Sunday 29 July 2012

Terkini!! 3 Bulan Bonus Raya Untuk Kakitangan Awam

Permainan pembayaran bonus raya kepada kakitangan awam menghancurkan harapan rakyat terhadap parti poltik dalam membentuk kerajaan yang bertangungjawab. Ahli politik hanya mementingkan diri sendiri dan hawa nafsu parti politik dan survival politik mereka melebihi menjaga keharmonian sistem pentadbiran kerajaan. Mereka lupa diri bila berkuasa dan menagih undi bila tidak berkuasa.

Duit Hak Milik Rakyat Untuk Ahli Politik Bermain Politik & Rakyat Terus Sengsara
a)Kenapa bonus raya Selangor bayar dua bonus?
b)Kenapa pula Pulau Pinang bayar bonus minimum RM 600?
c)Berapa pula Bonus Raya di Kedah & Kelantan?
Adakah benar Kerajaan Pakatan Rakyat atau sebenarnya rakyat telah memilih Kerajan DAP, Kerajaan PKR & Kerajaan PAS? 
Blog malaysiacrisis.blogspot.com meminta penjelasan pihak yang menamakan diri mereka sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat menjelaskan isu ini dan memperjelaskan ideologi dan sistem kerja yang berbeza dalam pengurusan isu Bonus Raya di Selangor, Penang, Kedah & Kelantan
Harap jangan mengeluarkan kenyataan tidak professional  seperti ianya mengikut kemampuan kerajaan dan sebagainya kerana ketahuilah rakyat Malaysia bukan bodoh seperti yang disangka oleh semua ahli politik di Malaysia

Masing -masing ingin menjadi jaguh dalam apa yang ditawarkan namun ini bukan mainan "My Sweet Sixteen Birthday Party Bash" dan masing-masing berlumba siapa yang  lebih hebat.

Kerajaan Pakatan Rakyat, jangan terlalu yakin dengan mandat Pilihanraya 2008 dan jangan ingat pengumuman bonus memabuat anda semua dilihat lebih hebat dari kerajaaan persekutuan. Sebenarnya, memperlihatkan negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat adalah bukan Kerajaan Pakatan Rakyat tetapi sebenarnya Kerajaan PKR, Kerajaan DAP dan Kerajaan PAS.
You make a mistake in not making a standard bonus payment to all your state government employees governed by DAP , PKR & PAS.
2008 rakyat meletakan HARAPAN untuk melihat samaada HARAPAN rakyat di fahami oleh parti yang dipilih namun akhirnya ahli politk semuanya sama sahaja.

Lebih baik Malaysia mengadaptasikan Sistem Kerajaan Tentera dari terus membenarkan ahli-ahli poltik jalanan di Malaysia terus bermain poltik walaupun setelah dipilih mentadbir kerajaan.

Bayangkan menggelar diri sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat dan dengan jelas tidak mencerminkan "PAKATAN" dalam isu pembayaran bonus

Sudahlah rakyat bosan dengan Barisan Nasional dan ini makin menyampah melihat Kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas mencerminkan mereka bukan pakatan tetapi adalah kerajaan mengikut parti masing-masing. Satu tamparan untuk Kerajaan DAP, PAS & PKR dan sememangnya telah mempermainkan harapan rakyat yang dimandatkan kepada mereka pada pilihanraya 2008

Adakah anda masih ingin memperbodohkan rakyat dengan tiada keseragaman dalam isu pembayaran bonus dan apakah dasar & alasan yang membenarkan membayar lebih bonus kepada kakitangan awam negeri? Dan kenapa pula PKNS sampai dua bulan bonus? Tidakkah tersinggung kakitangan awam negeri Selangor dan anak syarikat lain.? Sedangkan PKNS hidup dengan tanah kunria dan tanah pembangunan milik rakyat Selangor dan bukannya sebuah badan perniagaan yang boleh dikatakan hebat. Jika tiada Kerajaan Selangor PKNS mungkin dah lama lingkupOrganisasi seperti ini yang kita bayar 2 bulan bonus raya?
 
Harap tidak kedengaran jawapan seperti MB Selangor ambil alih Exco Agama dengan alasan yang diberi seperti keputusan bersandarkan perkembangan poltik dan pilhanraya yang hampir.
Wake up or Be Thrown Away in Coming Election. 

Mereka berjanji untuk berjuang untuk rakyat dan  akhirnya bermain dengan duit rakyat suka hati nak bagi lebih dari yang minimum. Adakah apa-apa asas kenapa perlu bayar lebih?
Ini bukan persoalan politik tetapi adalah persoalan LOGIK bagi menjamin keseragaman sistem kerja sektor kakitangan awam dan mengelakkan duit rakyat dengan mudah dipergunakan dan rakyat akhirnya tidak mendapat faedah apa-apa dari usaha pembayaran bonus ini.

