, Santa Clause, Ahli Tilik dan pelbagai watak yang menakjubkan kita semua.



Seorang peguam meminta bantuan dan terpaksa lari ke luar negara walau apa alasan beliau  dan dimanakah Majlis Peguam Negara (Bar Council) yang lantang berani menentang segala undang-undang namun tidak berani bangun untuk mempertahankan seorang peguam yang meminta rayuan dengan penuh ketakutan.Dimanakah  Majlis Peguam Negara yang seharusnya berdiri teguh menjaga kebajikan dan mempertahankan hak seorang peguam dalam menjalankan tugas mereka. Mungkin juga mereka sibuk dengan urusan Bersih 3 atau sibuk bermesyuarat bawah pokok memandangkan majlis peguam Malaysia juga boleh dikatakan satu-satunya badan peguam yang pernah menjalankan mesyuarat bawah pokok untuk ahli-ahlinya di dunia ini. 


Sejarah dan filem-filem P.Ramlee banyak mengajar kita bagaimana penasihat dan pembesar boleh menegur dan memberi nasihat. Tidak pula Pengarah & Pelakon filem-filem  P Ramlee ditangkap dibawah akta hasutan memandangkan banyak lakonan filem mereka memperlekehkan raja-raja  dan sudah pasti ramai raja raja juga tertawa melihat cerita P Ramlee seperti  Nujum Pak Belalang yang penuh dengan pelbagai komedi lakonan membabitkan istana.Tertulis jelas senrai nama-nama yang sepAtutnya ditahan dibawah Akta Hasutan.

Takhta Raja amat tinggi martabatnya dan rakyat menjunjung kasih raja yang meletakkan kepentingan pada rakyat.Rakyat Malaysia sememangnya mengasihi raja mereka dan ini adalah hakikat. Kita dapat lihat bagaimana rasa hormat dan kasih kita kepada raja-raja yang menjalankan peranan mereka dengan penuh adap dan menjaga martabat dan meletakkan kepentingan rakyat di hati mereka. Ramai juga yang tidak pernah kita dengar gossip mahupun sebarang berita kurang baik  dan ini mempermudahkan kita mengasihi dan menghormati raja tersebut. Inilah yang kita katakan Raja turun dari kayangan .

Konflik diraja yang kita baca dan kecoh diperkatakan masa ini amat memalukan institusi diraja itu sendiri. Lebih agresif tindakan istana lebih buruk pihak istana  diperlihatkan dan inilah yang terjadi dengan melihat cerita yang selama ini senyap menjadi seperti api yang membakar minda rakyat Malaysia dalam menilai seorang raja.
Adakah tidak bersyukur kita pada takhta dan martabat yang telah Allah kurniakan? Dilahirkan sebagai keluarga diraja dan disanjung dan dikasihi rakyat.Adakah masih perlu mengejar projek balak,projek judi dan lumba kuda,  projek-projek kerajaan dan adakah perlu juga memperlihatkan kelemahan diri pada rakyat yang menjunjung kasih terhadap mereka.



Konflik diraja yang berlaku hari ini menyebabkan pelbagai andaian dan rintihan samaada yang baik atau buruk diperlihatkan pada rakyat. Adakah ini perlu diteruskan atau seharusnya raja raja mula memperlihatkan kepentingan diri mereka terhadap rakyat dan jangan membiarkan ego yang berterusan mengikis rasa hormat dan kasih kepada raja hilang dari jiwa rakyat..Cerita sensasi seperti di Twitter, Unclee Seekers, Rayuan Seorang Peguam, Kes Gaduh dan sebagainya merosakkan institusi raja dan mnyusahkan rakyat dalam menghormati seorang raja. Walaupun ada pihak yang cuba menyokong tindakan pihak istana, tetapi usaha ini seperti menegakkan benang yang basah dan yang lebih bijak adalah tidak membenarkan konflik di raja berlaku dan dipertontonkan kepada rakyat.

Cukuplah sudah segala pekung di dada di paparkan di mata dan minda rakyat dan seharusnya majlis raja raja bertindak dalam memperbaiki imej raja raja dan letakkan diri mereka sebagai seorang raja berjiwa rakyat yang benar benar ikhlas dan menyayangi rakyatnya.

Dimanakah maruah dan martabat diraja apabila rakyat mengungkap kata kata caci hina seperti di twitter dan facebook. Agak malang, majlis raja raja hanya mampu berdiam dan seharusnya bangun memeperbetulkan keadaan yang sememangnya sedang krisis.
Akhir kalam, Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Harap Di Ampun. Inilah yang patik dapat ungkapkan kepada semua demi raja berdaulat. Jangan pula patik dihukum pancung (Cerita P.Ramlee) kerana berkata benar dan jangan kita jadikan konflik diraja umpama Cerita Nujum Pak Belalang yang ditayangkan dan dipertontonkan pada rakyat dan akhirnya raja juga hilang kedaulatanya. Mungkin seorang boleh dihukum dan diaibkan tetapi tidak mungkin titk hitam pada diri seorang raja dapat dipadamkan dari minda rakyat walau sejauh mana kembara  di raja mendekati rakyat.Daulat Tuanku!!

No comments:

Post a Comment