Saturday 21 July 2012

TWITTER DIRAJA..Tercemar Mahkota Jajahan

Kata-Kata Mutiara Saidina Abu Bakar As-Siddhiq
"Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik di antara kamu. Apabila kalian melihat perbuatanku benar, ikutilah aku. Tapi bila kalian lihat perbuatanku salah, maka betulkanlah"
Siapa yang tidak kenal dengan Saidina Abu Bakar Ash-Shiddiq. Seorang khalifah yang unggul. Berkuasa penuh ke atas ribuan batu jajaran jajahan empayar Islam. Memiliki sikap-sikap yang terpuji. Pujaan ramai pihak termasuk rakan dan lawan. Malah beliau merupakan orang kedua terbaik selepas Rasullullah. Sungguh beliau cukup hebat sekali.

ADAKAH RAJA SEHEBAT SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDHIQ? Tidak sebutir zahra pun boleh kita membandingkan seorang Khalifah Zaman Rasulullah dengan seorang Raja..harap kata-kata mutiara Saidina Abu Bakar As-Siddhiq menjadi panduan untuk Raja Berdaulat jika ingin terus dikasih dan disanjung oleh rakyat di muka bumi Malaysia.



Tercemar Mahkota Jajahan apabila kata-kata dan ungkapan tidak menggambarkan keperibadian yang disanjung rakyat.Bukankah kurang berkata dan lebih lebih melakukan kebaikkan lebih baik dari mengangkat darjat dan martabat diri sedangkan Allah telah melahirkan mereka di kalangan orang-orang yang diamanahkan menjadi penaung kepada rakyat jelata. Biarlah perkara yang baik mejadi kata-kata dan contoh kepada rakyat namun tidakkah terasa mencemar diri dan Institusi Diraja apabila twitter menjadi platform perhubungan dengan Raja dan Rakyat. Hilang rasa hormat dan peradaban tutur-kata antara Raja & Rakyat. Mendekati rakyat dengan pelbagai progam rakyat dan melalui masjid adalah lebih baik dari bermain twtitter dengan kata-kata yang kurang disenangi.Rakyat gembira bila raja ingin mendekati rakyat dan jangan pula makin mendekati menjadikan kami makin takut dan hilang rasa hormat pada sistem diraja yang disanjung tinggi hormatnya di mata kami.
 TWITTER DIRAJA YANG SAHIH DAN BENAR membuktikan kepada kita sikap dan keperibadian yang jelas untuk kita menilai dan sesungguhnya
Tercemar Mahkota Jajahan
CONTOH ASAL TWITTER DIRA - ANGKUH & TAKBUR 
CONTOH ASAL TWITTER DIRAJA  - EGO & RIAK
CONTOH ASAL TWITTER DIRAJA - BERGOSSIP DENGAN RAKYAT



CONTOH ASAL TWITTER DIRAJA - BERSIFAT PROVAKASI


Pernah terbaca ungkapan Jaguh Keyboard diberikan kepada mereka yang menulis pendapat yang tidak menyokong pihak diraja namum siapakah sebenarnya Jaguh Keyboard yang menagih perhatian rakyat dan akhirnya makin tercemar imej dan keperibadianya.Jika runsing dengan Jaguh Keyboard maka jangan menghadirkan diri di alam teknologi yang moden ini.

Bukankah raja kita sayangi? Bukankah kita mendoakan mereka setiap kali dalam acara rasmi dan majlis keagamaan? Bukankah mereka ketua agama islam bagi setiap negeri? Bukanah cukai rakyat yang membayar dan menanggung mereka walau ada masanya menafikan hakikat sebeanrnya. Namun dimanakah kewarasan mereka dalam menajalankan peranan mereke kepada rakyat.Sayang kepada raja bertempat sedangkan manusia sehebat Saidina Abu Bakar As Siddhid mampu merendah diri walaupun terjamin syurganya dan inikan pula manusia yang menggelar diri mereka Raja dan tidak sebutir zahra sehebat Saidina Abu Bakar As-Siddhiq.
Adakah rakyat hanya wujud jika ada raja? atau raja hanya wujud jika ada rakyat yang menyokong, menghormati dan membiayai sistem diraja?

Cukuplah sudah mencemar diri di mata rakyat dan elok juga mengambil iktibar dan jangan jadikan Sistem Diraja Malaysia dikeji dan dicemari dengan mendedahkan sikap dan keperibadian yang mungkin akan dicemuh dan dibenci rakyat.

Correctly said but wrongly put to practice by our royalties..

But who is the most concern about what car they use and what dress they are wearing? Tepuk dada tanya selera.

Ampum Tuanku, sembah patik harap diampun.Nukilan pendapat memandangkan Sistem Diraja Malaysia dalam dilemma krisis di mata masyarakat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa dan itulah padah Twitter Tuanku...Ampun Tuanku.



5 comments:

  1. Untuk apa sdr. berampun-ampun?

    ReplyDelete
  2. Itulah pertuturan diraja namum di twitter mereka tak sedar main hello , hi, hoi pun boleh dan maki hamun pun boleh.

    ReplyDelete
  3. Adakah mereka sedar tentang semua ini....

    ReplyDelete
  4. Adakah antara keluarga dan saudara mara sultan dan raja di Malaysia. Berani mengaku. Bahawa mereka sama taraf dengan Rasullullah SAW?

    ReplyDelete