Tuesday 10 July 2012

Raja Turun dari Kayangan

"Putri Santubong Putri Sejinjang
Penjaga gunung Negeri Sarawak
Manis sik ada dapat dilawan
Anak dak dewa turun kayangan"

Itu antara bait-bait lirik lagu Puteri Sentubong. "Anak dak dewa turun kayangan" - adakah benar puteri-puteri raja ini turun dari kayangan?

Mengikut lagenda, kedua-dua puteri ini adalah merupakan anakanda kepada Sultan Brunei yang telah melarikan diri apabila ayahanda mereka dibunuh. Semasa dalam pelarian dan tiba di Bukit Sentubong, orang-orang Dayak yang selalu ke kawasan bukit tersebut tergamam apabila secara tiba-tiba menemui dua orang puteri raja yang tersangat cantik, maka mereka pun menganggap puteri-puteri raja ini "turun dari kayangan".

Adakah benar kedua-dua puteri ini turun dari kayangan? 

Pedang Cura Simanja Kini
Begitu juga kisah Sang Sapurba yang dikatakan berketurunan Raja Iskandar Zulkarnain turun dari kayangan dan muncul di Bukit Siguntang Mahameru bersama dua saudaranya, Sri Nila Utama dan Sri Krishna Pandita. Menurut Sejarah Melayu, ketiga-tiga putera raja tersebut adalah merupakan anakanda kepada Raja Suran dan Puteri Mahtabul al-Bahri yang merupakan puteri Raja Aftab al-Ardzi dari kerajaan Basram di bawah laut. Dari keturunan Sang Sapurba inilah lahirnya Kesultanan Melayu Melaka dan satu-satunya warisan Kesultanan Melaka yang masih tinggal di Tanah Melayu adalah Kesultanan Perak. Pedang Cura Simanja Kini yang berada di dalam simpanan Sultan Perak dikatakan milik Sang Sapurba dan menjadi salah satu alat kebesaran Kesultanan Perak

Persoalannya, adakah benar Sang Sapurba tiga beradik turun dari kayangan?

Jika dikaji sastera-sastera Melayu memang banyak mengisahkan perihal raja-raja, putera dan puteri raja, dan pasti terjumpa kisah raja turun dari kayangan, contohnya puteri turun dari kayangan seperti dalam syair Puteri Bertujuh Turun Bersiram.

Dahulu kala, bangsa Melayu percaya raja-raja adalah berketurunan dewa dimana doktrin Hindu-Buddha menyatakan raja adalah penitisan dewa (incarnation). Dari sinilah wujudnya konsep Dewaraja di mana raja dianggap sebagai titisan Dewa Siva atau Dewa Vishnu.

Dari satu lagi aspek, “raja turun dari kayangan” membawa erti “private”. Raja dan putera-puteri raja yang sekali-sekala keluar dari istana, dengan pakaian yang cantik-cantik dan di dandan rapi seolah-olah turun dari kayangan. Aura diraja itu datang dengan sendirinya. 

Motor Harley-Davidson Street Glide milik Sultan Johor
Sekali-sekala keluar dari istana bukan bermakna tidak mendekati rakyat dan bukan makna seseorang raja itu tidak berjiwa rakyat. Buat apa mendekati rakyat, kononnya raja berjiwa rakyat tetapi masuk ke kampung-kampung dengan motor Harley-Davidson Street Glide, pengiring-pengiring Sultan yang terdiri dari outriders polis, bomba dan sebagainya yang terlalu ramai dan budak-budak sekolah dikerah untuk berbaris panjang untuk menyambut rombongan Sultan! Belum lagi kereta-kereta besar keluar dari garage istana untuk ditayangkan kepada rakyat jelata!
Outriders polis mengiringi rombongan KMJ
Orang-orang kampung pun ternganga melihat rombongan Sultan. Pemuda-pemuda kampung yang setakat mengambil upah mengait kelapa hanya mampu menelan air liur melihat motor-motor berkuasa besar di depan mata, “hidup mati balik pun tak merasa nak pakai motor ni” hanya itu mampu untuk berkata. Apa makna raja berjiwa rakyat? Setiap kali berlangsungnya Kembara Mahkota Johor (KMJ), terpampang di dada-dada akhbar kisah seorang “raja berjiwa rakyat”. Apa yang berjiwa rakyatnya? Rakyat naik motor kapcai Honda Cup, tapi raja bermotosikal Harley-Davidson. Tidak wujud sebenarnya istilah “raja berjiwa rakyat” dalam konteks ini. 

