Friday 27 July 2012

Rosmah FLOM melampaui Queen Elizabeth II


First Lady of Malaysia (FLOM) vs Queen Elizabeth II

Membandingkan antara First Lady of Malaysia (FLOM), Datin Seri Rosmah Mansor dengan Queen Elizabeth II umpama langit dan bumi. Setahu kita jauh jaraknya bumi dan langit dan mungkin kita boleh menilai berapa tinggi dan rendah kedudukan antara mereka. Jika nak dibandingkan dengan Raja Permaisuri Agung pun dah tidak boleh kerana dia gelarkan dirinya First Lady of Malaysia. Kenapa disebut dia menggelarkan dirinya sebagai First Lady of Malaysia? Sebenarnya Datin Seri Rosmah Mansor ini kedudukan dia hanya sebagai ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA. Tiada perkataan First Lady of Malaysia dalam perlembagaan Malaysia atau mana-mana undang-undang yang yang mengiktirafkan jawatan tersebut. Bandingkan handbag seorang Isteri Perdana Menteri dengan Seorang Raja Permaisuri England.


Harga handbag Queen Elizabeth II untuk Royal Wedding dianggarkan antara RM 3,000-RM5,000. Itu handbag seorang Raja Permaisuri dan memiliki harta berzaman dari zaman penjajahan lagi dan mereka juga terikat kepada pelbagai suara rakyat yang berhak menyoal pebelanjaan istana dan ini membuatkan mereka lebih berjaga dalam membelanjakan duit rakyat.
Berapa pula harga handbag First Lady of Malaysia dekat ebay? ebay adalah antara harga termurah sebagai rujukan dan inilah kebenaran harga handbag First Lady of Malaysia.Bersandarkan bukti dan realiti yang jelas di mata rakyat, FLOM memiliki koleksi pelbagai warna handbag Hermes Birkins. Antara yang pernah digayakan oleh FLOM dengan tiada rasa malu kepada rakyat adalah:


Harga handbag  First Lady of Malaysia, USD 94,950.00 bersamaan dengan RM 360,810.00
Gaji Perdana Menteri sebulan RM 23,000 sebulan bersamaan RM 276,000.00 setahun
 Gaji Perdana Menteri  setahun pun masih tak cukup nak belikan isteri handbag Hermes Birkin idaman First Lady of Malaysia @ Isteri Perdana Menteri 
Itu perbandingan dengan Queen Eizabeth II dan belum lagi dengan DYMM Raja Permaisuri Agong. Takut malu pula DYMM Raja Permaisuri Agong apabila First Lady of Malaysia melampaui DYMM Raja Permaisuri Agong.Sudahlah mahkota First Lady of Malaysia dikebas dari DYMM Raja Permaisuri Agong  dan jangan Hermes Birkins pun dia yang lebih. Mungkin DYMM Raja Permaisuri Agong ada Hermes Birkins tetapi mungkin tidak sebanyak First Lady of Malaysia.

First Lady of Malaysia (FLOM) vs Princess of Duchess


First Lady of Malaysia melampaui Princess of Duchess.  Harga handbag Princess of Duchess Kate hanya dalam lingkungan RM 4,500-RM 5,500 sahaja.
Tahniah First Lady of Malaysia!!
Rakyat Britain agak berbangga dan mula bercerita dan bersangka baik terhadap Princess of Duchess hanya kerana keperibadian beliau yang nampak berbelanja dengan penuh adap mengetahui hakikat bahawa rakyat melihat mereka dan menyedari mereka hidup dengan duit rakyat. Mengapa pula di Malaysia pelbagai fitnah, tuduhan, gossip dan tomahan  tiada kesudahan berkenaan First Lady of Malaysia?

Teringat ungkapan azimat Farid Ismeth Emir iaitu "FIKIR FIRKIRLAH..."
 
Mampukah rakyat berdiam untuk melihat kerakusan seorang isteri pemimpim politik berdepan dengan rakyat tanpa rasa malu dan mempamerkan kemewahan diri hasil dari duit rakyat. Sungguhpun Queen Elizabeth II & Princess of Duchess mampu membeli Hermes Birkins namum pilihan mereka adalah rasa malu & hormat berdepan dengan rakyat jelata yang melihat mereka.

Adakah perbandingan ini juga akan digelar fitnah oleh blogger upahan walaupun fakta depan mata? Mampukah ada pengakuan & penafian panas berhubung Hermes Birkins milik FLOM atau hanya sandiwara bahawa " Saya beli handbag dengan hasil duit saya menabung sendiri". Jangan gunakan pembelaan ini kerana ianya amat memperbodokan minda rakyat Malaysia dan jangan malukan Perdana Menteri Malaysia yang sedang bekerja keras untuk Malaysia.

Sememangnya First Lady of Malaysia (FLOM) melampaui Queen Elizabeth II dan mungkin juga melampaui DYMM Raja Permaisuri Agong Malaysia
 
WUJUDKAH GELARAN FIRST LADY OF MALAYSIA? Perlukah Datin Seri Rosmah Mansor dirujuk sebagai First Lady of Malaysia atau hanya Isteri Perdana Menteri?

" Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak mengamalkan konsep Raja mutlak, iaitu satu konsep yang memberikan Raja menggarap hasil kekayaan negaranya dan mengagihkan hasil kekayaan kepada rakyat jelata melalui kuasa penuh pentadbiran yang ada digenggamannya. Namun di Malaysia sebenarnya hanyalah mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan di mana Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan Raja hanya memainkan peranan sebagai simbol negara yang berdaulat. Berbalik kepada isu penggunaan gelaran "Wanita Pertama", Artikel 32 (2) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa isteri Yang di-Pertuan Agong ialah hanya yang kedua kepada Yang di-Pertuan Agong itu sendiri. Maka, oleh itu dapatlah ditafsirkan bahawa Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah orang yang layak memegang gelaran "Wanita Pertama" mengikut tafsiran Perlembagaan Persekutuan Malaysia"
"Rosmah had caused controversy over the title of "First Lady of Malaysia". During the premiership of her husband, Najib Tun Razak Rosmah Mansor widely used the title of "First Lady". Many quarters either argue that it is reserved for the Raja Permaisuri Agong, or that it should never be used at all due to Malaysia not being a republic. A new unit was established within the Prime Minister's Department with the acronym F.L.O.M (First Lady of Malaysia) Unit. Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod was the Special Officer for the unit."   
Gambar disebelah menggambarkan protokol majlis rasmi negara.
Siapakah yang di saf pertama,saf kedua dan saf ketiga? Mungkin susunan saf ini tersilap protokol.
Mungkin protokol sebenarnya adalah  First Lady of Malaysia (FLOM) dikedudukan DYMM Raja Permaisuri Agong dan DYMM Raja Permaisuri Agong berdiri disebelah Perdana Menteri memandangkan First Lady of Malaysia nampak taklah First Lady dalam protokol majlis negara ini.
Macam "Second Lady" pulak jadinya..

Tidak pernah wujud Unit First Lady of Malaysia  dengan sejarah 5 Perdana Menteri sebelum ini kerana isteri mereka sedar mereka adalah isteri kepada Perdana Menteri sahaja dan tidak ada jawatan dalam parti politik atau kerajaan dan mereka berbangga dengan mahkota sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri. Mereka berbakti melalui pelbagai program anjuran BAKTI dan tiada riuh-rendah cerita dan publisiti terhadap mereka.Tiada pun cerita yang kita dengar seperti makan dalam polisterine, mengaji dalam bulan puasa, keluar negara menjalankan urusan rasmi, berjumpa para menteri dari negara luar, handbag beratus ribu, gelang berjuta, berpuaka dan sebagainya.  Tenang kehidupan suami mereka sebagai Perdana Menteri Malaysia dan tidak perlu fikir krisis melanda isteri mereka dan pentadbiran kerajaan pun terjaga dengan baik.

Jika FLOM adalah mahkota atau jawatan yang patut digelar sudah tentu tidak perlu ada kontroversi dan sudah lama kita dengar gelaran FLOM nama diberi kepada semua isteri Perdana Menteri sebelum ini. Jika kita rujuk website rasmi Prime Minister Office sendiri pun hanya meggunakan pengiktirafan sebagai Isteri Perdana Menteri Malaysia. Rujuk www.pmo.gov.my

   
Website rasmi Pejabat Perdana Menteri pun tidak mengiktiraf "First Lady of Malaysia" hanya sebagai Isteri Perdana Menteri pengiktirafan yang diberikan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Untuk para blogger upahan, buka minda dan hati dan jiwa anda dalam menulis artikel berkaitan isteri Perdana Menteri terutamanya Papa Gomo dan kuncu-kuncunya,. Lebih banyak usaha menulis kebaikan First Lady of Malaysia lebih teruk beban Perdana Menteri menanggung parahnya. Inilah krisis sebenar Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Buatlah transformasi kepada First Lady of Malaysia dan segala transformasi akan berjaya dan rakyat akan menyolong Perdana Menteri jika dia mampu mengubah dan memadamkan bayangan isteri beliau dalam perjalanan karier poltik seorang Perdana Menteri.atau jatuh rebah tersungkur kerana gagal memahami kebenaran dan hakikat yang jelas di lihat oleh rakyat Malaysia dan First Lady of Malaysia (FLOM) adalah mainan hawa nafsu dan kemahuan darjat dan mahkota oleh seorang Isteri Perdana Menteri.

Pemimpin UMNO, Pemimpin Barisan Nasional dan segala yang berpayung dibawah Barisan Nasional pasti teruja dan bersetuju dengan ulasan ini. Kerana semua pihak dah penat mempertahankan seorang wanita yang tidak ada jawatan parti,bukan ahli parlimen,senator mahupun adun  dan hanya seorang isteri tetapi penuh dengan kontroversi yang tiada kesudahannya.Atau ada pemimpin Barisan Nasional yang berani mempertahankan isu ini demi memperlihatkan diri menyokong dan membela First Lady of Malaysia?

  Oleh yang demikian, persoalan disini bukan Perdana Menteri tetapi Isteri Perdana Menteri dan artikel ini bertujuan mengejutkan Perdana Menteri dari terus hanyut dengan pelbagai tohmahan terhadap kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri kerana seorang wanita yang menggelarkan dirinya First Lady of Malaysia.













No comments:

Post a Comment