Pada 11 Julai 2012 yang lalu, artikel Cicit Daeng bertajuk Polis diraja Johor mempersoalkan kewujudan Polis diraja Johor yang tidak diketahui tujuan penubuhannya - adakah di bawah Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau dikenali sebagai Johor Military Force (JMF) atau adakah ditubuhkan sebagai polis bantuan yang dibenarkan di bawah penubuhan Akta Polis 1967 atau adakah hanya sebagai security guard?
![]() | ||||
Albert Baker |
"Adakah betul JMF ditubuh hanya untuk menyelamatkan Sultan Johor yang telah disaman di England kerana melakukan pecah janji atau tak jujur pada janji nya kepada seorang wanita ? Ini berkaitan kes Mighell vs The Sultan of Johor? Adakah benar dari fakta kes itu, sudah pasti Sultan akan kalah kes , jadi dia cuba mengguna taktik berbelit sedikit iaitu mengunakan alasan 'raja berkedaulatan atau sovereign' sebagai cara lepaskan diri dari tindakan mahkamah - E-mail Kamal Hisham yang disiarkan dalam blog Unclessekers
![]() |
Petikan akhbar Straits Times, 12 Disember 1893 |
Melihat daripada tarikh-tarikh tersebut jelas menunjukkan penubuhan JMF tiada kena-mengena dengan kes Mighell v. the Sultan of Johore seperti yang didakwa di dalam blog Uncleseekers.
Jadi, apakah alasannya JMF ditubuhkan?
Umum mengetahui keturunan Kesultanan Johor yang memerintah negeri Johor pada hari ini bukanlah waris kesultanan Johor yang sah. Mereka hanya berketurunan Temenggong, bermula dari Temenggung Daeng Ibrahim yang menggunakan tipu-helah dan muslihat untuk memerintah negeri Johor.
![]() |
Nobat Kesultanan Johor Lama yang diberikan kepada Kesultanan Terengganu apabila Kesultanan Riau-Lingga runtuh. Nobat ini tidak diserahkan kepada keturunan Temenggong yang merajakan diri di Johor. |
Umum juga mengetahui JMF ditubuhkan ekoran daripada perjanjian Anglo-Johor Treaty 1885. British menasihati Sultan Johor untuk memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi institusi diraja dan juga negeri Johor. Selepas ini juga lah iaitu pada 1 Julai 1886, Maharaja Abu Bakar mula memakai gelaran Sultan.
Persoalannya, mengapakah British menasihati Maharaja Abu Bakar untuk memiliki tentera sendiri?
1. Serangan Si Bongkok terhadap Temenggung dan British
Lagu
rakyat negeri Johor "Tanjung Puteri" dikatakan dicipta sekitar tahun
1950an bukan sahaja menceritakan mengenai keindahan negeri Johor, tetapi
terdapat perkara yang perlu dikaji sejarahnya. Dalam lirik lagu
tersebut ada disebut "Pusara Si Bongkok di lereng bukit, di tepi pantai Tanjung Puteri".
Siapa Si Bongkok yang dimaksudkan? Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak. Si Bongkok adalah merupakan seorang pahlawan Melayu yang menentang campur tangan British dalam pentadbiran dan ekonomi Johor dan juga menentang Temenggung Johor yang menjadi pemerintah de-facto Johor. Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Daeng Ibrahim dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Sultan Ali.
Si Bongkok dan pengikutnya menyerang kapal-kapal yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri dan Singapura. Tindakan itu menyebabkan aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot. British dan Temenggung Ibrahim menghantar angkatan laut Johor diketuai Laksamana Daeng Alek untuk menyerang Si Bongkok. Serangan demi serangan gagal untuk mengalahkan Si Bongkok. Paglima Putih yang merupakan adik Si Bongkok adalah pengikut kepada Temenggung Ibrahim. Dikatakan Si Bongkok dan Palima Putih mencintai gadis yang sama iaitu Tanjung, anak kepada Datuk Penggawa Timur. Berlaku pergelutan antara mereka berdua dan Si Bongkok terbunuh. Ada sumber mengatakan dalam pergelutan tersebut Si Bongkok membunuh diri dengan menggunakan senjatanya kerana tidak sanggup untuk bergaduh dengan adiknya sendiri. Persoalannya benarkah Si Bongkok membunuh diri? Mungkin sengaja direka-reka oleh mereka yang membenci perjuangan Si Bongkok yang menentang British dan Temenggung Ibrahim.
Kisah Si Bongkok yang menentang Temenggung Ibrahim dan British ini kemungkinan berlaku sekitar tahun 1855 hingga 1877. Mengapa 1855? Kerana ini adalah tahun dimana pusat pentadbiran Johor dipindahkan dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri. Dan 1877 adalah tahun dimana Sultan Ali mangkat. Penentangan Si Bongkok mungkin berlaku di dalam tempoh tersebut. Si Bongkok seakan dilupakan sejarahnya tidak seperti pahlawan menentang penjajah yang lain seperti Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan lain-lain adalah kerana Si Bongkok bukan sahaja membenci penjajah tetapi turut membenci Temenggung yang merampas hak Kesultanan Johor yang sah. Dan keturunan Temenggung yang dibenci itu lah merupakan keturunan Kesultanan Johor pada hari ini.