Aura seseorang raja itu dilihat dari karismanya, dari perilakunya dan dari tutur katanya. Sedih juga apabila membaca twitter seorang Tengku Mahkota yang bakal mewarisi takhta Kesultanan Johor yang amat rendah taraf bahasa dan mentalitinya. 
Ayat seorang bakal raja dalam menjawab isu blog Uncleseekers. Walau marah sekalipun tidak perlu berbahasa sedemikian rupa. Biar lah orang lain yang berbahasa kasar kepada kita, tidak perlu cepat melatah!
Bukan itu saja, telah berkali-kali seorang Tengku Mahkota berbicara seperti kurang ilmu di dada. Lebih menampakkan ke-tidakmatangan dan kurangnya upaya intelektual apabila bergaduh di twitter dan disaksikan lebih 50,000 pengikut twitternya. Biarlah orang menggelarkan diri “Prince of Damansara” ke, “King of Ampang” ke, perlu kah menggunakan perkataan yang hina dan menunjukkan betapa rendahnya taraf seorang pewaris takhta?

@HRHJohor2: Only a Lower aja trying to be something they're not. Prince of damansara my ass!

Ulasan lanjut mengenai kes Tengku Mahkota Johor vs Caprice ada diulas dengan baik sekali di blog  Not So Royal, After All oleh Tuah Teja.

Tidak habis di situ, twitter juga digunakan oleh TMJ untuk menunjukkan kepada lebih 29 juta rakyat Malaysia betapa bimbonya seorang pewaris takhta, sebagai cotoh twitter mengenai artis Neelofa.

@HRHJohor2: Berangan and Hati Busuk tak boleh tengok orang senang, suka menjatuhkan orang. Pretend to be Virgin but Not. Act all Innocent but No. FAKE! RT @Tengku MarissaSh: Hello @HRHJohor2 if you don't mind,may I know why did you hate Neelofa that much? :)

Juga diulas dengan baik di blog Still Not So Royal, After All oleh Tuah Teja.

Tiada langsung aura putera raja turun dari kayangan, yang segala-galanya indah, dari rupa paras, perilaku hingga ke tutur bahasa. Apabila kerap ber-tweet melayan rakyat, semakin terserlah kebodohan diri. Kembalilah kepada konsep “anak raja turun dari kayangan” yang hanya sesekali keluar pagar istana dengan pakaian yang indah-indah, perilaku dan tutur kata yang berkarisma. Baru lah aura diraja itu hadir dengan sendirinya.

Jadi lah seperti  pewaris takhta Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Walaupun lahir dan dibesarkan sebagai rakyat biasa tetapi aura diraja itu ada. Beliau tidak tweet untuk mengingatkan bangsa Melayu dengan bahasa yang begitu hodoh sepertimana yang TMJ tulis di twitternya.



Seperti "anak raja turun dari kayangan", Raja Nazrin muncul sekali-sekala dengan ucapan-ucapan dan pidato yang memberi kesan kepada rakyat. Sama seperti TMJ yang risau akan orang Melayu cuba menjatuhkan institusi beraja tetapi dengan menggunakan bahasa yang hodoh (terutamanya part "Kalau dah susah, jangan sibuk nak mencari Raja"), Raja Nazrin lebih awal tampil mengingatkan rakyat mengenai kepentingan institusi beraja melalui 7 wasiat Raja-Raja Melayu

Bukan itu sahaja, Raja Nazrin secara konsisten terus mengingatkan rakyat mengenai pentingnya institusi beraja dan juga tidak lepas dari menasihati golongan istana bahawa tidak mustahil takhta istana akan berpindah ke muzium satu hari nanti atas sikap raja itu sendiri. Satu petikan dari pidato Raja Nazrin yang agak menarik bertajuk "Institusi Beraja" disampaikan di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) pada tahun 2008 berbunyi,

"Dengan berada di takhta yang lebih tinggi, Raja hanya terlibat pada waktu dan ketika yang diperlukan," - Raja Dr. Nazrin Shah

Berbalik kepada konsep "anak raja turun dari kayangan" tadi, raja hanya perlu muncul pada waktu tertentu saja seolah-olah raja turun dari kayangan untuk menyelamatkan keadaan. Tiba-tiba raja itu muncul untuk menyelesaikan sesuatu masalah, memberi pedoman kepada rakyat jelata dengan bahasa yang indah-indah dan budi pekerti yang baik-baik. Ini bermakna seseorang raja itu tidak perlu lah sibuk membicarakan hal-hal berkaitan dara atau tidak seseorang artis itu, juga tidak perlu sibuk jika ada rakyat yang mengelarkan diri “Prince of Damansara”, “King of Ampang”, “Queen of Sentul” dan sebagainya. Faham tak? Bak kata Tukartiub - "kalau bodoh jangan cakap kat orang!"

Raja Nazrin berbicara mengenai DEB
Raja Nazrin menjadi Raja Muda Perak pada usia yang muda iaitu 28 tahun. Tidak banyak bezanya dengan TMJ. Yang membezakan mereka ialah tahap kehandsomean dan intelektual. Sorang walaupun umur 56 tahun tapi tetap handsome dan mempunyai aura dan karisma. Dari segi intelektual, memang terlalu jauh tahap pendidikan jika ingin dibandingkan antara mereka berdua. Pada usia yang muda, Raja Nazrin sudah memegang BA (Hons) Philosophy, Politics and Economics dari Oxford University. Kemudian Master dan PhD dari Harvard University. TMJ pula hanya seorang askar, walau pun kemetot (mungkin tinggi minimum untuk menjadi askar atau memang tidak cukup tinggi tetapi dicukupkan?) tidak menjadi soal, satu hari nanti TMJ bakal menjadi Brigadier-General seperti Sultan-Sultan Johor sebelum ini kerana Askar Timbalan Setia (JMF) kepunyaan sendiri iaitu bodyguard Sultan Johor dan kerabatnya. Tidak menghairankan!

