Saturday 7 July 2012

Uncleseekers-Justice or Injustice? What is the truth?

1.     Penangkapan Uncleseekers berhubung dengan isu blog beliau adalah hak pihak berkuasa yang menyiasat terhadapnya. Sudah semestinya pihak PDRM sedar akan kesalahan beliau yang mungkin perlu didakwa atau mungkin juga tidak.

2.     Bukankah seharusnya Uncleseekers didakwa mefitnah Sultan Johor? Dan kenapa beliau ditahan dibawah OSA bukanya Akta Fitnah 1957 sekiranya cerita-cerita tersebut adalah palsu.? Adakah OSA boleh digunakan dalam kes seperti National Feedlot Corporation?



3.      Mengapa maklumat peribadi Orang Kena Tangkap disebarkan dengan jelas di akhbar-akhbar dan kaca TV sebelum pendakwaan rasmi dibuat?

4.     Tetapi, yang mengejutkan, apabila beliau di katakan positif dadah dan kenyataan rasmi PDRM mengesahkan perkara tersebut.Ini yang dikatakan, bila tak boleh nak di kaitkan dengan tuduhan dalam hal ini maka kita ubah ke tuduhan lain..adakah ini yang berlaku? atau sememangnya beliau seorang penagih.  

5.     Anehnya, dimanakah kenyataan rasmi sokongan keluarga dan pembangkang yang selalu meminta keadilan bagi pihak yang teraniaya.

6.      Banyak cerita dan berita yang kita baru tahu akan kebenarannya/kepalsuannya berdasarkan  cerita Uncleseekers. ?

7.     Dimanakah para barisan peguam dan hak asasi manusia bagi kes seperti Uncleseekers? Bukan kah kita melihat barisan peguam (percuma) yang menyokong seorang pelajar Adam Adli hanya bagi kes perhimpunan haram dan penggantungan pelajaran beliau? Ini lah yang dikatakan, KEADILAN untuk yang terpilih sahaja dan ..dan mungkin Uncleseekers bukan antara yang terpilih..
8.  Saya membaca pendedahan Uncleseekers dari part1 sehingga yang terkini..bukti dan dokumen sokongan disertakan oleh beliau memberi keyakinan pada pembaca. Adakah mudah memperolehi dokumen penting seperti itu bagi kes membabitkan pihak Istana?Siapakah tali barut yang memberikan dokumen tersebut.Adakah Uncleseekers teraniaya atau ada campur tangan pihak istana dalam perkara ini.
9.  Mengapakah terlalu banyak cerita berhubung pihak istana dan sehingga pelbagai tuduhan dan cerita disebarkan berhubung istana? Siapakah dalang disebalik pelbagai cerita membabitkan pihak istana sehingga menyebabkan kesangsian pada rakyat terhadap kredibiliti pihak istana.


No comments:

Post a Comment