Si Bongkok dan pengikutnya menyerang kapal-kapal yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri dan Singapura. Tindakan itu menyebabkan aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot. British dan Temenggung Ibrahim menghantar angkatan laut Johor diketuai Laksamana Daeng Alek untuk menyerang Si Bongkok. Serangan demi serangan gagal untuk mengalahkan Si Bongkok. Paglima Putih yang merupakan adik Si Bongkok adalah pengikut kepada Temenggung Ibrahim. Dikatakan Si Bongkok dan Palima Putih mencintai gadis yang sama iaitu Tanjung, anak kepada Datuk Penggawa Timur. Berlaku pergelutan antara mereka berdua dan Si Bongkok terbunuh. Ada sumber mengatakan dalam pergelutan tersebut Si Bongkok membunuh diri dengan menggunakan senjatanya kerana tidak sanggup untuk bergaduh dengan adiknya sendiri. Persoalannya benarkah Si Bongkok membunuh diri? Mungkin sengaja direka-reka oleh mereka yang membenci perjuangan Si Bongkok yang menentang British dan Temenggung Ibrahim.
Kisah Si Bongkok yang menentang Temenggung Ibrahim dan British ini kemungkinan berlaku sekitar tahun 1855 hingga 1877. Mengapa 1855? Kerana ini adalah tahun dimana pusat pentadbiran Johor dipindahkan dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri. Dan 1877 adalah tahun dimana Sultan Ali mangkat. Penentangan Si Bongkok mungkin berlaku di dalam tempoh tersebut. Si Bongkok seakan dilupakan sejarahnya tidak seperti pahlawan menentang penjajah yang lain seperti Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan lain-lain adalah kerana Si Bongkok bukan sahaja membenci penjajah tetapi turut membenci Temenggung yang merampas hak Kesultanan Johor yang sah. Dan keturunan Temenggung yang dibenci itu lah merupakan keturunan Kesultanan Johor pada hari ini.
2. Perang Jementah
Perang Jementah berlaku disebabkan sikap imperialis Temenggung Ibrahim dan anaknya Temenggung Abu Bakar yang ingin meluaskan lagi kekuasaannya ke atas Muar-Kesang yang menjadi hak Sultan Ali dan keturunannya di bawah Perjanjian 10 Mac 1855. Bodoh sangat kah Sultan Ali yang hanya menerima Muar-Kesang sedangkan lain-lain daerah dikuasai Temenggung Ibrahim? Ini lah muslihat Temenggung Ibrahim dan British yang kononnya akan menjadikan Melaka sebagai kota pemerintahan baginda. Itu sebabnya Sultan Ali dibenarkan tinggal di Melaka dan mangkat di Umbai, Melaka.
![]() |
Tengku Mahkota Muar jauh lebih handsome dari TMJ katik |
![]() |
Wujudkah penulis yang berani menulis sejarah yang benar? |
TAMMAT
Jadi, penentangan yang berterusan terhadap keturunan Temenggung yang merajakan diri sendiri dan menjadi penjilat tegar penjajah British adalah sebenarnya faktor mengapa JMF ditubuhkan. Ini adalah fakta yang tidak berani disentuh oleh mana-mana buku sejarah yang kebanyakannya dikarang oleh pihak yang menang.
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan oleh Uncle Seekers, masih relevan atau tidak JMF? Jawapannya adalah YA!




5. JMF juga memainkan peranan penting bagi kes-kes yang rakyat secara umumnya sudah pun tahu. Sebagai contoh rujuk kes-kes Public Prosecutor v. Tengku Mahmood Iskandar & Anor., (1973) Public Prosecutor v. Tengku Mahmood Iskandar & Anor., (1977), Peristiwa Gomez 1992 dan lain-lain lagi. Peristiwa Gomez 1992 sudah cukup menceritakan tugas JMF. Menurut kisahnya, Douglas Gomez dipanggil mengadap di Istana Bukit Serene pada 30 November 1992. Sultan Johor yang memukulnya dikelilingi 6 lelaki berseluar jeans dan berbaju-T serta antara 10-12 orang askar JMF. Itu satu contoh penglibatan JMF memukul rakyat, banyak lagi kes yang rakyat pun tahu. Begitu banyak jasa dan bakti JMF kepada rakyat jelata yang membayar gaji mereka.
![]() |
Contoh jadual gaji askar JMF berpangkat Kapten |
![]() |
Kem baru JMF seluas 20.71 hektar dijangka siap 2014 |
JMF adalah perlu untuk memastikan keselamatan Sultan dan kerabatnya yang takut dengan bayang-bayang sendiri, juga penting sebagai kuli batak dan bodyguard. Mungkin itu saja yang mampu dibuat kerana sejarah menunjukkan betapa pengecutnya mereka sewaktu negara betul-betul memerlukan mereka.