Apa kata CEUPACS bertegas kepada kerajaan negeri dan persekutuan masing untuk bonus 3 bulan. Buat piket dan anjurkan perhimpunan tengok kerajaan mana yang nak jadi jaguh membayar 3 bulan bonus. Adakah CEUPACS bersetuju dengan permainan parti politik yang akhirnya akan menghancurkan peranan CEUPACS itu sendiri sebagai payung untuk kakitangan awam. CEUPACS pula jangan asyik berterima kasih sahaja bila dapat lebih dan tidak mampukah CEUPACS berfikir kesan kepada keseluruhan Sektor Kakitangan Awam?


Masih ternanti pula pengumuman Kerajaan PAS di Kedah mengumumkan pembayaran bonus. Mungkin 3 bulan adalah yang terbaik dari memberikan seratus atau dua ratus lebih baik bagi terus 3 bulan dan biar semua kerajaan dan parti politik berlumba lagi bagi bonus lebih banyak.


Perlukah ada perbezaan bayaran bonus di sektor Kakitangan Awam tidak kira berkerja di peringkat negeri atau persekutuan? Sekarang Malaysia dilanda krisis semangat kenegerian pulak dibuatnya, dah tak cukup dengan krisis perkauman yang ada , krisis politik, krisis ekonomi, krisis kos sara hidup yang tinggi dan ditambah pula krisis jiwa kenegerian yang sedang dipupuk dikalangan masyarakat setiap negeri. 
Bukankah yang berkhidmat di sektor awam itu tak kira peringkat negeri dan persekutuan adalah rakyat dari seluruh Malaysia? Perlukah sikap dan sentimen seperti ini diteruskan dalam memancing undi di kalangan rakyat Malaysia dan akhirnya sikap kenegerian dan membangga negeri masing-masing bermula dan ini akhirnya akan menghancurkan perpaduan sistem pentadbiran  kerajaan di Malaysia. Akhirnya rakyat juga yang akan menanggung sengsara.

Berpolitik biarlah berpada jangan sampai memperlihatkan kebodohn diri sendiri dan kemakmuran  negara tidak dipermainkan dan kami rakyat Malaysia tidak rela diperbodohkan dengan mainan para ahli politik yang semuanya adalah jenis "RECYLCE"

 
Sudah tiba masanya untuk "Third Force" yang benar-benar dianggotai oleh para professional dan berpendidikan dan rakyat berjiwa mulia untuk menampilkan diri dan memjaga amanah rakyat dengan penuh tanggungjawab dan jangan kita biarkan ahli politik terus bermain politik dalam segaal hal kerana mereka semua adaah jens  "RECYLE". 

 Yang buruk dikitar semula dan diperlihatkan sebagai terbaik di mata rakyat!! 
Wake up Malaysia!!

 

5 comments:

  1. Ini tidak menghairankan kerana Kerajaan Negeri masing-masing mempunyai pendapatan dan perbelanjaan (bajet) masing-masing tentu ada perbezaan.

    Yang boleh di pertikaikan disini ialah kenapa Kerajaan Pusat Malaysia (BN) tidak memberikan peruntukan yang sama untuk Kerajaan Negeri BN dan Kerajaan Negeri PR dimana ada yang disekat atau diberi melalui proxy BN Negeri. Bukankan Negara Malaysia merangkumi semua negeri tidak kira PR atau BN? Adakah rakyat Malaysia di Negeri PR tidak membayar pelbagai cukai kepada Kerajan Persekutuan (BN)?

    ReplyDelete
  2. Tidak bermakna apabila BN melakukan kesilapan dan pihak lain yang diharapkan membetulkan keadaan terus meniru gaya BN. Ini yang dikatakan "WE RECYCLE" pemimpin yang ada dan Malaysia tidak akan kemana dan tiada perubahan.Walaupun memang budget kerajaan negeri tetapi ini bukan pemikiran yang professional dalam membentuk keseragaman dalam urusan pentadbiran yang menggelarkan diri mereka Pakatan Rakyat dan tidak menunjukkan kesepakatan dalam hal remeh seperti ini.Rakyat melihat setiap tindkan pemimpin dan ini jelas menunjukkan PR memiliki 3 (DAP.PAS,PKR) kerajaan yang tidak bersatu hati.Terima kasih atas pandangan anda "annonymous"

    ReplyDelete
  3. setiap tahun apabila tiba musim raya puasa, pemberian bonus untuk kakitangan awam (tak kira BN PR) dihebahkan, kadang2 saya terfikir adakah kakitangan swasta tidak layak mendapat bonus daripada kerajaan memandangkan duit bonus itu datangnya dari kerajaan = dari pembayar cukai = sumua rakyat malaysia membayar cukai bukan kakitangan awam sahaja... ataupon mungkin kerajaan boleh memikirkan satu kaedah dimana hasil negara (khususnya bonus raya) boleh dirasai oleh semua pihak (kakitangan awam dan swasta)

    ReplyDelete