"Anak raja turun dari kayangan" juga tidak akan menjaja kisah peribadi, kisah cinta dan gosip murahan kepada rkayat jelata. Semuanya adalah "private". Kisah cinta TMJ dengan Fasha hingga lah kepada percintaan dengan pelakon Fazura menjadi gosip murahan di akhbar dan majalah non-intelektual. Belum lagi gambar-gambar mesra dan tweet romantis antara @HRHJohor2 dan @missfazura menjadi bualan rakyat. Berbangga atau  tiada kemaluan? @HRHJohor2: Love you baby @missfazura dan @missfazura: Love you sayang RT @HRHJohor2: Love you baby @missfazura. Bukan romantis, tapi low class

Pertama kali muncul di akhbar hanya selepas usia 3 tahun
Berbalik kepada contoh Raja Nazrin tadi (walau pun boleh diletakkan contoh raja dan putera-putera raja yang lain, tetapi meamandangkan contoh di atas adalah Raja Nazrin, maka dalam entry ini kita berbicarakan mengenai Raja Nazrin sahaja), selepas kahwin rakyat jelata pun tidak tahu kisah di sebalik pagar istana, dengar-dengar sudah dapat seorang putera dan baru-baru ini lahir pula seorang puteri. Apabila putera Raja Nazrin sudah berusia 3 tahun, baru itulah pertama kali keluar di akhbar tempatan. Mungkin itulah pertama kali Raja Nazrin membawa puteranya keluar ke majlis-majlis? Seperti putera raja turun dari kayangan, rakyat hanya dapat berjumpa atau melihat gambar putera-puteri raja sekali-sakala sahaja.

Satu artikel Raja Zarith Sofia dalam The Stars Mengenai blog
 Itu kisah Raja Nazrin. Bukan untuk membandingkan tetapi yang baik cuba contohi dan jadikan tauladan. Jika tidak boleh jadi sehebat Raja Nazrin pun, jadi lah sehebat bonda sendiri - Raja Zarith Sofia, graduan dari Oxford University dan menulis dalam kolum "Mind Matters" akhbar The Star. Mungkin genetic sebelah ayahanda tidak berapa nak cerdik sangat, harap-harap dapat lah sedikit genetic dan mencontohi bonda.

Lahir sebagai anak gahara - ayahanda adalah putera kepada Sultan Johor dan bonda adalah puteri kepada Sultan Perak tidak menjanjikan aura sebagai anak raja itu bersinar dalam diri. Bukan juga dari harta berjuta ringgit. Aura dan karisma itu datang dengan sendirinya, dari kecantikan luaran dan dalaman, dari baik tata susila dan sopan tutur katanya. Raja seharusnya bijaksana. Sastera dan hikayat lama selalu menceritakan perihal raja yang bijaksana dalam urusan mentadbir negara. Kembali semula membaca hikayat lama, dari mana datangnya ayat "raja turun dari kayangan", mesti ada sebab dan musababnya.


Penulis Jemputan Malaysia in Crisis,

8 comments:

  1. Indeed a very good article

    ReplyDelete
  2. veryyyy coool blog brooo...keep it up... TMJ my ass!!!

    ReplyDelete
  3. raja harus menjaga daulatnya bukanya memaksa rakyat mendaulatkan raja.kalu raja tidak mampu menjaga daulatnya jangan hairan andaiya raja akan bersemayam di muzium negara.

    ReplyDelete
  4. banyak cite ttg raja johor. Bagaimana ttg kesultanan perak. Kalu x salah perak ada 5 raja. Raja hulu, hilir, tengah dan apatah lagi. Raja nazrin sepatutnya x jd raja muda lg. Kerana turn bapa dia. Ada sesapa boleh ulas? Atau berani ulas(kena cekup kang)? Hehehe...

    ReplyDelete
  5. Salam Joe,

    Insyallah penulis Cicit Daeng akan berkongsi kisah Sultan Perak pula selepas ini. Nantikan entry seterusnya tidak lama lagi. Akan diulas.

    ReplyDelete
  6. Cerita sultan pahang dan asal usul nya...boleh kupaskan x fakta yg sbenar.....cerita fakta ttg blog ney mmg best diterima akal....thanks and good info.....

    ReplyDelete
  7. NEGARA YANG PALING RAMAI MEMPUNYAI RAJA DAN SULTAN DALAM DUNIA IALAH MALAYSIA. BERAPA UNTUNG RAKYAT MEMPUNYAI RAJA DAN SULTAN INI? DAN BERAPA PULA RUGINYA RAKYAT MEMPUNYAI RAJA DAN SULTAN SEBEGINI?

    ReplyDelete