Kerajaan Johor memperuntukkan RM118.7 juta untuk membina kem baru JMF di Jalan Datin Halimah, Johor Baharu harus dipuji. Biarlah rakyat menanggung perbelanjaan askar-askar yang menjaga Sultan Johor dan kerabatnya. Sebagai balasan kepada rakyat yang memberi askar-askar dan anak isteri mereka makan dan minum - mungkin akan ada lagi rakyat yang ditumbuk dan disepak terajang. Persetankan dengan rakyat, yang penting bayangan tuhan dimuka bumi ini dijaga dengan sebaik-baiknya.
Sejarah di sekolah ditulis oleh orang-orang yang menang,
mati2 laaa ingatkan depa ni sultan johor yg bayaq.....rupa2nya duit rakyat gak
ReplyDeleteTuan TT, berape elaun depa nih yg x diambik....pastu berapa plak duit poket kita kena bayaq askar2 ni?? belum campuq bayaq api letrek istana, gaji tukang masak tukang kebun jaga2 istana....aduyaiii
tahniah kerana berjaya membongkarkan sejarah yg hendak dipadamkan oleh pihak yg berkuasa di Malaysia nih. Ingatkan dah xde org yg tau pasal nih, maklumlah majoriti org Malaysia skg nih buta sejarah! saya harap admin dapat 'post' sejarah melayu sebenar berdasarkan 'fact' lebih byk lagi dan tidak hanya tertumpu pada Melayu Malaysia shj tetapi turut kepada Melayu Sumatera, Selatan Siam, Sltn Kemboja dan Filipina.
ReplyDeleteerrrr, dalam keratan akhbar diatas sekali, siapa Albert Baker?!! nama tak macam raja melayu pon?!!
ReplyDeletesejarah sendirik boleh diputar belitkan,,, nie kn lagi si penulis blog nie... cemburu dengan apa yang ada di johor... orang johor tak bising pun,, yg laen pulak nk bising..
ReplyDeletebtol2 aku sokong kau anonymous...o johor xde bising2 pn mlh brbangga sbb jhor ad tntra sndri xmcm ngeri2 lain...
DeleteDiorg ni tahu ke sultan johor ni antara sultan terkaya kat dunia ni? Dari zaman tok nenek sultan ibrahim lagi dah memang kaya raya. Kat Malaysia ni sultan johor yg paling kaya. Ada kereta beratus ratus buah. Bukan tu jer derma motor harley dan kereta kpd polis lagi!
Deletekau kaya ke x?
Deletehairan aku...satu negara ada dua pasukan tentera. Adakah Tanah Melayu sudah merdeka atau belum?
DeleteHmm..satu cerita sejarah yg menarik tp elaboration bias..frankly say suma org johor pn tau sultan johor ada darah bugis bkn pure dari sultan melaka masa isu sekat pengaruh minang lagik..tp rasanya rakyat johor xbising pn..neway,congrates with da finding n tq 4 da info..
ReplyDeletesejarah dunia pun boleh diputarbelitkan, inikan pula johor sahaja...inilah kerja org busuk hai dgn johor..
ReplyDeleteKalau btol info ni tipu knp perlu block blog ni? kira memang btol la kn psl benda ni. Sejarah ditulis dan direka bg pihak yang menang. Johor bersultan kn keturunan temenggong. Dasar lanun. Kesian org johor, buta sejarah sendiri. Kena fhm apa maksud luaskan kuasa mu lanun sebenarnya.
ReplyDeleteTemenggung Daeng Ibrahim adalah cicit kepada Sultan Abdul Jalil IV anak kepada Tun Habib Abdul Majid Bendahara Johor.. Sultan Terengganu pula Tun Zainal Abidin juga adalah anak Kepada Tun Habib Abdul Majid Dan Sultan Pahang adalah dari keturunan BendaharaTun Abas anak kepada Sultan Abdul Jalil IV..
ReplyDeletebetul ker ada salasilah dati tun habib??leh tahu nama datuk temenggung daeng ibrahim??jangan kata pulak sultan abd rahman muazzam shah(tengku jumaat) bapa temenggung daeng ibrahim....
DeleteTun Abdul Jalil (Sultan Abdul Jalil IV) adalah Bendahara Johor yg mengambil alih pemerintahan Johor setelah keturunan Sultan Melaka terakhir Sultan Mahmud dibunuh oleh Laksamana Megat Seri Rama..
ReplyDeleteSultan Abdul Jalil IV adalah Sultan Johor yg ke 11 dan yg pertama dari Keturunan Bendahara.. Beliau juga adalah sepupu kepada Sultan Mahmud pewaris Sultan Melaka yg mangkat dijulang..
ReplyDeletesetahu aku Sultan abdul jalil keturunan bugis(Raja Haji 5 bersaudara) bukan keturunan sultan melaka.kalau salah tolong betulkan
ReplyDelete